Wednesday, May 20, 2009

sehari sebiji epal

an apple a day keeps the doctor away
sehari sebiji epal simpan doktor jauh2..
.
betul ke???
suka hati je translate macam tu..huhu..
minta maaf andai saya merosakkan bahasa Melayu, bahasa ibunda saya..saja je cuba nak terjemah dari pepatah bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu..
.
kenapa tiba-tiba hari ni nak menterjemah pulak ni?ni adalah gara-gara aktiviti dalam kelas Language Awareness tadi bersama Tracey..semalam dah buat 5 ayat..hari ni buat lagi 3 ayat..
.
mula-mula pelik jugak dengan aktiviti ni..macam laa dia faham apa yang aku terjemah ni..itu yang saya fikirkan..tapi kawan-kawan yang lain memang faham laa kan..kena terjemah dalam bahasa ibunda (mother tongue)..jadi saya pun terjemah dalam bahasa Melayu..bahasa apa lagi yang saya tahu??tu je laa.. :p
.
jom tengok ayat-ayat yang telah diterjemah...cuba korang terjemah sendiri sebelum tengok terjemahan dia yang dalam bahasa Melayu tu..hehe...



1. Police found drunk in shop window
a. Polis menemui seorang pemabuk di tingkap kedai
b. Polis ditemui mabuk di tingkap kedai

2. Angela likes music more than her brother
a. Angela lebih menyukai muzik daripada abangnya
b.Angela menyukai muzik lebih dari dia menyukai abangnya

3. The cat feels cold
a. Kucing itu kesejukan
b. Kucing itu rasa sejuk

4. He gave her a ring last night
a. Lelaki itu menelefonnya semalam
b. Lelaki itu memberinya sebentuk cincin semalam

5. He was looking at the girl with the binoculars
a. Lelaki itu sedang melihat perempuan yang memegang teropong itu
b. Lelaki itu sedang melihat perempuan itu menggunakan teropong

6. We didn't go to the museum because it was raining
a. Memandangkan hari hujan, kami tidak pergi ke muzium
b. Kami tidak pergi ke muzium kerana hujan tetapi kerana pameran yang menarik

7. They need a proper bath
a. Mereka perlukan mandi yang bersih
b. Mereka perlukan tempat mandi yang elok

8. Her mother made her dress
a. Ibu dia membuatkan dia baju
b. Ibu dia membuatkan dia bersiap-siap memakai baju

macamana?menarik tak aktivit menterjemah ni?bila buat aktiviti ni, baru sedar, bukan senang nak terjemah dari satu bahasa ke bahasa yang lain..
.
boleh dikatakan, bila kita terjemah je ke dalam bahasa lain, mesti ada maksud yang akan lari sikit..sebab kadang-kadang dalam bahasa lain tak ada perkataan yang dapat menerangkan betul-betul sesuatu maksud tu..
.
kalau tengok dalam setiap ayat kat atas, mesti ada lebih dari satu maksud..memang banyak je sebenarnya ayat2 yang kita cakap boleh diinterpretasikan secara berbeza oleh orang lain..
.
memang ada ayat2 yang macam susah nak faham maksud lain dia, tapi dia memang ada maksud lain..
.
so, bila nak bercakap, kena laa fikir kebarangkalian untuk orang lain faham lain daripada apa yang kita nak sampaikan..

wallahu'alam

3 comments:

  1. haha..nice2!
    a'ar ek..
    br prasan...

    ni aktivti mmg masuk credit hours ke?

    nt mmg ade kelas language awareness la eh..

    ReplyDelete
  2. erm..kitorang memang blaja bnda ni laa..tp pasal ambiguity ni masa linguistic 1st year pun blaja gak..

    ReplyDelete