Monday, November 15, 2010

salam perantau

esok hari raya aidiladha. tadi lepas solat isyak berjemaah, kami pelajar2 muslim marjon sama2 bertakbir menyambut ketibaan hari raya aidliadha. diikuti dengan perkongsian oleh 2 orang sahabat, iaitu ummu dan maryam. alhamdulillah, perkongsian yang ringkas, namun padat dengan peringatan2 yang berguna.


esok hari raya. namun malam ni terpaksa menghadap dissertation untuk kesekian kalinya, sehingga lah tarikh hantar iaitu jumaat depan (26 nov). maksudnya hanya berbaki 11 hari. walaupun hampir sampai ke penghujung, masih banyak benda yang perlu dibetulkan.


walaupun dalam senarai masih banyak benda yang perlu dilakukan, tapi malam ni terasa sangat berat untuk membuat kerja. satu patah kata pun belum berjaya terhasil lagi. dalam fikiran hanya terngiang2 suara takbir, dan hanya terbayang bahawa esok hari raya. tak sepatutnya duduk di depan laptop membuat kerja ni. tapi nak tak nak, kena buat jugak.


raya pertama sebagai seorang isteri, namun tak berada di samping suami pun pada hari raya ni..dan raya terakhir di perantauan. tapi tak tahu laa kalau akan datang lagi pada masa akan datang.


hari raya aidliadha, atau hari raya korban..sama2 laa kita menghayati erti pengorbanan yang sebenar..tatkala mendengar kisah pengorbanan nabi Allah Ibrahim a.s, janganlah sekadar mendengar seperti mendengar sebuah cerita, tapi hayatilah perasaan kasih dan pengorbanan yang amat tinggi nilainya..reflek diri, apakah pengorbanan yang telah kita lakukan kerana Allah? apa yang telah kita lakukan demi islam? sejauh mana pengorbanan yang sanggup kita lakukan..


sama2 kita berusaha meningkatkan amal kita..semoga amal2 dan usaha kita diterima oleh Allah, dan diberi kekuatan dan petunjuk untuk terus berada di jalan-Nya..sama2 kita berusaha menggapai redha-Nya..


akhir kata, salam aidiladha 1431 H buat suami, keluarga, sahabat2 dan kenalan2, serta muslimin muslimat semua.. =)


wallahu'alam~

Sunday, November 14, 2010

barang antik

Katakan korang ada RM 200 juta dalam tangan. Apa yang akan dibelanjakan dengan duit sebanyak tu? Mesti ada yang berkata duit tu akan digunakan untuk membeli rumah, kereta, tolong keluarga, pergi shopping, bercuti di luar negara, melabur dan lain2 lagi..

Kalau saya (kalaulah kan..hehe), hampir 1juta untuk beli rumah (rumah kan makin mahal sekarang), 1 juta untuk beli kereta (dapat 5-10 buah kereta mewah, boleh bagi adik beradik..), beberapa ratus ribu untuk sponsor ahli keluarga pergi haji, beberapa ratus ribu pergi bercuti, lepas tu tolong rumah kebajikan/anak yatim, lepas tu mulakan perniagaan sendiri..lepas tu nak buat tu, lepas tu nak buat ni..dan list ni xkan habis..haha....berangan memang best..dah2, kembali berpijak di bumi yang nyata.. :p


Namun, tak semua berfikir macam tu. Nak tahu apa yang dibeli oleh seseorang dengan duit sebanyak tu? Jom baca petikan artikel dari utusan online ni.



***


RM214j untuk pasu China abad ke-18



LONDON 12 Nov. - Sebuah pasu China kurun ke-18 yang ditemui ketika mengosongkan rumah berjaya dijual dengan harga mengejutkan setinggi 43 juta pound (RM214 juta) pada satu lelongan di sini semalam.


Pasu porselin Qianlong, berukuran 40 sentimeter tinggi yang dijual syarikat lelongan Bainbridges, difahamkan telah dibeli oleh seorang pembeli China.


Selain daripada harga asal, pembeli juga perlu membayar yuran sebanyak 20 peratus, menjadikan jumlah keseluruhan harga pasu itu bernilai 51.6 juta pound (RM256.4 juta).


Ia dikatakan harga tertinggi yang pernah dibayar untuk hasil seni China pada jualan lelong dan menjadikan pasangan abang dan adik perempuan yang mewarisi pasu itu selepas ia ditemui di sebuah rumah di bandar kecil di utara London kepada jutawan segera.


"Mereka tidak tahu apa yang mereka miliki. Mereka menaruh harapan tetapi mereka tidak berani untuk mempercayainya sehingga tukul lelongan diketuk.


"Apabila bidaan selesai, adik perempuan itu keluar dari bilik lelongan untuk menenangkan fikiran," kata jurucakap Bainbridges, Helen Porter.


Pasu bermotifkan 'ikan lucu' itu dijangka dijual antara 800,000 pound (RM4 juta) hingga 1.2 juta pound (RM6 juta), namun jualan melebihi anggaran tersebut kerana ramai pelabur baru dari China berebut-rebut mendapatkan artifak dari empayar silam mereka.


Bainbridges menyifatkan artifak 'indah' itu sebagai satu daripada pasu-pasu China paling penting yang dijual abad ini.


Kerja-kerja membersihkan rumah setingkat di mana pasu bunga itu ditemui telah dijalankan oleh pasangan adik-beradik berkenaan berikutan kematian ibu bapa mereka.


Ia tidak diketahui bagaimana pasu bunga itu berada di Britain, tetapi yang pastinya barang antik yang berasal sekitar 1740 itu telah dibuat di kilang diraja sebelum disimpan di Kota Larangan. - AFP


sumber: klik sini


***


Mungkin orang yang beli pasu antik ni memang minat pasu kot. Dan mungkin dia memang terlebih banyak duit, sehingga tak tahu apa nak buat dengan duit sebanyak tu. Satu lagi, orang ni mungkin tahu nilai barang2 antik ni. Bagi saya sendiri, pasu adalah pasu. Cantik dilihat, tapi tak ada kepentingan sangat dan bukan keperluan hidup sehingga sanggup membelanjakan berjuta ringgit untuk sebuah pasu antik.


Bercakap mengenai benda antik, semalam sempat berborak dengan seorang kawan mengenai artikel ni. Respon yang kawan ni bagi, kan bagus kalau manusia pun macam barang antik. Makin lama, harga makin naik. Hehe..bila fikir, betul jugak kan? Barang antik yang beribu-ribu tahun, harganya pasti lebih tinggi dari pasu2 biasa.


Tapi manusia (lebih2 lagi wanita), makin lama dan makin berusia, 'harga'nya semakin menurun, bukan makin tinggi. Patutnya semakin lama, seseorang tu makin banyak pengalaman, makin banyak ilmu, dan makin matang. Tapi kebanyakan orang tak menjadikan perkara2 ni sebagai kayu ukur. Kan?


Sekadar pandangan saya...Wallahu'alam~

Friday, November 12, 2010

bangun malam

Salah satu kelebihan berada pada sekitar musim sejuk di sini ialah waktu malam yang lebih panjang berbanding waktu siang. Waktu Subuh akan masuk sekitar jam 5.30 pagi, manakala waktu Maghrib sekitar jam 4.30 petang. Maksudnya hanya sekitar 11 jam waktu siang, dan selebihnya akan diselubungi suasana suram dan gelap.


Dan salah satu kelebihan malam yang lebih panjang ini ialah lebih mudah untuk bangun lebih awal sebelum subuh, atau bangun pada waktu tengah malam. Tapi ada pula ujian lain yang menjadi cabaran untuk bangun malam, iaitu keadaan malam yang sangat sejuk.


Entri kali ini bertujuan berkongsi kelebihan bangun malam (qiamullail). Dengan tertulisnya entri ini, bukanlah bermaksud penulis seorang yang tak pernah tinggal solat malamnya. Tidak juga bermaksud penulis lebih baik dari yang membaca. Sekadar 'copy paste' petikan dari sebuah artikel berkaitan agar dapat dimanfaatkan bersama.


***


Qiyamullail atau bangun malam untuk mengerjakan ibadat merupakan amalan yang cukup tinggi darjatnya di sisi Allah Taala. Firman Allah Taala di dalam Surah Al-Isra’ ayat 79 yang bermaksud,

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”


Dalam ayat yang lain dari surah Al-Muzammil ayat 6, Allah Taala berfirman,


“Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.”


At-Tabrani meriwayatkan daripada Sahl bin Sa’ad r.a daripada Rasulullah s.a.w, sabda baginda:


“Kemuliaan seorang Mukmin ialah qiamullail (bangun pada waktu malam untuk beribadat)”


Lihatlah janji Allah Taala kepada hambaNya yang ikhlas mengerjakan ibadat malam. Betapa untungnya mereka yang bangun malam, sujud menghadap Tuhan yang satu di kala manusia lain sedang lena dibuai mimpi. Kepayahan dan kesukaran untuk bangkit pada malam hari digantikan dengan kedudukan yang tinggi dan terpuji oleh Allah Taala di akhirat nanti. Alangkah bahagianya insan yang tergolong dalam kelompok manusia ini. Tidakkah kita mahu menjadi seperti mereka?




***

Memang menjadi suatu mujahadah untuk bangkit pada tengah malam, apatah lagi dengan rasa letih dan mengantuk yang menguasai diri. Namun yang penting ialah usaha untuk mengejar redha-Nya.


Biarlah kita bermula dengan amalan yang sedikit, tetapi berterusan. Semoga amal kita diterima dan diredhai oleh Allah.


wallahu'alam~

Thursday, November 11, 2010

ukhuwah

lama dah rasanya x mengupdate blog ni..so kali ni, copy dan edit dari artikel org lain..moga bermanfaat utk diri dan orang lain juga..artikel kali ni ialah berkenaan dengan ukhuwah..kenapa ukhuwah?sebab kadangkala kita terlepas pandang akan perkara ni,sedangkan sangat penting untuk menjaga ukhuwah ni, sesama muslim, apatah lagi dengan orang2 yang hampir dengan kita..sama2 renungkan dan muhasabah diri..

***


Allah swt berfirman: “Hanyalah orang-orang beriman yang bersaudara”. (QS Al-Hujurat :10).

Dan Nabi saw bersabda: “Seorang muslim adalah saudara dengan muslim lainnya, tidak boleh menzaliminya, tidak membiarkannya, tidak merendahkannya dan tidak menghinakannya”. (Muttafaq alaih)


Dan Nabi saw juga bersabda: “Perumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang, cinta kasih dan empati adalah seperti satu tubuh, jika salah satu tubuh darinya mengadu pada suatu penyakit maka anggota tubuh lainnya akan merasa sakit dan demam”. (Muttafaq alaih)


Dan di antara hak-hak ukhuwah adalah sabar terhadap kesalahan saudaranya sampai dirinya mampu mengembalikannya kepada kebenaran tanpa diperbesarkan (disiarkan) akan kesalahannya atau menyebarkan kesalahan dan kekeliruannya.


Abu Darda berkata: “Jika saudara kamu berubah dan bertingkahlaku berbeza dari apa yang ada dalam dirinya maka janganlah ditinggalkan kerana hal tersebut; kerana boleh jadi saudara kamu bengkok (salah) pada suatu ketika namun lurus kembali pada ketika yang lain”.


Ibrahim An-Nakha’i berkata: “Janganlah engkau memutus hubungan saudara atau meninggalkannya di sisi serigala, kerana boleh jadi suatu kali dirinya salah namun esoknya dapat ditinggalkan”.


Dan bahkan pada ketika berbeza pendapat dengan saudaramu yang lain, maka ikatan ukhuwah seharusnya mampu melindungi mereka dari terjadinya saling membuka aib atau menyebarkan syubhat atau membuat cerita bohong dan hendaknya mereka memelihara ungkapan seorang ulama fiqh iaitu Imam Syafi’i semoga Allah merahmatinya: “Orang yang merdeka adalah orang yang mampu melindungi kasih sayang sesaat, dan patuh pada orang yang memanfaatkannya ucapannya”.


Dan disebutkan : Jika terjadi ghibah (umpatan) maka hilanglah ukhuwah.


Begitu indah dan lembut ungkapan seorang salaf yang menyampaikan nasihat kepada saudaranya : “Sampaikanlah kepada saya; saya telah jahat seperti yang engkau katakan Kerana itu, di manakah kasih sayang dalam ukhuwah Atau jika kamu jahat sebagaimana aku jahat Maka, dimanakah kurniamu dan kasih sayangmu”.


Dan bukanlah bahagian dari akhlak seorang saudara muslim ketika ia selalu menceritakan sebab-sebab keaiban pada ketika ia berbeza pendapat dengan saudaranya atau yang lainnya, atau berusaha meremehkan kelebihannya, atau menghina perbuatan dan pemberiannya.


Al-Faruq, Umar bin Al Khattab memberikan satu nasihat: “Janganlah cintamu dijadikan sebagai bebanan, dan jangan jadikan pula marahmu sebagai kehancuran. Kemudian ada yang bertanya: apakah maksudnya? Umar berkata: “Jika kamu mencintai, jangan berlebihan seperti cintanya seorang bayi pada sesuatu secara berlebihan, dan jika kamu marah maka jangan membuatkan kamu senang dengan hancurnya saudara kamu dan celaka”. (HR Bukhari dalam kitab Al Adab)


Hasan bin Ali berkata: “Janganlah kamu berlebihan dalam mencintai sesuatu, dan jangan pula berlebihan dalam membenci sesuatu, dan barangsiapa yang menemukan pada saudaranya tanpa (penutup) maka janganlah disingkap lagi”.


Dan di antara hak-hak ukhuwah adalah memberikan nasihat dengan adab-adab syar’i :
1. Jangan diceritakan di depan umum.
2. Jangan disakiti dihadapan khalayak ramai dan pada suatu institusi.
3. Jangan diungkap rahsia dirinya.
4. Jangan dibuat-buat cerita yang dusta.
5. Tidak dibenarkan penggunaan segala cara terhadap suatu kesalahan.
6. Tidak ada “mujamalah” dalam menghitung suatu kebenaran.
7. Tidak cenderung kepada sakit hati dan kemenangan kepada hawa nafsu.
8. Harus dengan nasihat yang aman dan benar serta jujur.
9. Bebas dari tuduhan.
10. Ditunaikan sesuai dengan amanah.
11. Diiringi dengan kasih sayang.
12. Mampu menumbuhkan perasaan ukhuwah.



Wahai saudaraku : Sungguh nabi saw telah memberitahu kita dengan jelas dan terang: “Jauhilah kamu akan buruk sangka, kerana buruk sangka adalah sedusta-dusta ucapan, dan janganlah kamu saling menduga-duga, jangan saling mengintai, jangan saling hasad, jangan saling berkonspirasi, jangan saling benci (marah), namun jadilah kamu hamba Allah yang saling bersaudara”. (Muttafaq alaih).


Umat Islam di zaman awal memahami dari Islam akan makna ukhuwah ini, meresap ke dalam aqidah dan agama Allah secara kekal akan perasaan cinta dan bersatu serta berkasih sayang dan fenomena yang paling mulia adalah ukhuwah dan ta’aruf sehingga seakan-akan mereka menjadi peribadi yang satu, satu hati, satu tangan, maka Allah pun mewujudkan pada mereka kemenangan, kemuliaan dan kejayaan.


Oleh kerana itu, marilah kita berpegang teguh pada ukhuwah yang kekal ini yang niscaya tidak akan hilang sekalipun dunia akan hancur, sekalipun hari-hari akan hilang dan berlalu namun ukhuwah akan tetap kekal sepanjang masa dan hendaklah kita terus memelihara dan bercita-cita untuk menunaikan hak-hak ukhuwah ini, merasakan nilai-nilainya, menjaga wirid Rabithah setiap hari.


Semoga Allah tetap bersama kamu dan tidak menyia-nyiakan perbuatan kamu.


Allah Maha besar dan segala puji hanya milik Allah.


Muhammad Mahdi Akif





***


ok x artikel ni? moga2 dengan sedikit pembacaan, dapat meredakan hati yang luka, dapat melupakan kesedihan, dan menggembirakan diri dengan cara melupakan masalah yang timbul..kadangkala, hati ini cepat je terasa dengan sahabat2 di sekeliling..namun mungkin ini adalah kerana kesilapan diri sendiri..sebab memang apa2 pun yang berlaku pada kita, ada kaitan dengan amal2 dan perbuatan kita jugak, walaupun semuanya dengan izin Allah jua.


teringat semalam ada seorang sahabat share-


Abu Bakr b. Abdullah berkata:


1. Apabila engkau melihat orang yang lebih tua umurnya darimu, katakanlah,“Orang ini sudah mendahului aku dalam beriman dan beramal saleh, dia tentu lebih baik dari aku.”


2. Apabila engkau melihat orang yang lebih muda umurnya darimu, katakanlah,“Aku telah mendahuluinya dalam berbuat dosa dan kemaksiatan, tentu dia lebih baik dari aku.”


3. Dan apabila engkau melihat sahabat-sahabatmu menghormatimu dan memuliakanmu maka katakanlah,“Ini adalah keutamaan yang diperhitungkan nanti.”


4. Dan kalau engkau melihat mereka kurang menghormatimu, maka katakanlah,“Ini adalah akibat dosa yang aku perbuat.”


jadi, bila kita diuji dengan sesuatu, reflek dan muhasabah diri, di mana silapnya diri kita. jangan mudah menuding jari pada kesalahan orang lain, sehingga kesalahan diri sendiri kita x sedar..sungguh, Allah menguji apa yang kita mampu..dan dari ujian2 ukhuwah ni kita belajar untuk mengenali diri dan orang lain..

wallahu'alam~

Friday, October 29, 2010

masa berlalu

cepat sungguh masa berlalu..walaupun kadangkala terasa seperti perlahan gerakan jarum2 saat, lebih2 lagi ketika menantikan sesuatu untuk berlaku.


tapi kini, setelah hampir 2tahun di sini, terasa saat2 untuk meninggalkan bumi england ini semakin hampir. terasa seperti baru lagi menghirup udara di sini. namun inilah hakikat kehidupan, bahawa masa sesungguhnya tak pernah menanti sesiapa.


dan ini juga hakikat kehidupan di dunia, bahawa tempoh keberadaan kita di dunia ini tidaklah lama mana, jika dibandingkan dengan kehidupan yang kekal abadi nanti.


kini, tinggal kurang dari dua bulan untuk kembali ke tanah air malaysia. kembali bukan sekadar untuk bercuti, tapi kali ini kembali untuk jangka masa yang panjang. mungkin andai ada rezeki pada masa akan datang, siapa tahu bahawa bumi england ini akan dikunjungi kembali.


wallahu'alam~

Sunday, October 10, 2010

triple ten

10.10.10




motif entri ini ditulis? saja je, sebab tarikh cantik.. :)




tapi hari ni sama je macam hari2 lain..cuma pagi tadi merajinkan diri pergi tengok kwn2 n juniors perempuan main futsal dekat turf, sebelum pergi duduk sembang2 dengan cik hana n iman..alhamdulillah, sempat jugak untuk duduk sembang walaupun kejap, selepas lama x jumpa..padahal rumah xde laa jauh mana, tapi disebabkan kekangan masa dan kesibukan masing2, tu yang jarang jumpa tu...



bila dah balik bilik, macam biasalaa, online kejap..lepas tu kena buat kerja..dan sedar x sedar, hari ni ialah hari ke-23 perkahwinan kami..semoga usia perkahwinan ini berkekalan sampai bila2..



wallahu'alam~

Friday, October 8, 2010

nyawa-nyawa ikan

tiba2 malam ni rasa rajin untuk mengupdate blog ni..sebelum mula buat kerja, jom kita warming up jari2 dengan menulis blog..


seperti kebanyakan students malaysia kat marjon ni, saya salah seorang yang hampir nyawa2 ikan..bukan nyawa2 ikan sebab sakit, tapi yang nyawa2 ikan tu ialah duit..xperlu lah disebutkan jumlahnya,tapi cukuplah dikatakan cukup makan sampai elaun seterusnya yang tak tahu bila akan dapat..


so tadi,disebabkan keperluan yang agak mendesak,terpaksa jugaklah merajinkan diri untuk keluar membeli barang, walaupun rasa agak malas, lebih2 lagi dalam keadaan 'kering' macam sekarang..


agak tebal jugak muka bila bayar tambang bas, guna sekeping syiling 1 pound, dan yg lain2 tu syiling 1 penny dan 2 pence..ala2 duit syiling 1 sen kat malaysia..warna pun sama..tp nasib baiklah pakcik driver bas tu ok je..mmg tau dah dia akan ok je,cuma kita je laa muka kena tebal sikit kan nak membayar dengan syiling yang banyak..


lepas tu sampai kat asda (tempat beli barang), cari laa barang2 yang sepatutnya..memang kali ni jimat n beli yang betul2 perlu je..memang setiap kali amek barang tu, kira jumlah harga dengan kalkulator kat handphone..tak boleh lari sikit pun..


bila dah ambil semua barang, teringin jugak laa kan nak beli barang merepek..tengah x ada duit pun, nak mkn benda merepek jugak..so memang agak teringin nak makan coklat n keropok (dua2 tak berkhasiat kan?)..dah lama kot xmakan coklat, tu yang teringin sgt tu..


padahal nak amek coklat asda smartprice je (yang paling murah laa ni) yang harga dia 30pence dengan keropok asda jugak, harga dia 48pence..memang kalau ikutkan, ada je duit nak beli..tapi bila tengok dalam bakul, barang2 lain tu lagi penting untuk dibeli..macam buah2an n cereal,benda tu lagi penting kan..


diri laa kejap dekat tepi tu, kira duit2 syiling yg ada dalam dompet..kira berapa duit syiling semuanya..bila dah kira, memang x cukup nak beli both coklat n keropok tu..padahal x cukup lagi 6pence je...huhu..sedih gak laa rasa..tapi memang tu je syiling yang ada masa tu..so g letak balik coklat tu, dan bila cari2, ternampak coklat cadbury fudge yg 17pence,tp coklat ni kecik je laa..tp tu je laa yang mampu kalau nak makan both coklat n keropok kan..huhu..so ameklaa coklat yg kecik tu, just sebab nak jugak makan coklat, n dapat jugak amek keropok tu..huhu, bersyukur laa kan dengan apa yang dapat..


so bila camtu, baru laa cukup utk bayar dengan syiling2 yang ada..dan lepas bayar tu, ada berbaki lagi 2 pence..huhu..memang cukup2 la duit yang ada tu..rasa kali ni, dahsyat jugak laa tahap kekeringan duit ni..duit dalam akaun ada laa sisa2 sikit, tapi kena standby untuk benda2 lain jugak..tu yang guna je sisa2 duit cash yang ada dalam tangan sekarang..


bila nak bayar dekat kaunter tu pun, sekali lagi laa tebalkan muka untuk bayar dengan duit syiling yang banyak..tahu je duit tu cukup, tapi still rasa tebal muka tengok cashier tu kira syiling2 tu..huhu..tapi at least, ada jugak duit nak bayar kan..


* * *


ni cerita kedua, pasal syiling jugak..


so tadi masa nak pergi asda tu, bayar guna syiling2 yang banyak pada pakcik bas...lepas amek tiket, berjalan pergi ke tempat duduk..tapi masa nak duduk tu, tiba2 nampak duit syiling 2pence dekat lantai kerusi tu..haha..walaupun tengah kering sekarang, tapi decide untuk tak amek duit tu..huhu..2 pence kira banyak laa juga di saat kering macam ni kan..huhu..tapi kering pun, tak ada lah sampai nak ambil sesuatu yang bukan hak kita kan..biar susah macam mana pun, tapi biar duit kita tu dari sumber yang halal..


pastu lepas dah g asda tu, balik laaa bilik dan hidup macam biasa..lepas tu, td masa tengah free sikit, kumpul2 kan baju atas lantai bilik sebab nak masuk dalam mesin basuh...lepas dah basuh baju semua, bila naik bilik lepas tu, tiba2 nampak syiling 1 pound atas lantai..haha..di saat2 x ada duit ni, sangat happy rasanya nampak duit tu..rasanya duit tu jatuh dari poket seluar yang basuh tadi..dan sungguh la,rezeki Allah tu datang dari arah yang x disangka2..hehe..


dan walaupun tengah kering yang tahap kronik sekarang ni, rezeki Allah tu ada je lagi sebenarnya, cuma mungkin buat masa sekarang bukan dari segi duit, tapi dari segi benda2 lain, terutamanya udara yang kita sedut tanpa sedar setiap hari, kawan2 di sekeliling kita, famili, idea untuk buat esaimen, dan lain2..memang laa duit tu penting, tapi yang pasti, duit bukan segalanya..


tujuan post ni ditulis? supaya nanti masa senang, tak lupa masa susah dan kering macam sekarang ni..wallahu'alam~

Wednesday, October 6, 2010

alhamdulillah

lama sungguh x mengupdate blog ni..hari ni dah hari ke-6 dalam bulan 10..dan sekarang ni kira macam saat2 genting laa kat sini..walaupun kitorang kat sini xde exam, tapi ada dissertation, yang perlu disiapkan by 26 november..rasa macam lambat lagi je dateline tu, tapi memandangkan banyak benda yang perlu dibuat, tu yang rasa macam kelam kabut sikit nak siapkan semua...


tapi alhamdulillah, so far ok je laa..kerja berjalan jugak, walaupun kadang2 agak stress dan tertekan, walau kadang2 xdapat fokus sangat pada kerja yang perlu dilakukan..tapi, kerja tetap kerja..kena laa be professional kan..jangan biarkan masalah hati dan peribadi memberi kesan kepada kerja2 lain...huhu...apa je laa yang merepek ni kan...


so seperti yang ramai dah maklum (macam laa ramai pun yang baca blog ni kan..huhu..), saya dah selamat menjadi isteri orang..alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...




segala puji hanya pada Allah, kerana sesungguhnya kami hanya merancang, tapi Dia sebenarnya perancang yang lebih baik...syukur pada-Nya yang banyak memudahkan perjalanan urusan pernikahan ni..kami selamat dinikahkan pada 18 september 2010, di rumah saya di Kajang..alhamdulillah..


mungkin ramai yang terkejut (saya pun macam tak percaya) bila tiba2 saya ambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang saya..lebih2 lagi ketika masih belajar dan belum pulang ke Malaysia sepenuhnya..tapi saya yakin, inilah perancangan Dia untuk kami..dan saya juga yakin bahawa dengan izin-Nya, inilah yang terbaik bagi kami buat masa ini..tak banyak yang nak saya katakan, hanya setinggi-tinggi pujian pada Allah..alhamdulillah..


kawan2 ramai bertanya apa perasaan setelah berkahwin dan bergelar isteri orang..jawapan saya mudah..saya rasa sangat tenang..ada pula yang menyambung pertanyaan, ketenangan bagaimana yang saya rasakan..ketenangan ini tidak dapat saya gambarkan dengan kata2..hanya mereka yang melaluinya akan merasainya..sama macam makan gula, hanya mereka yang makan gula yang akan merasai manisnya gula..walau sehebat mana dia cuba menceritakan manisnya gula kepada orang lain, hanya mereka yang pernah merasa gula yang tahu bagaimana rasa manisnya gula itu..




dengan dua kali lafaz, saya sah menjadi milik kepada suami tersayang..moga bahagia milik kita sampai bila2, insyaAllah..


setinggi-tinggi terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan hari bahagia kami ini..mungkin agak terlambat untuk saya ucapkan terima kasih ni, tapi better late than never, kan?

terima kasih sangat2 pada mummy saya, dan juga ma (ibu mertua) kerana tanpa restu dua insan penting ini, tidak mungkin kami dapat mengikat ikatan suci ini..saya yakin, apa pun rintangan dan dugaan kami, apa yang penting adalah untuk kami mendapat restu insan yang telah melahirkan kami dahulu..thanks a lot to mummy n ma..


terima kasih juga pada kakak2 dan abang2 (termasuk abang2 ipar) juga adik2 saya atas susah payah dan penat lelah kalian..setiap usaha dan keringat yang mengalir, hanya Allah yang dapat membalasnya..mungkin saya jarang mengucapkan terima kasih, namun jasa kalian x pernah dilupakan..


xdilupakan pada saudara mara lain (pihak saya dan suami), rakan2 dan semua yang mengenali diri kami..(tiba2 rasa macam praktis tulis acknowledgment untuk dissertation..hehe..)..


terima kasih pada yang mendoakan kami..moga Allah memakbulkan doa kalian dan memberikan yang terbaik untuk kita semua..insyaAllah..


and last but not least, terima kasih pada suami tersayang, yang banyak berkorban dan sanggup memikul tanggungjawab sebagai suami pada usia muda..terima kasih kerana bersama waktu susah dan senang..terima kasih untuk segala-galanya..

minta maaf andai sepanjang pengurusan atau setelah majlis pernikahan yang berlangsung ini, ada yang terasa hati, baik dengan keputusan kami untuk berkahwin, mahupun dengan tindak tanduk atau perkataan kami yang mungkin tidak disenangi dan tidak kami sedar..mohon agar dimaafkan dan mohon juga ditegur supaya yang silap dapat diperbaiki untuk kebaikan pada masa akan datang..


insyaAllah,majlis walimatul urus akan berlangsung disember ini..mohon semua doakan kelancaran majlis ini nanti, dan juga supaya hubungan kami diberkati dan berkekalan sampai ke syurga..kerana itu cita2 dan matlamat kami sekarang, untuk bercinta sampai ke syurga, insyaAllah..



kredit gambar kepada abang hafez.
sedikit gambar2 lain boleh dilihat di blog angah saya http://weedablog.blogspot.com/


wallahu'alam..

Wednesday, September 29, 2010

after a while

setelah sekian lamanya blog ni ditinggalkan, finally today i managed to find some time to write something. I cant deny that it's very difficult for me to spend time in front of my laptop when i'm at home in malaysia. maybe because there are other things to do, not like when i'm here in my room in plymouth..


after more than a month i left this blog without anything..how fast the time flies..and today is my 4th day in the uk after a long holidays in malaysia..so i better start doing my work and focus on my studies..less than 3 months to go..

Friday, August 20, 2010

11 Ramadhan

alhamdulillah..sedar x sedar, dah sebelas hari kita berpuasa di bulan ramadhan..kita dah memasuki fasa kedua bulan ramadhan ni..


lepas sampai rumah haritu, x sempat2 lagi nak update blog..online pun jarang..huhu.. alhamdulillah, dah 3 hari duduk kat rumah..banyak jugak benda yang dibuat kat rumah ni..insyaAllah, kalau boleh, nak try laa manfaatkan sungguh2 masa2 kat rumah ni..


xde pape sangat yang nak di update sebenarnya..tunggulah nanti bila betul2 rajin nak update, baru akan update dengan apa yang perlu..till then~

Monday, August 16, 2010

separuh perjalanan

alhamdulillah..cmne puasa hari ni? ok x? hehe..moga hari2 makin ok hendak2nya..dah seminggu dah kita berpuasa..moga setiap puasa kita memberi makna kepada kita..bukan setakat puasa yang tahan lapar dan dahaga je..


setelah hampir setengah hari meninggalkan bumi plymouth, sekarang ni berada di lapangan terbang dubai..tadi masa sampai, blur2 jugak, sebab first time sampai kan..pastu dengan ngantuk2 nya, sebab hampir 7 jam dalam flight td x tido pun..lepas subuh td sempat laa tido kejap kat surau dia, dapat laa tido dalam 10 minit..xpe2, japgi naik flight tido balik..


dalam flight tadi, berbuka dengan seafood..alhamdulillah, ada cheesecake jugak..huhu..duduk sebelah sorang makcik ni, memang org dubai yang pergi london bercuti..dia ngan anak dia je..rasa kejap je dalam flight..baca buku jap, tgk movie jap, lepas berbuka tu solat..pastu x lama lepas tu da sampai kat dubai..sampai je kat airport dubai ni, nampak mcD..huhu...agak tergoda laa jugak..tapi tahan dulu, dah nak sampai malaysia dah..xtau dia terima pound ke x, rasa mcm tak..malas nk g tanya.. n lagi pun masa tu memang ngantuk n mamai tahap kronik laa..dengan lenguh2..aim nak cari tempat duduk je..huhu..


pastu bila subuh g surau..lepas subuh tu, duduklaa kat situ belek2 quran jap..pastu ada laa satu insiden ni..sorang kakak ni (kita namakan dia kakak A), baru lepas solat, pastu dia g laa tegur tegur sorang lagi kakak (kakak B) ni yang dah sudah solat n tgh siap2..rupanya kakak B ni lalu kat depan tempat dia solat..pastu dia gtau kat kakak B tu, dalam english laa,tapi xtau dia org apa sbnrnya..dia kata, kalau xtahu, dia nk bagitahu yang apa yang kakak B tu buat haram..


mula2 ingat apa laa diorang sembang tu..rupanya bertekak..kakak B tu duduk ngan kawan dia..diorang pun katalah, diorang x sengaja, diorang pun org islam gak..pastu diorang tambah lagi, dah laa,bulan ramadhan ni..pastu diorang siap istighfar2 lagi..


kakak A tu pun memang xnak kasi can langsung, dok ulang2 kata apa yang diorang buat tu haram..org lain yang ada kat surau tu biar jelaa, xkan nak sibuk2 lak kan..pelik laa jugak, mungkin apa yang kakak A tu buat salah, tapi untuk tegur cmtu xsesuai sangat laa pulak rasanya..tegur dengan nada yang nak marah..tapi mungkin laa kot niat dia nak tegur kesalahan org lain n kongsi apa yang dia tahu, tapi macam ada something wrong di situ..siap bertekak-tekak..dalam hati hanya mampu berkata, ini ke yang islam ajar pada umatnya? kalau perkara macam tu pun nak bertekak, cmne laa umat islam nak bersatu dalam perkara2 lain..sedangkan umat hari ni dilanda masalah yang lebih besar dari tu..entahlah..wallahu'alam~


by the way, lagi 4 jam akan naik flight semula..dan meneruskan perjalanan lebih kurang 7 jam untuk sampai ke kuala lumpur..orang2 kat airport ni semakin ramai..n rasaya mostly yg ramai2 kt sini pun tunggu untuk transit jugak laa kot..hehe..kejap lagi dah nak pergi check-in dah..semoga selamat sampai malaysia =)



Dubai,
17 ogos 2010
6.57am

Sunday, August 15, 2010

perjalanan bermula

alhamdulillah..dah masuk hari ke-6 berpuasa..dah beberapa hari x update blog..hehe..tu laa,bila malas or xde mood, terus malas nk update..


apape pun, semoga puasa kita bertambah baik dari sehari ke sehari..dan semoga kita sama2 dapat manfaatkan setiap saat yang ada..


lagi setengah jam akan bertolak dari rumah untuk ke stesen bas..hehe..akhirnya, masa yang dinanti sekian lama telah tiba..semoga perjalanan ini dipermudahkan..perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 1 hari setengah..macam nk g mana je..hehe..tu laa,sape suruh amek flight yg ada transit..huhu..


insyaAllah, jumpa lagi nanti.. =)



Plymouth, UK
6.00am

Friday, August 13, 2010

kuih xde seri

alhamdulillah..tadi sempat chat kejap dengan kawan2 yang bertolak balik ke malaysia semalam..diorang transit kat dubai, n masa kat dubai tu laa diorang online kejap..lagi beberapa jam diorang akan sampai malaysia..diorang sampai petang (waktu malaysia) hari sabtu..tadi masa borak2 ngan 2 orang makcik tu, sempat laa tanya macamana airport kat dubai..hehe..yang sorang ni siap boleh kata makanan dalam emirates best..xtau laa kan, sebab xpernah naik lagi..


so hari ni dah selesai hari ke-3 berpuasa..alhamdulillah..hari ni hari ke-2 berbuka puasa sorang2..tapi hari ni better sikit dari hari pertama berbuka sorang tu..hari ni dapat masak awal, so x kelam kabut macam hari tu..dan hari ni rajin sikit nak buat kuih..bila dah buat kuih, makanan utama pun jadi simple je..hehe..


disebabkan semalam masa buat buah melaka tu ada air pandan lebih, tu yang terfikir nak buat kuih seri muka..bila fikir2 balik, memang agak leceh nak buat kuih ni, lebih2 lagi orang yang kurang pengalaman..first time buat masa raya tahun lepas, ok laa, cuma bila potong tu x cantik sangat..bila tengok bahan2 semua ada kat dapur, (cuma kena mintak tepung jagung kat junior)..lepas pinjam periuk kukus dari kawan, terus bersemangat nak buat kuih seri muka ni..walaupun tahu je, buat banyak2, nanti makan sorang je..


tapi kuih seri muka kali ni dia x berseri sangat..jadilah kuih muka xde seri..haha..rasanya tahu je kenapa, sebab x cukup santan untuk yang warna hijau tu..tu yang kukus lama pun, dia still x keras sangat..tapi nasib baik bila dah biar dia sejuk betul2, boleh jugak laa potong, walaupun agak lembik..dan itu menjadikan rupa dia sangat x cantik..tapi rasa dia ok je..hehe..xtau laa orang lain rasa macam mana..dia x berapa manis, mungkin sebab guna gula kastor, sebab gula pasir kat rumah dah nak habis..huhu..tengoklah gambar kat bawah ni, comot kan nampak..tu laa jadinya bila buat kuih x ikut resipi betul2..hehe..yang dalam pinggan tu untuk makan sendiri laa sebab memang dah xde rupa langsung..




tapi disebabkan kuih ni boleh jugak dipotong walaupun agak lembik, maka x laa segan sangat nak bagi kat orang lain kan..walaupun rupa dia macam x de rupa seri muka sangat, tapi boleh laa..kalau nak makan sorang2, memang x larat laa..tadi makan sikit waktu berbuka pun, dah penuh dah perut rasanya..makan kuih tu dah berpulut, lepas tu makan nasi goreng lagi, mana x penuh..hehe..so yang dalam pinggan kat bawah ni yang dibagi kat orang..comel sikit laa bentuk dia kan, walaupun comot2 sikit..ala, bukan nak buat jual pun..buat makan sendiri je kan..hehe..




mula2 segan gak nak tunjuk gambar kuih seri muka yang xde seri kat blog ni..tapi dah blog diri sendiri kan, letak je laa..mana tahu mungkin satu hari nanti, bila dah berjaya buat kuih seri muka yang berseri-seri, boleh laa dibandingkan dengan yang x berapa seri ni kan..mungkin lepas ni kena mintak tips kat makcik2 yang pakar buat kuih seri muka ni..mesti ada cara2 nak buat kuih yang bukan je sedap tapi cantik kan..hehe..so, that's all for now..selamat berpuasa~

3 Ramadhan

sekejap je rasa dah masuk hari ke-3 bulan ramadhan..memang kalau nak ikutkan, masa tu cepat je berlalu sebenarnya..orang kata, pejam celik, pejam celik je..tapi bila kita menunggu satu2 masa tu untuk tiba, terasa sangat lamanya laa pulak kan..sebab kita menghitung setiap detik untuk masa tu sampai..tapi lebih baik lah setiap saat yang berlalu tu dihargai dan dimanfaatkan sebaik mungkin, sebab setiap saat yang berlalu tu memang xkan kembali lagi, walau dengan apa cara sekalipun..


kalau dalam al-quran, ada je diceritakan, betapa kita ni nanti akan rasa tempoh hidup kita di dunia ni sangat singkat..Allah berfirman:


Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Allah mengumpulkan mereka, (mereka merasa) seakan-akan tidak pernah berdiam (di dunia) kecuali sesaat saja pada siang hari, (pada waktu) mereka saling berkenalan. Sungguh rugi orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Allah, dan mereka tidak mendapat petunjuk. (Yunus, 10: 45)


so, sementara kita hidup kat dunia ni, sama2 lah kita manfaatkan masa sebaik mungkin, lebih2 lagi masa muda macam sekarang ni..masa tengah muda ni laa kita lebih mudah untuk menuntut ilmu, lebih2 lagi pengetahuan agama, di samping ilmu2 dunia yang lain..masa muda ni laa kita masih bertenaga untuk menggandakan amal ibadat, nanti dah tua dah x berapa larat kan..


hargailah setiap detik kehidupan, sementara masih ada masa, sebelum tempoh kita hidup di dunia ni tamat dan sebelum kita menyesal atas segala apa yang telah kita buat sepanjang kehidupan yang singkat..


wallahu'alam~

Thursday, August 12, 2010

iftar jama'ie

Alhamdulillah..selesai sudah hari kedua berpuasa..so tadi kitorang yang still ada kat marjon ni berbuka beramai-ramai..main dish ialah nasi ayam..sedap..huhu..ada laa jugak kuih-muih dan buah2..ada jugak kek..tapi tadi makan nasi pun rasa dah penuh perut..


so setelah difikir-fikir tadi dan melihat apa yang ada kat dapur, saya decide utk buat buah melaka..rasanya ni je laa yang simple dan bahan2 dah ada kat rumah..walaupun dah pernah buat sebelum ni, tapi tadi sebelum buat pun, belek sekali lagi resipi dari internet..hehe..




tapi buah melaka kali ni, dia punya inti gula tu rasa pelik sikit, dia rasa liat..mungkin sebab gula melaka lama n dah masuk angin kot..boleh ke jadi macam tu? tapi orang lain makan je, tanpa berkata apa2..haha..alhamdulillah, boleh laa kan, cuma maybe boleh improve lagi next time..



buat yang sikit ni pun dah rasa lenguh2 n sakit belakang..tetiba terfikir, camane laa orang yang buat berniaga tu kan, buat bukan nya sikit2, tapi banyak..bukan satu dua jenis kuih, banyak2 jenis pulak tu..memang gigih laa orang yang berniaga ni, especially berniaga makanan..mungkin bila dah lama2, dah biasa dengan penat tu..orang kata, alah bisa, tegal biasa..betul ke pepatah ni? betul laa kot rasanya..


so lepas dah siap2 makan, kemas, balik n solat isyak n terawih kat rumah..dengan periuk n ada beberapa mangkuk kat dapur yang x dibasuh lagi..malas sungguh nak mengemas dapur bila tengah lenguh2 ni..huhu..so, tu je laa untuk malam ni..jom bersiap sedia untuk menghadapi hari esok pulak..moga hari esok lebih baik daripada hari ni, insyaAllah..
p/s: saja je tunjuk gambar kuih ni, nak berlagak ngan angah...hehe.. :p

2 Ramadhan

hari ni dah hari kedua berpuasa..alhamdulillah..and pagi tadi, sorang kawan bertolak balik ke mesia, dan xsampai sejam yang lepas, 3 orang lagi bergerak pulang..huhu..macam buat laporan laa pulak..setiap kali orang balik nak update blog..haha..sabar2, my turn will be coming very soon..


so petang ni untuk iftar, diorang2 yang tinggal kat marjon ni plan untuk iftar jamaie, sambung dengan solat maghrib, isyak n terawih sekali..tgh fikir2 nak masak apa nak bawak pegi nanti..


sebenarnya xde idea nak tulis apa, tapi saja nak update blog jugak, nak jadikan habit update kalau boleh setiap hari..konon2 laa kan..hehe :p


so sekarang, ada 4 jam lebih sebelum waktu maghrib..nantilah, bila2 rajin nanti update blog lagi..

Wednesday, August 11, 2010

apa yang dibaca?

alhamdulillah..hari pertama ramadhan berjalan dengan lancar..dan sekarang masih berbaki hampir 4 jam sebelum waktu berbuka..macamana dengan hari pertama ramadhan anda? moga menjadi pemula yang baik untuk meneruskan ke hari2 berikutnya..


di samping menahan diri dari lapar dan dahaga, bagaimana dengan solat kita? amalan2 seharian kita? percakapan dan pergaulan kita? dan bagaimana pula dengan bacaan al-quran kita? sesungguhnya, ketika menulis ini, saya lebih mengingatkan diri sendiri, dan dalam masa yang sama mengingatkan sesiapa yang membaca..semoga amalan2 kita bertambah kualitinya di bulan yang penuh berkat ini..


bercakap tentang bacaan al-quran, teringat satu kisah, berlaku ketika beberapa hari sebelum ramadhan beberapa tahun yang lepas..ketika itu bacaan al-quran saya berbaki beberapa juz untuk khatam, dan ramadhan pula sangat hampir..memikirkan bahawa saya tak akan sempat untuk mengkhatamkan al-quran menjelang ramadhan. saya bertanya pada salah seorang sahabat saya..soalannya lebih kurang begini (x ingat sangat sebab dah lama)..nak sambung baca dan habiskan sampai 30 juz walaupun dah mula ramadhan, atau nak baca dari awal semula menjelang 1 ramadhan nanti..


saya pun tak tahu macamana saya boleh bertanya soalan tu..mungkin kerana apa yang bermain dalam fikiran waktu itu, mesti baca 1 juz al-quran setiap hari dalam bulan ramadhan supaya dapat mengkhatamkan 1 al-quran ketika akhir ramadhan nanti..jawapan sahabat saya (yang lebih kurang juga saya ingat)...yang pentingnya ialah membaca al-quran tu sendiri, bukan mula dari juz mana masa ramadhan tu..


saya pasti, sahabat saya pun mungkin tak ingat akan kisah ini..bagi saya sendiri, jawapan itu ringkas dan tepat, lebih2 lagi bagi orang macam saya, yang baru belajar memesrakan diri dengan al-quran pada waktu itu, dan tak mengetahui banyak hukum dalam agama..walaupun saya tahu sahabat saya tu pun bagi jawapan atas pendapat dia, tapi jawapan tu sangat terkesan di hati saya..


yang pentingnya, usaha kita untuk membaca al-quran tu, bukan setakat membacanya, tapi turut meneliti maksudnya dan mendalami maksud ayat2 yang dibaca (tadabbur)..kalau al-quran tu setakat dibaca, tanpa difahami maksudnya, tentu sukar untuk kita dididik dan diubah oleh ayat2 al-quran, kerana kita (lebih2 lagi saya) bukan seorang yang mahir tentang bahasa arab, dan mustahil bagi saya untuk memahami ayat2 al-quran tanpa merujuk terjemahan dan tafsir..


memandangkan al-quran memang diturunkan untuk kita, umat manusia supaya dapat menjadi petunjuk untuk mengikut apa yang benar dan meninggalkan apa yang salah, dan memandangkan al-quran tu juga merupakan satu panduan yang lengkap dan merangkumi seluruh hidup kita, wajarlah kita berusaha untuk membaca dan memahami ayat2 itu..insyaAllah, setiap huruf yang kita baca ada ganjarannya, dan pasti lebih indah jika kita dapat memahami apa yang kita baca dan mengamalkannya pula dalam kehidupan kita..


motif menulis entri ini???sekadar mengingatkan diri sendiri agar berusaha untuk membaiki bacaan al-quran, dan supaya menjadi lebih rajin untuk memahami ayat2 yang dibaca..


wallahu'alam~

Tuesday, August 10, 2010

1 Ramadhan

Ramadhan is here! Alhamdulillah..sekali lagi diberi peluang oleh Allah untuk melangkah ke dalam bulan yang penuh keberkatan ni..sebab ada je mereka yang x berpeluang untuk merasai nikmat ramadhan kali ni kerana telah cukup masa di dunia, dan dipanggil menghadap Ilahi..tapi sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba2-Nya..setiap sesuatu telah tercatat sejak sekian lama..ajal, rezeki, amal perbuatan dan kesudahan sengsara atau bahagia telah ditentukan-Nya..namun tinggal kita untuk berusaha memperbaiki amalan kita kerana kita tidak pernah tahu apa yang telah dicatatkan untuk kita itu..


So, apa tunggu lagi? jom kita berusaha sehabis baik untuk memperbaiki amal kita, lebih2 lagi di bulan ramadhan ni..bila pintu syurga dibuka seluas-luasnya, dan pintu neraka ditutup, dan syaitan2 pula diikat..seperti jalan luas yang terhampar di depan mata, tinggal kita mahu berusaha menempuhi jalan itu..hanya tinggal nafsu dalam diri yang perlu diatasi..dan sungguh, nafsu itu kadangkala sesuatu yang sukar untuk dilawan..ketika itulah kita perlu mujahadah melawan nafsu..


Ramadhan yang datang setahun sekali, namun adakah sempat kita bersama ramadhan ini hingga ke akhirnya? dan mungkinkah ada lagi ramadhan untuk kita pada masa hadapan? andai ini ramadhan terakhir kita, biarlah ramadhan ini yang terbaik yang pernah kita lalui..


Andai kita berjaya bersama ramadhan ini hingga ke akhirnya, semoga setiap amalan kita di bulan ramadhan ini diterima dan diberkati Allah, dan dapat juga kita berterusan melakukan amalan2 itu di bulan2 selepas ramadhan, sehingga ia menjadi sebahagian daripada kehidupan kita sebagai hamba-Nya..


* * *


1 Ramadhan di rantau orang..walaupun sesungguhnya di mana2 pun, itu adalah bumi tuhan..dan ada alam terbentang luas yang menemani..


tiba2 terasa rindu pada kemeriahan ramadhan tahun lepas..walaupun ketika itu menyambut ramadhan jauh dari keluarga, keseorangan duduk di rumah, dan bersahur seorang diri, namun tetap merasai kemeriahan menyambut bulan yang istimewa ini..mungkin sebab ketika itu ramai kakak2 di sekeliling yang menambah kemeriahan menyambut ramadhan..bersama2 bertilawah dan tadabur al-quran setiap hari, sama2 berjemaah solat isyak n terawikh..bergilir2 menyediakan moreh..rindu pada mereka..


walaupun mungkin x semeriah suasana menyambut ramadhan di malaysia, namun suasana itu sangat dirindui..kerana ramadhan tahun ini di sini, terasa sunyi, terasa sendiri..mungkin kerana ramai yang telah pulang ke kampung halaman, dan yang tinggal di sini hanyalah beberapa orang..


mungkin juga ini tarbiyah dari Allah untuk diri ini..peluang untuk bersendiri, sebelum pulang dan kembali merasai kemeriahan ramadhan di kampung halaman..hanya seminggu ini perlu bersahur (dan mungkin juga berbuka) seorang diri, solat sendiri, duduk di bilik sendiri, sebelum bersama dengan keluarga tersayang..

wallahu'alam~

Monday, August 9, 2010

counting days again

Ramadhan will arrive in less than 2 days. And i have 6 days to wait, before the day that i've been waiting for ages arrive. I've been counting the day to arrive for almost 3 months i think. haha..and how slow time flies..relax, the day will surely come, insyaAllah..


And today, another friend of mine left for M'sia..hopefully she'll safely arrive this Wednesday morning (M'sia time)..will i miss her? for sure! huhu..and another 4 friends will also go back this thursday..then i'll be completely on my own..there are some others who still here, but we're not really close and most of them are boys..so what i am going to do without my friends around??? just have to stay in my room, i guess, doing some work, and pretend to be hardworking.. :p


Just now, i tried to phone mek kah..but why didn't she pick up the phone???!huhu...after a very long time she went back to malaysia, and without a single news from her, i really need to talk to her...mek!!!rindu laa...


and all that i wrote in this entry is just a way of merepek-ing..to show that i'm very bored! huhu..


dah2,lagi lama tulis, lagi banyak merepek..


to all of you (who are reading this) and to me myself, let's prepare ourselves for the coming ramadhan and make this ramadhan the best ever..may our ramadhan be blessed by Allah..amin.. =)



wallahu'alam~

Saturday, July 31, 2010

home alone

after sending my housemate just now, i'm home alone..my another housemate already went back last week..but i guess i would not be too lonely staying alone at home because there're a lot of things to be done, and i still have other friends nearby..


our activities recently is to go to the fitness suite, or we easily call it gym..we either go in the morning or evening and spend nearly 2 hours, trying almost every equipment there..it's great to go during this break time because once our juniors arrive this coming september, this marjon will be like 'malaysian village' with almost 100 juniors and 24 of my batch..just to fit this small marjon..so better grab this chance while we can..


marjon fitness suite

we'll go swimming every wednesday, from 1pm to 2pm, as that is the time allocated for ladies..and the swimming pool will be congested with lots of makcik2 org putih and some emak2 who bring their kids to teach them how to swim and us,the malaysians who don't really know how to swim..cant imagine how the condition will look like when the term opens..




marjon swimming pool which has been refurbished
picture from marjon website

once in a while we will book the sports hall, and play badminton together..it's great to have just us using the sports hall, and we can just do anything we want..that is one great thing about marjon when the holidays come..because everyone will go back to their place, and marjon will be really quite, like there's no one in the village..and of course, no one is using the sports hall in the morning for any training session..i just like it very much..


so, i have about 2 weeks staying in this house alone..what am i going to do? i have a list in my mind..better start working on it..but i'm still half awake now..had 3 hours of sleep, and i dont think that's enough for me..huhu..i'll start doing my work very soon..hehe..


*after a long time i dont write in english, i feel like a primary student writing their essay..huhu..is this how a teacher-to-be writing look like? i better practise more..huhu..

Friday, July 30, 2010

ayat for today

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

and the translation in english is...


Allah burdens not a person beyond his scope.


(Al-Baqarah,2:286)


because He knows best..and He knows better than us do..just put our faith in Him, and trust whatever Allah decides for us, that is actually the best planning after all..


a reminder for me and for you...to go through this life,without blaming others or anything else for whatever happened and will happen in the future...


~wallahu'alam~

what a feeling

it's already few weeks since last i wrote something here..not really in the mood to write,but i think this is the best way to release whatever i feel right now..it should be my sleeping time now, as it's already 1.45 am..maybe because i had a long nap this afternoon, that's why i am not sleepy tonight..but usually i can sleep easily, because i just love sleeping..erm..macam2 perasaan ada sekarang ni, which keep me wide awake, and do whatever i could do to help me calm myself down..


mula2 tadi terkejut when i heard what happened to my friend's mum..i'm very shocked actually..she's supposed to meet her mum at london and bring her mum here to jalan2 and spend about 2 weeks in uk..but suddenly, with Allah's will, her mum got sick and had to be brought to the hospital immediately..can't imagine if i were at her place..i know she must be really sad and worried..but she is very2 strong..ya Allah, give strength to my friend to go through this tough time..


and now her mum is waiting to go back to malaysia..luckily her sis is there too with her mum..when i called her just now, they are waiting for her mum to be discharged from the hospital and they are going to spend the night at malaysian hall..there's nothing can be done at the hospital throughout the weekend and it will only be very costly to stay at the hospital..


i don't know what to do actually..have to wait till tomorrow, after they go to airasia office to amend the tickets and get a new flight to go back to malaysia..then i'll decide what i'm going to do..


and suddenly i remember today's date..that's another reason for me to have this feeling i think..it's 31st July of the year..it might be just another day for anyone else, but it will always be a memorable date for me and my family..7 years ago,he's still here during this date..but that's his last year celebrating his big day (although we dont really celebrate birthdays)..and now he's still here, just not in the form that can be seen, but in our hearts who still remember and pray for him..how i miss my arwah abah..ya Allah, please forgive him and save him from the hellfire..grant him jannah and place him among the right people..amin..


to my beloved abah, happy 57th birthday..even you're no longer here with me, but you will always be remembered..and you'll be forever in my heart..how i miss you abah..may you rest in peace..i'll try my best to be a good daughter who'll pray for you..


to my friend, be strong! i'm sorry for whatever happened between us..but i'm always here for you to shout for any help..


to me myself, just calm down and pray for the best from Allah..

Wednesday, July 14, 2010

menghitung hari

hari ni dah 15hb julai..starting hari ni,boleh lah mula menghitung hari..hehe..


*moga hari ni lebih baik dari hari2 yang lepas*

kisah si sotong

Malam ni terbaca satu berita yang agak menarik jugak..saja nak kongsi dekat blog yang dah 'berhabuk' dek kemalasan untuk mengupdate..


Paul, the psychic octopus who predicted World Cup matches with uncanny accuracy, is now an iPhone application. The Brazilian software developer behind the program, uTouchLabs, describes it as a "fun way to randomly choose between two options." "Cinema or theatre? Pizza or sushi? Skirt of dress? Marcia or Andrea? Ask the octopus?" it says. The user types in the options and a cartoon octopus chooses between them. The program costs 99 cents to download from Apple's iTunes. Paul, an octopus at an aquarium in Oberhausen, Germany, earned worldwide attention during the World Cup with his predictions, which included Spain's victory in the final against the Netherlands.


Taken from:

Macam2 laa manusia ni..ada akal untuk berfikir, hati untuk merasa..application sotong tu pulak yang dijadikan rujukan dan diberikan 'mandat' untuk membuat pilihan..sedangkan itu hanyalah satu app ciptaan manusia..mungkin ada yang kata 'ala,main2 je benda tu'..tak apalah, terpulang pada penilaian dan pendirian masing2..tapi andai ada akal yang boleh berfikir waras dan rasional, dan ada hati yang boleh merasa keputusan apa yang perlu diambil, kenapa mesti ada benda lain yang buat keputusan untuk kita kan?


Haritu masa baru tahu tentang kewujudan dua haiwan ni (sotong dengan burung) yang meramalkan keputusan piala dunia, rasa macam manusia ni sungguh laa suka je mengada2 kan sesuatu tu..untuk menghangatkan lagi piala dunia yang memang dah hangat setiap 4 tahun sekali ni, ada pulak haiwan2 yang dijadikan rujukan siapa yang bakal memenangi piala dunia tu..

sumber


mungkinlah kisah encik sotong dan burung ni ada sejarah mereka yang tersendiri..tapi jangan disebabkan 2 haiwan ni, akidah kita pulak yang tergugat dek percayakan tafsiran yang mereka buat..sedangkan yang dia pilih pun, main pilih je agaknya, tapi hebohlah satu dunia meng'agung'kan kebenaran pilihan encik sotong tu..wallahu'alam~

Monday, July 5, 2010

memang pemalas

just read my sister's blog..haha..i guess the last three reasons would be just the same as my reasons of not updating this poor blog..i think this blog is more like somewhere for me to express my feeling, especially during assignment time..haha..


and for sure, i'm having the problem of sharing stories of my life..i think it's just my life that i don't have to tell others..want to know a secret?i'm a veryyyy secretive person! haha..(and now it's not a secret anymore) :p


well, today is one of the special days of the calendar..because it's 5th july of the year..and it's my birthday! haha..can't help feeling excited last week waiting for this date..and today, this is the day! will write an entry for my birthday later, insyaAllah.. :)

Monday, June 7, 2010

mimpi yang indah

bosan..bosan..bosan..rasa nak muntah pun ada dok ngadap esaimen ni..huaaaa!!!cepatlaa siap n hantar n lupakan esaimen dari dalam fikiran ni..walaupun tahu je,lepas hantar 2 esaimen ni,ada lagi esaimen yang menunggu,tapi cepat2 laa settlekan yang dua ni dulu..bila dah dekat2 nak submit ni laa,rasa malas n xsemangat nak buat..patutnya lagi semangat nak siap..semangat, datang laa balik..jangan hilang lama2..


bosan!!!!!ish,tapi nanti kalau xde esaimen pun bosan gak..xpe la,selagi boleh enjoy dengan esaimen ni, kita enjoy!!! =)



gambar ni saja je nak letak..huhu..sekadar gambar hiasan..gambar pemandangan yang cantik..walaupun xde laa reti mana amek gambar, tapi yang penting pemandangan tu sendiri dah cantik kan..huhu..dah mula merapu dah ni..ish..memang 2,3 hari ni,otak macam xbetul sangat..haha..dah2,kena fokus! cepat2 siapkan n lepas tu boleh lupakan terus..huhu..1 day to go to submit current issues for the professional teacher..dan 3 days more to submit comparative education studies.. :) all the best to me!!!


jom laa layan lagu dulu..pastu buat keje sungguh2!!!berusaha..insyaAllah, betulkan niat kenapa kena usaha sungguh2..ingat, stadi ni pun satu amanah..


mimpi yang indah
mestica


Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti



lirik lagu dari sini..kalau nak tengok video dia ada kat youtube..

tu je buat masa ni..doakan yang terbaik untuk sesama umat islam, xkira kat mana pun..especially buat umat islam yang teraniaya..



wallahu'alam~

Wednesday, June 2, 2010

masanya akan tiba

bila bukak facebook, tengok gambar convocation senior2 cohort 3, seronoknya tengok diorang dah grad..


bila tengok status senior2 cohort 4 pulak, happynya mereka bila semua berjaya pass final exam..


dan kami cohort 5 di sini, masih dikelilingi dengan kerja2 yang bertimbun..huhu..sabar2.. masanya akan tiba nanti..bulan jun ni adalah bulan yang sangat genting dan mencabar..maka kesabaran perlu lebih banyak dari masa2 yang lain..


apa yang penting,ingat pada Dia..tenang dan senyum selalu..lepas tu usaha je sungguh2..hasilnya nanti biarlah Dia yang tentukan..kuatkan hati!!!


dah xlama lagi untuk balik malaysia, menghadapi cabaran tahun akhir..tapi sekarang, cabaran ni yang perlu berjaya ditempuhi dulu..huhu..



all d best for me!!!
(not to forget to all my friends..hehe..)

Monday, May 31, 2010

may is leaving

betapa cepat masa berlalu. dah sampai ke penghujung bulan mei. satu persatu due date assignment semakin menghampiri. pastinya, bulan jun ni pun akan berlalu dengan sangat pantas. hanya dapat memohon pada Dia agar memberi kemudahan dalam menyelesaikan semua urusan ni. dan di kala dalam keadaan yang sangat serabut, hanya mampu tersenyum sendiri, dan mencari ketenangan dalam diri. smile...and keep smiling =)

Thursday, May 27, 2010

last day at school

i'm gonna miss you

why must you leave?


huhu..itu adalah antara dialog2 pada hari terakhir school experience kat sini..start 26 april aritu, every monday n tuesday, sampailaa hari selasa lepas (25 mei)..compared to last year, this year punya SE is better kot..dengan kurang sket task kat skolah yang kena buat, dan dapat kelas budak2 yang dah besar sket, which is year 3/4 (8-9 year olds)..compare dgn tahun lepas bila dapat kelas budak2 foundation, antara 4 hingga 5 tahun (macam tadika kat malaysia), agak susah untuk communicate ngan diorang..tapi bila dapat kelas budak2 yang da besar sket ni,kena layan nakal diorang pulak laa kan..huhu..


towards the end kat sekolah, ramai pulak budak2 tanya, 'what is that on your head?' ataupun 'why must you wear it everyday?' lagi best ada budak cakap, 'she's wearing the same cloth everyday'..haha..sebab warna tudung yang dipakai memang lebih kurang..sumenye warna2 cair, cream, kelabu, hijau..tapi sekali tu bila pakai tudung hitam g sekolah, ada budak2 cakap, 'you usually wear white'..white??dalam hati sabar je laa,penat aku pakai tudung ada warna, diorang nampak putih je..


ada sorang budak tu tanya, 'how u wear that thing on your head?'..alamak,susah laa plak nak explain..explain lebih kurang je laa..pastu tunjuk pin utk pakai tudung..standard laa kan pakai tudung selempang ada 3 pin..pastu dia cakap 'that's a lot of pin'..huhu..jawapan pendek yang mampu diberi..'it's just 3'.


tetiba rindu pulak kat budak2 tu..ada sorang budak perempuan tu, tiap hari nampak je, nanti dia datang peluk..huhu..mula2 takut gak nak respond balik..sebab kat sini macam agak strict rules dia..tak boleh even sentuh budak2..tu yang malas nak respond..biar je dia peluk n lepaskan sndiri..nama pun budak2 kan..


disebabkan masuk kelas yang sama dengan classmate (baim), soalan masa awal2 kat sekolah tu, 'are you brother and sister?' haha..tak tau laa pulak kalau rupa kitorang sama..tapi biasa laa kot, bila nampak muka orang yang kita tak biasa tengok, nampak lebih kurang je kan..apa lagi nak tulis?tu je laa kot for now..
wallahu'alam~

Saturday, May 22, 2010

sabarlah

bila lidah xmampu berkata-kata, sabarlah hati..




kerna sabar itu indah, walaupun ia menyakitkan~wallahu'alam..

Monday, May 17, 2010

apa2 je

lamanya tak menulis..kalau nak diikutkan, ada je beberapa entri ditulis sepanjang beberapa minggu ni, tapi tak sempat dihabiskan..so tak dapat laa nak publish entri2 tu..biar je laa dalam edit posts tu dulu..


alhamdulillah, life sekarang makin hari makin sibuk..setiap isnin dan selasa pergi sekolah untuk observe..tinggal minggu ni n minggu depan je..kelas sekarang agak full jugak..biasa laa,tengah2 semester..kerja pon berlambak nak buat, sampai kadang2 rasa malas nak buat semua benda..tapi tahu je tak patut ada perasaan macam tu..tapi tak pe, keadaan ni akan berakhir tak lama lagi..lepas hantar 2 assignment awal bulan 6, hantar first outline utk dissertation pertengahan bulan 6, lepas tu ada lagi satu assignment utk submit awal bulan 7..lepas tu boleh fokus betul2 utk dissertation dan yang paling bestnya, lepas tu boleh prepare utk cuti akhir bulan 7 nanti..


dua tiga hari ni, selalu jugak bukak website segala macam airlines, survey tiket utk balik masa cuti summer nanti..dari mas, airasia, emirates, etihad, qatar, egypt air, dan banyak lagi laa..haha..so kalau nak ikutkan sekarang, emirates laa yang paling murah di antara semua tu..ya Allah, bagilah aku ketetapan hati dan kekuatan hati untuk beli tiket balik ni kalau betul2 patut aku balik.. :)


bila fikir2 balik, memang kena n patut balik pun..walaupun hakikatnya akan balik terus bulan 12 nanti..kalau dok sini, n dalam masa yg sama xde org pon kat marjon ni nak buat apa kan..ramai jugak kawan2 n juniors yang balik..kalau xbalik pun, mostly memang akan pergi berjalan laa..pergi jalan pon pakai duit jugak kan..baik balik malaysia..huhu..


tadi terbaca satu berita kat utusan malaysia..MAS mencatat untung RM310 juta sehingga bulan mac 2010...dah untung tu, tak nak ke buat promotion price??huhu..xmampu nak naik mas kalau harga sekarang GBP1000++..


apa lagi nak merepek malam ni??tu je laa kot..banyak lagi kerja kena buat..erm..tapi tu lah, bila dalam masa2 sibuk ni, terfikir jugak, apalah nanti nilainya kesibukan kerja2 ni bila dihisab oleh Allah..moga setiap amalan n perbuatan ni diterima sebagai amalan yang baik n ibadah kerana Allah..wallahu'alam~

Friday, April 23, 2010

kerana cincin

kerana sebentuk cincin, petangku menjadi haru-biru..tidak keruan dibuatnya..tidak senang duduk, mahupun untuk berdiri..debar di hati semakin menjadi-jadi..degup jantung bertambah laju..adakah petang ini bakal melakar sejarah buatku? adakah hari ini bakal menjadi kenangan yang akan tercoret dalam diari, untuk ku kenang ketika usia sudah menjelang senja? semuanya hanya kerana sebentuk cincin..


petang itu, aku merajinkan diri untuk ke padang..kali ini sekadar untuk duduk menghirup angin petang, sambil membaca buku..kedamaian dan ketenangan melihat padang yang luas menghijau itu sangat aku rindui walaupun hanya baru beberapa hari tidak ke situ..


dalam waktu yang sama, di dapur rumahku, sedang ku rebus beras di atas api..bukan rutin ku untuk memasak setiap hari, kerana kadangkala aku makan apa saja yang mudah disediakan..namun hari ini tidak seperti hari lain..di samping memasak untuk makan malam, aku juga masak untuk membalas bekas yang dihantar oleh jiran sebelah rumahku..


setelah beberapa minit duduk di padang, dan beberapa muka surat buku dapat ku baca, aku melangkah kaki untuk pulang..hari semakin petang, dan angin petang menjadikan aku semakin sejuk..


sampai di rumah, aku sambung memasak di dapur..beras yang direbus tadi kutambah airnya dengan air panas..lobak siap dipotong..ayam siap dibasuh..satu tin santan telah tersedia, tinggal dibuka dan dituang saja dan telur tinggal untuk digoreng..aku yakin, sebahagian besar pembaca dapat mengagak menu ku hari ini..niat di hati ingin masak bubur lemak, resipi istimewa warisan ibuku..namun bukanlah kisah memasak ini menjadi isi utama cerita..


ceritanya bermula ketika aku membasuh tangan di sinki..tiba2, aku sedar cincin yang sekian lama tersarung di jari manis tangan kiri ku tiada..terkesima, terkejut, kaget, panik..namakan apa saja perasaan yang seerti dengannya, semuanya bermain dalam hati..


lantas, api dapur aku kecilkan dan aku bergegas naik ke bilik..beg yang aku bawa ke padang tadi ku selongkar pantas..baju sejuk yang membaluti tubuh tadi ku seluk poket kiri dan kanan..bawah katil, tepi meja, dan sekitar lantai bilik ku amati..


destinasi keduaku, tong sampah di dapur..baru tadi aku gunakan tangan untuk membuang sisa makanan dari mangkuk..bimbang cincin yang longgar itu terikut sama..namun tetap tiada..ikhtiar terakhir ku, untuk ke padang semula..


langkah kaki terasa lemah..namun dalam hati tidak putus2 aku minta pada-Nya, jangan aku diuji dengan kehilangan cincin ku ini..meskipun bukan emas atau berlian, namun cincin ini tinggi nilai sentimentalnya padaku..biarpun hanya cincin suasa, namun inilah cincin yang aku beli hampir dua tahun yang lepas..


terbayang di mata, baru tadi ketika di kelas aku bermain dengan cincin ini..ku belek2 cincin ini ketika hilang tumpuan tatkala pensyarah berceloteh di hadapan..cincin ini bukan tangkal, namun cincin ini sangat bererti buat diriku..tak dapat kugambarkan kesedihan ku andai suratan-Nya menetapkan cukup sampai hari ini cincin ini menjadi kepunyaanku..dan memori 2 tahun lalu kembali di ingatan..


saat itu aku masih di maktab..hanya sebentuk cincin pemberian ibuku tersarung di jari manisku..sejak dari itu, aku cukup suka memakai cincin..jarang sekali aku menanggalkan cincin dari jariku..namun kejadian pada hari itu mengubah segalanya..tatkala aku membuka cincin itu ketika di tandas untuk berwudhu', tanpa ku duga cincin ku terjatuh dan terus masuk ke dalam lubang saliran air yang tidak bertutup di atas lantai..beberapa usaha telah aku lakukan, namun takdir-Nya menetapkan cincin itu bukan lagi milikku..mungkin ia milikku, namun ia tiada lagi bersamaku..dan hingga ke hari ini, kejadian itu akan ku kenang..biarpun ibuku menggantikan dengan sebentuk cincin yang lain, namun kehilangan cincin itu tetap memberi kesan padaku..namun aku pasti, ada hikmahnya cincin itu akhirnya jadi begitu..


dan hari ini, janganlah aku diuji dengan kehilangan cincin untuk kedua kalinya..hatiku tidak putus2 berharap padaNya..aku kurang memerhatikan jalan tar kerana aku yakin cincin itu tidak akan tertanggal ketika aku berjalan..setibanya di padang, aku menuju ke tempat yang kududuki tadi..aku perhatikan sekitar kawasan itu..


yang ada hanyalah rumput-rumput hijau, ranting yang gugur, bunga2 yang menguncup tatkala petang tiba, dan pelbagai benda lain, kecuali cincin yang kucari..padang sunyi sepi..tiada sesiapa di padang ketika itu..ah,biarpun ada orang, peduli apa aku..mataku tetap liar mencari sebentuk cincin bewarna hampir keemasan..


dalam hati, aku cuba merasionalkan, kebarangkalian untuk menjumpai sebentuk cincin suasa yang bewarna keemasan di padang yang hijau ini adalah agak tipis..namun rasional akalku kalah dengan keinginan hatiku yang berkeras akan mencari sampai ku jumpai cincin itu..lalu pencarian itu aku teruskan..hati ku tidak berhenti berharap, doaku tidak putus2..kerana aku tahu pada saat itu, hanya Dia yang tahu di mana cincin ku..dan hanya Dia yang berkuasa, samada untuk menunjukkan di mana cincin ku itu atau tidak..


setelah beberapa lama, aku putus harapan..biarlah cincin itu menjadi kenangan..tidak guna ku tangisi kehilangannya..tidak guna aku ratapi nasibku ini..aku bukanlah insan yang paling malang atau paling sedih, hanya kerana kehilangan sebentuk cincin..


namun takdir Dia mendahului segalanya..dalam aku hampir putus asa, mataku tertarik pada sesuatu di atas rumput..bentuk yang sangat2 aku kenali..warna yang tak asing..adakah ini mainan fikiran, kerana aku terlalu memikirkan cincin itu?tidak, ini bukan mainan fikiran..cincin itu!!!!


lantas ku ambil cincin itu dari rumput, ku kucup cincin itu dan mengucapkan syukur pada-Nya..hanya dengan kuasa-Nya, yang memperlihatkan aku dengan cincin itu di atas rumput..lantas ku sujud syukur, memanjatkan rasa gembira dan syukur yang tidak terhingga..dan cincin itu ku sarungkan bukan ke jari manis seperti selalu, namun ke jari tengahku..jangan pisang berbuah dua kali..terima kasih ya Allah..sesungguhnya Engkau tahu aku tidak mampu kehilangan cincin ini buat masa ini..


ku atur langkah kaki pulang ke rumah dengan gembira dan tidak putus2 rasa syukur pada-Nya..aku yakin kisah ini juga punya hikmahnya yang tersendiri..apa hikmahnya?cuba kalian fikirkan sendiri..wallahu'alam~

Thursday, April 22, 2010

ada apa dengan 22?

rasa2 apa yang istimewa dengan angka 22? bagi saya, sama je dengan angka2 lain..dan hari ni ialah 22 april..apa yang istimewa tentang hari ni? rasanya sama je dengan hari2 yang lain..


cumanya, 22 tahun yang lepas pada tarikh 22 april ni jugak, seorang bayi telah selamat dilahirkan oleh ibunya..selama 22 tahun dia dah hidup dan bernafas di muka bumi ni..alhamdulillah..22 tahun yang lepas masa dia dilahirkan tu ialah pada tahun 1988..


22 tahun selepas tu, pada tarikh 22 april, genaplah umur bayi yang dilahirkan pada 22 april 22 tahun lalu, berusia 22 tahun..


haha..pening2, banyak sangat 22..huhu..saja je tulis intro yang agak merepek ni..apape pun, just wanna wish bayi yang lahir pada 22 april 22 tahun lalu.. UMMU ATIKAH ADNAN :)




hepi bday yang ke-22 pada 22 april!!!!xwish secara lisan lg..wish kt blog pun kira aci laa kan??hehe..so, sempena birthday ummu yang ke-22 ni, just wanna wish u:


semoga umur diberkati

dimurahkan rezeki

dimudahkan urusan

diberikan kejayaan dunia dan akhirat

dikurniaakan pasangan hidup yang terbaik :)

terus bersemangat bekerja dalam jalan ni

dah 22 tahun sekarang..dah lebih kurang 1/3 dari usia nabi..dan semakin dekat sehari dengan tarikh kematian..moga iman dan amal sentiasa bertambah,insyaAllah..



aku personally minta maaf atas salah silap dan kekurangan aku..apa2 pun, semoga ukhuwah kita tetap subur dan mekar, walaupun kadang2 diuji..huhu..have great birthday ya!!!


-nad-
wallahu'alam~

Monday, April 19, 2010

bila mata tak terlelap

hari ni sama je macam hari2 lain..cuma bezanya mata ni langsung xnak lelap, walaupun cuba dipejam sekian lama dan memaksa diri untuk tidur..tak tahulah kenapa..mungkin banyak benda yang bermain dalam jiwa dan fikiran..huhu..bunyi macam masalah besar je, padahal x ada pape pun.. :p


nak kata siang tadi tidur lama, xjugak..lepas zohor sempat laa tidur setengah jam..bangun2 dah segar..ingatkan petang tu kerja, so siap2 laa n pergi berjalan ke hospital dengan cik ana..tapi sampai2, dia kata xkerja hari ni..kena tunggu manager tu call dulu baru boleh datang mula kerja..erm,dah kali kedua jadi macam ni..tapi tak apalah,adalah hikmahnya tu..dapat jugak kaki ni berjalan dan bersenam..huhu..dan dapat jugak sembang panjang dengan cik ana masa berjalan tu..kalau pergi dalam 20 minit, balik dalam 20 minit jugak, adalah dekat 40 minit kitorang bercakap..hehe..



bila dah tak jadi kerja tu, balik laa semula..lepas tu dari duduk xbuat pape, ikut cik iman n cik ana g asda..alang2 ada barang yang nak beli, baik keluar hari ni..huhu..walaupun hari dah petang, tapi ok je keluar sebab sekarang makin lambat nak malam..td pun pukul 8lebih baru masuk waktu maghrib..so lepas balik dari asda, lepak2 umah diorang jap..makan2, solat pastu baru blk umah..



lepas isyak, dok kat bilik menghadap laptop..pastu ada sorang adik ni datang, borak2 jap..xadalah kejap sangat, lama laa jugak..huhu..lepas adik tu balik, ingat nak tidur sebab masa tu dekat pukul 12..siap2 nak tidur..tengah baring, baca buku jap..pastu ingatkan dah ngantuk, cubalah lelapkan mata..



lepas tu xboleh tidur gak..tepon laa makcik sorang ni yang balik malaysia masa cuti easter dan patutnya dah balik ke sini, tapi disebabkan masalah flight xboleh masuk europe, dia pun terkandas di malaysia lagi..huhu..bila nak balik ni???rindu dah ni..masa tepon dia tu dah 12.40am..huhu..cakap kejap..lepas tu ingat nak tidur..



tapi lepas tu, sampai sekarang dah pukul 2.10am masih berjaga lagi..tertekan gak rasa..nak tidur..kalau nak diikutkan, memang sekarang waktu tidur laa kan..tadi tepon mak kejap...rindu sangat!!!huaa..tapi mak xada kat rumah..adik yang angkat..kena tunggu petang nanti kat mesia laa kot baru boleh tepon..



apa lagi nak merepek pagi2 ni??rasa macam kena paksa diri tidur kejap..walaupun lagi 2 jam nak subuh, tapi at least dapat rehatkan mata dan fikiran dari buat apa2 kejap kan..insyaAllah, kejap lagi bangun laa untuk subuh nanti..hehe :)



erm..pasal asap gunung berapi kat iceland tu, xsangka sangat dahsyat kesan dia..hari tu masa kejadian tu baru lagi, ingatkan biasa2 je n akan reda dalam beberapa hari..xsangka pulak akan bagi kesan pada jadual penerbangan dengan sangat dahsyat, sehingga menyebabkan kerugian berjuta2 dollars..tapi tu laa kan, kuasa Allah..kalau Dia kata jadi, maka dengan mudah sesuatu tu untuk terjadi..baru dengan asap dan debu2, keadaan manusia dah jadi kelam kabut macam ni..

sumber: utusan

kita merancang sesuatu, dalam masa yang sama, Allah pun rancang jugak..dan perancangan Dia jugaklah perancangan yang paling baik..walaupun debu dan asap dari gunung berapi tu macam x ada apa2 kebaikan pada manusia, tapi di sebalik kejadian ni, pasti tersimpan seribu satu macam hikmah yang tersembunyi..mungkin kita nampak hari ni, atau hanya akan kelihatan pada masa akan datang..


sesungguhnya, setiap satu yang Allah izinkan untuk berlaku tu, kita ameklah iktibar dan pengajaran..mesti Allah x biar sesuatu berlaku tanpa sebab..dan mungkin dengan kejadian letusan asap dan debu dari gunung berapi ni, mungkin kita boleh lebih persiapkan diri..ni pun tanda2 kiamat jugak kan???


wallahu'alam~


rajin nak baca berita?klik sini

Sunday, April 18, 2010

waktu petang

setelah sebulan bercuti dari kelas dan tugasan, maka esok akan bermula semula kehidupan sebagai pelajar kat sini..huhu..bercampur baur perasaan ni sekarang..excited nak pergi kelas, tapi dalam masa yang sama rasa malas..huhu..bila tengok jadual kelas untuk minggu ni dan minggu yang akan datang, terasa perlunya ada persediaan mental untuk menghadapi hari2 yang agak mencabar..tapi nak buat macam mana, datang sini pun memang untuk belajar kan, dan selagi terdaya, buatlah sehabis baik..


petang2 yang sunyi macam ni, terasa sayu pun ada..tak tau la apa yang bermain dalam hati dan fikiran ni..walaupun dari dalam bilik ni boleh je dengar suara gelak tawa dan riuh beberapa orang di luar rumah, tapi rasa sunyi gak..mungkin sebab duduk sorang2 kat rumah kot..dan mungkin sebab tak ada teman untuk berbicara sekarang ni..huhu..


kalau petang semalam, lepas asar duduk dengan 3orang kawan kat padang..baca ma'thurat sama2, lepas tu makan aiskrim sambil borak2..bukan setakat borak2 kosong..macam2 benda jugak yang diborakkan..huhu..


tak berapa lama lepas tu tinggal kami bertiga je..sambung borak lagi..sekali lagi, macam2 benda yang kitorang cakap..alhamdulillah, saling mengingatkan..di samping tu dapat jugak berkongsi rasa..dekat2 nak maghrib barulah kitorang pun balik ke rumah masing2..time kasih kawan2 atas petang yang best itu..huhu..


selagi ada kat sini, selagi tu rasa padang yang best tu harus dimanfaatkan sebaik mungkin..balik malaysia nanti mungkin xkan jumpa lagi padang yang best macam tu..dah lah luas dan hijau, lepas tu kalau dah petang2, x ada orang pun kat padang..so boleh buat apa2 je kat situ..mencari ketenangan, duduk2 baca buku, atau bila rajin berlari keliling padang..huhu..


apa lagi nak merepek petang2 macam ni??tu je kot buat masa sekarang..sekarang pukul 7.42 pm dan kejap lagi pukul 8.15 baru masuk waktu maghrib..wallahu'alam~