Saturday, July 18, 2009

mengejar akhirat

sering terdengar orang berkata, seimbangkan dunia dengan akhirat..pernah dengar tak di mana2 atau oleh siapa2??

terbaru sekali saya dengar ayat ni diucapkan dalam sebuah filem melayu..filem yang agak baru ditayangkan..filem yang saya kira membawa mesej yang bagus, tetapi tidak begitu menyentuh hati saya kerana watak heroin yang saya kira sangat lembut, menjadikan wataknya tidak natural..entri kali ini bukan untuk membuat ulasan tentang filem ini..mungkin pada entri yang lain..

kembali pada ayat yang saya katakan tadi..seimbangkan dunia dengan akhirat..tujuan saya menulis entri ni bukan untuk membetulkan sesuatu..sebab saya ni pun bukanlah bagus sangat..masih seperti budak baru belajar..sekadar ingin berkongsi apa yang saya tahu dan apa yang saya rasa..

memandangkan kita ini punya pegangan yang satu, yang menjadi penunjuk dalam setiap keadaan, suka saya berkongsi satu ayat dari al-Quran..

Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan. (Al-Qasas,28:77)

jika dilihat pada awal ayat, dapat difahami bahawa Allah suruh kita cari atau saya suka gunakan perkataan kejar akhirat tu..apabila guna perkataan kejar, kita macam buat benda tu dengan bersungguh-sungguh dan tak lengah2 nak buat benda tu..

namun, dalam kita mengejar akhirat, Allah kata, jangan lupa bahagian kamu di dunia..kita mengejar akhirat, namun dalam masa yang sama, kita menjalani hidup sebagai manusia..kita belajar, berkerjaya, berkeluarga, berhibur pada kadar yang sepatutnya, dan lain-lain..

jadi, dapatlah dilihat di sini, bahawa kita hidup ni bukan nak seimbangkan dunia dengan akhirat.. kehidupan dunia ni adalah medan kita mengumpul sebanyak mungkin bekalan yang akan kita bawa bersama saat kita meniti kehidupan yang hakiki nanti..

~ya Allah, letakkan akhirat di kepalaku, dan dunia di tanganku.supaya tatkala akhirat ku bergoyang dan hampir jatuh, dapat ku letakkan dunia itu ke tepi dan memegang akhirat ku.biar aku kehilangan dunia ini, namun tak mahu aku mensia2kan akhirat yang kekal abadi nanti..~

wallahu'alam

No comments:

Post a Comment