Sunday, March 29, 2009

tudung

masa tengah sarapan, sempat la baca akhbar (macam duduk kat kedai kopi pulak)..tp ni selak akhbar utusan online..cari isu yang best untuk dibicarakan..tapi sekarang sibuk dengan mesyuarat UMNO..malas nak bincang pasal tu..keputusan yg dah dibuat mungkin yg terbaik untuk rakyat..hopefully..

entri kali ni saja je nak sentuh isu tudung lepas baca artikel 'ada orang fobia tudung' kat utusan online..

tudung...

apa yang kita faham tentang tudung ye?percaya tak kalau ada sorang ustaz ni dulu kata "perempuan tak wajib pakai tudung"..ha,terkejut???

memang perempuan tak wajib pakai tudung..tapi wajib menutup hingga ke paras dada..dengan tudung ke, tudung saji ke, tuala ke, langsir ke, apa2 la..asalkan menutup hingga ke paras dada..

...dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau..."

(surah an-Nur,24:31)

bila perintah ni Allah yg turunkan,maka wajiblah kita turuti kan..bukan hukum yang dibuat-buat oleh manusia..

memang ada masa,sangat susah untuk kita laksanakan apa yang disuruh oleh Allah..namun semuanya terpulang pada kita untuk berusaha mencari kekuatan dari dalam diri dan mencari sinar hidayah-Nya supaya kita diberi petunjuk untuk laksanakan perintah-Nya..

satu langkah kita mendekatkan diri pada Allah, insyaAllah, 10 kali Allah mendekatkan diri-Nya pada kita..cuma bagaimana kita nak mulakan satu langkah tu je..

langkah yang nekad..langkah yang pasti..langkah yang tiada ragu2..tanpa menoleh ke belakang, kita menggapai hidayah tu dan menjadi insan baru...

ada orang mungkin akan kata.."cakap memang senang..kau tak rasa apa yang aku rasa"..betul,cakap memang senang..dan lebih senang sebab saya dah rasa apa yang dia rasa..sebab tu saya cakap..saya juga cakap sebab saya nak dia rasa apa yang saya rasa sekarang..

saya sendiri tidak memakai tudung dengan tiba2..banyak proses yang perlu dilalui dan banyak juga dugaan dan halangan yang menguji..namun segalanya terletak pada diri sendiri..

daripada memakai tudung kepada betul2 faham kenapa perlu betudung juga perlukan usaha dan pencarian untuk kefahaman itu..

memakai tudung saja rasanya tidak cukup andai kita tak rasakan kepentingan dan betul2 faham kenapa kita bertudung...untuk 'menudungkan' seseorang pun bukannya mudah..namun bukan 'menudungkan' itu yang lebih utama..apa yang penting ialah kefahaman kenapa perlu bertudung dan keyakinan kepada ayat2 Allah..itulah yang utama..

mungkin saya boleh syorkan untuk baca buku 'Bagaimana akhirnya saya bertudung'



saya x diberi komisen ye utk mempromote buku ni..saya cuma rasa buku ni menarik untuk kita tahu cerita dan pengalaman orang lain..

setiap orang punya kisah sendiri..apa pun kisah kita, semoga kita diberi hidayah dan kefahaman oleh Allah untuk terus menegakkan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya..ingatan kepada diri sendiri dan kepada semua..

wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment