Monday, June 29, 2009

mengejar pelangi

haritu tengok cerita Laskar Pelangi..best2... :) entah camane tah boleh tengok cerita tu..tapi macam tahu je sebenarnya cerita tu best..

walaupun susah nak faham sikit2 sebab tak ada translation,tapi ok je laa sebab bahasa indon pun lebih kurang je dengan bm..

tersentuh dengan semangat cikgu tu yang tak kenal erti putus asa..tak takut untuk meletakkan harapan yang tinggi pada budak-budak tu..berani mengharungi segala cabaran walaupun towards the end tu dia seorang yang terpaksa handle budak-budak tu,dibantu lah dengan orang-orang lain yang menyokong dia..

semangat yang ada pada cikgu tu sangat saya kagumi..dan sebagai bakal guru di masa hadapan, semangat itulah yang mesti diterapkan di samping ilmu dan teori2 yang dipelajari..semangat yang tinggi, kegigihan yang tak pernah luntur dan percaya pada kebolehan pelajar..

budak-budak tu pun memang smart laa kan..walaupun datang dari keluarga yang susah,tapi mereka masih ada keinginan yang tinggi untuk belajar..mungkin betul kot, bila kita susah nak dapat sesuatu tu,kita akan lebih menghargai benda tu..bila kita rasa kesusahan tu,kita tahu betapa hasilnya nanti pasti manis..

kagum dengan kegigihan mereka untuk belajar, walaupun dengan keadaan kelas yang macam pondok buruk je..dengan limited resources and facilities..walaupun terpaksa mengayuh basikal dengan begitu jauh,hanya untuk menuntut ilmu..

diorang pun sedar, sekolah tu adalah tiket untuk diorang menggapai kejayaan pada masa hadapan..sekolah tu lah yang akan sedikit sebanyak membantu diorang mengubah hidup diorang..bukan lagi menjadi kuli2, tak lagi dipandang hina dan dapat memisahkan tembok2 yang membezakan mereka dengan orang lain..

mereka juga membuktikan sekolah yang serba kekurangan seperti sekolah mereka mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lain yang jauh lebih hebat..mereka mampu mengubah persepsi orang lain terhadap sekolah yang patutnya nak kena tutup dah pun sebab tak cukup pelajar..

teringat kata-kata pakcik tu..hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya..dan apa yang penting untuk dididik pada budak-budak tu bukanlah sekadar ilmu dan pengetahuan tapi yang lebih penting ialah hati mereka..

sebelum kita nak memberi pada orang lain, kita sendiri kena jelas apa yang nak diberi dan kita sendiri ada bekalan yang cukup untuk beri pada orang lain..bila kita nak bagi ilmu pada orang lain,kita sendiri kena ada ilmu dan cukup bekalan untuk kita kongsikan dengan orang lain..

walaupun akhirnya seorang daripada budak-budak tu terpaksa berhenti sekolah, tapi dia tetap menanamkan semangat untuk belajar pada anak dia..dia sedar kepentingan menguasai ilmu..

satu pemandangan indah dalam cerita tu masa diorang tengok pelangi..cantik sangat view dia.. subhanallah..lepas hujan berhenti, pelangi akan bersinar indah..

macam hidup kita, tak selamanya kita hidup dalam kesuraman..selepas gelap yang panjang, mentari pasti bersinar kembali dan pelangi yang berwarna-warni akan muncul, menjadikan hidup kita kembali ceria...apa yang penting ialah kita perlu percaya, di hujung jalan yang gelap, ada cahaya indah yang menanti...



sumber

"hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya,dan bukan menerima sebanyak-banyaknya"

wallahu'alam...

2 comments: