Saturday, April 25, 2009

sitting yang best

ok2..malas nk menghadap esaimen pd tengahari yg indah ni..haha..so,ape kata kita update blog??? :)


kan saya suka tengok awan.. :) ni awan yang saya nampak dari flight masa otw to spain..subhanallah..rasa cantik sangat..rasa macam nak pegang awan tu..


semalam sempat wat sitting wif kwn2 n akak2 yg sgt comel.. :) biasanya wat every week kat umah sesape..and semalam wat kat house 26..


so semalam kitorang sharing surah luqman..tgh tulis2 ni,br t'ingt sorang mamat dr oman ni..jumpa masa orientation week..fav. no dia nombor 31..masa tu pelik jugak sbb biasanya org punya fav no. 1 angka je..mcm no. 3 ke, 7 ke..tp dia no. 31..lepas tu dia ckp,dia suka no.31 sbb surah yg ke-31 is surah luqman..and sebab nama dia luqman..


ok,back to our point..semalam kitorang tadabbur surah luqman..tp xde laa tadabbur ayat by ayat..just everyone sharing apa yg dh dibaca atau apa yg kitorang rasa best nak share..


tambah sikit pengetahuan about siapa tu luqman and perbezaan pendapat yg timbul..


ada yg kata luqman ni mungkin seorang nabi..ada yang kata luqman ni golongan soleh..tp pendapat yg masyhur lebih kpd yg kedua-iaitu seorang yg soleh..


ada kata dia seorang hamba dan ada yg kata dia seorang yg merdeka..


pd zaman bila dia hidup pun byk khilaf jugak..ada yg kata luqman hidup pd zaman nabi daud..wallahu'alam..


tentang anak dia pulak, ada yg kata anak dia sempat bertaubat sebelum meninggal dunia..ada yg kata anak dia mati dalam kekufuran..


tp yg penting,bukan kita nak tahu pendapat mana yg betul..kita nak amek pengajaran dari kata2 hikmah luqman al-hakim ni..insyaAllah..


12. Dan sungguh, telah Kami berikan hikmah kepada Luqman,iaitu "Bersyukurlah kepada Allah! Dan barangsiapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur utk dirinya sendiri; dan barangsiapa tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah maha Kaya, Maha Terpuji."


13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, "Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar2 kezaliman yg besar."


14. Dan Kami perintahkan kpd manusia (agarberbuat baik) kpd kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam dalam keadaan lemah yg bertambah-tambah, dan menyapihnya dlm usia 2 tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.


penting kan utk kita hormati ibu bapa..kalau dikira jasa ibu bapa kita, tak terbalas rasanya walaupun dengan segunung emas atau selautan mutiara..jasa yang tak terhitung banyaknya..sebagai anak, apa yang diharapkan hanyalah kita hormati mereka dan cuba gembirakan mereka..


15. Dan jika kedunya memaksamu utk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yg engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dgn baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.


selagimana suruhan ibu bapa tak bertentangan dengan syarak, kita kena lah turuti. tapi kalau suruhan tu bertentangan dengan hukum agama, gunalah pertimbangan yang wajar, gunakan cara berhikmah untuk tidak menurut perintah yang bercanggah dengan syarak tu..jangan pula kita melawan dan tunjuk pandai sampai melukakan hati ibu bapa kita..walaupun mungkin kita ada lebih ilmu dari ibu bapa kita, tak bermakna kita boleh derhaka pada mereka kan.


16. (Luqman berkata), "Wahai anakku! Sungguh, jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu, atau di langit atau di bumi, niscaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya Allah Mahahalus, Mahateliti.


saya suka nasihat ni..tak kira sekecil mana kebaikan yang kita buat, Allah tetap kira..kalau nak diikutkan, biji sawi tu sangat2 laa kecil..tapi Allah tu sangat baik..Dia Maha Adil..setiap kebaikan yg kita buat, akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal..mcm tu juga kalau kita buat jahat..tiada kejahatan yang akan terlepas dari hukuman Allah..


17. Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.


18. Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang2 yang sombong dan membanggakan diri.


19. Dan sederhanakanlah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."



Luqman ni seorang yang sgt suka berfikir..dia juga x banyak bercakap dan lebih banyak berdiam diri..


jumpa kat satu artikel ni, bila luqman ditanya dari siapa dia mempelajari kata2 hikmah, lalu katanya "Dari orang yg jahil dan bodoh. Setiap kali aku melihat suatu keaiban di kalangan mereka, aku berusaha keras untuk menjauhinya."


apa yg saya nampak kat sini, kita belajar bukan dari orang yang pandai atau hebat je, tapi boleh juga kita ambil pengajaran dan belajar dari kelemahan dan kekurangan orang lain..sekurang-kurangnya,bila kita ambil pengajaran,kita akan berusaha untuk tak jadi macam tu..


yang penting, kita kena jadi orang yang bersyukur..sikit sekali orang yang bersyukur di muka bumi ni..(mengingatkan diri sendiri)..dan semoga kita termasuk dalam golongan yang sedikit tu..semoga kita tak lupa memanjatkan syukur, bukan saja bila kita dapat sesuatu yang harapkan, tapi tetap bersyukur bila kita tak dapat sesuatu tu..kerana sesungguhnya Allah jua yg Maha Tahu apa yg terbaik untuk kita..kalau Dia tak bagi tu, adalaa sebabnya..samada kita tak cukup usaha lagi, atau benda tu bukan yg terbaik untuk kita, atau pun Allah nak bagi kita masa kat akhirat nanti..siapa tahu kan???


di samping sharing surah luqman,kitorang sharing byk lg bnda2 lain..insyaAllah,bkn sekadar sembang kosong..cerita2 yg boleh diceritakan kpd org lain sbg pengajaran..


semoga setiap saat kita duduk sama2 masa sitting tu,dari mula2 langkah keluar dari rumah, sehingga balik semula ke rumah masing2, mendapat keredhaan Allah dan ada yg melekat di hati2 kita..biar sikit ilmu yg kita dapat,asalkan yg sikit tu kita amalkan dgn istiqamah..insyaAllah..


wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment