Monday, August 31, 2009

puasa~5




Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al‐Sunan, Maksudnya: Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu.

sama-sama kita rebut peluang untuk menebus dosa2 dan kesilapan yang kita lakukan, samada sedar ataupun tidak..kita perbanyakkan taubat kita.dan berazam dengan sungguh-sungguh untuk tidak mengulangi dosa dan kesalahan yang dilakukan.apa yang penting ialah usaha yang ikhlas kerana Allah.dan keazaman yang tinggi.segala pengharapan hanyalah pada Allah.

wallahu'alam~

merdeka~

selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-52..saja letak lagu ni.. :)



* * *

merdeka ini~

erti merdeka bukan hanya pada laungan
bukan juga sekadar pada kibaran bendera
merdeka ini untuk dihayati setiap masa
untuk kita hargai sentiasa
merdeka kita bukan hanya bebas dari penjajah
yang lebih besar adalah merdeka jiwa
merdeka sudahkah pemikiran kita
dari penjajahan pemikiran yang dicipta Barat
selagi minda belum terbuka
selagi mata masih memandang kosong pada kejahilan mereka
kita masih belum merdeka sepenuhnya
kita masih perlu berjuang
bukan untuk menentang mereka
tapi melawan keinginan diri kita sendiri

nasa
plymouth
31 ogos 2009
1.12pm

Sunday, August 30, 2009

puasa~4

dah masuk minggu kedua berpuasa..kejap je masa berlalu..semoga ramadhan ini tak disia-siakan begitu saja.


alhamdulillah.dah 52 tahun malaysia merdeka.malam tadi lepas terawih berjemaah ada buat tahlil ringkas sempena hari kemerdekaan negara.simple.tapi cukup untuk buat kami bersyukur dengan negara tercinta.setiap orang pasti ada cara masing2 untuk menyambut kemerdekaan negara ni.apa pun caranya,biarlah dengan cara yang betul.biarpun diri ini jauh beribu batu dari tanah air,kerinduan untuk pulang sentiasa dirasai..proud to be malaysian.


tapi yang lebih utama,proud to be muslim.yang ini tiada gantinya.hanya mereka yang terpilih je yang dapat bergelar seorang muslim. :)

Friday, August 28, 2009

puasa~3

bising+meriah+riuh=rindu!!!
itulah yang boleh diucapkan lepas 1st time skype dengan semua orang ada kat rumah.
mummy.along.apeq.angah.omar.diana.danial.harris.
rasa macam sangat ramai orang kat rumah..rasa sangat riuh-rendah..macam-macam bunyi dan suara..dengar pun macam tak clear sangat..
tapi rasa macam sangat best.. :)
sempatlah skype lepas waktu berbuka kat malaysia.
tengok suasana kat rumah,bertambah rindu nak balik..huhu..
harris pun dah boleh berjalan..
mummy masak nasi tomato n bubur caca.sedapnya..
sempat lagi along makan aiskrim masa skype walaupun hakikatnya adik nya ni masih berpuasa kat sini.
lepas tu pukul 9 lebih,semua orang lebih memandang ke tv untuk menonton nur kasih.huhu..
lain kali laa skype lagi..
.
.
* * *
.
.
dah seminggu kita berada dalam bulan Ramadhan ni..
macam mana amalan kita?semoga ada peningkatan dari hari ke hari..
terasa cepat masa berlalu.saat demi saat terus bergerak.
semoga kita dapat manfaatkan Ramadhan ni sebaik mungkin.
jangan jadi hamba yang rugi, yang tidak terkesan pun oleh Ramadhan ni.
.
semoga Ramadhan ni menjadi titik tolak kita untuk mengubah kebiasaan kita.
kalau dulu suka mengumpat,lepas ni tak mengumpat dah.
kalau dulu baca al-Quran seminggu sekali,lepas ni baca hari2.
kalau dulu jarang-jarang buat solat sunat,lepas ni solat sunat tu jadi kebiasaan.
.
kalau tak mulakan sekarang,bila lagi???
.
~wallahu'alam~

Tuesday, August 25, 2009

puasa~2

alhamdulillah..hari ni dah hari ke-4 puasa..macamana 4 hari berpuasa ni?erm..for me,banyak lagi yang kena improve kot..sahur kadang-kadang tak bangun..terlepas laa nak dapat keberkatan sahur tu..qiam pun tak konsisten lagi..masa pun banyak yang terbuang camtu je..tak boleh jadi ni..


bagi yang dah mantap amalan,teruskan..biar berterusan bukan saja sampai akhir ramadhan,tapi biar berterusan sampai bila2..insyaAllah..


bagi saya sendiri dan mereka yang rasa banyak yang perlu diperbaiki,jom!!masih belum terlambat untuk kita perbaiki dan perbanyakkan amalan kita..jadikan bulan ramadhan ni sebagai permulaan..dan berusaha untuk istiqamah selepas kita keluar dari bulan ramadhan ni nanti..insyaAllah..


betapa banyak peluang yang Allah nk bagi kat kita dalam bulan ramadhan ni.tinggal kita nak rebut peluang tu,atau biar orang lain je yang dapat peluang tu nanti..tapi kalau macam tu,kita yang akan rugi nanti kan??


..Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan.. (2:23)


wallahu'alam~

Sunday, August 23, 2009

puasa~1

selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.macamana 2hari pertama di bulan ramadhan ni?semoga dapat manfaatkan ramadhan ni sebaik mungkin.

alhamdulillah.semalam dapat menyempurnakan hari pertama puasa di perantauan ni.terasa bezanya dengan suasana di malaysia.ditambah lagi dengan kesunyian sebab kawan2 ramai yang balik malaysia.tak rasa meriah sangat macam masa kat IPBA or kat rumah dulu.tapi alhamdulillah,berpuasa masa cuti ni bagus jugak.kadang2 rasa lama sebab duduk rumah je,tapi yang bestnya ialah dapat fokus pada apa yang patut dibuat.di samping kena buat assignment yang akan dihantar sebaik saja kelas bermula nanti.

alhamdulillah,bersyukur je dengan keadaan ni.cuma biasalah,hidup sorang2 ni,nak makan kena masak sendiri.nak bangun sahur tak ada mak nak kejutkan.huhu.masa terawih pun terasa jugalah bezanya.rasa sunyi n sayu je.solat dengan kawan2 di salah satu bilik yang memang ditempah untuk solat terawih berjemaah.memang lah rasa lain kalau nak bandingkan dengan solat kat surau atau masjid, tapi alhamdulillah,that's the least we can do here.moreh pun ada lepas terawih walaupun sebenarnya kenyang lagi masa tu.
.
tadarus muslimat dibuat setiap hari.bergilir-gilir buat kat satu rumah and semua orang kumpul kat situ.walaupun tak ramai,tapi ok lah.solat zohor berjemaah, lepas tu duduk sama2 and baca satu juzuk setiap hari. bagus jugak bila baca sama2 ni.kesalahan kita akan dibetulkan and kita tak adalah main baca je kan.dapat juga eratkan ukhuwah dengan senior2 sebab senior2 je yang ramai kat sini sekarang.
.
di sebalik kesunyian ni,mungkin inilah pengalaman yang akan mengajar diri menjadi lebih kuat dan tabah.huhu.belajar untuk memanfaatkan setiap masa yang ada.wallahua'alam~

Thursday, August 20, 2009

ramadhan~

dalam mood menyambut ramadhan,saja nak letak video ni kat sini.lirik yang best untuk dihayati bersama insyaAllah :)