Saturday, May 16, 2009

terima kasih cikgu

salam semua..


x sukanya bila blog bersawang..dilanda kemalasan mengupdate blog..tapi hari ni,kena jugak paksa diri untuk update blog..sebab hari ni hari yang istimewa..maka dengan ini, saya ingin mengucapkan...


selamat hari guru


kepada semua insan yang bergelar guru di Malaysia dan guru2 yang mendidik saya (cikgu2 dari sekolah rendah,sekolah menengah and my beloved lecturers)..juga kpd semua bekas guru, bakal guru (especially my friends in uk, aussie, new zealand and all ipbarians as well) dan tidak lupa,kepada diri saya sendiri :)


apa istimewanya hari guru ni ye?kalau dulu masa di sekolah,pada tarikh ni pasti ada sambutan hari guru di sekolah..dan semenjak darjah satu, saya mesti bagi hadiah pada guru yang mengajar saya..semacam satu tradisi..seperti juga sambutan hari2 lain (hari ibu, hari bapa, etc)..walaupun bagi saya sendiri, setiap hari itu adalah hari guru.yang bermaksud setiap hari kita menghargai guru kita..setiap hari kita katakan terima kasih kepada mereka..(hari ni baru saya sedar, ucapan TERIMA KASIH CIKGU... di setiap akhir sesuatu pelajaran bukan sekadar ucapan terima kasih biasa tetapi untuk menghargai setiap ilmu yang telah dicurahkan)..kalau dulu, ucap terima kasih cikgu kalau pun sungguh2 hanyalah kerana gembira pelajaran tu dah habis.. :p


kenapa 16 mei??

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahunn 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

objektif sambutan hari guru??


" Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.


" Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.


" Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.


" Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.


" Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.


" Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

walau apa pun, saya sendiri merasakan sambutan hari guru ni seperti untuk meraikan guru2 yang telah berpenat lelah sepanjang tahun (walaupun mereka xpernah mengeluh keletihan)..untuk menunjukkan betapa guru2 ini dihargai..

perumpamaan biasa..guru ibarat lilin..sanggup membakar diri..demi menerangi insan lain..


lilin yang membakar diri

saya seperti sudah dapat menghidu cabaran yang bakal dihadapi dalam menempuh jalan sebagai seorang guru kelak...mungkin orang bisa kata, guru..pekerjaan yang mudah..mungkin juga menjadi pilihan terakhir seseorang dalam memilih kerjaya dalam hidup..tapi tidak bagi saya..


satu perkara yang kita perlu tahu, menjadi guru itu mudah..tetapi untuk mendidik dan menjadi guru luar biasa itu bukan sesuatu yang mudah..!!!!

dan lagu yang biasa dinyanyikan pada hari guru..saya sangat suka lagu ni..

Kami guru Malaysia...Berikrar dan berjanji...Mendidik dan memimpin...Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka...Kami tumpahkan setia...Rukun Negara kita...Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan...Kami tetap bersama...Membantu, membina Negara yang tercinta
Amanah yang diberi...Kami tak persiakan...Apa yang kami janji...Tunai tetap kami tunaikan.

teringat kata2 di poster tangga ipba... GREAT TEACHER INSPIRES...


may i become a great teacher, who will not only educate my students, but also show them the way to the real life ; inspire them not only to learn but to success in their life and in the hereafter...


*still struggling with my 'teaching english to young learners' assignment..i shall dedicate this to my future students.. :)


wallahu'alam

2 comments:

  1. InsyaAllah..Angah doakan Pochue menjadi guru yg cemerlang, gemilang dan terbilang hehehe...Selamat Hari Guru Teacher Nadiah :)

    ReplyDelete
  2. Nad..
    Happy teacher's day for u too...=]

    ReplyDelete