Sunday, April 18, 2010

.::hari 3 dan 4::.

hari 3

hari ni hari khamis dan hari ni kami akan berjalan lagi.. :)

kami bangun pagi tu dan macam biasa sarapan dan siap2 untuk keluar..hari ni kami akan ke fes.. pertama kali dengar tempat ni sebenarnya dari lecturer kat sini, merangkap mentor saya..masa saya gtau yang saya akan ke morocco masa cuti easter ni, dia cerita dia pun pernah pergi morocco n dia cerita sikit2 pasal fes..

fes ni dikira kawasan pelancongan laa bagi negara morocco ni..ada banyak tempat2 menarik, ada pasar yang jual macam2 benda, esp barang2 kulit, dll..pagi tu, kami naik tren ke fes..perjalanan amik masa dalam 2 jam..lepas tu naik teksi untuk ke pasar fes tu..sampai2 kat pasar tu, mula tengok2 barang..tapi macam pening gak sebenarnya sebab pasar yang sempit dan agak ramai orang, dengan kadang2 ada keldai angkat barang lalu tengah2 jalan tu..bahasa yang digunakan memang xfaham laa kan..huhu..so angguk2, geleng2 je..nasib baik ada adik2 tu jadi translator n tukang tawar harga..


masa dekat fes tu, sempat pergi tengok camne diorang proses kulit sebelum kulit tu dijadikan barang macam beg ke, kasut ke, etc. bila kita tengok barang kulit tu, nampak simple je, tapi bila tengok camne proses nak menghasilkannya, baru kita tahu tak mudah sebenarnya..

kat atas ni ada mesin yang berpusing..tempat kulis tu macam dibersihkan laa..lepas tu gambar kat bawah ni tempat kulit2 tu diwarnakan..ala2 perigi laa..macam2 warna jugak laa ada kat situ..ramai jugak orang2 yang bekerja kat situ..


lepas tu kulit2 tu dikeringkan..semua ni dibuat kat atap2 kedai2 n rumah2 kat kawasan tu laa..kalau tengok dari atas atap tu, memang nampak macam satu kawasan penghasilan kulit yang agak besar jugak laa..






selepas melalui proses2 tu tadi, akhirnya, terhasillah produk kulit yang boleh dijual dan dipakai..hehe..tapi masa pergi tu x beli sangat pun sebab takut tak muat beg..hehe..lepas tu, barang2 kulit agak berbau jugak sebenarnya..so kalau dah beli pun, mungkin kena dijemur lagi untuk hilangkan bau kulit yang xberapa best tu..




lepas tu masuk makam orang yang awal2 buka fes ni masa zaman dulu..masa masuk makam ni,nampak beberapa orang ni macam intai ke dalam makam tu..mungkin berdoa ke, xtau laa kan..hehe..ada gak beberapa orang yang duduk kat tepi2 tu..berdoa jugak kot..



tapi kitorang masuk kejap je..tengok2 keadaan dalam tu, amek gambar jap, pastu keluar..pelik gak sebab dibenarkan pulak amek gambar dalam tu..amek je laa sekeping buat kenangan..huhu..


pastu masuk khazanah kat situ, which is tempat tersimpannya buku2 lama n manuskrip..tempat ni macam library je lebih kurang, cuma xbesar sangat laa..masa kami pergi tu, ada laa beberapa orang yang sedang menelaah kat dalam library tu..



buku2 kat sini semuanya dalam bahasa arab laa kan..so kami pun tengok je la, walaupun xfaham apa yang tertulis pada buku tu..hehe..




lepas pergi khazanah tu, kitorang solat kat masjid kat situ jap..lepas tu kitorang pun naik teksi untuk pergi tengok kawasan istana pulak..



istana ni bukanlah istana rasmi sultan..tapi bila sultan datang fes sekali-sekala, kat sini laa dia menginap..istana singgahan pun hebat camni, kalau istana rasmi mesti berkali ganda hebat nya kan..hehe..sempat laa amek gambar kat kawasan istana tu..xdapat laa pulak nak masuk ke dalam istana sebab saya ni xde darah istana..hehe..





dekat kawasan istana ni, ada satu gate ni..tapi guard kat sini akan bunyikan wisel bila orang amek gambar gate ni..tak faham jugak kenapa. sebab itu hanyalah sebuah gate..apa yang xnak kasi orang amek gambar kat situ?xfaham..tapi saya saja je laa amek gambar gate tu dari jauh, dengan zoom kan kamera..huhu..kat bawah ni gambar gate tu..agak2 nape dia xkasi amek gamabr gate tu???hanya mereka yang tau..huhu..




petang tu, lepas dah habis jalan2, gi makan jap, lepas tu kitorang naik tren untuk ke meknes, satu lagi tempat kat morocco ni..tapi pergi meknes ni bukan untuk berjalan sangat pun tapi nak pergi ziarah n tumpang bermalam kat rumah sorang makcik arab ni..hehe..makcik fatimah ni baiklaa..walaupun macam biasa,kitorang bertiga xfaham pun apa yang dia cakap, tapi layanan dia memang best laa..memang sangat2 diraikan..

malam tu sampai2, macam biasa kena laa makan dulu kan..hehe..masa ni laa yang agak menguji perut kami..bukan xnak makan, tapi saiz perut xada laa besar mana..xboleh nak sumbat banyak2..huhu..masa sampai tu, atas meja dah terhidang roti2 sikit dengan benda2 untuk cicah..kitorang pun makan laa..tapi tau je tu bukan main dish dia..ni dia gambar roti, beberapa jenis pencicah, dan kuih2 sikit..



lepas tu dihidangkan dengan sejenis bubur, namanya harirah..macam ala2 bubur tomato tapi sedap laa..disebabkan bubur dia sedap, kami pun makan dengan seleranya..semua memang tambah laa makan bubur tu..huhu..dah laa makan tu cicah dengan roti lagi..so masing2 pun dah kenyang laa makan bubur tu..lepas tu dia angkat mangkuk bubur tu..ni dia gambar harirah.. :)






nampak pun sedap..memang sedap pun..hehe..tu yang bertambah2 tu..huhu.. :)

dan sungguh tak kami sangka, ada hidangan ketiga pulak, iaitu ayam..haha..kami masing2 muka macam nak menangis pun ada..alhamdulillah,bersyukur dapat makan, tapi bila makan berlebihan pun xelok jugak kan..huhu..nak tak nak, semua mencari ruang yang masih kosong dalam perut untuk makan ayam tu..makan pun dengan roti jugak..nasib baiklaa saya memang suka roti..rasa bahagia je jumpa roti yang best hari2..hehe..lepas dah kenyang makan tu barulaa boleh solat n siap2 untuk tidur..ni gambar ayam..makan dengan roti..




hari 4

rasa macam kejap je masa berlalu..mungkin sebab kitorang asyik bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain n banyak jugak habiskan masa dalam tren..so pagi ni kat rumah mak cik fatimah..xbuat apa sangat pagi tu..cuma sarapan, lepas tu tengok tv (bahasa arab jugak) lepas tu duduk2 je..hehe..rasanya kalau duduk lama sikit dah boleh cakap arab kot..huhu..

tengahari tu, macam biasa, makan lagi laa kan..haha..disebabkan hari ni hari jumaat, menjadi budaya orang2 kat sini untuk masak sejenis makanan yang dipanggil kus-kus setiap hari jumaat..jadi, ini kali kedua kami makan kus-kus lepas kali pertama makan di rumah sidi latif..huhu..hari ni kat rumah mak cik fatimah ni meriah sikit sebab ada dia ajak beberapa orang lain makan kat rumah dia..lepas makan kus-kus tu, dihidang tojin pulak, kali ni daging..makan dengan roti..dan akhir sekali baru makan buah..kat bawah ni gambar kus-kus..keliling dia tu susu yg masam2 sikit (laban)..saya xboleh minum air ni..xmasuk dengan tekak..huhu.




pukul 4 lebih tu, kitorang semua duduk kat ruang tamu rumah tu..mak cik tu ada buat macam liqa' dengan kawan2 dia..rasa macam comel je..nampak dia macam orang biasa2 je, tapi ada keinginan dan usaha untuk menghidupkan majlis ilmu kat rumah dia dan dia jugak yang berkongsi tu..walaupun simple je cara dia share ayat tu, tapi best laa..kami dapat laa tangkap sikit2 apa yang dia cakap, especially kalau words yang agak familiar, tapi perlukan kawan2 kami untuk translate jugak..huhu..bila kawan kitorang ni translate untuk kitorang, mak cik fatimah akan stop kejap..

tak lama pun liqa' tu..dalam sejam macam tu..lepas tu kawan2 dia pun balik..kitorang pun nak gerak balik jugak petang ni, so kena kemas2 barang dengan cepat..takut nanti kalau dah lambat, mak cik n suami dia tak kasi balik pulak..mana tau nanti dia suruh tunggu dinner pulak..dah kena spend lagi satu malam kat situ..huhu..kita ni tak nak laa nak menyusahkan tuan rumah tu kan..tapi diorang memang kalau boleh nak kita duduk lama sikit, at least 3 hari..huhu..tapi lepas kemas2 barang tu, kitorang pun bergerak ke stesen keretapi..masa tu baru pukul 6..perjalanan ke kinetra lebih kurang 2 jam..ni gambar kenangan dengan mak cik fatimah (yang bertudung hitam)..time kasih banyak2 mak cik :)
.
.


wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment