Monday, July 27, 2009

ucapan tanpa kata


hari ini
inginku sampaikan ucapan padanya
kerana aku tahu dan masih ingat
hari ini adalah hari istimewanya

aku tak pernah lupa
namun aku terfikir
adakah ucapan ku diperlukan
atau hanya sekadar ucapan yang tidak dinanti-nantikan

dia ada
tetapi sama seperti dia tiada
di saat aku menunggu ucapan dari dia
tiada langsung ku dengar khabar darinya

bukan tiada kecanggihan teknologi
bukan kami ini orang yang buta IT
tiada alasan mengapa
kecuali kita sendiri yang mencipta alasan itu

bukan maksudku untuk berdendam dengannya
apatah lagi untuk aku membencinya
walau aku meragui perasaan sayang ini untuknya
kerana perasaan itu telah lenyap
lenyap kerana dia juga

mungkin kerana jarangnya masa kami bersama
tidak menumbuhkan rasa sayang antara kami
menjadikan kami insan yang berbeza
membuatkan kami tidak mesra
walaupun kami sebenarnya sama

ingin ku sampaikan ucapan padanya
namun lidahku kelu, tanganku kaku
biarlah angin saja yang membawa ucapanku ini
supaya dia tahu aku masih punya hati.
-
28 julai 2009
6.36 am
plymouth

No comments:

Post a Comment