Saturday, March 27, 2010

maroc

Alhamdulillah..hari ni baru dapat mencuri sedikit masa yang ada untuk mengupdate blog. entri pertama dari Morocco. mungkin juga yang terakhir, dan akan disambung apabila pulang ke UK nanti.niat di hati nak tulis satu entri untuk setiap hari kat sini. tapi tengok laa mana yang terdaya. sangat banyak kisah dan pengalaman untuk dikongsikan.


mula2 sampai sini, rasa macam tak percaya dah ada kat bumi morocco. xpernah terlintas dalam hati pun yang satu hari nanti akan pergi ke morocco. rasanya kalau tanya kawan2 di uk, mungkin tak ada yang menjawab ingin melancong ke morocco. tapi perancangan Allah mengatasi segalanya..bermula dengan ziarah kawan2 dari morocoo ke UK februari lepas, kali ini kami pula membalas kunjungan mereka. walaupun kami hanya bertiga, namun dengan adanya kawan2 di rumah bernama Daruz-Zak ni membuatkan kunjungan ni sangat meriah dan bermakna.


untuk datang ke morocco ni kena buat visa. dan alhamdulillah, lepas 2 kali naik kedutaan morocco kat London, visa berjaya disiapkan sehari sebelum berlepas ke morocco. tu pun setelah kawan di morocco ni bersusah payah mendapatkan dan menterjemah surat, dan menempuh halangan2 lain yang terpaksa ditempuhi.alhamdulillah..




masa entri ni ditulis, dah masuk 5 hari kami di sini dan berbaki 4 hari sebelum berangkat kembali ke bumi uk..

* * *


Hari 1

lepas 2 jam lebih dalam flight, akhirnya bumi morocco aka maroc aka maghribi makin jelas di pandangan. bumi kelihatan hijau, dengan tanah2 dan keadaan udara kelihatan sedikit berdebu..masa nak melepasi imigresen, ambil masa lebih 30 minit. nak kata ramai orang, tak lah jugak. tapi mungkin kerana kurang lancar sistem yang digunakan, menjadikan keadaan agak tak teratur. pertama kali sampai di morocco. agak terkesan kerana ada jurang bahasa dengan orang2 di sini yang menggunakan bahasa arab, dan sedikit bahasa perancis.


masa ni mula muhasabah diri..sehebat mana pun bahasa inggeris seseorang masa tu, benda tu tak berguna dah sekarang..sesungguhnya, manusia tu memang tak ada apa2..kelebihan yang Allah bagi tu pun, amatlah sedikit dibanding dengan kelebihan dan kekuasaan Allah..siapalah kita manusia ni nak sombong dan bangga diri dengan kelebihan yang ada..sepandai mana pun kita, ilmu tu amatlah sedikit dibanding dengan ilmu Allah.


muhasabah diri yang kedua membuatkan diri ini sayu. menjadi orang islam yang x memahami bahasa arab. mungkin keadaan ni agak biasa di malaysia. namun, agak terkesan di dalam hati bila orang melihat kita yang memakai tudung dan membawa imej islam, namun tak dapat menggunakan bahasa istimewa itu. dalam hati sentiasa sedar, tahu bahasa arab tak menjamin sesorang masuk syurga. namun dengan menguasai bahasa arab, itu adalah satu kelebihan seorang muslim. dan mungkin juga sepatutnya menjadi satu keperluan.


setelah melepasi imigresen, kami berjalan ke pintu keluar. dari jauh kelihatan beberapa wajah yang biasa kelihatan. rasa teruja. rasa rindu. rasa gembira. salam dan pelukan meleraikan kerinduan kami. setelah beberapa urusan di airport diuruskan, kawan2 membawa kami ke rumah seorang pakcik arab di Marrakesh..


Rumah Sidi Latif


perjalanan hanya beberapa minit dari airport ke rumah pak cik arab itu. kami naik teksi kabir (besar). mula2 agak terkejut masa naik teksi tu. teksi tu boleh membawa seramai 7 orang pada satu2 masa. saiz kereta lebih kurang kereta biasa. 2 orang duduk di depan, dan 5 orang boleh duduk di belakang..kejutan pertama di bumi morocco ni..huhu..dalam teksi, kawan2 yang fasih berbahasa arab berborak dengan pak cik teksi..tambang yang dikenakan ialah 20 dirham seorang.


Sampai di kawasan yang tidak sibuk.mungkin seperti pekan di malaysia. rumah di salah satu tingkat di dalam masjid. kerana pak cik arab ni, atau dipanggil sidi (pak cik) latif adalah bilal masjid. kehadiran kami disambut dengan senyuman sidi latif. hanya salam yang dapat diungkap. nak cakap benda lain tak tahu..huhu..lepas tu jumpa dengan isteri dia pulak. mak cik (saidah) aminah tapi kami panggil mama..kata kawan kami,sidi latif memang dah lama rapat dengan pelajar2 malaysia kat sini.


alhamdulillah, perbezaan adat dan budaya tak menghalang ukhuwah ni dari terjalin. semuanya kerana kami mempunyai akidah yang sama. islam telah membuatkan kami rasa dekat walaupun tak dapat berkomunikasi dengan mereka. hanya senyuman. hari pertama di sini, beberapa kalimah arab yang rasanya sangat membantu berjaya diingat. rasa macam kelakar pun ada, sebab lidah ni keras sungguh nak menyebut kalimah2 arab ni, walaupun hari2 dibaca dalam solat dan al-quran, tapi rasa sungguh berbeza bila digunakan untuk berkomunikasi..


sampai kat sini dululah untuk masa ni. akan bersambung lagi nanti, insyaAllah. :)


wallahu'alam~



8.45am
27 march 2010
Kenitra, Morocco


*hari ni birthday najat.tp xwish dia lagi..hepi birthday najat!!! =)

Friday, March 19, 2010

maka...

...cuti pun bermula.
setelah berminggu-minggu menghadap esaimen, walaupun hanya 2, tapi sangat2 la memeningkan kepala. alhamdulillah, dua2 esaimen berjaya dihantar hari ni. so lepas ni, akan bermula cuti selama sebulan. tapi insyaAllah, banyak benda yang akan dibuat sepanjang cuti ni. atau dalam kata lain, ada tempat yang akan dituju.
pada masa entri ini ditulis, ada seorang mak cik tu dah selamat balik malaysia. jelesnye.huhu.sekarang ni dia still dalam perjalanan, sebelum lagi beberapa jam untuk sampai malaysia yang jauhnya beribu2 batu dari sini. rindu nak balik! tapi xpe, akan ku kuat kan hati ini untuk menempuh bulan2 yang mendatang, untuk menghabiskan tahun terakhir di sini.huhu..

Sunday, March 7, 2010

mencari jalan pulang

“Hati ini terlalu inginkan syurga Dia. Namun diri ini seringkali mengabaikan suruhan-Nya, sering pula melakukan perkara yang dilarang-Nya. Masih ada kah peluang diri ini untuk menggapai syurga yang keindahannya tiada tandingan itu? Masihkah diri ini punya masa untuk membaiki segala kesilapan lalu, lantas kembali kepada Dia yang Maha memiliki segalanya?” bunyi air terjun yang bermain di telinga tidak dapat mengatasi gundah hatinya. Dia sedar, kesilapan yang dilakukan bukan kecil.

Cerita tentang syurga yang menjadi halwa telinga ketika zaman kanak-kanak dahulu, seolah-olah makin jauh dari realiti. Semakin dikenangkan kesilapannya, terasa semakin mustahil untuk dicapai tempat kembali yang abadi itu.

“Aku terlalu kerdil dan lemah. Apalah guna andai aku ini mulia dan indah di pandangan makhluk, namun hina dan tiada tempat pada pandangan Dia yang Maha pencipta segalanya?” sekali lagi dia termenung panjang, mengenangkan hidup yang seperti tiada erti lagi.

Bunyi air menghempas batu tidak dihiraukan. Kejernihan air yang menenangkan itu pun tidak dapat menarik perhatiannya. Tangannya ditelangkupkan ke muka, lantas mengusap rambut yang tersedia kemas.

“Adakah taubat ku akan diterima oleh Dia? Setelah apa yang aku lakukan? Arghhh!” suaranya bergema, memecahkan kesunyian kawasan air terjun itu.

Tiba-tiba seorang lelaki tua muncul dari pondok rehat berhampiran. Dia berjalan tenang, setenang air yang mengalir di kolam air terjun itu.

“Assalamualikum,nak. Pak cik dengar kamu menjerit tadi. Ada apa-apa yang pak cik boleh bantu?” bagaikan tarikan magnet, ketenangan wajah pak cik tua itu membuat dia terpaku. Tali leher yang sudah dilonggarkan dipegang, menghilangkan rasa gugup di hati.

“Waalaikumussalam pak cik. Saya okey je. Minta maaflah kalau jeritan saya tadi mengganggu pakcik” dia digamit rasa bersalah, bimbang mengganggu ketenteraman orang lain di kawasan itu, walaupun dia yakin, sewaktu dia tiba tadi, hanya dia seorang yang berada di situ.

“Orang yang ada masalah, memang tak akan mengaku mereka ada masalah. Macam orang gila yang tak akan mengaku mereka gila.” Wajah pak cik yang tenang mengukir senyuman, lantas duduk di sebelah pemuda itu.

Dia tidak membalas kata-kata pak cik itu. Pandangannya tertumpu pada air yang mengalir pada batu-batu air terjun. Meski dihalang oleh batu-batu yang besar, air akan terus mengalir.

“Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, tinggal kita untuk pilih jalan penyelesaian mana yang akan diambil.” Pak cik tua terbatuk kecil, sebelum kembali menyambung bicara.

“Setiap kesalahan pasti akan diampunkan, tinggal kita saja yang perlu memohon keampunan itu.” Pak cik tua itu seolah-olah tahu apa yang melanda hatinya. Biarpun dia tidak tahu siapa pak cik tua itu, tapi dia rasa terpanggil untuk meluahkan apa yang dirasainya.

“Tapi pak cik, tak kanlah kesalahan yang besar akan diampunkan? Ada ke harapan untuk mereka yang berdosa untuk merasai nikmat syurga tu, lepas apa yang dilakukan selama ni?” selaju air yang mengalir di celah batu-batu itu, selaju itu juga kata-kata itu meluncur keluar dari mulutnya. Entah dari mana datangnya kata-kata itu. Sedangkan baru tadi dia mengaku yang dia tidak apa-apa.

“Pak cik tak perlu tahu apa yang telah kamu lakukan dulu. Apa yang penting ialah apa yang kamu ingin lakukan sekarang. Hidup kamu yang dulu telah menjadi sejarah, namun hidup kamu yang akan datang, ditentukan pada hari ini.”

“Maksud pak cik?”

“Hidup kamu pada hari esok, kamu yang akan tentukan. Meskipun segalanya telah tercatat sejak azali, namun kamu juga yang akan berusaha dan merancang apa yang akan terjadi nanti. Dan semestinya, semua itu berlaku dengan izin Dia” tangan pak cik tua menepuk bahu pemuda itu.

“Dia tidak pernah mensisihkan hamba-Nya. Hanya kita yang sering melupakan dia. Macam kamu, saat kamu dilanda gelisah seperti ini, Dia tak biarkan kamu keseorangan. Dia ‘hantar’ pak cik sebagai peneman bicara. Kalau pun kamu keseorangan, lihatlah sekeliling kamu, alam ini akan menjadi teman.”


“Tapi saya buntu pak cik.” Dia meluahkan apa yang dirasainya setelah dia diam beberapa ketika.


“Dia tidak pernah biarkan hamba-Nya begitu saja. Hanya saja kita, sebagai hamba-Nya, perlu kembali dan meminta pada Dia. Sedangkan taubat lelaki yang telah membunuh 100 jiwa itu diterima oleh-Nya, siapa yang dapat menghalang dari taubat kita diterima?”


