Wednesday, August 19, 2009

selamat berpuasa


alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..


ramadhan datang lagi.setinggi-tinggi kesyukuran kita sebab masih lagi dikurniakan nikmat untuk berjumpa dengan bulan yang sangat2 dinantikan ni.bukan semua orang diberi nikmat untuk berjumpa dengan ramadhan 1430 H ni.ada yang telah lebih dahulu kembali menghadap Allah.dan tak kurang juga mereka yang telah ditarik hidayah dari hati mereka sehingga mereka menjadi kabur mata dan buta hati.bagi kita yang masih diberi anugerah agung ni,jom kita panjatkan syukur pada-Nya.


jadi,apa azam ramadhan tahun ni?semoga ramadhan kali ni lebih baik daripada ramadhan yang dah lepas.sebagai persediaan menyambut ramadhan ni,jom kita sama2 bersihkan hati kita.kita nak biar seluruh ramadhan kita diisi dengan amalan yang best2 untuk dibawa menghadap Allah nanti.


jangan biarkan ramadhan yang penuh nikmat ni berlalu pergi macam tu je.dan jangan kita sia-siakan bulan ni dengan tak memperbanyak dan memperelok amalan kita.


bulan ramdhan ni bukan setakat kita nak puasa, tahan lapar dahaga je kan.banyak lagi benda lain yang boleh kita buat sebagai menambah amal kita.kita boleh perbanyak bacaan al-Quran. banyakkan zikir kepada Allah.banyakkan sedekah.kurangkan buat perkara2 yang tak berfaedah.


bayangkan,betapa banyak peluang yang Allah nak bagi kat kita sebenarnya.rugilah kalau kita tak ambil peluang keemasan yang tak datang selalu pun.setelah 11 bulan dia menghilang,nak ke kita biarkan dia pergi macam tu je tanpa kita manfaatkan dia sepenuhnya?


sekadar ingatan buat diri sendiri dan pembaca sekalian. :) wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment