Sunday, March 29, 2009

tempat bernama Bath

sebelum ni slalu cerita about places that i've already went to..tp kali ni nk crite about a place yang xpernah pergi...saja nk share lepas terbaca dekat utusan online..
Bath tarikan istimewa UK


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

Oleh NIEZAM ABDULLAH(Yang menyertai penerbangan pertama AirAsia X ke London baru-baru ini)


Bagi mereka yang berpendapatan sederhana, selama ini janganlah bermimpi untuk berkunjung ke negara maju seperti United Kingdom (UK). Bukan apa, tambang kapal terbangnya sahaja pun sudah boleh dijadikan deposit membeli sebuah rumah.

Cuba bayangkan untuk perjalanan pergi balik bagi penerbangan kelas ekonomi sebelum ini, tambangnya akan mencecah sehingga angka RM5,000. Tetapi apabila AirAsia X memperkenalkan harga promosi serendah RM500 sehala ke UK sejak 11 Mac lalu, hasrat untuk sampai kota London harus disahut oleh mereka yang suka mengembara.

Menjejakkan kaki ke London tentu sahaja akan membawa kita melihat senibina bangunan-bangunan lama yang berusia lebih 2,000 tahun. Malah tempat-tempat menarik antaranya kediaman Ratu Elizabeth, Istana Buckingham, London Bridge, Sungai Thames, London Eye dan dataran yang dahulunya dipenuhi ratusan burung merpati Trafalgar Square, wajar dilawati.
Tidak lupa juga kepada mereka yang gemar berbelanja, Oxford Street dan Covent Garden Market adalah destinasi yang tidak harus dilupakan.

Dalam kita asyik bercerita kehebatan kota London, tidak ramai yang tahu kira-kira dua jam perjalanan ke barat bandar itu, terletak satu lokasi pelancongan menarik dikenali sebagai Bath.
Bath atau bandar air panas pertama Britain merupakan sebuah bandar lama yang telah wujud kira-kira 2,000 tahun dahulu. Mengikut sejarahnya, sejak abad ke-16 orang Rom telah menemui punca mata air panas pertama di negara tersebut.

Mereka akhirnya membangunkan daerah itu dan membesarkan lagi punca mata air panas yang ditemui untuk kemudahan bermandi-manda terutamanya ketika musim sejuk.
Orang-orang Rom percaya air panas semula jadi itu mempunyai kandungan mineral yang tinggi dan mampu mengubati pelbagai masalah penyakit kulit.

Selepas tersebarnya kehebatan itu, maka kawasan berkenaan menjadi tumpuan orang ramai untuk bermandi-manda sehinggalah beberapa kolam besar dibina untuk kemudahan.
Dek kerana itulah kawasan berkenaan dikenali dengan nama Bath atau tempat mandi. Keunikan yang terdapat di Bath menyebabkan orang Rom membina kompleks air panas terbesar yang masih ada sehingga sekarang.

Muzium Roman Baths adalah bukti kewujudan kolam air panas itu yang sudah berusia ribuan tahun. Hari ini, Bath sudah dikomersialkan dan kolam-kolam air panas sudah dibangunkan menjadi pusat spa menarik.

Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati mandian air panas sebaliknya boleh mendapatkan khidmat urutan badan, mandi wap dan aromaterapi dari $13 pound (RM68.90) sehingga $250 pound (RM1,325).

Peninggalan Rom membawa satu suasana menakjubkan di Bath dengan senibina George yang cukup unik. Pada kurun ke-18, bandar ini semakin berkembang dengan pesat sehinggalah ia diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia.

Bagi yang gemar berbelanja, selain pusat beli belah termahal iaitu Harrod's di London, Bath juga mempunyai keistimewaan itu.

Jane Austen pernah menyebut di dalam novelnya Persuasion mengenai Milsom Street, sebuah lokasi yang cukup bergaya di Bath. Kedai-kedai kraf Walcott, Broad Street dan Artisan Quarter akan memberi peluang kepada pengunjung melihat keunikan hasil tangan di bandar itu.

Bagi penggemar barangan antik, Bartlett Street, The Paragon dan Margaret's Building merupakan tempat yang menyediakan barangan-barangan tersebut.
Lebih istimewanya di tapak bekas kereta api Victorian, terdapat gerai dan restoran yang membolehkan pengunjung memenuhi impian berbelanja.

Jika pembaca berkunjung ketika musim bunga pada bulan Mac, tentu sahaja peluang untuk bergambar di taman tidak harus diketepikan sambil melihat keindahan bunga-bungaan.
Taman bunga Royal Victoria Park seluas 57 ekar turut memberi ruang pengunjung menyedut udara segar suhu 80 celsius berlatarbelakangkan tasik-tasik perhiasan yang cantik, rumah burung dan taman botani.

Lebih indah apabila berada di Parade Gardens yang terletak di tepian Sungai Avon yang tentunya memberi ketenangan di luar jangkaan. Seharian mengunjungi Bath tidak mencukupi kerana kita juga boleh menyelami sejarah Bath Abbey di mana lokasi Raja England pertama ditabalkan pada tahun 973.

Dalam pada itu jangan lupa melawat Tower Hill, sebuah istana lama dan juga Royal Crescent, bangunan "bulan sabit" yang merupakan mercu tanda Bath.

* * *

bile nk g Bath??huhu..easter depan laa :p (nk x jah??)

2 comments: