Monday, August 31, 2009

puasa~5




Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al‐Sunan, Maksudnya: Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu.

sama-sama kita rebut peluang untuk menebus dosa2 dan kesilapan yang kita lakukan, samada sedar ataupun tidak..kita perbanyakkan taubat kita.dan berazam dengan sungguh-sungguh untuk tidak mengulangi dosa dan kesalahan yang dilakukan.apa yang penting ialah usaha yang ikhlas kerana Allah.dan keazaman yang tinggi.segala pengharapan hanyalah pada Allah.

wallahu'alam~

merdeka~

selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-52..saja letak lagu ni.. :)



* * *

merdeka ini~

erti merdeka bukan hanya pada laungan
bukan juga sekadar pada kibaran bendera
merdeka ini untuk dihayati setiap masa
untuk kita hargai sentiasa
merdeka kita bukan hanya bebas dari penjajah
yang lebih besar adalah merdeka jiwa
merdeka sudahkah pemikiran kita
dari penjajahan pemikiran yang dicipta Barat
selagi minda belum terbuka
selagi mata masih memandang kosong pada kejahilan mereka
kita masih belum merdeka sepenuhnya
kita masih perlu berjuang
bukan untuk menentang mereka
tapi melawan keinginan diri kita sendiri

nasa
plymouth
31 ogos 2009
1.12pm

Sunday, August 30, 2009

puasa~4

dah masuk minggu kedua berpuasa..kejap je masa berlalu..semoga ramadhan ini tak disia-siakan begitu saja.


alhamdulillah.dah 52 tahun malaysia merdeka.malam tadi lepas terawih berjemaah ada buat tahlil ringkas sempena hari kemerdekaan negara.simple.tapi cukup untuk buat kami bersyukur dengan negara tercinta.setiap orang pasti ada cara masing2 untuk menyambut kemerdekaan negara ni.apa pun caranya,biarlah dengan cara yang betul.biarpun diri ini jauh beribu batu dari tanah air,kerinduan untuk pulang sentiasa dirasai..proud to be malaysian.


tapi yang lebih utama,proud to be muslim.yang ini tiada gantinya.hanya mereka yang terpilih je yang dapat bergelar seorang muslim. :)

Friday, August 28, 2009

puasa~3

bising+meriah+riuh=rindu!!!
itulah yang boleh diucapkan lepas 1st time skype dengan semua orang ada kat rumah.
mummy.along.apeq.angah.omar.diana.danial.harris.
rasa macam sangat ramai orang kat rumah..rasa sangat riuh-rendah..macam-macam bunyi dan suara..dengar pun macam tak clear sangat..
tapi rasa macam sangat best.. :)
sempatlah skype lepas waktu berbuka kat malaysia.
tengok suasana kat rumah,bertambah rindu nak balik..huhu..
harris pun dah boleh berjalan..
mummy masak nasi tomato n bubur caca.sedapnya..
sempat lagi along makan aiskrim masa skype walaupun hakikatnya adik nya ni masih berpuasa kat sini.
lepas tu pukul 9 lebih,semua orang lebih memandang ke tv untuk menonton nur kasih.huhu..
lain kali laa skype lagi..
.
.
* * *
.
.
dah seminggu kita berada dalam bulan Ramadhan ni..
macam mana amalan kita?semoga ada peningkatan dari hari ke hari..
terasa cepat masa berlalu.saat demi saat terus bergerak.
semoga kita dapat manfaatkan Ramadhan ni sebaik mungkin.
jangan jadi hamba yang rugi, yang tidak terkesan pun oleh Ramadhan ni.
.
semoga Ramadhan ni menjadi titik tolak kita untuk mengubah kebiasaan kita.
kalau dulu suka mengumpat,lepas ni tak mengumpat dah.
kalau dulu baca al-Quran seminggu sekali,lepas ni baca hari2.
kalau dulu jarang-jarang buat solat sunat,lepas ni solat sunat tu jadi kebiasaan.
.
kalau tak mulakan sekarang,bila lagi???
.
~wallahu'alam~

