Friday, February 19, 2010

sekadar pemberi peringatan

seringkali diri ini terlupa, bahawa kita hanya dapat memberi peringatan pada orang lain. tapi kita takkan dapat sekali-kali mengubah seseorang itu, selagi mana dia sendiri tidak mahu mengubah diri mereka sendiri.


cantik sekali cara Allah mendidik manusia. didatangkan pelbagai keadaan dan situasi, yang dapat manusia itu ambil pengajaran dan pelajaran. diberikan teman2 untuk memberi peringatan dan nasihat, baik secara langsung, mahupun secara tak langsung. tinggal saja manusia itu mahu terima ataupun tidak. diberikan ayat2 yang diturunkan lebih 1400 tahun dahulu, supaya manusia yang beriman dengan ayat2-Nya dapat mengambil pelajaran. dan al-quran itu sebagai peringatan bagi mereka yang takut pada Allah.


Kami tidak menurunkan al-quran ini kepadamu agar engkau menjadi susah; melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah. [Taha;20: 2-3]


betapa apabila manusia jauh dari al-quran, susah juga hati ini untuk tersentuh dengan kebaikan, walaupun perkara yang baik itu jelas terpampang di depan mata. apabila hati ini tidak dibasahi dengan menghayati ayat2-Nya dan zikir yang berpanjangan kepada-Nya, sukarlah hati ini untuk menerima teguran dan nasihat dari manusia lain, kerana menyangka apa yang ada padanya sudah cukup, sudah yang terbaik..


manusia yang menegur itu juga manusia. dia hanya menjalankan bahagiannya di dunia ini. sekurang-kurangnya apabila kelak dia ditanya sudahkah dia memberikan peringatan, dia mempunyai bukti pada Tuhannya bahawa bahagiannya telah dilaksanakan. tuntutan dalam al-quran juga telah dilaksanakan.


Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang2 yang beruntung. [Ali Imran;3: 104]


namun manusia sering lupa. siapalah kita untuk memaksa manusia lain mengesakan Allah. apalah juga kudrat kita untuk manusia lain menerima nasihat dan teguran kita. kerana tugas kita hanyalah sebagai pemberi peringatan, bukan pengubah manusia.


sedang Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak pernah memaksa masyarakat Arab untuk memeluk agama Islam. apa yang dilakukan baginda hanyalah memberitahu kebenaran dan menyeru mereka ke arah kebaikan. dakwah yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh dengan tentangan, itupun tidak semua yang menerima dakwah baginda. dan sungguh, islam itu sendiri pun bukanlah agama paksaan kan.


Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), sesunggunya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. [Al-Baqarah, 2: 256]


iya,memang jelas jalan yang benar, seperti yang dituntut oleh islam, dan seperti yang dikehendaki Allah. namun, acapkali kita manusia ini dipengaruhi oleh keinginan dan kehendak diri, dan kadangkala kita sendiri tewas dengan diri sendiri. betapa ujian Allah untuk hamba2-Nya itu berbeza dan sesuai dengan kemampuan setiap manusia itu.


seringkali, kita kelihatan seperti memaksa manusia lain melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tiada sebab lain kerana kita inginkan kebaikan pada manusia itu. dan kerana sesungguhnya kita sangat sayang pada manusia2 lain di muka bumi ini. kita ingin manusia lain bersama-sama mengejar syurga yang tidak dapat ditandingi keindahannya dengan segala yang lain.


namun kita juga manusia biasa. itulah kita. sering lupa, bahawa kita hanya pemberi peringatan. dan nanti apa yang dipersoalkan di alam yang kekal nanti adalah sudahkah kita memberi peringatan, bukan sudahkah manusia yang kita ingatkan itu berubah mengikut nasihat yang kita berikan.


Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang di bumi seluruhnya. tetapi apakah kamu (hendak) memaksa manusia agar mereka menjadi orang2 yang beriman? Dan tidak seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah, dan Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak mengerti. [Yunus; 10: 99-100]


sungguh, hidayah dan taufiq itu kan ditentukan Allah...


aduh. kerdil sungguh diri ini. berapa banyak teguran yang Allah beri, namun diri ini masih banyak kekurangan. segala yang baik dan buruk itu datang dari Dia, namun diri kita juga yang perlu berusaha untuk mencapai perkara yang baik, dan berusaha juga untuk menjauhi perkara yang kita sendiri tahu tidak baik. masih banyak kekurangan diri ini..segala yang dituliskan ini juga akan dituntut perlaksanaannya..lemahnya diri ini..


wallahu'alam~

2 comments:

  1. best post ni..sgt terkesan di hati...
    semoge nad terus kuat u mencari redha-NYA...
    jah syg nad!
    jangan la mengarut sangat makcik nah...
    heheheh

    ReplyDelete
  2. huhu..mengarut skali skala xpe ek :p
    insyaAllah,kita sama2 terus cari redha-Nya ye..walaupun diri ni byk kelemahan..huhu..
    sayang jah jugak =)

    ReplyDelete