Friday, April 23, 2010

kerana cincin

kerana sebentuk cincin, petangku menjadi haru-biru..tidak keruan dibuatnya..tidak senang duduk, mahupun untuk berdiri..debar di hati semakin menjadi-jadi..degup jantung bertambah laju..adakah petang ini bakal melakar sejarah buatku? adakah hari ini bakal menjadi kenangan yang akan tercoret dalam diari, untuk ku kenang ketika usia sudah menjelang senja? semuanya hanya kerana sebentuk cincin..


petang itu, aku merajinkan diri untuk ke padang..kali ini sekadar untuk duduk menghirup angin petang, sambil membaca buku..kedamaian dan ketenangan melihat padang yang luas menghijau itu sangat aku rindui walaupun hanya baru beberapa hari tidak ke situ..


dalam waktu yang sama, di dapur rumahku, sedang ku rebus beras di atas api..bukan rutin ku untuk memasak setiap hari, kerana kadangkala aku makan apa saja yang mudah disediakan..namun hari ini tidak seperti hari lain..di samping memasak untuk makan malam, aku juga masak untuk membalas bekas yang dihantar oleh jiran sebelah rumahku..


setelah beberapa minit duduk di padang, dan beberapa muka surat buku dapat ku baca, aku melangkah kaki untuk pulang..hari semakin petang, dan angin petang menjadikan aku semakin sejuk..


sampai di rumah, aku sambung memasak di dapur..beras yang direbus tadi kutambah airnya dengan air panas..lobak siap dipotong..ayam siap dibasuh..satu tin santan telah tersedia, tinggal dibuka dan dituang saja dan telur tinggal untuk digoreng..aku yakin, sebahagian besar pembaca dapat mengagak menu ku hari ini..niat di hati ingin masak bubur lemak, resipi istimewa warisan ibuku..namun bukanlah kisah memasak ini menjadi isi utama cerita..


ceritanya bermula ketika aku membasuh tangan di sinki..tiba2, aku sedar cincin yang sekian lama tersarung di jari manis tangan kiri ku tiada..terkesima, terkejut, kaget, panik..namakan apa saja perasaan yang seerti dengannya, semuanya bermain dalam hati..


lantas, api dapur aku kecilkan dan aku bergegas naik ke bilik..beg yang aku bawa ke padang tadi ku selongkar pantas..baju sejuk yang membaluti tubuh tadi ku seluk poket kiri dan kanan..bawah katil, tepi meja, dan sekitar lantai bilik ku amati..


destinasi keduaku, tong sampah di dapur..baru tadi aku gunakan tangan untuk membuang sisa makanan dari mangkuk..bimbang cincin yang longgar itu terikut sama..namun tetap tiada..ikhtiar terakhir ku, untuk ke padang semula..


langkah kaki terasa lemah..namun dalam hati tidak putus2 aku minta pada-Nya, jangan aku diuji dengan kehilangan cincin ku ini..meskipun bukan emas atau berlian, namun cincin ini tinggi nilai sentimentalnya padaku..biarpun hanya cincin suasa, namun inilah cincin yang aku beli hampir dua tahun yang lepas..


terbayang di mata, baru tadi ketika di kelas aku bermain dengan cincin ini..ku belek2 cincin ini ketika hilang tumpuan tatkala pensyarah berceloteh di hadapan..cincin ini bukan tangkal, namun cincin ini sangat bererti buat diriku..tak dapat kugambarkan kesedihan ku andai suratan-Nya menetapkan cukup sampai hari ini cincin ini menjadi kepunyaanku..dan memori 2 tahun lalu kembali di ingatan..


saat itu aku masih di maktab..hanya sebentuk cincin pemberian ibuku tersarung di jari manisku..sejak dari itu, aku cukup suka memakai cincin..jarang sekali aku menanggalkan cincin dari jariku..namun kejadian pada hari itu mengubah segalanya..tatkala aku membuka cincin itu ketika di tandas untuk berwudhu', tanpa ku duga cincin ku terjatuh dan terus masuk ke dalam lubang saliran air yang tidak bertutup di atas lantai..beberapa usaha telah aku lakukan, namun takdir-Nya menetapkan cincin itu bukan lagi milikku..mungkin ia milikku, namun ia tiada lagi bersamaku..dan hingga ke hari ini, kejadian itu akan ku kenang..biarpun ibuku menggantikan dengan sebentuk cincin yang lain, namun kehilangan cincin itu tetap memberi kesan padaku..namun aku pasti, ada hikmahnya cincin itu akhirnya jadi begitu..


dan hari ini, janganlah aku diuji dengan kehilangan cincin untuk kedua kalinya..hatiku tidak putus2 berharap padaNya..aku kurang memerhatikan jalan tar kerana aku yakin cincin itu tidak akan tertanggal ketika aku berjalan..setibanya di padang, aku menuju ke tempat yang kududuki tadi..aku perhatikan sekitar kawasan itu..


yang ada hanyalah rumput-rumput hijau, ranting yang gugur, bunga2 yang menguncup tatkala petang tiba, dan pelbagai benda lain, kecuali cincin yang kucari..padang sunyi sepi..tiada sesiapa di padang ketika itu..ah,biarpun ada orang, peduli apa aku..mataku tetap liar mencari sebentuk cincin bewarna hampir keemasan..


dalam hati, aku cuba merasionalkan, kebarangkalian untuk menjumpai sebentuk cincin suasa yang bewarna keemasan di padang yang hijau ini adalah agak tipis..namun rasional akalku kalah dengan keinginan hatiku yang berkeras akan mencari sampai ku jumpai cincin itu..lalu pencarian itu aku teruskan..hati ku tidak berhenti berharap, doaku tidak putus2..kerana aku tahu pada saat itu, hanya Dia yang tahu di mana cincin ku..dan hanya Dia yang berkuasa, samada untuk menunjukkan di mana cincin ku itu atau tidak..


setelah beberapa lama, aku putus harapan..biarlah cincin itu menjadi kenangan..tidak guna ku tangisi kehilangannya..tidak guna aku ratapi nasibku ini..aku bukanlah insan yang paling malang atau paling sedih, hanya kerana kehilangan sebentuk cincin..


namun takdir Dia mendahului segalanya..dalam aku hampir putus asa, mataku tertarik pada sesuatu di atas rumput..bentuk yang sangat2 aku kenali..warna yang tak asing..adakah ini mainan fikiran, kerana aku terlalu memikirkan cincin itu?tidak, ini bukan mainan fikiran..cincin itu!!!!


lantas ku ambil cincin itu dari rumput, ku kucup cincin itu dan mengucapkan syukur pada-Nya..hanya dengan kuasa-Nya, yang memperlihatkan aku dengan cincin itu di atas rumput..lantas ku sujud syukur, memanjatkan rasa gembira dan syukur yang tidak terhingga..dan cincin itu ku sarungkan bukan ke jari manis seperti selalu, namun ke jari tengahku..jangan pisang berbuah dua kali..terima kasih ya Allah..sesungguhnya Engkau tahu aku tidak mampu kehilangan cincin ini buat masa ini..


ku atur langkah kaki pulang ke rumah dengan gembira dan tidak putus2 rasa syukur pada-Nya..aku yakin kisah ini juga punya hikmahnya yang tersendiri..apa hikmahnya?cuba kalian fikirkan sendiri..wallahu'alam~

Thursday, April 22, 2010

ada apa dengan 22?

rasa2 apa yang istimewa dengan angka 22? bagi saya, sama je dengan angka2 lain..dan hari ni ialah 22 april..apa yang istimewa tentang hari ni? rasanya sama je dengan hari2 yang lain..


cumanya, 22 tahun yang lepas pada tarikh 22 april ni jugak, seorang bayi telah selamat dilahirkan oleh ibunya..selama 22 tahun dia dah hidup dan bernafas di muka bumi ni..alhamdulillah..22 tahun yang lepas masa dia dilahirkan tu ialah pada tahun 1988..


22 tahun selepas tu, pada tarikh 22 april, genaplah umur bayi yang dilahirkan pada 22 april 22 tahun lalu, berusia 22 tahun..


haha..pening2, banyak sangat 22..huhu..saja je tulis intro yang agak merepek ni..apape pun, just wanna wish bayi yang lahir pada 22 april 22 tahun lalu.. UMMU ATIKAH ADNAN :)




hepi bday yang ke-22 pada 22 april!!!!xwish secara lisan lg..wish kt blog pun kira aci laa kan??hehe..so, sempena birthday ummu yang ke-22 ni, just wanna wish u:


semoga umur diberkati

dimurahkan rezeki

dimudahkan urusan

diberikan kejayaan dunia dan akhirat

dikurniaakan pasangan hidup yang terbaik :)

terus bersemangat bekerja dalam jalan ni

dah 22 tahun sekarang..dah lebih kurang 1/3 dari usia nabi..dan semakin dekat sehari dengan tarikh kematian..moga iman dan amal sentiasa bertambah,insyaAllah..



aku personally minta maaf atas salah silap dan kekurangan aku..apa2 pun, semoga ukhuwah kita tetap subur dan mekar, walaupun kadang2 diuji..huhu..have great birthday ya!!!


-nad-
wallahu'alam~

Monday, April 19, 2010

bila mata tak terlelap

hari ni sama je macam hari2 lain..cuma bezanya mata ni langsung xnak lelap, walaupun cuba dipejam sekian lama dan memaksa diri untuk tidur..tak tahulah kenapa..mungkin banyak benda yang bermain dalam jiwa dan fikiran..huhu..bunyi macam masalah besar je, padahal x ada pape pun.. :p


nak kata siang tadi tidur lama, xjugak..lepas zohor sempat laa tidur setengah jam..bangun2 dah segar..ingatkan petang tu kerja, so siap2 laa n pergi berjalan ke hospital dengan cik ana..tapi sampai2, dia kata xkerja hari ni..kena tunggu manager tu call dulu baru boleh datang mula kerja..erm,dah kali kedua jadi macam ni..tapi tak apalah,adalah hikmahnya tu..dapat jugak kaki ni berjalan dan bersenam..huhu..dan dapat jugak sembang panjang dengan cik ana masa berjalan tu..kalau pergi dalam 20 minit, balik dalam 20 minit jugak, adalah dekat 40 minit kitorang bercakap..hehe..



bila dah tak jadi kerja tu, balik laa semula..lepas tu dari duduk xbuat pape, ikut cik iman n cik ana g asda..alang2 ada barang yang nak beli, baik keluar hari ni..huhu..walaupun hari dah petang, tapi ok je keluar sebab sekarang makin lambat nak malam..td pun pukul 8lebih baru masuk waktu maghrib..so lepas balik dari asda, lepak2 umah diorang jap..makan2, solat pastu baru blk umah..



lepas isyak, dok kat bilik menghadap laptop..pastu ada sorang adik ni datang, borak2 jap..xadalah kejap sangat, lama laa jugak..huhu..lepas adik tu balik, ingat nak tidur sebab masa tu dekat pukul 12..siap2 nak tidur..tengah baring, baca buku jap..pastu ingatkan dah ngantuk, cubalah lelapkan mata..



lepas tu xboleh tidur gak..tepon laa makcik sorang ni yang balik malaysia masa cuti easter dan patutnya dah balik ke sini, tapi disebabkan masalah flight xboleh masuk europe, dia pun terkandas di malaysia lagi..huhu..bila nak balik ni???rindu dah ni..masa tepon dia tu dah 12.40am..huhu..cakap kejap..lepas tu ingat nak tidur..



tapi lepas tu, sampai sekarang dah pukul 2.10am masih berjaga lagi..tertekan gak rasa..nak tidur..kalau nak diikutkan, memang sekarang waktu tidur laa kan..tadi tepon mak kejap...rindu sangat!!!huaa..tapi mak xada kat rumah..adik yang angkat..kena tunggu petang nanti kat mesia laa kot baru boleh tepon..



apa lagi nak merepek pagi2 ni??rasa macam kena paksa diri tidur kejap..walaupun lagi 2 jam nak subuh, tapi at least dapat rehatkan mata dan fikiran dari buat apa2 kejap kan..insyaAllah, kejap lagi bangun laa untuk subuh nanti..hehe :)



erm..pasal asap gunung berapi kat iceland tu, xsangka sangat dahsyat kesan dia..hari tu masa kejadian tu baru lagi, ingatkan biasa2 je n akan reda dalam beberapa hari..xsangka pulak akan bagi kesan pada jadual penerbangan dengan sangat dahsyat, sehingga menyebabkan kerugian berjuta2 dollars..tapi tu laa kan, kuasa Allah..kalau Dia kata jadi, maka dengan mudah sesuatu tu untuk terjadi..baru dengan asap dan debu2, keadaan manusia dah jadi kelam kabut macam ni..

