Wednesday, October 21, 2009

bila dia kata rindu

bila dia kata rindu
aku tahu
jauh di sudut hatinya
dia menunggu kepulanganku
dia hanya mengucapkan apa yang dia rasa
kerana dia tak tahu menipu


bila dia tanya
bila aku ingin pulang
dia akan mengeluh
kerana lamanya lagi
sebelum masa itu akan tiba



bila dia menitiskan air mata
dan cuba menahan esakannya
aku tahu
itu hanyalah kerana dia rindu



walaupun aku tidak pernah mengungkapkan rindu padanya,
seharusnya dia tahu,
aku juga rindu...
rindukan jerit tangisnya,
rindu kenakalan dan keriangannya,
rindu melihat telatahnya...



miss my little brother,danial..
walaupun dia tak paham ayat ala2 puisi ni,
biarlah dia tahu nanti,
perasaan ini pernah wujud dalam hati ini...

3.48pm,plymouth UK...




*rindu orang lain jugak..tapi sebab danial je tanya bila kakak dia ni akan balik,orang lain tak tanya pun (sebab dah tahu..huhu..)

2 comments:

  1. hehe..danial dh besa pn..tau ye dia rindu..sbb tu dia tanye..

    ReplyDelete
  2. tu laa,asyik tnye je bila nk balik..

    ReplyDelete