Kisah pembunuh 100 jiwa? Kisah yang selalu didengar sewaktu zaman remaja dulu. Bila seorang lelaki yang telah membunuh 99 jiwa ini ingin bertaubat, berjumpalah dia dengan seorang rahib, namun rahib itu mengatakan taubat dia tidak akan diterima. Jadilah rahib itu mangsanya yang ke-100. Namun apabila dia berjumpa dengan seorang yang alim, diberitahu bahawa tiada siapa yang dapat menghalangi pintu taubat dan disuruhnya pemuda itu ke kawasan lain, meninggalkan kawasan asalnya. Lalu dia meninggal dunia dalam perjalanan dan terjadi perebutan antara malaikat rahmat dan azab. Namun pengakhiran kisah itu samar-samar dalam ingatannya.


“Pak cik, apa jadi pada pemuda tu? Lepas 2 malaikat berebut untuk mengambil dia?”


“Kemudian datang malaikat yang wujud dalam rupa manusia, yang menyelesaikan masalah itu. Malaikat tu suruh 2 malaikat tu ukur jarak perjalanan lelaki yang ingin bertaubat tu. Malaikat tu kata, kawasan mana yang lebih dekat dengan tempat kematian lelaki tu, malaikat tu lah yang berhak mengambil lelaki tu”


“Betul, betul. Lepas diukur, lelaki tu lebih dekat dengan tempat yang ditujunya, berbanding kawasan asalnya. Lepas tu malaikat rahmat yang mengambil dia. Kan, pak cik?” Pak cik tua itu hanya mengangguk dan tersenyum kecil.


“Macam itu jugalah kita ni nak, sebesar mana kesalahan kita, asal saja kita ingin kembali pada Dia, pintu taubat itu tak pernah tertutup. Selagi nyawa belum sampai di kerongkongan, bertaubatlah. Jangan sampai bila nyawa hampir ditarik baru kita ingin bertaubat.”


Air mata bergenang di kelopak mata lelaki itu. Betapa luasnya kasih sayang dan rahmat-Nya. Hanya dia saja yang sering terlupa akan nikmat yang dikurniakan oleh-Nya. Lalai dengan arus dunia dan keseronokan yang sementara.


Masihkah ada peluang untuk dia bertaubat? Sedangkan dirinya kotor dan tidak mempunyai hala tuju. Dia masih ragu-ragu akan keampunan-Nya buat hamba-hamba yang berdosa.


“Tapi pakcik…” dia menoleh memandang ke arah pak cik tua itu. Namun pak cik tua itu telah tiada. Lantas dia bangun dari bangku itu, mencari kelibat pak cik tua itu di kawasan sekeliling.


Tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang.


“Saudara, hari dah hampir senja ni. Jalan keluar ke jalan besar gelap nanti.” Pembersih kawasan air terjun itu mengejutkannya dari lena.


Dia tergamam seketika. Dicari kelibat pak cik tua di sekelilingnya.


“Encik, ada nampak tak seorang pak cik tua dekat kawasan ni?”


“Tak adalah, saudara. Dari tadi saudara seorang je kat sini. Jarang ada pengunjung datang bila hari dah dekat gelap ni.” Pembersih kawasan air terjun itu mengambil plastik sampah yang telah penuh dan berlalu pergi.


Pemuda itu lantas mengambil topi keledar dan menuju ke arah motosikalnya. Dia yakin, mimpi yang dialaminya tadi bukan sebarang mimpi. Pintu taubat terhampar luas di hadapannya kini. Tinggal dia saja yang perlu kembali kepada-Nya.


“Ya Allah, izinkan aku bertaubat dan kembali kepada-Mu. Jangan Kau matikan aku dalam keadaan sia-sia ini.” Dan motosikalnya membelah kesunyian senja. Yang terbayang di matanya kini hanyalah sehelai sejadah yang telah lama ditinggalkan.



7 mac 2010
8.37pm

wallahu'alam~