sumber: utusan

kita merancang sesuatu, dalam masa yang sama, Allah pun rancang jugak..dan perancangan Dia jugaklah perancangan yang paling baik..walaupun debu dan asap dari gunung berapi tu macam x ada apa2 kebaikan pada manusia, tapi di sebalik kejadian ni, pasti tersimpan seribu satu macam hikmah yang tersembunyi..mungkin kita nampak hari ni, atau hanya akan kelihatan pada masa akan datang..


sesungguhnya, setiap satu yang Allah izinkan untuk berlaku tu, kita ameklah iktibar dan pengajaran..mesti Allah x biar sesuatu berlaku tanpa sebab..dan mungkin dengan kejadian letusan asap dan debu dari gunung berapi ni, mungkin kita boleh lebih persiapkan diri..ni pun tanda2 kiamat jugak kan???


wallahu'alam~


rajin nak baca berita?klik sini

Sunday, April 18, 2010

waktu petang

setelah sebulan bercuti dari kelas dan tugasan, maka esok akan bermula semula kehidupan sebagai pelajar kat sini..huhu..bercampur baur perasaan ni sekarang..excited nak pergi kelas, tapi dalam masa yang sama rasa malas..huhu..bila tengok jadual kelas untuk minggu ni dan minggu yang akan datang, terasa perlunya ada persediaan mental untuk menghadapi hari2 yang agak mencabar..tapi nak buat macam mana, datang sini pun memang untuk belajar kan, dan selagi terdaya, buatlah sehabis baik..


petang2 yang sunyi macam ni, terasa sayu pun ada..tak tau la apa yang bermain dalam hati dan fikiran ni..walaupun dari dalam bilik ni boleh je dengar suara gelak tawa dan riuh beberapa orang di luar rumah, tapi rasa sunyi gak..mungkin sebab duduk sorang2 kat rumah kot..dan mungkin sebab tak ada teman untuk berbicara sekarang ni..huhu..


kalau petang semalam, lepas asar duduk dengan 3orang kawan kat padang..baca ma'thurat sama2, lepas tu makan aiskrim sambil borak2..bukan setakat borak2 kosong..macam2 benda jugak yang diborakkan..huhu..


tak berapa lama lepas tu tinggal kami bertiga je..sambung borak lagi..sekali lagi, macam2 benda yang kitorang cakap..alhamdulillah, saling mengingatkan..di samping tu dapat jugak berkongsi rasa..dekat2 nak maghrib barulah kitorang pun balik ke rumah masing2..time kasih kawan2 atas petang yang best itu..huhu..


selagi ada kat sini, selagi tu rasa padang yang best tu harus dimanfaatkan sebaik mungkin..balik malaysia nanti mungkin xkan jumpa lagi padang yang best macam tu..dah lah luas dan hijau, lepas tu kalau dah petang2, x ada orang pun kat padang..so boleh buat apa2 je kat situ..mencari ketenangan, duduk2 baca buku, atau bila rajin berlari keliling padang..huhu..


apa lagi nak merepek petang2 macam ni??tu je kot buat masa sekarang..sekarang pukul 7.42 pm dan kejap lagi pukul 8.15 baru masuk waktu maghrib..wallahu'alam~

.::hari 3 dan 4::.

hari 3

hari ni hari khamis dan hari ni kami akan berjalan lagi.. :)

kami bangun pagi tu dan macam biasa sarapan dan siap2 untuk keluar..hari ni kami akan ke fes.. pertama kali dengar tempat ni sebenarnya dari lecturer kat sini, merangkap mentor saya..masa saya gtau yang saya akan ke morocco masa cuti easter ni, dia cerita dia pun pernah pergi morocco n dia cerita sikit2 pasal fes..

fes ni dikira kawasan pelancongan laa bagi negara morocco ni..ada banyak tempat2 menarik, ada pasar yang jual macam2 benda, esp barang2 kulit, dll..pagi tu, kami naik tren ke fes..perjalanan amik masa dalam 2 jam..lepas tu naik teksi untuk ke pasar fes tu..sampai2 kat pasar tu, mula tengok2 barang..tapi macam pening gak sebenarnya sebab pasar yang sempit dan agak ramai orang, dengan kadang2 ada keldai angkat barang lalu tengah2 jalan tu..bahasa yang digunakan memang xfaham laa kan..huhu..so angguk2, geleng2 je..nasib baik ada adik2 tu jadi translator n tukang tawar harga..


masa dekat fes tu, sempat pergi tengok camne diorang proses kulit sebelum kulit tu dijadikan barang macam beg ke, kasut ke, etc. bila kita tengok barang kulit tu, nampak simple je, tapi bila tengok camne proses nak menghasilkannya, baru kita tahu tak mudah sebenarnya..

kat atas ni ada mesin yang berpusing..tempat kulis tu macam dibersihkan laa..lepas tu gambar kat bawah ni tempat kulit2 tu diwarnakan..ala2 perigi laa..macam2 warna jugak laa ada kat situ..ramai jugak orang2 yang bekerja kat situ..


lepas tu kulit2 tu dikeringkan..semua ni dibuat kat atap2 kedai2 n rumah2 kat kawasan tu laa..kalau tengok dari atas atap tu, memang nampak macam satu kawasan penghasilan kulit yang agak besar jugak laa..






selepas melalui proses2 tu tadi, akhirnya, terhasillah produk kulit yang boleh dijual dan dipakai..hehe..tapi masa pergi tu x beli sangat pun sebab takut tak muat beg..hehe..lepas tu, barang2 kulit agak berbau jugak sebenarnya..so kalau dah beli pun, mungkin kena dijemur lagi untuk hilangkan bau kulit yang xberapa best tu..




lepas tu masuk makam orang yang awal2 buka fes ni masa zaman dulu..masa masuk makam ni,nampak beberapa orang ni macam intai ke dalam makam tu..mungkin berdoa ke, xtau laa kan..hehe..ada gak beberapa orang yang duduk kat tepi2 tu..berdoa jugak kot..



tapi kitorang masuk kejap je..tengok2 keadaan dalam tu, amek gambar jap, pastu keluar..pelik gak sebab dibenarkan pulak amek gambar dalam tu..amek je laa sekeping buat kenangan..huhu..


pastu masuk khazanah kat situ, which is tempat tersimpannya buku2 lama n manuskrip..tempat ni macam library je lebih kurang, cuma xbesar sangat laa..masa kami pergi tu, ada laa beberapa orang yang sedang menelaah kat dalam library tu..



buku2 kat sini semuanya dalam bahasa arab laa kan..so kami pun tengok je la, walaupun xfaham apa yang tertulis pada buku tu..hehe..




lepas pergi khazanah tu, kitorang solat kat masjid kat situ jap..lepas tu kitorang pun naik teksi untuk pergi tengok kawasan istana pulak..



istana ni bukanlah istana rasmi sultan..tapi bila sultan datang fes sekali-sekala, kat sini laa dia menginap..istana singgahan pun hebat camni, kalau istana rasmi mesti berkali ganda hebat nya kan..hehe..sempat laa amek gambar kat kawasan istana tu..xdapat laa pulak nak masuk ke dalam istana sebab saya ni xde darah istana..hehe..





dekat kawasan istana ni, ada satu gate ni..tapi guard kat sini akan bunyikan wisel bila orang amek gambar gate ni..tak faham jugak kenapa. sebab itu hanyalah sebuah gate..apa yang xnak kasi orang amek gambar kat situ?xfaham..tapi saya saja je laa amek gambar gate tu dari jauh, dengan zoom kan kamera..huhu..kat bawah ni gambar gate tu..agak2 nape dia xkasi amek gamabr gate tu???hanya mereka yang tau..huhu..




petang tu, lepas dah habis jalan2, gi makan jap, lepas tu kitorang naik tren untuk ke meknes, satu lagi tempat kat morocco ni..tapi pergi meknes ni bukan untuk berjalan sangat pun tapi nak pergi ziarah n tumpang bermalam kat rumah sorang makcik arab ni..hehe..makcik fatimah ni baiklaa..walaupun macam biasa,kitorang bertiga xfaham pun apa yang dia cakap, tapi layanan dia memang best laa..memang sangat2 diraikan..

malam tu sampai2, macam biasa kena laa makan dulu kan..hehe..masa ni laa yang agak menguji perut kami..bukan xnak makan, tapi saiz perut xada laa besar mana..xboleh nak sumbat banyak2..huhu..masa sampai tu, atas meja dah terhidang roti2 sikit dengan benda2 untuk cicah..kitorang pun makan laa..tapi tau je tu bukan main dish dia..ni dia gambar roti, beberapa jenis pencicah, dan kuih2 sikit..



lepas tu dihidangkan dengan sejenis bubur, namanya harirah..macam ala2 bubur tomato tapi sedap laa..disebabkan bubur dia sedap, kami pun makan dengan seleranya..semua memang tambah laa makan bubur tu..huhu..dah laa makan tu cicah dengan roti lagi..so masing2 pun dah kenyang laa makan bubur tu..lepas tu dia angkat mangkuk bubur tu..ni dia gambar harirah.. :)






nampak pun sedap..memang sedap pun..hehe..tu yang bertambah2 tu..huhu.. :)

dan sungguh tak kami sangka, ada hidangan ketiga pulak, iaitu ayam..haha..kami masing2 muka macam nak menangis pun ada..alhamdulillah,bersyukur dapat makan, tapi bila makan berlebihan pun xelok jugak kan..huhu..nak tak nak, semua mencari ruang yang masih kosong dalam perut untuk makan ayam tu..makan pun dengan roti jugak..nasib baiklaa saya memang suka roti..rasa bahagia je jumpa roti yang best hari2..hehe..lepas dah kenyang makan tu barulaa boleh solat n siap2 untuk tidur..ni gambar ayam..makan dengan roti..




hari 4

rasa macam kejap je masa berlalu..mungkin sebab kitorang asyik bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain n banyak jugak habiskan masa dalam tren..so pagi ni kat rumah mak cik fatimah..xbuat apa sangat pagi tu..cuma sarapan, lepas tu tengok tv (bahasa arab jugak) lepas tu duduk2 je..hehe..rasanya kalau duduk lama sikit dah boleh cakap arab kot..huhu..

tengahari tu, macam biasa, makan lagi laa kan..haha..disebabkan hari ni hari jumaat, menjadi budaya orang2 kat sini untuk masak sejenis makanan yang dipanggil kus-kus setiap hari jumaat..jadi, ini kali kedua kami makan kus-kus lepas kali pertama makan di rumah sidi latif..huhu..hari ni kat rumah mak cik fatimah ni meriah sikit sebab ada dia ajak beberapa orang lain makan kat rumah dia..lepas makan kus-kus tu, dihidang tojin pulak, kali ni daging..makan dengan roti..dan akhir sekali baru makan buah..kat bawah ni gambar kus-kus..keliling dia tu susu yg masam2 sikit (laban)..saya xboleh minum air ni..xmasuk dengan tekak..huhu.




pukul 4 lebih tu, kitorang semua duduk kat ruang tamu rumah tu..mak cik tu ada buat macam liqa' dengan kawan2 dia..rasa macam comel je..nampak dia macam orang biasa2 je, tapi ada keinginan dan usaha untuk menghidupkan majlis ilmu kat rumah dia dan dia jugak yang berkongsi tu..walaupun simple je cara dia share ayat tu, tapi best laa..kami dapat laa tangkap sikit2 apa yang dia cakap, especially kalau words yang agak familiar, tapi perlukan kawan2 kami untuk translate jugak..huhu..bila kawan kitorang ni translate untuk kitorang, mak cik fatimah akan stop kejap..

tak lama pun liqa' tu..dalam sejam macam tu..lepas tu kawan2 dia pun balik..kitorang pun nak gerak balik jugak petang ni, so kena kemas2 barang dengan cepat..takut nanti kalau dah lambat, mak cik n suami dia tak kasi balik pulak..mana tau nanti dia suruh tunggu dinner pulak..dah kena spend lagi satu malam kat situ..huhu..kita ni tak nak laa nak menyusahkan tuan rumah tu kan..tapi diorang memang kalau boleh nak kita duduk lama sikit, at least 3 hari..huhu..tapi lepas kemas2 barang tu, kitorang pun bergerak ke stesen keretapi..masa tu baru pukul 6..perjalanan ke kinetra lebih kurang 2 jam..ni gambar kenangan dengan mak cik fatimah (yang bertudung hitam)..time kasih banyak2 mak cik :)
.
.


wallahu'alam~

Thursday, April 15, 2010

.::hari 2::.

setelah beberapa lama dok kat bilik, dok laa pikir bila nak sambung cerita pasal morocco ni. tak tahu macam mana nak sambung sebenarnya, tapi itu x boleh nak dijadikan alasan laa kan..at least i have to write something yang akan jadi kenangan di masa hadapan.. :)

hari 2 (rabu)

lepas hari pertama sampai di marrakesh dan bermalam di rumah sidi latif, kami bangun pagi tu dengan harapan nak keluar rumah pagi2 untuk kejar tren pagi tu. tapi kalau dah duduk rumah orang, x sah nak keluar tanpa sarapan dulu. kami pun makan dengan agak laju..ni gambar breakfast kami pagi tu :)



roti, ada pencicah dia, dan ada kek yang makcik tu buat sendiri..sedap..hehe..tapi lepas tu tak pergi pun ke stesen pagi tu..huhu..lepas sidi latif suruh call utk check pukul berapa ada tren kat stesen tu, dia suruh bertolak lepas makan tengahari nanti..maka kami pun habiskan pagi tu dengan berjalan pergi ke jami'a (universiti) kat marrakesh tu..







tengahari tu masa berjalan balik ke rumah sidi latif, sempat singgah kat sebuah kedai ni..adik2 ni semangat nak suruh kami rasa roip bi fawaqih (yogurt dengan buah2)..best!!





nampak pun sangat best, apalagi bila makan dan masukkan dalam mulut..huhu..walaupun kenikmatan yang sementara, tapi masih diingat sampai ke hari ini..hehe..



tengahari tu sampai kat rumah sidi latif..solat, makan n siap2 nak gerak balik..huhu..sidi latif ni beriya2 laa suruh tggu lagi...memang style orang2 kat sini, sangat2 meraikan tetamu n sangat susah nak bagi tetamu balik..huhu..kat bawah ni gambar lunch terakhir di rumah sidi latif :)








sebelum keluar rumah untuk balik petang tu, adik2 ni sempat laa berborak kejap dengan sidi latif ni..ada laa beberapa kata2 akhir sebelum kami pulang..macam ayah dengan anak..huhu..malangnya kami xfaham apa dia cakap..hanya dapat cakap, syukran, barakallahufik..hehe..kira ok laa..tanda terima kasih dan mendoakan keberkatan buat mereka. :)


patutnya kami nak kejar tren pukul 3..tapi atas sebab2 kelewatan keluar rumah dan kesukaran mendapatkan teksi,kami sampai di pintu masuk stesen tu dekat2 pukul 3..ingatkan sempat lagi kejar sebab tren2 kat sini suka delay..tapi xdapat nak kejar..makanya kenalaa tunggu tren pukul 5..maka kami habiskan masa dengan bergambar di kawasan stesen keretapi tu..cantik binaan stesen keretapi tu..rasa kagum gak..even hanya sebuah stesen keretapi, tapi agak cantik laa..









perjalanan ke kinetra pun bermula..lama jugak perjalanan tu..lebih kurang 5jam..jadinya malam baru sampai..dari stesen keretapi di kinetra tu, jalan kaki je untuk ke rumah adik2 tu..rasa sangat excited jumpa 4 adik2 lagi yang x ikut menjemput kami kat airport..huhu..sampai tu duduk kejap, pastu makan..hehe..dan malam tu kami berehat..

to be continued..insyaAllah..wallahu'alam~

Wednesday, April 14, 2010

nak balik?

salam semua =)


tiba2 pagi ni terajin sket untuk update blog, selepas sekian lama x update. so hari ni dah hari rabu.hanya berbaki 4 hari untuk menghabiskan sisa2 cuti ini..huhu..rasa kejap laa pulak walaupun xada buat apa sangat kat bilik ni.tapi banyak je benda yang dapat dibuat sebenarnya..hehe..xyah laa disenaraikan di sini.. :p


so hari ni, macam biasa..pagi bangun tido, lepas tu surf internet baca berita..semenjak cuti ni, itulah rutinnya.bila bosan je bukak utusan online tengok berita2 baru..tadi sempat jugak call ibu tersayang..padahal semalam baru je call n dah kata dah, nanti laa sok lusa baru call lagi..huhu..rindunya nak balik..padahal ada lagi 8 bulan untuk ditempuhi sebelum dapat tiket 'free' untuk balik for good hujung tahun ni..


lepas tu dah agak bosan tengok berita n layan facebook, g laa blog-hopping jap..sempat baca 3, 4 blog camtu..tu yang tergerak jugak untuk update blog..hehe.. :p tengah2 dok baca blog tadi, tetiba ada 1 mesej masuk..haha..seperti memahami gelora jiwa untuk balik ke m'sia..mesej dari lycafly.com yang berbunyi "special offer:return flights to kuala lumpur from gbp476 including taxes." ada laa dia bagi no. tepon kalau berminat nak call kan..n ada nombor if nak unsubscribe..


