pagi tu naik citybus..hampir pukul 11 bas sampai..beli tiket dayrider harga 3.20..hampir 30 minit bas tu pusing-pusing, akhirnya sampai di bandar..pertama sekali pergi keluar duit..lepas tu pergi laa berjalan-jalan dan membeli barang..penat juga pusing-pusing, jalan cari barang..tapi seronok..tengok manusia yang ramai dan gelagat yang pelbagai..
pukul 2 lebih, rasa dah cukup barang-barang yang dibeli..saya pun tunggu bas untuk balik..dekat pukul 3 bas sampai..lebih kurang pukul 3.20 sampai kat rumah..solat zohor dulu..makan sikit..memang dah plan lepas tu nak keluar semula..
kalau nak ikutkan,memang penat dan sakit kaki..tapi memandangkan memang ada barang yang perlu dibeli di Asda dan alang-alang saya beli tiket dayrider, baik saya keluar pada hari yang sama..xdelaa nak bayar duit tiket banyak kali..
lepas siap-siap, saya pun keluar rumah semula..berjalan kaki menuju perhentian bas..tengah tunggu bas, tiba-tiba seorang kawan muncul..
dia: nak pergi mana?
saya: nak pergi Asda. kau nak pergi mana?
dia: entahlah.
saya: lepas tu kau buat apa kat sini?
dia: bosanlah. pergi Asda jalan kaki jom.
saya: jalan kaki? hujanlah. (memang baru lepas hujan pun)
dia: dah berhentilah.
saya: aku baru balik city ni. lenguh. xlarat nak jalan kaki. lagipun aku dah ada tiket.
dia: aku pun ada tiket jugak. (ada senior yang bagi kat dia)
saya: dah tu kalau ada tiket buat apa nak jalan kaki?naik bas jelah.
dia: bosanlah...kau tahu jalan pergi Asda x?
saya: tak tahu.
dia: (lepas tu dia masuk semula ke kawasan student village, xtahu dia pergi mana.xlama lepas tu dia ada semula). Eh, ada kat sini lagi?
saya: iyelah, tunggu bas. (xlama lepas tu saya nampak bas.saya pun tahanlah bas tu). aku pergi dulu.
saya memang xnak pun pergi dengan dia..memang saya suka jalan sorang2..xde kerja pula saya nak pergi jalan kaki dalam keadaan yang macam tu, apatah lagi dengan dia..
dan dia terus berdiri kat perhentian bas tu. saya pun xtahu dia pergi mana lepas tu..kesian kawan saya yang kebosanan. padahal cuti baru je bermula. kalau x dirancang dengan baik dan betul, cuti ni memang boleh jadi tak bermakna dan sia-sia..
kawan-kawan saya yang non-muslim dah selamat terbang ke german..berbahagialah mereka..namun saya ada cara tersendiri untuk membahagiakan diri saya..
sekumpulan kawan-kawan lelaki pula akan ke turki..dan sememangnya banyak benda boleh dilihat di Turki..banyak pelajaran dan pengajaran..tempat seorang manusia yang menamatkan sistem khalifah Islam pada tahun 1924..tempat di mana sekular dipopularkan..tempat yang banyak meninggalkan sejarah dalam sejarah islam..semoga mereka memanfaatkan setiap saat mereka di sana nanti..dan pulang dengan mutiara-mutiara yang dikutip sepanjang bermusafirnya mereka di sana...
saya pula bagaimana??apa yang akan dilakukan sepanjang cuti 3 minggu ini??insyaAllah, saya cuba gunakan setiap waktu dengan baik..
jadi, di samping aktiviti wajib (iaitu tidur :p) hehe, banyaknya benda yang saya kena buat..minggu ni ada kawan-kawan yang akan datang untuk menziarahi kami di sini..jadi masa saya akan dihabiskan untuk melayan mereka dan berborak-borak dengan mereka..jadi itu aktiviti minggu pertama cuti ini..
minggu kedua..saya akan pergi ke summer camp..huhu..insyaAllah camp yang akan membina jasmani dan rohani..
dan minggu ketiga..minggu untuk siapkan assignment yang perlu dihantar sebaik saja sesi kelas bermula..kena siapkan!!!huhu..
alhamdulillah, kita merancang..dan Allah juga yang menentukan segalanya..kita juga yang perlu merancang setiap saat dalam masa cuti ni supaya tidak berlalu dengan sia-sia..hingga akhirnya bila tersedar, masa itu sudah pun berlalu meninggalkan kita..
kita umat yang punya wawasan. kita dicipta dengan tujuan. kita hidup dengan matlamat. jangan sia-siakan masa yang ada. bertindak sebelum terlambat.jarum jam akan terus bergerak..dan setiap detik akan terus berlalu..sesaat demi sesaat..jam berganti hari..hari berganti minggu..kita yang perlu merancang bagaimana setiap saat akan digunakan..dan biarlah Allah yang menentukan mengikut aturan yang telah Dia tetapkan..
wallahu'alam~
wahh..seronok la bace 'diari' anne ni..asik berjalan je..kita kt cni nk g sane, mengalir air mata..tula, blaja xpandai..hehehehee..
ReplyDelete