Saturday, July 11, 2009

bukan roti biasa

kalau tajuk lagu siti nurhaliza ialah bukan cinta biasa, tajuk untuk entri kali ini ialah bukan roti biasa..adakah ia roti luar biasa? apa yang luar biasanya??nak tahu lebih lanjut, kenalah baca :)
so hari ni bukanlah duduk saja2 di bilik..ada juga benda yang dibuat..di samping sedikit pembacaan ,basuh baju dan kemas2 bilik, hari ni pergi rumah sorang kakak ni..pergi duduk,sembang2.. pastu kitorang tolong dia buat roti..
kenapa roti ni bukan roti biasa??sebabnya roti ni kami buat sama2..kami bukan sekadar makan, tapi terlibat dalam proses pembuatannya..jadi bukan roti biasa lah kan??
dan untuk pengetahuan semua juga, roti ni dibuat dengan resipi istimewa iaitu kasih sayang yang teramat banyaknya..dan kesabaran yang tinggi..dan ketekunan dan lain2..
kitorang tak adalah tolong sangat sebenarnya sebab doh tu dah siap awal2..so tinggal nak uli sikit2 n lepas tu bentukkan dia sebelum roti tu dibakar..
roti apa??roti ni adalah roti nan ye...resipi dia tak ingatlah pulak..tapi ni lebih kurang cara2 dari menguli sampai kepada membentuk roti ni..saja je nak kongsi gambar2 ni..

mula2 kita uli doh tu..nak uli roti ni, penyek2 kan roti ni sampai rasa tak lembik sangat..kalau rasa lembik lagi, tambah tepung sikit2..sampai rasa doh tu boleh dibentuk dengan cantik dan jayanya..tahniah kepada cikJ yang berjaya menguli doh tu dengan semangatnya :)

ambil dalam seketul doh kecil..penyek2 kan dia lagi..tambah tepung sikit2 supaya dia x melekat..abaikan rasa geli2 di tangan kalau ini adalah cubaan pertama anda menguli doh itu..cikN membuat cubaan menguli tepung dengan gembira..

lepas tu cuba tarik2 sikit doh tu..tengok dia lembik lagi ke x..tengok dah boleh dibentuk ke..buat dengan lemah lembut sebab doh tu pun lembut je..gambar di atas menunjukkan cikU yang sedang cuba membentukkan dohnya..

lepas tu agak2 dah ok, xlembik sangat, boleh lah tarik sikit2 biar bentuk dia jadi bujur dan cantik..pastikan dia tak tebal sangat..nanti tak best sangat nak makan kalau dia sangat tebal..gambar puanK sedang membentukkan doh supaya menjadi bujur..


dah bentuk tu, masukkan dalam dulang yang telah terlebih dahulu disapukan minyak di atasnya..terima kasih cikM yg bersusah payah menyapukan minyak sehingga tangan berminyak-minyak..


lepas tu susun lah roti tu dalam dulang..ada pulak yang off-task..suruh buat roti nan, sempat lagi buat roti simpul2..huhu..tapi ok je..yang penting dia boleh dimakan..

sangat kreatif cikNb membuat roti bersimpul2 itu..macam buat tocang kat rambut pulak..huhu...
dan sempat juga cikY buat roti yang saiz dia kecik je..roti bersaiz kecil bolehlah dibuat untuk mereka yang masih kanak2 atau mereka yang mengambil roti dalam kuantiti yang sedikit..

lepas dah susun, boleh lah masuk dalam oven dan bakar..tunggu hingga dia masak..dan lepas tu apa lagi, boleh lah dimakan..hari ni kami makan roti nan cicah dengan kuah dal daging kambing..sedap!!! :)

sedap sangat makan, sampai lupa nak ambil gambar roti yang dah siap dimasak..bila dah dekat nak habis makan, baru teringat..dan sempat lah ambil gambar sekeping roti yang terakhir ni..huhu..


roti yang dah siap..dan sedia untuk dimakan..dan inilah roti yang terakhir kerana yang lain2 telah selamat ditelan dan berada di dalam perut kami.. :)

akhir sekali, terima kasih kepada puanR yang bersusah payah menunjukkan kami cara2 membuat roti nan yang comel dan sedap dimakan ini..lepas ni bolehla cuba buat sendiri ye kawan2 :)

itu saja untuk hari ni..

4 comments:

  1. sape la yg x sabar nk makn sgt tu..sampai xsmpt nk ambik gmbo..die yg dulu bce doa mkn..hhehe

    ReplyDelete
  2. hehe..dah xde org nk baca,baca je laa kan :p nnti kita buat roti tu ek..sy tolong je laa tp.. :)

    ReplyDelete
  3. belajar buat sampai pandai la mummy Chu.. nanti balik mesia buat utk Harris.. ;p

    ReplyDelete
  4. hehe..boley2..kt sini laa masa utk blaja buat segala mcm bnda..huhu..nnti blk boley tnjuk skill..huhu :)

    ReplyDelete