Tuesday, August 25, 2009

puasa~2

alhamdulillah..hari ni dah hari ke-4 puasa..macamana 4 hari berpuasa ni?erm..for me,banyak lagi yang kena improve kot..sahur kadang-kadang tak bangun..terlepas laa nak dapat keberkatan sahur tu..qiam pun tak konsisten lagi..masa pun banyak yang terbuang camtu je..tak boleh jadi ni..


bagi yang dah mantap amalan,teruskan..biar berterusan bukan saja sampai akhir ramadhan,tapi biar berterusan sampai bila2..insyaAllah..


bagi saya sendiri dan mereka yang rasa banyak yang perlu diperbaiki,jom!!masih belum terlambat untuk kita perbaiki dan perbanyakkan amalan kita..jadikan bulan ramadhan ni sebagai permulaan..dan berusaha untuk istiqamah selepas kita keluar dari bulan ramadhan ni nanti..insyaAllah..


betapa banyak peluang yang Allah nk bagi kat kita dalam bulan ramadhan ni.tinggal kita nak rebut peluang tu,atau biar orang lain je yang dapat peluang tu nanti..tapi kalau macam tu,kita yang akan rugi nanti kan??


..Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan.. (2:23)


wallahu'alam~

Sunday, August 23, 2009

puasa~1

selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.macamana 2hari pertama di bulan ramadhan ni?semoga dapat manfaatkan ramadhan ni sebaik mungkin.

alhamdulillah.semalam dapat menyempurnakan hari pertama puasa di perantauan ni.terasa bezanya dengan suasana di malaysia.ditambah lagi dengan kesunyian sebab kawan2 ramai yang balik malaysia.tak rasa meriah sangat macam masa kat IPBA or kat rumah dulu.tapi alhamdulillah,berpuasa masa cuti ni bagus jugak.kadang2 rasa lama sebab duduk rumah je,tapi yang bestnya ialah dapat fokus pada apa yang patut dibuat.di samping kena buat assignment yang akan dihantar sebaik saja kelas bermula nanti.

alhamdulillah,bersyukur je dengan keadaan ni.cuma biasalah,hidup sorang2 ni,nak makan kena masak sendiri.nak bangun sahur tak ada mak nak kejutkan.huhu.masa terawih pun terasa jugalah bezanya.rasa sunyi n sayu je.solat dengan kawan2 di salah satu bilik yang memang ditempah untuk solat terawih berjemaah.memang lah rasa lain kalau nak bandingkan dengan solat kat surau atau masjid, tapi alhamdulillah,that's the least we can do here.moreh pun ada lepas terawih walaupun sebenarnya kenyang lagi masa tu.
.
tadarus muslimat dibuat setiap hari.bergilir-gilir buat kat satu rumah and semua orang kumpul kat situ.walaupun tak ramai,tapi ok lah.solat zohor berjemaah, lepas tu duduk sama2 and baca satu juzuk setiap hari. bagus jugak bila baca sama2 ni.kesalahan kita akan dibetulkan and kita tak adalah main baca je kan.dapat juga eratkan ukhuwah dengan senior2 sebab senior2 je yang ramai kat sini sekarang.
.
di sebalik kesunyian ni,mungkin inilah pengalaman yang akan mengajar diri menjadi lebih kuat dan tabah.huhu.belajar untuk memanfaatkan setiap masa yang ada.wallahua'alam~

Thursday, August 20, 2009

ramadhan~

dalam mood menyambut ramadhan,saja nak letak video ni kat sini.lirik yang best untuk dihayati bersama insyaAllah :)

Wednesday, August 19, 2009

selamat berpuasa


alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..


ramadhan datang lagi.setinggi-tinggi kesyukuran kita sebab masih lagi dikurniakan nikmat untuk berjumpa dengan bulan yang sangat2 dinantikan ni.bukan semua orang diberi nikmat untuk berjumpa dengan ramadhan 1430 H ni.ada yang telah lebih dahulu kembali menghadap Allah.dan tak kurang juga mereka yang telah ditarik hidayah dari hati mereka sehingga mereka menjadi kabur mata dan buta hati.bagi kita yang masih diberi anugerah agung ni,jom kita panjatkan syukur pada-Nya.


jadi,apa azam ramadhan tahun ni?semoga ramadhan kali ni lebih baik daripada ramadhan yang dah lepas.sebagai persediaan menyambut ramadhan ni,jom kita sama2 bersihkan hati kita.kita nak biar seluruh ramadhan kita diisi dengan amalan yang best2 untuk dibawa menghadap Allah nanti.


jangan biarkan ramadhan yang penuh nikmat ni berlalu pergi macam tu je.dan jangan kita sia-siakan bulan ni dengan tak memperbanyak dan memperelok amalan kita.


bulan ramdhan ni bukan setakat kita nak puasa, tahan lapar dahaga je kan.banyak lagi benda lain yang boleh kita buat sebagai menambah amal kita.kita boleh perbanyak bacaan al-Quran. banyakkan zikir kepada Allah.banyakkan sedekah.kurangkan buat perkara2 yang tak berfaedah.


bayangkan,betapa banyak peluang yang Allah nak bagi kat kita sebenarnya.rugilah kalau kita tak ambil peluang keemasan yang tak datang selalu pun.setelah 11 bulan dia menghilang,nak ke kita biarkan dia pergi macam tu je tanpa kita manfaatkan dia sepenuhnya?


sekadar ingatan buat diri sendiri dan pembaca sekalian. :) wallahu'alam~

Monday, August 10, 2009

secebis cahaya

seringkali perasaan sepi itu mengetuk pintu hati ini..perasaan sunyi dan sendiri..sehingga sesekali diri ini rasa sangat jauh dari-Nya..rasa seperti ditinggalkan-Nya..dalam keramaian manusia rasa seperti sendiri..dalam keriuhan mereka,terasa hanya ada diri ini..di mana keriuhan semalam?di mana suara-suara bising yang dulu indah terasa..tidak tahu mana silapnya..

sedangkan diri ini yang sering melupakan-Nya..tidak cuba mendapatkan perhatian dari-Nya..lantas pada tika itu,siapa yang perlu disalahkan?tiada siapa jua melainkan diri sendiri..diri yang lemah dan mudah tunduk pada ujian..hati yang tak lagi kuat menghadapi rintangan..doa yang tiada lagi berpanjangan..ingatan pada-Nya yang samar-samar kelihatan..

namun tak ingin kehilangan cahaya itu..tanpa cahaya itu,akan ia hidup dengan apa?

dan kaki ini terus melangkah membelah kegelapan siang..biarpun langkahnya longlai..meski suara semputnya kedengaran..namun harapan pada-Nya tidak pernah pudar..

dan akhirnya cahaya itu ditemui di tengah gelap malam..

cahaya dari-Nya itu akan menerangi harinya yang kelam dan menceriakan hari yang suram..
mohon cahaya itu berterusan ya Tuhan..biar jadi bekalan sampai ke hari penghabisan..amin.

wallahu'alam

terus melangkah

salam semua..hari ni dah masuk hari kesebelas bulan ogos..tapi inilah entri pertama bulan ini..entah kenapa dengan diri ni,tak tahulah..mungkin tak ada benda nak diupdate atau yang menarik untuk diceritakan..namun yang lebih tepat adalah ketiadaan idea untuk menulis dan kemalasan yang sering melanda diri..


alhamdulillah..di sebalik kemalasan itu juga,tersembunyi hikmahnya yang tersendiri..di akhir jalan2 yang suram itu,seringkali ada saja cahaya indah yang menanti..hanya tinggal kita yang perlu menempuh jalan itu..tak kira betapa sulitnya ia..tanpa peduli betapa berliku dan gelapnya jalan itu..meski sendiri ataupun dalam keriuhan..segalanya terletak pada diri..sama ada akan terus melangkah atau kan berhenti kerana gentar akan jalan2 yang menanti..


sekadar luahan hati..maaf andai ada yang tidak memahami entri ini..sekadar muhasabah diri..dan sebagai permulaan untuk menulis semula..


~wallahu'alam~