baru teringat, last year masa nak beli tiket flight tu, ada jugak survey few website yang offer cheap flight ticket..tapi last2 beli direct dekat website mas jugak sebab harga masa tu lebih kurang..huhu..tapi tu cerita tahun lepas laa kan..


tahun ni punya cerita?memang nak sangat laa balik..especially bila cuti kat sini..kalau lah jarak nya dekat macam ipba balik kajang, which is about 30minutes drive or about 2hours kalau balik naik komuter (campur nk g klsentral n tggu tren yg lambat plus taxi nk balik rumah), dah lama packing barang untuk balik..haha..tapi sekarang, i have to really2 kuatkan hati menghadapi 8 bulan terakhir kat sini..


orang mungkin akan pelik, da dapat peluang stadi kat oversea, sibuk nak balik pulak..huhu..stadi kat sini memang laa best, kawan2 best, environmnet best, g jalan2 makan angin best..but still, hatiku di malaysia..haha :p dah2,cukup laa kot luahan perasaan di pagi hari ini..


by the way, after almost 2weeks staying alone, finally my housemates are back..semalam petang diorang sampai..hehe..tak laa sunyi sangat lepas ni..


that's all for now..wallahu'alam~

Saturday, April 3, 2010

saja2

sementara menunggu gambar2 di upload kat facebook, nak mula menulis sikit2 laa. tapi macam xtau nak mula dari mana, sebab banyak sangat benda yang ada dalam kepala sekarang..rasa ngantuk pun ada..huhu..


alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-3 bulan april..masih diberi nikmat iman n islam, dan diberi juga kekuatan untuk meneruskan kehidupan, walaupun dengan banyaknya dugaan n cabaran dalam hidup..tapi apalah sangat dugaan kita pada hari ni, di tempat ni, pada masa ni, kalau nak dibandingkan dengan dugaan dan ujian yang diberikan pada orang lain??


sungguh,Allah tu memang Maha Adil dan Maha Mengetahui..Dia sangat tahu kemampuan hamba2Nya untuk diuji setakat mana..macam yang kita selalu baca dalam ma'thurat setiap pagi dan petang, dalam surah al-Baqarah ayat 286, 'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...'


seringkali diri ini membayangkan, "bagaimana kalau aku berada di tempat dia?" rasa macam sangat2 berat untuk dia diuji begitu..tapi memanglah Allah tahu kemampuan seseorang tu..Allahuakbar~



adoi..selesai sudah mengupload gambar..tapi baru sikit..tu pun xletak caption lagi..kalau ikutkan,malas rasanya nak upload gambar,tapi bila fikir2 balik,kena juga rajinkan diri untuk upload..


dah2,letih menulis walaupun pendek je..belum lagi sambung cerita pasal morocco ni..tunggu post akan datang ye imsyaAllah :)


wallahu'alam~

apa dah jadi?

tolong!!!sekali lagi menjerit mintak tolong hari ni..kalau tadi minta mood dipulangkan..sekarang nak minta tolong, camne nak betulkan layout blog ni??nape benda2 yang patutnya kat belah kanan page dah jadi kat bawah page pulak??rasa macam xde edit ape2,tp xtau laa kalau tertekan apa2 kan..huhu..tolong!!!terus xde mood nk menulis..huhu..



*updated on 14 apr'10

haha..i figured out why the sidebar tiba2 jadi kat bottom of the page..after almost a week, baru tergerak nak click at 'help' and i finally got the answer.. :)


Why does my sidebar shift to the bottom of the page?
On occasion, one column (often the sidebar) will shift when the content contained within a side-menu or a post extends a column beyond its designated width. This behavior varies across browsers so the issue will not always occur when a visitor views your page. To resolve the problem we recommend reviewing the content in both columns to identify items that may be causing column expansion. In most cases, long links and wide images are the cause of the problem.


dalam post before ni, ada masukkan link video dari youtube..link tu yang menyebabkan sidebar tu kebawah..tadi dah delete link video tu and alhamdulillah, my blog looks like usual..n i'm very happy.. =)

mana mood ni hilang?

sekarang ni tgh mencari mood untuk menulis.padahal banyak je benda yang nak ditulis rasanya.cuma mood untuk menulis tu hilang. mood untuk upload gambar pun xde.adoi.camne ni..tolong!!!pulangkan mood itu..huhu..maybe malam nanti mood tu akan datang menjengah (hopefully)..huhu~