Monday, June 29, 2009

mengejar pelangi

haritu tengok cerita Laskar Pelangi..best2... :) entah camane tah boleh tengok cerita tu..tapi macam tahu je sebenarnya cerita tu best..

walaupun susah nak faham sikit2 sebab tak ada translation,tapi ok je laa sebab bahasa indon pun lebih kurang je dengan bm..

tersentuh dengan semangat cikgu tu yang tak kenal erti putus asa..tak takut untuk meletakkan harapan yang tinggi pada budak-budak tu..berani mengharungi segala cabaran walaupun towards the end tu dia seorang yang terpaksa handle budak-budak tu,dibantu lah dengan orang-orang lain yang menyokong dia..

semangat yang ada pada cikgu tu sangat saya kagumi..dan sebagai bakal guru di masa hadapan, semangat itulah yang mesti diterapkan di samping ilmu dan teori2 yang dipelajari..semangat yang tinggi, kegigihan yang tak pernah luntur dan percaya pada kebolehan pelajar..

budak-budak tu pun memang smart laa kan..walaupun datang dari keluarga yang susah,tapi mereka masih ada keinginan yang tinggi untuk belajar..mungkin betul kot, bila kita susah nak dapat sesuatu tu,kita akan lebih menghargai benda tu..bila kita rasa kesusahan tu,kita tahu betapa hasilnya nanti pasti manis..

kagum dengan kegigihan mereka untuk belajar, walaupun dengan keadaan kelas yang macam pondok buruk je..dengan limited resources and facilities..walaupun terpaksa mengayuh basikal dengan begitu jauh,hanya untuk menuntut ilmu..

diorang pun sedar, sekolah tu adalah tiket untuk diorang menggapai kejayaan pada masa hadapan..sekolah tu lah yang akan sedikit sebanyak membantu diorang mengubah hidup diorang..bukan lagi menjadi kuli2, tak lagi dipandang hina dan dapat memisahkan tembok2 yang membezakan mereka dengan orang lain..

mereka juga membuktikan sekolah yang serba kekurangan seperti sekolah mereka mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lain yang jauh lebih hebat..mereka mampu mengubah persepsi orang lain terhadap sekolah yang patutnya nak kena tutup dah pun sebab tak cukup pelajar..

teringat kata-kata pakcik tu..hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya..dan apa yang penting untuk dididik pada budak-budak tu bukanlah sekadar ilmu dan pengetahuan tapi yang lebih penting ialah hati mereka..

sebelum kita nak memberi pada orang lain, kita sendiri kena jelas apa yang nak diberi dan kita sendiri ada bekalan yang cukup untuk beri pada orang lain..bila kita nak bagi ilmu pada orang lain,kita sendiri kena ada ilmu dan cukup bekalan untuk kita kongsikan dengan orang lain..

walaupun akhirnya seorang daripada budak-budak tu terpaksa berhenti sekolah, tapi dia tetap menanamkan semangat untuk belajar pada anak dia..dia sedar kepentingan menguasai ilmu..

satu pemandangan indah dalam cerita tu masa diorang tengok pelangi..cantik sangat view dia.. subhanallah..lepas hujan berhenti, pelangi akan bersinar indah..

macam hidup kita, tak selamanya kita hidup dalam kesuraman..selepas gelap yang panjang, mentari pasti bersinar kembali dan pelangi yang berwarna-warni akan muncul, menjadikan hidup kita kembali ceria...apa yang penting ialah kita perlu percaya, di hujung jalan yang gelap, ada cahaya indah yang menanti...



sumber

"hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya,dan bukan menerima sebanyak-banyaknya"

wallahu'alam...

Saturday, June 27, 2009

taubat seorang hamba

Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun
Hati hiba mengenangkan
dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....Taubatku ini.....


Telah aku merasakan
derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan
menuju redhaMu ya Tuhan.


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...Taubatku ini...


Di hamparan ini
ku meminta moga taubatku diterima...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....Taubatku ini...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..Taubatku ini...


cuba kita sama2 hayati lagu ni..moga bermanfaat..
betapa kita ni hamba yang lemah..betapa banyak telah kita zalimi diri sendiri..
setiap kali kita lakukan kesalahan,sebenarnya yang akan menanggung akibatnya adalah diri kita juga nanti..

letaklah sepenuh pergantungan pada-Nya..moga kita semua mendapat rahmat-Nya dan akhir sekali mendapat kemenangan dengan mendapat redha-Nya..

ber'summer'

Summer Camp UK 2009
Gradbach Scout Camp, Buxton
21-25 Jun 2009


~ingin menggapai langit...tapi kaki perlu terus menapak di bumi~



saya da balik dari summer camp..huhu..apa yang saya dapat???


yang pastinya, apa yang paling obvious dan dapat dilihat oleh orang lain adalah muka yang sedikit bengkak dan semakin gelap dan mengelupas...ditambah dengan merah2 di tangan dan kaki yang teramat gatalnya..

tapi bukan tu je yang saya dapat..pengalaman yang ditimba membuatkan tak kisah pun kalau hitam dan gatal2...yang pasti,saya sangat enjoy dan happy pergi summer camp ni.. :)

dengan tema perkhemahan 'menghayati sirah maghazi' (sejarah peperangan pada zaman rasulullah), banyak perkara buat saya reflek dan muhasabah diri..betapa diri ni lemah lagi sebenarnya untuk diuji oleh Allah..

agas2 yang kecik tu pun mampu buat saya xkhusyuk solat..pedih muka dan tangan tatkala digigit oleh serangga kecil tu..macamana para sahabat zaman dahulu masih dapat khusyuk solat meski kaki dipanah..semua orang terpaksa menutup muka untuk mengelak digigit oleh agas2..makanya semua orang pun nampak mata je..

ujian mendaki bukit yang sangat tinggi setiap kali ingin ke tandas..dalam hati memang bersyukur sebab ada juga tandas disediakan..tapi setiap kali naik bukit tu, memang akan mengah dan rasa macam nak patah kaki..

bukan saja bukit yang tinggi, ditambah dengan pandangan lembu2 yang itu memang tempat diorang pun..tapi nak buat macamana, kami memang kena lalu situ..dalam hati hanya Allah je yang tahu betapa cuaknya masa lembu2 tu pandang kami yang tengah lalu kat kawasan tu..pernah sekali beberapa ekor lembu berjalan menghampiri saya masa tengah berjalan menuruni bukit..masa tu rasa macam dah berhenti bernafas..tapi langkah tetap diteruskan..lemahnya diri ini tatkala diuji..

malam pertama dan kedua di situ, mujur tak berapa sejuk..dapat tidur dengan nyenyak alhamdulillah..namun malam ketiga sangat sejuk..entah kenapa..tapi memang sejuk yang tak tertahan..orang lain mungkin tak berapa kisah..tapi bagi saya yang memang tak tahan sejuk, rasa teruji juga..tidur dalam sleeping bag pun masih tak dapat hilangkan kesejukan..masa nak ambil wuduk di sungai pun, rasa sangat sejuk..namun memang xboleh fikir lama2, celup je tangan dalam air tu..terus ambil wuduk..

itulah kot antara ujian yang ketara sepanjang kem ini..agas2, lembu, sejuk..dari segi lain, penat tak lah penat sangat..makanan pun cukup alhamdulillah..ukhuwah sesama akhawat semakin erat..tapi sedih juga, baru nak kenal dan semakin rapat,ada beberapa orang kakak yang akan balik ke malaysia..terasa juga sedikit kehilangan..namun perjuangan perlu diteruskan..

aktiviti2 yang dijalankan sepanjang kem pun memang sangat menarik dan sesuai dengan tema..
ada war game..walaupun guna peluru plastik yang diisi dengan air, terasa juga kegerunan berada di medan perang..terasa gentar berhadapan dengan pihak lawan..trekking yang agak lama dan abseiling yang boleh tahan tingginya..permainan tutup mata dan ikut arahan ketua, dan aktiviti2 lain..semuanya terasa sangat bermakna..

~bukan sekadar berjalan..tapi setiap langkah disertai semangat juang yang tinggi~


kawasan yang berkabus...


trekking di kawasan berbukit..hampir 12 jam..


prepare makanan lepas abseiling..

di samping aktiviti2 outdoor, masa yang ada diselang dengan pengisian yang terkesan di hati..walaupun ringkas, namun banyak perkara yang buat saya ingat semula beberapa siri peperangan pada zaman rasulullah..

lepas tu ada juga pertandingan memasak antara kumpulan..masak laa guna bahan2 yang ada..tapi mesti berunsur spaghetti..jadinya macam2 spaghetti ada..ada yang ala2 mi kari..ada yang ala2 mi goreng mamak..dan macam2 lagi..

makanan2 yang dah siap dimasak~



hasil masakan kumpulan saya..saya xmasak pun..tolong sikit2 je..huhu..



makan malam terakhir..barbeque :)

inilah sedikit perkongsian saya..banyak lagi benda nak cerita, tapi x tercerita di blog ni..setiap pengalaman dan saat2 manis bersama akhawat sekalian pasti menjadi ingatan dan memori indah..

Sunday, June 14, 2009

dah mula cuti

semalam hari berjalan-jalan..itu pun sebab nak pergi beli barang..pagi tu saya bersiap-siap nak keluar..memang x ajak sesiapa pun..sebab saya memang suka jalan sorang2..

pagi tu naik citybus..hampir pukul 11 bas sampai..beli tiket dayrider harga 3.20..hampir 30 minit bas tu pusing-pusing, akhirnya sampai di bandar..pertama sekali pergi keluar duit..lepas tu pergi laa berjalan-jalan dan membeli barang..penat juga pusing-pusing, jalan cari barang..tapi seronok..tengok manusia yang ramai dan gelagat yang pelbagai..

pukul 2 lebih, rasa dah cukup barang-barang yang dibeli..saya pun tunggu bas untuk balik..dekat pukul 3 bas sampai..lebih kurang pukul 3.20 sampai kat rumah..solat zohor dulu..makan sikit..memang dah plan lepas tu nak keluar semula..

kalau nak ikutkan,memang penat dan sakit kaki..tapi memandangkan memang ada barang yang perlu dibeli di Asda dan alang-alang saya beli tiket dayrider, baik saya keluar pada hari yang sama..xdelaa nak bayar duit tiket banyak kali..

lepas siap-siap, saya pun keluar rumah semula..berjalan kaki menuju perhentian bas..tengah tunggu bas, tiba-tiba seorang kawan muncul..

dia: nak pergi mana?

saya: nak pergi Asda. kau nak pergi mana?

dia: entahlah.

saya: lepas tu kau buat apa kat sini?

dia: bosanlah. pergi Asda jalan kaki jom.

saya: jalan kaki? hujanlah. (memang baru lepas hujan pun)

dia: dah berhentilah.

saya: aku baru balik city ni. lenguh. xlarat nak jalan kaki. lagipun aku dah ada tiket.

dia: aku pun ada tiket jugak. (ada senior yang bagi kat dia)

saya: dah tu kalau ada tiket buat apa nak jalan kaki?naik bas jelah.

dia: bosanlah...kau tahu jalan pergi Asda x?

saya: tak tahu.

dia: (lepas tu dia masuk semula ke kawasan student village, xtahu dia pergi mana.xlama lepas tu dia ada semula). Eh, ada kat sini lagi?

saya: iyelah, tunggu bas. (xlama lepas tu saya nampak bas.saya pun tahanlah bas tu). aku pergi dulu.

saya memang xnak pun pergi dengan dia..memang saya suka jalan sorang2..xde kerja pula saya nak pergi jalan kaki dalam keadaan yang macam tu, apatah lagi dengan dia..

dan dia terus berdiri kat perhentian bas tu. saya pun xtahu dia pergi mana lepas tu..kesian kawan saya yang kebosanan. padahal cuti baru je bermula. kalau x dirancang dengan baik dan betul, cuti ni memang boleh jadi tak bermakna dan sia-sia..

kawan-kawan saya yang non-muslim dah selamat terbang ke german..berbahagialah mereka..namun saya ada cara tersendiri untuk membahagiakan diri saya..

sekumpulan kawan-kawan lelaki pula akan ke turki..dan sememangnya banyak benda boleh dilihat di Turki..banyak pelajaran dan pengajaran..tempat seorang manusia yang menamatkan sistem khalifah Islam pada tahun 1924..tempat di mana sekular dipopularkan..tempat yang banyak meninggalkan sejarah dalam sejarah islam..semoga mereka memanfaatkan setiap saat mereka di sana nanti..dan pulang dengan mutiara-mutiara yang dikutip sepanjang bermusafirnya mereka di sana...

saya pula bagaimana??apa yang akan dilakukan sepanjang cuti 3 minggu ini??insyaAllah, saya cuba gunakan setiap waktu dengan baik..

jadi, di samping aktiviti wajib (iaitu tidur :p) hehe, banyaknya benda yang saya kena buat..minggu ni ada kawan-kawan yang akan datang untuk menziarahi kami di sini..jadi masa saya akan dihabiskan untuk melayan mereka dan berborak-borak dengan mereka..jadi itu aktiviti minggu pertama cuti ini..

minggu kedua..saya akan pergi ke summer camp..huhu..insyaAllah camp yang akan membina jasmani dan rohani..

dan minggu ketiga..minggu untuk siapkan assignment yang perlu dihantar sebaik saja sesi kelas bermula..kena siapkan!!!huhu..

alhamdulillah, kita merancang..dan Allah juga yang menentukan segalanya..kita juga yang perlu merancang setiap saat dalam masa cuti ni supaya tidak berlalu dengan sia-sia..hingga akhirnya bila tersedar, masa itu sudah pun berlalu meninggalkan kita..

kita umat yang punya wawasan. kita dicipta dengan tujuan. kita hidup dengan matlamat. jangan sia-siakan masa yang ada. bertindak sebelum terlambat.




jarum jam akan terus bergerak..dan setiap detik akan terus berlalu..sesaat demi sesaat..jam berganti hari..hari berganti minggu..kita yang perlu merancang bagaimana setiap saat akan digunakan..dan biarlah Allah yang menentukan mengikut aturan yang telah Dia tetapkan..

wallahu'alam~

Tuesday, June 2, 2009

kenapa?

huhu..

saya ditanya..

kenapa...dulu saya sangat suka keluar,walaupun kadangkala tak diberi keluar oleh mak saya..tak kira lah, sekadar keluar hujung minggu, mahupun keluar makan angin ke tempat orang..

dan sekarang, apabila saya ada segala kebebasan (kalau nak keluar tak payah tanya sesiapa, hanya perlu memberitahu je), saya jadi malas nak keluar...

jawapan saya...tiada jawapan.

namun saya akui kenyataan kawan saya tu..saya jadi makin malas nak pergi berjalan-jalan sekarang..mungkin kerana aim saya untuk pergi ke spain dah tercapai, saya macam tak ada nak pergi mana2 sangat..huhu..mana lagi saya nak pergi? saya tak tahu.

tapi saya pun pelik, kenapa saya tak suka sangat pergi jalan-jalan sekarang..bukan masalah duit..bukan masalah masa..masalahnya ialah diri saya..

ya, persekitaran bisa merubah manusia..dan saya tidak lari daripada dipengaruhi oleh persekitaran..

saya suka je keluar bilik,pergi jalan2 kat padang..pergi bandar tengok2 barang.. :) tapi untuk jalan jauh2, kena tunggu orang lain ajak dulu kot..hehe..

entah..adakah ini kerana saya masih terfikir2 untuk balik malaysia, walaupun saya tahu saya takkan balik sebelum tiba masanya? mungkin juga..entahlah..malas nak fikir..saya ada assignment yang tak siap lagi ni..huhu.. :)

wallahu'alam..

sabar je laa..

"sabar je laa..." itu biasa dikatakan bila kita rasa tak puas hati dengan seseorang..

"sabar..." ini pula akan dikatakan bila kita nak tenangkan orang lain..

senang je lidah menutur kata-kata..senang juga untuk kita berbicara..tapi untuk bersabar itu tidak semudah 1, 2, 3...

seringkali, kewarasan akal fikiran mengatakan, kena bersabar..kena! tapi hati dan perasaan sering mengatakan..kalaulah aku bisa bersabar..

seringkali saya berfikir..kenapa kena sabar???kenapa?

namun di sebalik setiap kesabaran itu, tersimpan seribu hikmah yang tersembunyi..yang tak akan kita ketahui sehingga tamat ujian kesabaran itu..

andai kita gopoh, tidak cukup kesabaran sehingga tamat ujian itu, pastinya kita tidak akan tahu apa hikmah yang tersembunyi itu..dan kita juga akan terlepas merasai manisnya rasa bersabar.. (walaupun memang laa masa bersabar tu rasa terseksa..huhu..)kerana tidak semua insan diberi kekuatan untuk bersabar..

sabar...sifat yang perlu dilatih...kalaupun dia tidak datang sendiri, sifat sabar akan datang perlahan-lahan..semakin dipupuk sifat sabar, semakin kuat keyakinan kita pada hikmah di sebalik kesabaran itu..

tidak kisah dalam konteks apa sekalipun, baik dilanda musibah, atau ditimpa masalah, atau diuji dengan ujian oleh-Nya, penyelesaian yang utama-sabar..dan pastinya disusuli dengan tindakan2 lain...usaha2 sampingan bagi menuruti sifat sabar tu..

sabar itu sebahagian dari iman...

Sabar itu salah satu daripada cadang iman seperti kepala sebahagian daripada tubuh badan -(Sabda Rasulullah SAW)-kalau ada sesiapa tahu hadis yang lengkap boleh laa bagitau ye..

dan mengeluh itu bukan lah penyelesaian terbaik...

" Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

huhu..sebelum ni selalu je mengeluh..erm..dah2..xnak mengeluh lagi lepas ni..apa2 pun, sabar :)

kita sama2 sabar ek???

wallahua'alam~

Monday, June 1, 2009

yang lama dan yang baru

yang baru lama-lama akan jadi lama jugak...tapi sampai bila kita akan cakap yang baru tu baru?
saya baru pindah rumah..baru ke?dah masuk 3 minggu..so tu kira baru ke x?

hehe..rumah baru saya cuma selang sebuah je dengan rumah lama..lama ke? baru 3 bulan duduk..baru dan lama..macamana nak tentukan ye??

bilik baru saya sama je dengan bilik lama,di tingkat atas, cuma sedikit besar berbanding bilik lama (yang baru duduk 3 bulan tu)..cuma view kat bilik baru ni best sikit laa..kalau dulu, menghadap dinding rumah orang..sekarang, pemandangan yang cantik (walaupun rumah2 jugak di sekeliling..huhu) tapi senang cite lagi best laa..saya boleh buka tingkap dan lihat rumah di sekeliling ni..boleh melambai2 orang yang lalu depan rumah (terutamanya orang2 house 26)..huhu..

bila bosan2,saya duduk kat tepi tingkap, saya tengok langit..walaupun kadang2 agak panas bila dipancar terik mentari, tapi saya suka :)

nape saya cerita tentang rumah baru saya?sebab lama-lama, rumah baru ni pun akan jadi lama jugak..so,sementara masih baru ni, baik saya cerita..hehe..

bercakap tentang baru dan lama...

saya baca blog angah saya..mereka pergi melihat rumah lama kami di ampang..dan rumah baru sekarang di kajang..baru beberapa bulan diduduki..

sangat lain rumah tu, berbanding dengan apa yang kami tinggalkan kira-kira 4tahun yang lalu..agak-agaknya, kalau saya ada duit yang sangat banyak pun, saya tak akan beli rumah tu semula (macam ada duit je) sebab macam dah tak ada suasana macam dulu lagi..

kalau dulu,saya suka duduk tepi kolam yang dibuat sendiri oleh arwah abah saya..sangat best bila dengar bunyi air terjun sambil tengok ikan berenang-renang..pernah laa saya mandi dalam kolam tu (walaupun kolam tu kecil je) masa awal2, yang pastinya masa belum ada ikan laa kan..

walaupun rumah tu tak besar mana, tapi nama pun rumah, mestilah suasana dia sangat mendamaikan..hehe..padang rumah sangat besar..penuh rumput menghijau..pokok ru tinggi melampai..dan tak lupa pokok2 bonsai yang pastinya terbantut untuk membesar..huhu..

tapi padang yang luas tu pun dah tak ada lagi setelah rumah itu dihuni oleh pakcik cina ini yang telah mengubah suai rumah itu, dan kini menjadi sangat besar..(macam bungalow)..

kalau dulu,saya ada jugak angan2 untuk membeli rumah itu semula..(konon2 je laa..nama pun angan2)..tapi kini tidak lagi..biarlah segala yang kami lalui dulu, menjadi kenangan dan sejarah untuk dikenang..

kadang-kadang bila ada cerita di tv yang pernah shooting di rumah tu,teringat semula zaman muda2 dulu (sekarang pun muda lagi..hehe..)especially kalau tengok cerita orang gaji 41 yang ellie suriyati berlakon tuh..cerita tu paling lama shooting kat rumah tu..

rasanya benda yang paling significant dengan rumah tu, wall paper warna biru bunga2, kolam dengan air terjun, pagar warna hijau bunga emas, padang yang penuh rumput, akuarium ada ikan kaloi, dan juga bilik yang saya kongsi dengan angah yang selalu bersepah..huhu..

nape tiba2 saya cerita pasal rumah pulak ni??ni semua gara2 membaca blog angah tadi..huhu..
k laa..itu saja buat masa ni..

wallahu'alam~

di petang hari

petang yang panas...lama xdapat sinaran matahari yang terik macam ni..kalau sebelum ni tak adalah terik sangat..tapi alhamdulillah,best2..rasa macam kat malaysia..


dari tingkap bilik saya..

bestnye dapat cahaya matahari :)


petang2 macam ni rasa macam sangat malas untuk buat kerja..walaupun ada esaimen yang due dalam masa 4 hari..entah, macam tak termotivasi untuk buat kerja..tolong!!huhu.. :p

sedar tak sedar, dah masuk bulan jun dah..maksudnya dah dekat 4 bulan meninggalkan bumi malaysia yang tercinta..jasad je yang meninggalkan malaysia,tapi hati macam masih kat sana..tu yang agaknya asyik homesick nak balik (tapi tak balik2 jugak..huhu)

tadi baru tengok2 jadual untuk minggu depan dan minggu akan datang..menyampah betul..huhu..saja je letak kelas tengah2 minggu, lepas tu belah petang pulak tu..memang taknak kasi kitorang cuti awal2..huhu..

walaupun sangat suka pergi kelas, tapi bila dah tinggal satu subjek untuk sem ni,biasa laa tu, rasa malas2 dan macam tak best je nak pergi kelas..huhu..apa punya perangai laa..kena ingat balik tujuan datang sini..huhu..

so untuk minggu ni dan 2 minggu kemudian nya, kelas hanya 2 kali seminggu..2 jam setiap sesi..kelas EST..rasanya macam best..tapi entahlah, tengok laa nanti macam mana..lepas tu baru cuti untuk 2 minggu... :)

kat malaysia sekarang tengah cuti sekolah,kan? mesti mummy kat rumah pening dengan adik2..huhu..dapat bayangkan,adik n kakak bangun pagi,tengok tv..petang2 pegi main kat lua..malam pegi ngaji umah ustaz..huhu..

seronok laa adik n kakak nanti pergi PD..lagi hitam laa adik2 ku itu nanti..hehe..

nanti amek gambar..kalo amek video pun best jugak..lepas tu tunjuk kat pochu ek... :) nasib baik tak minat sangat mandi laut..kalau tak,mesti jeles ngan diorang..hehe..tapi suka tengok pemandangan laut..nanti laa,cari laut kat sini..

pesanan kepada adik n kakak (angah tolong suruh diorang baca ek)..
dok rumah jangan nakal2..
jangan wat mummy marah..
tolong mummy buat kerja rumah..
jangan sepah2 kan rumah..
jangan malas pegi ngaji..
jangan tinggal semayang..
baca buku jugak..

huhu..nampak sangat gaya seorang kakak yang suka membebel..hehe..

k laa..tu je nak merepek pada waktu petang yang sangat malas nak buat kerja ni.. :p

~wallahua'alam~

orang...macam tu lah..

bila aku nak buat baik, aku fikir banyak kali..nanti orang tengok aku ni macam baik sangat..

bila aku nak berubah, nanti orang mengata, konon2 nak jadi ustaz atau ustazah..

bila aku nak tolong orang, aku fikir lagi, takut nanti orang kata aku nak tunjuk pandai..

bila aku berdiam diri, orang kata aku sombong, tak pandai bawak diri..

bila aku bagi nasihat, aku takut nanti orang kata, aku sendiri pun tak betul lagi..

bila perangai aku lain sikit, nanti orang kata aku dah berubah..

bila aku nak tutup aurat dengan sempurna, macam itu jadi satu kesalahan pulak..

bila aku nak jadi baik sikit, nanti kawan2 kata, 'kau ni ok x?'

bila aku tak nak mengumpat macam dulu, jadi macam berita sensasi pulak..

bila aku nak pergi jemaah kat surau, takut nanti orang kata aku ni 'budak surau'...

bila aku cakap benda yang baik2, nampak macam aku ketinggalan zaman pulak..

tapi...

apa aku peduli apa orang lain fikir atau cakap..

sebab aku tahu apa yang aku buat..

dan hanya aku tahu apa yang aku rasa..

walaupun aku nak jugak diorang rasa apa yang aku rasa..

tapi tak apalah, setiap orang ada masa2 mereka..

masa yang bila dirasakan 'aku perlu berubah!'

dan mungkin bagi mereka belum masanya lagi..

tapi bagi aku...inilah masanya!

siapa tahu tiada lagi esok bagiku...

12.03 p.m
1 jun 2009
plymouth

wallahu'alam

*tak salah untuk berubah...berubah dan istiqamahlah :)

Dan orang2 yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang2 yang berbuat baik.

(Al-Ankabut, 29: 69)