bila sampai masanya nanti
kita pasti dijemput kembali
tika hidup sampai ke penghujung
dan kehidupan sebenar bermula
keindahan dunia yang kita rasa umpama syurga
rupanya tak kekal lama
saat izrail datang mencabut nyawa
tika itu takkan ada peluang kedua
ruginya bagi insan
yang mensia-siakan hidup di dunia
dan sering menyangka
akan ada esok yang bakal tiba
esok yang bakal menjelma
boleh jadi bukan untuk kita
kerana telah tertulis sejak azali
hidup kita hanya setakat hari ini
apalah guna untuk menyesali diri
andai esok kita bangun
dan kita bukan lagi di alam mimpi
hiduplah untuk mati
kerana mati itu pasti
dan bila saatnya tiba...tiada guna untuk menyesali lagi...
(ingatan untuk diri sendiri dan semua)
yang telah lama tidak berpuisi,
nasa
9.54 pm
6 mei '09
dan Dia lebih mengetahui..
No comments:
Post a Comment