Thursday, December 24, 2009

kali ini

waa...lamanya dah x mengupdate blog..rindu sebenarnya untuk menulis sesuatu,tapi ada je yang menghalang niat untuk menulis tu..dah lebih sebulan..bersawang dan berhabuklah blog ni..banyak kena lap dan bersihkan..apa yang penting, ialah untuk start tulis apa2 sebelum boleh mula menulis apa yang sepatutnya..


setelah lebih sebulan x mengupdate blog, banyak benda yang dah berubah..dan perubahan yang paling best adalah ini post pertama dari bumi malaysia.. =) walaupun balik cuma sekejap, tapi perasaan best dapat balik tu x dapat digambarkan dengan kata2..biar pun hanya duduk rumah setiap hari dan boleh dikatakan buat perkara yang sama, tapi bila bersama famili tu laa yang paling best sebenarnya..mungkin ini kali terakhir boleh spend masa macam ni bersama famili..keadaan pada tahun2 akan datang mungkin akan berubah..


dah hampir 3 minggu berada di rumah dan lebih kurang 3 minggu lagi sebelum berangkat ke bumi yang jauh itu..betapa cepat masa berlalu..setelah 10 bulan meninggalkan bumi malaysia, x banyak perubahan yang dapat dilihat..kecuali adik2 yang semakin membesar..dan beberapa perubahan dalam keluarga..


xtau nak tulis apa lagi dalam post kali ni..sambung dalam post yang lain nanti..erm, lagi seminggu je tahun 2009 akan melabuhkan tirai dan kita akan melangkah ke tahun 2010..bermakna cabaran yang menanti semakin besar..


till then, wassalam~

Friday, November 6, 2009

lagi 2 hari

...untuk hantar assignment. progress? still on my way to finish it. berape peratus? banyak laa jugak lagi. kena siap tulis dulu, then have to do some editing. dalam kepala ada apa? bukan assignment pun,tapi banyak benda lain..


by hook or by crook, by this monday, i have to finish n submit my assignment. kalau x? xde kalau2, memang kena siapkan!!!kalau rasa nak dapat 'tiket free' awal sket balik malaysia nanti cuba laa xsiapkan..


~tengah mencari semangat yang hilang~kalau ada jumpa tolong pulangkan ye..tq!


tetiba teringat rangkap lagu "i know i can, be what i wanna be, if i work hard at it, i'll be where i wanna be"..yeah!!i know i can! cuma kena paksa diri sikit je..erm~"bersama kesulitan ada kemudahan" tapi kalau usaha pun x sungguh2 mana, rasa macam xlayak je nak dapat kemudahan tu..xpe2..yang penting usaha je laa..

Wednesday, November 4, 2009

bestnye...

...kalau assigment ni boleh tulis diri dia sendiri..tak payah susah2 nak pikir n taip..uwaa!!!tensionnya!!!
dalam keadaan emosi yang tak stabil dan kemalasan di tahap maksima dan due date yang dekat dan tekanan yang ada...
who else can help me at this point of time???setiap masa pun Dia je laa yang ada..
orang kata usaha,doa n tawakal pada Dia..macamana ni?usaha pun xsungguh2..tolong!!!
oh assignment primary education ku,cepat laa siap..xlarat lagi menghadap setiap hari,tapi xsiap2 jugak..

hepi..hepi..hepi..bday!!!

kenapa kena ada 3 kali hepi pada tajuk entri kali ni..
sebabnya,entri kali ni adalah utk wish 3 org skali..so,

just wanna wish a very happy birthday to


~angah~

(4th nov)


~omar~

(5th nov)


~apeq~
(10th nov)
*mntak izin amek gmbar apeq dr facebook :p


~semoga korang semua murah rezeki hendaknya..dan diberkati umur dengan izin-Nya..

bday present??erm,tgk laa cane dulu eh.. :p


~apeq,harris,n along~

~angah,harris (lagi) n omar~

~pada abang2 iparku, thanks!! for being a good husband for my sis..(yeke??ntah..agak2 je laa..)

~semoga korang berbahagia selalu di samping keluarga tersayang...

~maka semua mereka akan bertambah tua dan berumur 27 tahun :p

*bguslaa korang,bday dekat2..boley combine dalam satu post je.. =)

that's all from me..have a wonderful bday..

~n~

Saturday, October 31, 2009

umur makin pendek

sedar atau tak,semakin hari,umur kita bukan semakin panjang, tetapi rupanya semakin pendek..setiap hari yang berlalu,bermakna sehari berkuranglah umur kita daripada umur yang telah ditetapkan..setiap saat yang berlalu yang xkan datang kembali,bertukar menjadi minit,lalu jam. kemudian hari bertukar minggu dan berganti bulan, akhirnya menjadi tahun..salah satu tanda aras yang sering digunakan adalah hari lahir yang disambut.



kalau sering orang ucapkan,semoga panjang umur..namun sebenarnya,umur kita memang dah ditetapkan..umur kita xkan jadi lebih panjang kerana telah pun ditetapkan berapa umur kita hidup di dunia ini..


angka umur kita mungkin bertambah,tapi tempoh yang diberikan pada kita semakin berkurang..makanya,semakin meningkat usia,semakin dekatlah kita dengan kematian.dan semakin hampir juga kepada hari yang dijanjikan..


moga diberkati umur..doakanlah umur sahabat kita itu diberkati..biarlah walau hanya setahun lagi dia hidup, atau mungkin lagi 50 tahun dia akan hidup di dunia ini,yang penting biarlah setiap detik dalam hidup itu diberkati..apalah erti hidup ini tanpa keberkatan dari-Nya,sedangkan kita ini hamba yang hidup semata-mata kerana kita akan kembali pada-Nya jua nanti..


biarlah semakin meningkat usia ini,semakin bertambah pula amalan dan meningkatnya iman..biarlah kita semakin sedar bahawa masa akan terus berlalu meninggalkan kita..hanya kita yang dapat tentukan siapa kita pada hari ini dan esok hari..biarlah hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih hebat dari hari ini..insyaAllah..


kita berusaha,Dia juga yang menentukan segalanya..


semoga umur diberkati =)


~wallahu'alam~
31 oktober 2009
12.15 pm uk, 8.15pm malaysia
library marjon,plymouth UK

Thursday, October 29, 2009

no title for this post

'once upon a time...'


every time we hear this phrase, we know what will happen next. there will be a story to be told. for me personally, it is very interesting to hear stories from others, especially from teachers. unfortunately, my school time or to be specific the english lessons did not really leave a great impact on me. no story telling session. just chalk n talk. copy from the blackboard or text book. have to complete sentences or fill in the blank.


but still, i learn a lot from my previous teachers. all the good things about their teaching should be followed, but improvement must be done. teaching should not be just referring to the text book and writing on the blackboard for students to copy. learning should be fun. most of all, it should be meaningful.


some people (or maybe many people) think that it is easy to become a teacher. just go into the classroom and teach the students. it may be easy to become a teacher, but it is definitely not easy to become a great teacher, who not only knows all the theories of teaching and learning but could apply the theories into practice and make the learning session as wonderful moments for the students.


there is still long way to go..many challenges are waiting ahead..just hope and pray for the best..

Wednesday, October 21, 2009

bila dia kata rindu

bila dia kata rindu
aku tahu
jauh di sudut hatinya
dia menunggu kepulanganku
dia hanya mengucapkan apa yang dia rasa
kerana dia tak tahu menipu


bila dia tanya
bila aku ingin pulang
dia akan mengeluh
kerana lamanya lagi
sebelum masa itu akan tiba



bila dia menitiskan air mata
dan cuba menahan esakannya
aku tahu
itu hanyalah kerana dia rindu



walaupun aku tidak pernah mengungkapkan rindu padanya,
seharusnya dia tahu,
aku juga rindu...
rindukan jerit tangisnya,
rindu kenakalan dan keriangannya,
rindu melihat telatahnya...



miss my little brother,danial..
walaupun dia tak paham ayat ala2 puisi ni,
biarlah dia tahu nanti,
perasaan ini pernah wujud dalam hati ini...

3.48pm,plymouth UK...




*rindu orang lain jugak..tapi sebab danial je tanya bila kakak dia ni akan balik,orang lain tak tanya pun (sebab dah tahu..huhu..)

m.a.l.a.s

bosan.bosan.bosan.malas.


malas.penyakit yang x ada ubat.bila datang penyakit ni,satu kerje xboleh nak buat.rasa macam nak menjerit,rasa nak marah kat diri sendiri.tapi rasa malas tetap tak hilang.


malas.nape jadi malas?


setelah diteliti (walaupun dalam keadaan malas), malas ni terjadi bila kita fikir yang kita masih ada banyak masa lagi.kita tahu kepentingan untuk buat sesuatu benda tu, tapi bila masih banyak masa, kita ada potensi untuk menangguhkan kerja tu. ni semua disebabkan sifat malas. sampai lah ke saat2 terakhir, bila kita tahu kita tak banyak masa, rasa malas akan diatasi oleh rasa perlunya untuk siapkan sesuatu tu. masa tu, tiba2 boleh pulak jadi rajin. walaupun sebenarnya bukan rajin, tapi terpaksa.


kita malas belajar sebab exam lambat lagi, atau kita memang xde exam, buat apa nak belajar kan?


kita malas nak buat assignment sebab due date lambat lagi. (tapi camane lak kalau saat2 akhir tu ada pulak kerja lain kena siapkan??)


kita malas nak solat sebab waktu masih panjang. tunggu lewat2 sikit pun tak apa. (yeke xpe??)


kita malas nak baca quran sebab fikir, xbaca hari ni pun,esok2 ada lagi. (kalau esok2 ada lagi..kalau kejap lagi mati camane??)


kita malas nak bangun awal2 pagi sebab fikir kalau bangun awal pun nak buat apa? (padahal banyak je benda yang boleh buat kalau bangun pagi tu..)


kita malas nak masak sebab fikir ada orang lain boleh masak untuk kita. (kalau kat rumah,bolehlah fikir mak akan masak untuk kita,tapi sampai bila nak jadi camtu kan??dah besar pun xreti2 nak masuk dapur??)


kita malas nak ....korang tambah lah sendiri apa benda yang korang malas dan fikir kenapa jadi malas..


xboleh malas!!!kena jadi rajin..bila rajin,kita akan ada usaha untuk buat sesuatu tu.kita xkan terbawa-bawa dengan rasa malas yang bermaharajalela dalam diri...


yang penting bila buat sesuatu kerja tu ialah USAHA..usaha hanya boleh dilakukan dengan jayanya bila kita rajin.masa malas,memanglah kita usaha jugak,tapi usaha orang malas,sama ke dengan usaha orang yang rajin kan??


kena RAJIN!!! :)

-post ini ditujukan pada diri sendiri.ini hanyalah salah satu usaha untuk merajinkan diri sendiri yang sedang berjuang untuk menentang penyakit malas-

Friday, October 16, 2009

what's gonna work???

if you read the title in the wonder pets style of saying it, then you will for sure get the answer for the question.


so what's gonna work guys??

TEAMWORK!!!

it's the teamwork that counts when you do things together.


it does not really matter whether your work is not as nice or as good as what other groups have done. but when you work as a team and agree on what to do and support each other to complete a task, for me that is more important than to produce a beautiful work.


this is just what i feel and what i think (it may be right, it may also be wrong)


when everyone in the group can't really draw for example, but you got a task that needs you to draw few pictures to make a story, it is really good when everyone agree to draw a picture, regardless the drawing will be beautiful or not really beautiful (it's not good to say ugly, because my drawing will be the ugliest i think.. :p) so everyone take a piece of paper and start to draw their part.


and finally, we came out with our group story pictures. frankly speaking, it's not really bad!!!

i just love it!!!


erm...that's all to share for now..(the ending is quite 'tergantung' but it's ok rite??)

Thursday, October 15, 2009

tempe

suka makan tempe? sedap kan? sama ada dalam lauk, apatah lagi yang digoreng. lama nya tak makan tempe. huhu. post kali ini bukan nak kongsi resipi masak tempe atau cara2 untuk buat tempe, tapi hanya untuk berkongsi sebuah kisah tentang seorang penjual tempe. di 'copy & paste' dari blog lain. moga dapat manfaat dan pengajaran dari kisah ni.

* * *


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.


Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.... Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.


Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"


Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin" Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu.


Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.


Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.


Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya.


Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe ... Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.


Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."


Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.


Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin". Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah.


Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.


Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan Allah.
* * *
banyak pengajaran yang boleh kita dapat andai kita cuba fahami cerita ni betul2.
adakala,kita berdoa dan berharap pada Allah supaya doa kita dimakbulkan.sedangkan kita sendiri pun tak tahu adakah itu yang terbaik untuk kita. dan sesungguhnya, Allah jualah yang lebih mengetahui.
Allah tahu andai apa yang kita minta itu baik atau tak untuk kita.andai dimakbulkan, bersyukurlah pada Allah. andai tak dimakbulkan, mungkin belum masanya untuk doa itu dimakbulkan. mungkin akan dimakbulkan satu hari nanti di dunia ini, atau mungkin juga ketika di alam abadi nanti.
kita sering salahkan takdir andai sesuatu yang buruk menimpa kita, tetapi terlupa untuk mencari hikmah yang tersembunyi di sebalik sesuatu yang terjadi itu.
kita ingin 'ganjaran' serta-merta dari Allah, sedangkan 'ganjaran' yang menanti di sana jauh lebih baik, insyaAllah.
~wallahua'alam~
*nak makan tempe goreng!!! huhu.. :)

Wednesday, October 14, 2009

menghafal?



'memorization is not a meaningful way of learning'. that is one of the things that i gained from today lesson.


i try to relate it with our daily life, or to be more specific, with our daily routine, and this includes praying. we say our prayer every single day, and at least 5 times a day. some of us may perform more. but how far do we really understand our prayer? we are trained since we we're small to memorize word by word and sentence by sentence, and not much emphasize was given to 'understanding what is the meaning' part.

i admit that i myself have to try really hard to understand and remember the meaning of what i recite. the major factor of this is because i have no any basic in Arabic language. started reciting the quran since i was small does not really help me to understand the language either.

because of this, it is rarely happen that we practice our recitation, although we may recite it every day. we recite our prayer, but without knowing the meaning, it would be just meaningless, although there are still good rewards waiting for us, insyaAllah..

apart from understanding the meaning of our prayer, it is also true that memorization does not really contribute to learning. it may be helpful during exams, but all the memorized information and knowledge would just dissapear after that (this is just from my personal experience). this is what will happen when the education system is based on examination.

i believe it is the understanding that really matter. when you understand the content of the knowledge, then it would be easier to apply and practice it in your life. when you understand by heart, the meaning will come naturally every time you recite the sentence.

wallahu'alam.

...nasa...
-yang dah lama tak menulis dan xtau nak organize point-

Thursday, October 8, 2009

raya lagi?

dah hampir 2minggu x mengupdate blog.nak kata sibuk,tak jugak.nak kata tak ada masa,tipu laa kan.tapi tu laa,bila hati rasa macam xnak tulis apa2, rasa nak bukak website blog ni pun malas.aish.apa nak jadi laa.

raya lagi ke sekarang?hampir masuk minggu ke-3 bulan syawal.dah habis puasa 6 tak?kalau x,sempat lagi nak puasa ni.

"Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

best kot rasanya kalau pahala dia sama dengan puasa sepanjang tahun.erm.. :)

walaupun rasa macam dah lambat nk upload gambar masa raya,tapi tiba2 rasa nak upload jugak.ditambah dengan mood ala2 bosan kat sini.dan dicampur rasa rindu nak balik.
.
.
~satu hari di hari raya~

my beloved mummy :)

my elder sisters yg ayu2 belaka..(both of them dah berpunya..) :p


my abang ipar (omar) n angah


my abang ipar jugak (apeq) n harris naufal


my younger sister~Diana

my youngest brother~Danial


and finally...

the family picture..

(which is incomplete)


(because there was no me in the picture)

*waiting for duit raya from kakak2 n abang2 ipar..nnti bank-in eh :)

tu je laa sedikit gambar yang diambil masa pagi raya..masa tu time kat malaysia pukul 10 lebih, n time kat uk pukul 3 lebih..

till then, wallahua'alam~

Sunday, September 20, 2009

rasa apa?

semua rasa ada.bila macam tu,x ada perasaan yang melampau sangat.sedih pun x sedih sangat. gembira pun x gembira sangat. sunyi tapi x sunyi sangat. macam tu jelah..alhamdulillah.dah masuk bulan syawal dah pun.semoga ramadhan yang berlalu ni memberi semangat dan cahaya baru dalam hidup kita.semoga amalan2 kita x terhenti setakat pada bulan ramadhan. apa yang baik dan boleh diteruskan, kita cuba untuk teruskan.insyaallah.

hari raya di perantauan..

memang lain suasana yang dirasai..tak ada orang main bunga api..tak ada mak kat dapur masak2..tak ada kemas2 rumah, tukar langsir masa malam raya..yang paling utama, tak ada famili di sisi masa pagi raya..tak dapat salam tangan mak, mintak maaf salah silap, halalkan makan minum (dan mintak duit raya :p)..tak ada pergi ziarah kubur..nak dengar takbir raya, x ada surau or masjid kat sini..dengar kat radio je laa..bukak radio ikim.fm..lepas tu dgr era.fm pulak..dengar lagu2 raya n dedication raya...

pagi2 tu, (1 pagi uk, 8 pagi m'sia) sempat skype dengan mummy n adik beradik semua kat rumah..meriah..semua ada (kecuali sorang yang kat uk ni je)..rindunya nak balik..tengok semua orang dah siap2 pakai baju raya..borak macam2.sambil tggu abg2 ipar n adik balik dr smayang raya..lepas tu tengok diorang ambil gambar satu family..nak masuk dlm gmbar jugak..huhu..tgk abg2 ipar tgh makan..rasa macam sangat meriah kat rumah..dah lama tak meriah macam tu masa pagi raya..

lepas tu br tidur..

pagi tu takbir raya kejap before solat hari raya jemaah kat Chelsea Room..lepas tu takbir raya lagi..then ada yang baca khutbah raya..lepas tu br mkn..alhamdulillah..simple, tapi ok laa..


xdapat salam tangan mak, dapat salam dengan kawan2 n senior2 je laa..(cuma xada org nak kasi duit raya je..huhu)..dapat jugak makan nasi himpit, kuah lodeh, kuah kacang, rendang, kuih2 raya, etc.

lepas tu kitorang yang girls pergi ronda2 marjon ambil gamba ramai2..thanks to baim the photographer (n faris jugak)..lama jugak ambil gambar tu..sampai matahari terik laa jugak..

petang ni ada jemputan open house at one of the senior's house..tapi tgh tggu orang lain laa ni utk pergi sekali..

sempat jugak call mak long n mak ngah kat johor tadi..rasa rindu nak makan laksa johor..huhu..lama dah tak makan..


erm..that's all for now...akan cuba upload gambar nanti kalau rajin..salam aidilfitri..maaf zahir dan batin..moga amalan kita deterima-Nya..amin..

wallahu'alam~

Friday, September 11, 2009

thanks to harris :)

thanks to harris..(n of course along n apeq) for the barang2..huhu..petang semalam pergi tgk surat n ada bungkusan for me..yang expect nye mummy nk hantar madu je..rupa2nya along yang hantarkan,sekali dengan barang2 yang dia nak kasi..huhu..best2..ada tudung,beg,kad raya, poskad n souvenir from oz..yang lg best ialah beg n tudung tu along jahit sndiri..huhu..bakat terpendam dah mula kelihatan..lepas ni boleh buat bisnes laa :) beg tu siap ada jahitan nama lagi..hehe..lepas ni nak survey market laa..kot2 ada yang nak beli..huhu..ok x along??




~tudung, souvenir, bday card n beg~

(kad raya n poskad da gantung, malas nak turunkan balik..huhu)

lepas tu ada dapat satu lagi kad raya jugak..kad raya yang comel..huhu..thanks!! :) ingatkan sampai lambat..rupanya awal jugak sampai..

petang ni ada iftar jamaie..nak masak nasi ayam..jah n sy masak nasi..house yang lagi satu masak ayam n lain2..tp tunggu2 stok ayam dari yang merebus ayam tak siap2 lagi..erm,still waiting..sekarang dah pukul 6.10..maghrib hari ni pukul 7.40..

akan update cerita lain next time..slamat memburu lailatul qadr..sama2 kita banyakkan ibadah dan tingkatkan amal :)

Wednesday, September 9, 2009

puasa~6

sedar tak sedar,kita memasuki fasa terakhir ramadhan.terasa cepat masa berlalu.tak sempat bermesra dengan sungguh2 dengan ramadhan ni.tak lama lagi dia akan pergi meninggalkan kita.entah akan jumpa lagi pada tahun akan datang atau tak.sedihnya nak lepaskan dia pergi.sementara dia masih ada ni,janganlah sia2kan dia.jom kita tingkatkan amal dan banyakkan doa pada Allah.moga ramadhan ni ramadhan kita yang terbaik,insyaAllah~

Monday, August 31, 2009

puasa~5




Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al‐Sunan, Maksudnya: Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu.

sama-sama kita rebut peluang untuk menebus dosa2 dan kesilapan yang kita lakukan, samada sedar ataupun tidak..kita perbanyakkan taubat kita.dan berazam dengan sungguh-sungguh untuk tidak mengulangi dosa dan kesalahan yang dilakukan.apa yang penting ialah usaha yang ikhlas kerana Allah.dan keazaman yang tinggi.segala pengharapan hanyalah pada Allah.

wallahu'alam~

merdeka~

selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-52..saja letak lagu ni.. :)



* * *

merdeka ini~

erti merdeka bukan hanya pada laungan
bukan juga sekadar pada kibaran bendera
merdeka ini untuk dihayati setiap masa
untuk kita hargai sentiasa
merdeka kita bukan hanya bebas dari penjajah
yang lebih besar adalah merdeka jiwa
merdeka sudahkah pemikiran kita
dari penjajahan pemikiran yang dicipta Barat
selagi minda belum terbuka
selagi mata masih memandang kosong pada kejahilan mereka
kita masih belum merdeka sepenuhnya
kita masih perlu berjuang
bukan untuk menentang mereka
tapi melawan keinginan diri kita sendiri

nasa
plymouth
31 ogos 2009
1.12pm

Sunday, August 30, 2009

puasa~4

dah masuk minggu kedua berpuasa..kejap je masa berlalu..semoga ramadhan ini tak disia-siakan begitu saja.


alhamdulillah.dah 52 tahun malaysia merdeka.malam tadi lepas terawih berjemaah ada buat tahlil ringkas sempena hari kemerdekaan negara.simple.tapi cukup untuk buat kami bersyukur dengan negara tercinta.setiap orang pasti ada cara masing2 untuk menyambut kemerdekaan negara ni.apa pun caranya,biarlah dengan cara yang betul.biarpun diri ini jauh beribu batu dari tanah air,kerinduan untuk pulang sentiasa dirasai..proud to be malaysian.


tapi yang lebih utama,proud to be muslim.yang ini tiada gantinya.hanya mereka yang terpilih je yang dapat bergelar seorang muslim. :)

Friday, August 28, 2009

puasa~3

bising+meriah+riuh=rindu!!!
itulah yang boleh diucapkan lepas 1st time skype dengan semua orang ada kat rumah.
mummy.along.apeq.angah.omar.diana.danial.harris.
rasa macam sangat ramai orang kat rumah..rasa sangat riuh-rendah..macam-macam bunyi dan suara..dengar pun macam tak clear sangat..
tapi rasa macam sangat best.. :)
sempatlah skype lepas waktu berbuka kat malaysia.
tengok suasana kat rumah,bertambah rindu nak balik..huhu..
harris pun dah boleh berjalan..
mummy masak nasi tomato n bubur caca.sedapnya..
sempat lagi along makan aiskrim masa skype walaupun hakikatnya adik nya ni masih berpuasa kat sini.
lepas tu pukul 9 lebih,semua orang lebih memandang ke tv untuk menonton nur kasih.huhu..
lain kali laa skype lagi..
.
.
* * *
.
.
dah seminggu kita berada dalam bulan Ramadhan ni..
macam mana amalan kita?semoga ada peningkatan dari hari ke hari..
terasa cepat masa berlalu.saat demi saat terus bergerak.
semoga kita dapat manfaatkan Ramadhan ni sebaik mungkin.
jangan jadi hamba yang rugi, yang tidak terkesan pun oleh Ramadhan ni.
.
semoga Ramadhan ni menjadi titik tolak kita untuk mengubah kebiasaan kita.
kalau dulu suka mengumpat,lepas ni tak mengumpat dah.
kalau dulu baca al-Quran seminggu sekali,lepas ni baca hari2.
kalau dulu jarang-jarang buat solat sunat,lepas ni solat sunat tu jadi kebiasaan.
.
kalau tak mulakan sekarang,bila lagi???
.
~wallahu'alam~

Tuesday, August 25, 2009

puasa~2

alhamdulillah..hari ni dah hari ke-4 puasa..macamana 4 hari berpuasa ni?erm..for me,banyak lagi yang kena improve kot..sahur kadang-kadang tak bangun..terlepas laa nak dapat keberkatan sahur tu..qiam pun tak konsisten lagi..masa pun banyak yang terbuang camtu je..tak boleh jadi ni..


bagi yang dah mantap amalan,teruskan..biar berterusan bukan saja sampai akhir ramadhan,tapi biar berterusan sampai bila2..insyaAllah..


bagi saya sendiri dan mereka yang rasa banyak yang perlu diperbaiki,jom!!masih belum terlambat untuk kita perbaiki dan perbanyakkan amalan kita..jadikan bulan ramadhan ni sebagai permulaan..dan berusaha untuk istiqamah selepas kita keluar dari bulan ramadhan ni nanti..insyaAllah..


betapa banyak peluang yang Allah nk bagi kat kita dalam bulan ramadhan ni.tinggal kita nak rebut peluang tu,atau biar orang lain je yang dapat peluang tu nanti..tapi kalau macam tu,kita yang akan rugi nanti kan??


..Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan.. (2:23)


wallahu'alam~

Sunday, August 23, 2009

puasa~1

selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.macamana 2hari pertama di bulan ramadhan ni?semoga dapat manfaatkan ramadhan ni sebaik mungkin.

alhamdulillah.semalam dapat menyempurnakan hari pertama puasa di perantauan ni.terasa bezanya dengan suasana di malaysia.ditambah lagi dengan kesunyian sebab kawan2 ramai yang balik malaysia.tak rasa meriah sangat macam masa kat IPBA or kat rumah dulu.tapi alhamdulillah,berpuasa masa cuti ni bagus jugak.kadang2 rasa lama sebab duduk rumah je,tapi yang bestnya ialah dapat fokus pada apa yang patut dibuat.di samping kena buat assignment yang akan dihantar sebaik saja kelas bermula nanti.

alhamdulillah,bersyukur je dengan keadaan ni.cuma biasalah,hidup sorang2 ni,nak makan kena masak sendiri.nak bangun sahur tak ada mak nak kejutkan.huhu.masa terawih pun terasa jugalah bezanya.rasa sunyi n sayu je.solat dengan kawan2 di salah satu bilik yang memang ditempah untuk solat terawih berjemaah.memang lah rasa lain kalau nak bandingkan dengan solat kat surau atau masjid, tapi alhamdulillah,that's the least we can do here.moreh pun ada lepas terawih walaupun sebenarnya kenyang lagi masa tu.
.
tadarus muslimat dibuat setiap hari.bergilir-gilir buat kat satu rumah and semua orang kumpul kat situ.walaupun tak ramai,tapi ok lah.solat zohor berjemaah, lepas tu duduk sama2 and baca satu juzuk setiap hari. bagus jugak bila baca sama2 ni.kesalahan kita akan dibetulkan and kita tak adalah main baca je kan.dapat juga eratkan ukhuwah dengan senior2 sebab senior2 je yang ramai kat sini sekarang.
.
di sebalik kesunyian ni,mungkin inilah pengalaman yang akan mengajar diri menjadi lebih kuat dan tabah.huhu.belajar untuk memanfaatkan setiap masa yang ada.wallahua'alam~

Thursday, August 20, 2009

ramadhan~

dalam mood menyambut ramadhan,saja nak letak video ni kat sini.lirik yang best untuk dihayati bersama insyaAllah :)

Wednesday, August 19, 2009

selamat berpuasa


alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..


ramadhan datang lagi.setinggi-tinggi kesyukuran kita sebab masih lagi dikurniakan nikmat untuk berjumpa dengan bulan yang sangat2 dinantikan ni.bukan semua orang diberi nikmat untuk berjumpa dengan ramadhan 1430 H ni.ada yang telah lebih dahulu kembali menghadap Allah.dan tak kurang juga mereka yang telah ditarik hidayah dari hati mereka sehingga mereka menjadi kabur mata dan buta hati.bagi kita yang masih diberi anugerah agung ni,jom kita panjatkan syukur pada-Nya.


jadi,apa azam ramadhan tahun ni?semoga ramadhan kali ni lebih baik daripada ramadhan yang dah lepas.sebagai persediaan menyambut ramadhan ni,jom kita sama2 bersihkan hati kita.kita nak biar seluruh ramadhan kita diisi dengan amalan yang best2 untuk dibawa menghadap Allah nanti.


jangan biarkan ramadhan yang penuh nikmat ni berlalu pergi macam tu je.dan jangan kita sia-siakan bulan ni dengan tak memperbanyak dan memperelok amalan kita.


bulan ramdhan ni bukan setakat kita nak puasa, tahan lapar dahaga je kan.banyak lagi benda lain yang boleh kita buat sebagai menambah amal kita.kita boleh perbanyak bacaan al-Quran. banyakkan zikir kepada Allah.banyakkan sedekah.kurangkan buat perkara2 yang tak berfaedah.


bayangkan,betapa banyak peluang yang Allah nak bagi kat kita sebenarnya.rugilah kalau kita tak ambil peluang keemasan yang tak datang selalu pun.setelah 11 bulan dia menghilang,nak ke kita biarkan dia pergi macam tu je tanpa kita manfaatkan dia sepenuhnya?


sekadar ingatan buat diri sendiri dan pembaca sekalian. :) wallahu'alam~

Monday, August 10, 2009

secebis cahaya

seringkali perasaan sepi itu mengetuk pintu hati ini..perasaan sunyi dan sendiri..sehingga sesekali diri ini rasa sangat jauh dari-Nya..rasa seperti ditinggalkan-Nya..dalam keramaian manusia rasa seperti sendiri..dalam keriuhan mereka,terasa hanya ada diri ini..di mana keriuhan semalam?di mana suara-suara bising yang dulu indah terasa..tidak tahu mana silapnya..

sedangkan diri ini yang sering melupakan-Nya..tidak cuba mendapatkan perhatian dari-Nya..lantas pada tika itu,siapa yang perlu disalahkan?tiada siapa jua melainkan diri sendiri..diri yang lemah dan mudah tunduk pada ujian..hati yang tak lagi kuat menghadapi rintangan..doa yang tiada lagi berpanjangan..ingatan pada-Nya yang samar-samar kelihatan..

namun tak ingin kehilangan cahaya itu..tanpa cahaya itu,akan ia hidup dengan apa?

dan kaki ini terus melangkah membelah kegelapan siang..biarpun langkahnya longlai..meski suara semputnya kedengaran..namun harapan pada-Nya tidak pernah pudar..

dan akhirnya cahaya itu ditemui di tengah gelap malam..

cahaya dari-Nya itu akan menerangi harinya yang kelam dan menceriakan hari yang suram..
mohon cahaya itu berterusan ya Tuhan..biar jadi bekalan sampai ke hari penghabisan..amin.

wallahu'alam

terus melangkah

salam semua..hari ni dah masuk hari kesebelas bulan ogos..tapi inilah entri pertama bulan ini..entah kenapa dengan diri ni,tak tahulah..mungkin tak ada benda nak diupdate atau yang menarik untuk diceritakan..namun yang lebih tepat adalah ketiadaan idea untuk menulis dan kemalasan yang sering melanda diri..


alhamdulillah..di sebalik kemalasan itu juga,tersembunyi hikmahnya yang tersendiri..di akhir jalan2 yang suram itu,seringkali ada saja cahaya indah yang menanti..hanya tinggal kita yang perlu menempuh jalan itu..tak kira betapa sulitnya ia..tanpa peduli betapa berliku dan gelapnya jalan itu..meski sendiri ataupun dalam keriuhan..segalanya terletak pada diri..sama ada akan terus melangkah atau kan berhenti kerana gentar akan jalan2 yang menanti..


sekadar luahan hati..maaf andai ada yang tidak memahami entri ini..sekadar muhasabah diri..dan sebagai permulaan untuk menulis semula..


~wallahu'alam~

Thursday, July 30, 2009

ampuniku

tiba2 teringat lagu ni..cari n download from 4shared..saja nak kongsi lirik lagu ni kat sini..mungkin ada something yang kita boleh sama2 ambil manfaat atau peringatan..
.
KRU (Norman & Yusry & Edry)
Ampuniku
...
Terlantar dalam kekusutan
umpama tiada harapan
Terlalu banyak kesilapan
terlanjur kulakukan
...
Ku tahu aku selalu terleka
Ku tahu ku tak sempurna lima
Timbul rasa insaf
Tersedar dari godaan dunia
...
Daku mahu kembali
ke jalan yang sebenar
Tekad sedaya upaya
agar dikau sudi terima
...
Tinggalkan segala yang sudah
Ku di dalam gelisah
Ku mendoakan kau ampuni segala dosa
...
Hatiku tidak akan berubah
Dengan yakin ku bersumpah
Aku bersujud agar Kau ampuni diriku
Ampuniku
...
Inginku mengubahkan cara
menjadi insan lebih setia
Merintih dengan air mata
menyerah jiwa raga
...
Apabila sudah tiba masanya
nyawaku tiada di dunia
Ambillahku dekat pada-Mu
Itu saja pintaku
...
Walau tak mungkin mampu penuhi harapan-Mu
Namun daku merayukan pengampunan dari-Mu Tuhan
...
Aku hanyalah manusia biasa
Yang terkandas di perjalanan
Ingin pulang ke pangkuan
...

Tuesday, July 28, 2009

hidup ini

hidup ini
penuh suka duka
pahit manis masam masin
dan segala macam rasa yang ada
menjadikan kita lebih dewasa
.
hidup ini umpama roda
putar dan berputar
akhirnya kita pening kepala
kerana kadangkala kita tak sangka
kita yang dahulunya di atas
bisa jatuh dalam sekelip mata
.
hidup ini macam naik roller coaster
penuh kejutan, penuh debaran
dan acapkali kita menjerit kerana ketakutan
berharap ketakutan itu akan segera pergi
dan saat2 yang tenang datang kembali
.
hidup ini penuh air mata
sekejap kita menangis gembira
saat yang lain bersedih pula
pelbagai perasaan yang dirasa
dan perasaan itu hanya kita yang rasa
.
hidup ini bukan macam cerita novel
yang boleh dibaca awal dan akhir
bila kita rasa macam malas nak baca
hanya untuk kita ketahui
apa pengakhiran kisahnya
adakah kesudahan yang sedih
atau mungkin juga sebaliknya
.
hidup ini tidak seperti wayang gambar
merancang skrip dan setiap gerakan
boleh dipotong mana yang tak perlu
bisa dibetulkan mana2 yang silap
dan lakonkan semula setiap aksinya
supaya cerita itu nampak sempurna
.
kerana hidup ini adalah sangat istimewa
dan istimewanya hidup ini
adalah dengan caranya yang tersendiri
tidak seorang yang punya hidup yang sama
kerana kisah setiap orang itu pasti berbeza





~inilah kehidupan~
by nasa
28 julai 2009
7.38 pm

Monday, July 27, 2009

ucapan tanpa kata


hari ini
inginku sampaikan ucapan padanya
kerana aku tahu dan masih ingat
hari ini adalah hari istimewanya

aku tak pernah lupa
namun aku terfikir
adakah ucapan ku diperlukan
atau hanya sekadar ucapan yang tidak dinanti-nantikan

dia ada
tetapi sama seperti dia tiada
di saat aku menunggu ucapan dari dia
tiada langsung ku dengar khabar darinya

bukan tiada kecanggihan teknologi
bukan kami ini orang yang buta IT
tiada alasan mengapa
kecuali kita sendiri yang mencipta alasan itu

bukan maksudku untuk berdendam dengannya
apatah lagi untuk aku membencinya
walau aku meragui perasaan sayang ini untuknya
kerana perasaan itu telah lenyap
lenyap kerana dia juga

mungkin kerana jarangnya masa kami bersama
tidak menumbuhkan rasa sayang antara kami
menjadikan kami insan yang berbeza
membuatkan kami tidak mesra
walaupun kami sebenarnya sama

ingin ku sampaikan ucapan padanya
namun lidahku kelu, tanganku kaku
biarlah angin saja yang membawa ucapanku ini
supaya dia tahu aku masih punya hati.
-
28 julai 2009
6.36 am
plymouth

sakit apa?

susah bila dilanda penyakit ni,
penyakit yang ubat nya hanya ada pada diri sendiri,
penyakit yang kerap datang, tapi sukar untuk pergi.

semua orang alami,
namun mungkin berbeza cara mengatasi.
tahu ada kerja yang perlu diselesaikan,
tapi penyakit ni mengatasi perasaan untuk buat kerja tu,
penyakit yang tiba-tiba datang,
lepas tu tiba-tiba jugak dia pergi.

nilah yang terjadi,
bila matlamat tak jelas,
tujuan jadi kabur.
senang je diri ni dilanda penyakit...

.m.a.l.a.s.



astaghfirullahal'azim...

Saturday, July 18, 2009

mengejar akhirat

sering terdengar orang berkata, seimbangkan dunia dengan akhirat..pernah dengar tak di mana2 atau oleh siapa2??

terbaru sekali saya dengar ayat ni diucapkan dalam sebuah filem melayu..filem yang agak baru ditayangkan..filem yang saya kira membawa mesej yang bagus, tetapi tidak begitu menyentuh hati saya kerana watak heroin yang saya kira sangat lembut, menjadikan wataknya tidak natural..entri kali ini bukan untuk membuat ulasan tentang filem ini..mungkin pada entri yang lain..

kembali pada ayat yang saya katakan tadi..seimbangkan dunia dengan akhirat..tujuan saya menulis entri ni bukan untuk membetulkan sesuatu..sebab saya ni pun bukanlah bagus sangat..masih seperti budak baru belajar..sekadar ingin berkongsi apa yang saya tahu dan apa yang saya rasa..

memandangkan kita ini punya pegangan yang satu, yang menjadi penunjuk dalam setiap keadaan, suka saya berkongsi satu ayat dari al-Quran..

Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan. (Al-Qasas,28:77)

jika dilihat pada awal ayat, dapat difahami bahawa Allah suruh kita cari atau saya suka gunakan perkataan kejar akhirat tu..apabila guna perkataan kejar, kita macam buat benda tu dengan bersungguh-sungguh dan tak lengah2 nak buat benda tu..

namun, dalam kita mengejar akhirat, Allah kata, jangan lupa bahagian kamu di dunia..kita mengejar akhirat, namun dalam masa yang sama, kita menjalani hidup sebagai manusia..kita belajar, berkerjaya, berkeluarga, berhibur pada kadar yang sepatutnya, dan lain-lain..

jadi, dapatlah dilihat di sini, bahawa kita hidup ni bukan nak seimbangkan dunia dengan akhirat.. kehidupan dunia ni adalah medan kita mengumpul sebanyak mungkin bekalan yang akan kita bawa bersama saat kita meniti kehidupan yang hakiki nanti..

~ya Allah, letakkan akhirat di kepalaku, dan dunia di tanganku.supaya tatkala akhirat ku bergoyang dan hampir jatuh, dapat ku letakkan dunia itu ke tepi dan memegang akhirat ku.biar aku kehilangan dunia ini, namun tak mahu aku mensia2kan akhirat yang kekal abadi nanti..~

wallahu'alam

Saturday, July 11, 2009

bukan roti biasa

kalau tajuk lagu siti nurhaliza ialah bukan cinta biasa, tajuk untuk entri kali ini ialah bukan roti biasa..adakah ia roti luar biasa? apa yang luar biasanya??nak tahu lebih lanjut, kenalah baca :)
so hari ni bukanlah duduk saja2 di bilik..ada juga benda yang dibuat..di samping sedikit pembacaan ,basuh baju dan kemas2 bilik, hari ni pergi rumah sorang kakak ni..pergi duduk,sembang2.. pastu kitorang tolong dia buat roti..
kenapa roti ni bukan roti biasa??sebabnya roti ni kami buat sama2..kami bukan sekadar makan, tapi terlibat dalam proses pembuatannya..jadi bukan roti biasa lah kan??
dan untuk pengetahuan semua juga, roti ni dibuat dengan resipi istimewa iaitu kasih sayang yang teramat banyaknya..dan kesabaran yang tinggi..dan ketekunan dan lain2..
kitorang tak adalah tolong sangat sebenarnya sebab doh tu dah siap awal2..so tinggal nak uli sikit2 n lepas tu bentukkan dia sebelum roti tu dibakar..
roti apa??roti ni adalah roti nan ye...resipi dia tak ingatlah pulak..tapi ni lebih kurang cara2 dari menguli sampai kepada membentuk roti ni..saja je nak kongsi gambar2 ni..

mula2 kita uli doh tu..nak uli roti ni, penyek2 kan roti ni sampai rasa tak lembik sangat..kalau rasa lembik lagi, tambah tepung sikit2..sampai rasa doh tu boleh dibentuk dengan cantik dan jayanya..tahniah kepada cikJ yang berjaya menguli doh tu dengan semangatnya :)

ambil dalam seketul doh kecil..penyek2 kan dia lagi..tambah tepung sikit2 supaya dia x melekat..abaikan rasa geli2 di tangan kalau ini adalah cubaan pertama anda menguli doh itu..cikN membuat cubaan menguli tepung dengan gembira..

lepas tu cuba tarik2 sikit doh tu..tengok dia lembik lagi ke x..tengok dah boleh dibentuk ke..buat dengan lemah lembut sebab doh tu pun lembut je..gambar di atas menunjukkan cikU yang sedang cuba membentukkan dohnya..

lepas tu agak2 dah ok, xlembik sangat, boleh lah tarik sikit2 biar bentuk dia jadi bujur dan cantik..pastikan dia tak tebal sangat..nanti tak best sangat nak makan kalau dia sangat tebal..gambar puanK sedang membentukkan doh supaya menjadi bujur..


dah bentuk tu, masukkan dalam dulang yang telah terlebih dahulu disapukan minyak di atasnya..terima kasih cikM yg bersusah payah menyapukan minyak sehingga tangan berminyak-minyak..


lepas tu susun lah roti tu dalam dulang..ada pulak yang off-task..suruh buat roti nan, sempat lagi buat roti simpul2..huhu..tapi ok je..yang penting dia boleh dimakan..

sangat kreatif cikNb membuat roti bersimpul2 itu..macam buat tocang kat rambut pulak..huhu...
dan sempat juga cikY buat roti yang saiz dia kecik je..roti bersaiz kecil bolehlah dibuat untuk mereka yang masih kanak2 atau mereka yang mengambil roti dalam kuantiti yang sedikit..

lepas dah susun, boleh lah masuk dalam oven dan bakar..tunggu hingga dia masak..dan lepas tu apa lagi, boleh lah dimakan..hari ni kami makan roti nan cicah dengan kuah dal daging kambing..sedap!!! :)

sedap sangat makan, sampai lupa nak ambil gambar roti yang dah siap dimasak..bila dah dekat nak habis makan, baru teringat..dan sempat lah ambil gambar sekeping roti yang terakhir ni..huhu..


roti yang dah siap..dan sedia untuk dimakan..dan inilah roti yang terakhir kerana yang lain2 telah selamat ditelan dan berada di dalam perut kami.. :)

akhir sekali, terima kasih kepada puanR yang bersusah payah menunjukkan kami cara2 membuat roti nan yang comel dan sedap dimakan ini..lepas ni bolehla cuba buat sendiri ye kawan2 :)

itu saja untuk hari ni..

Thursday, July 9, 2009

apa kata anda?

PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012..jadi,apa kata anda??mungkin ramai yang tidak puas hati..saya tahu..tapi pastinya pelbagai kajian telah dilakukan.dan saya yakin ini adalah keputusan yang terbaik buat masa sekarang..saya bukan setakat bercakap kosong..tapi bercakap berdasarkan apa yang saya perhatikan di sekolah..

perlaksanaan PPSMI mungkin tidak kena masa dan caranya..namun saya menyambut baik cadangan drM..beliau seorang pemimpin yang berfikiran jauh..tapi tak semua orang berfikiran seperti beliau..mungkin beliau terpaksa menerima hakikat keadaan Malaysia adalah seperti apa yang dilihat hari ini..beliau melihat Malaysia dalam masa berpuluh-puluh tahun akan datang..saya kagum dengan semangat beliau..tak apalah drM..jangan bersedih..

mungkin kita melihat sesuatu itu dari sudut yang ideal..kita nampak perkara yang baik dan cantik sahaja..tapi hakikatnya pelbagai cacat cela dan kekurangan yang terpaksa kita akui..
apa kata anda???

* * *

12 langkah mantapkan bahasa Inggeris

PUTRAJAYA 8 Julai - Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan 12 langkah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Ia diluluskan Kabinet hari ini selaras dengan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berikut langkah-langkah tersebut:

- Menambah seramai 13,933 guru Bahasa Inggeris (BI) termasuk 1,000 dari luar negara, 600 guru bersara dan 12,333 guru tambahan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

- Menyediakan guru penolong BI gred DG41 bagi kelas besar melebihi 35 murid dalam tahun satu dan dua untuk meningkatkan masa perhubungan guru dan murid.

- Menambah waktu BI bagi sekolah kebangsaan (SK) tahap satu sebanyak 90 minit kepada 330 minit seminggu manakala tahap dua daripada 210 minit kepada 300 minit seminggu.

- Waktu BI bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) tahap satu pula ditambah daripada 60 minit kepada 120 minit seminggu manakala tahap dua ditambah daripada 90 minit kepada 120 minit seminggu.

- Menambah waktu BI bagi tingkatan satu hingga lima daripada 200 minit kepada 280 minit seminggu.

- Peruntukan waktu BI bagi Malaysian University English Test (MUET) tingkatan enam ditambah daripada 320 minit kepada 400 minit seminggu.

- Waktu BI bagi matrikulasi ditambah 100 peratus iaitu daripada tiga jam kepada enam jam seminggu.

- Program Sastera Kontemporari bahasa Inggeris Kanak-Kanak diperkenalkan kepada semua murid sekolah rendah tahap dua untuk mengukuhkan minat membaca dan memperkenalkan unsur-unsur sastera.

- Mewujudkan makmal bahasa Inggeris di sekolah-sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa itu dengan berkesan.

- Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran BI melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai.

- Pelajaran tatabahasa Inggeris diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran BI.

- Menyerapkan elemen sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran BI untuk mendedahkan murid dengan istilah berkaitan dalam bahasa Inggeris.

* * *

apa kata saya?saya pun tak tahu nak kata apa..namun setelah melihat 12 langkah memantapkan bahasa inggeris, saya sedar, amanah yang tergalas di bahu ini bertambah..walaupun belum masanya lagi,tapi seperti sudah terasa auranya..sudah terhidu tugas2 yang bakal dipikul nanti..
namun segalanya akan dilakukan sebaik mungkin insyaAllah..selagi terdaya kudrat ini, demi agama dan generasi masa depan, saya akan cuba yang terbaik..
apalagi kawan2..siapkan peralatan..mantapkan diri..kita akan menggempur sekolah2!!! :)

Wednesday, July 8, 2009

berdua lebih baik

post kali ni bukan nak kongsi lagu Berdua Lebih Baik ye.saja pinjam tajuk tu je..huhu..jadi, post ini tentang apa??


merujuk entri beberapa hari lepas, saya telah membelikan diri saya sendiri seekor anak patung beruang yang sangat comel dan agak murah harganya..namanya apa ye??x fikir nama lagi..penting ke ada nama??entahlah..huhu...






dalam 4 hari ni, dia sangat suka duduk dengan saya..saya tahu walaupun dia tak tersenyum..haha..tapi hari ni, dia lagi suka sebab dia dah ada kawan baru..kawan dia ni sweet sket sebab sentiasa tersenyum..


ni kawan baru dia.. :)




comel kan?? jadi, dari satu, sekarang dah ada dua..berdua lebih baik..tapi mereka berdua kejap je..hanya untuk sesi bergambar..saya belikan anak patung yang lagi satu tu untuk seseorang..siapa dia??haha..dialah pembaca setia blog saya..kalau dia tak bagitahu pun,saya tahu je sebenarnya..ada saya buat entri pasal dia bertarikh 1 julai..bagi anak patung ni pun kira hadiah belated birthday laa..hehe..

jadi, berdua kan lebih baik??? :)



* * *

penat..letih..sume ada..rasa nak tidur je ni..tapi nanti lah..hari ni lepas kelas je, saya n 3 orang kawan pergi bandar jalan2 :) haha..padahal saya xde benda sangat nak beli..memang pergi nak cari anak patung beruang tu je..tapi biasa lah, nama pun keluar jalan2 di bandar, x sah lah kalau x beli pape kan..lebih2 lagi jalan dengan kawan2..makanya, saya pun belilah beberapa helai baju.. petang baru saya balik..penat..dengan ayam 4 ekor kat dalam beg..nasib baik ayam2 tu duduk elok2 je dalam beg saya..haha..balik tu, biasa lah, kemas2 barang..cuba baju2 baru :p, online kejap..tak lama lepas tu, orang yang sama yang diceritakan di atas datang ke bilik saya..

cuba teka apa dia bawak??hehe..dia bawak kek batik..walaupun dia penat jugak sebab baru balik beli barang, sempat lagi dia buatkan kek ni untuk saya..huhu..terharunya :)



tapi korang boleh tengok je..rasa dia saya je tahu..dah lama tak makan kek batik..kalo dulu kat hostel, selalu jugak kawan2 serumah atau akak2 yang comel tu buat..sedap kek batik yang kawan saya buat ni..yang paling penting ramuan istimewa yang dia letak dalam kek ni..ramuan tu tak semua orang guna dalam masakan mereka..

ramuan apa tu??ha, ingat Secret Recipe je yang ada resipi rahsia??(apakah??huhu) ingat KFC je ada rempah rahsia??ramuan istimewa ni lagi best tau..tau tak apa dia??

ramuan istimewa tu ialah kasih sayang :) hehe..tu lah yang penting dalam setiap masakan tu kan..terima kasih banyak2 saya ucapkan..

* * *

sebenarnya benda ni berlaku lebih awal..tapi tak apalah..sama je kalau cerita x ikut turutan dalam entri ni kan..saya memang xreti nak organize point pun..huhu..

so tadi, lepas habis kelas,ada kawan cakap kat semua orang jangan balik dulu..saya macam tak layan sangat masa tu sebab tengah kemas barang nak balik..tengah sibuk jugak bincang2 dengan kawan pasal nak pergi lawatan nanti..

lepas tu rupa2nya diorang keluarkan kek..hehe..untuk siapa lagi,mestilah untuk saya :) walaupun masa tu baru nak tulis nama atas kek tu, tapi diorang ni sangat comel laa..saya dah kata,saya tak kisah pun kalau xcelebrate..tapi tak apalah,dah diorang beli..makan je laa kan..

kak isz tengah tulis kat atas kek..thanks to kak isz n kak abby yang susah payah belikan kek :)


kek yang dah siap ditulis..huhu..saya dah 21..



saya tengah potong kek..kek dia sangat sedap..hehe..dah laa saya suka coklat..nyum..nyum..

itulah sedikit sebanyak apa yang berlaku hari ni..terima kasih pada kawan2 yang menjadikan hidup saya ceria..terima kasih Allah kerana kurniakan saya kawan2 macam mereka..

pada kawan2 dalam kelas (termasuk yang tak datang pagi tadi :p) dan terutama sekali pada mereka yang jalan2 ngan saya petang tadi..terima kasih!!!

penat tapi seronok..bulan ni tak boleh jalan2 lagi..so kita jalan2 bulan depan k..hehe.. :) kena bajet duit gak..till then..

Dia yang lebih tahu


manusia ada akal..manusia ada hati..manusia ada perasaan..manusia ada semuanya..namun tak semua orang boleh gunakan semua yang dia ada dengan sebaik mungkin..

syukur sangat2 kat Allah..sekurang-kurangnya saya dilahirkan sebagai muslim..dan saya izzah dengannya..saya bersyukur sebab jumpa islam yang sebenar..dan harap mati nanti dalam iman dan islam..

tapi mereka??kadang kala saya rasa macam tak mampu buat apa2..sekadar melihat saja..

puan E..saya sempat bercakap-cakap dengan dia..itu pun beberapa minit saja..saya bersyukur kerana dia yang mulakan topik berkenaan agama ni..perbualan kami dalam bahasa inggeris..tapi tu lah,saya tak tahu nak cakap banyak2..alahai..

dia kata,dulu dia katholik..tapi sekarang dia dah xpegang mana2 agama sangat..lebih kepada spiritual..bagi dia,yang penting adalah buat baik sesama manusia..

waaa!!!!nak menangis saya dengar dia cakap macam tu..rasa sedih sebab singkatnya pemikiran puan E ni..tapi memang tak boleh nak salahkan dia pun..tak ada orang nak cerita kat dia pasal islam,satu-satunya agama yang Allah redha sekarang kan..

dia kata,dia ada juga lakukan sedikit kajian pasal agama..saya tanya, ada x buat kajian pasal islam..dia kata ada sikit2..kalaulah saya boleh cakap dengan bestnya pasal islam kat dia kan..

kalau hidup tiada tuhan,kepada siapa tempat pergantungan???kepada siapa akan kembali nanti??dan siapa pula yang menciptakan alam dan isinya ni???

moga Allah beri petunjuk pada puan E dan orang2 lain..dan dibuka hati mereka untuk terima hidayah tu..sia2 lah hidup andai hidup ini bukan dengan islam dan bukan untuk islam..

wallahu'alam~

Tuesday, July 7, 2009

jualan murah?


jualan murah???sale???half price???70%????waaa!!!!!xboleh jadi ni..

kalau dalam kelas,sebelum mula mengajar,akan ada set induksi sebagai warming up untuk pelajar..sesuatu yang berkaitan dengan topik hari tu,tapi sesuatu yang juga boleh menarik perhatian mereka..betul ke huraian saya tentang set induksi ni???entahlah..suka hati je..huhu..

ok x set induksi untuk post kali ni..cuba baca baris pertama tu dengan nada excited, teruja, gembira, suka yang teramat dan lain2...

kalau kat malaysia, biasa laa sale masa raya, masa akhir tahun, dan masa2 lain.kalau kat sini, lebih kurang je, rasanya sale je memanjang..dan sale yang lagi meriah bila dah dekat2 hujung musim..

akan terpampang poster2 potongan harga..poster pun macam2 warna dan gaya..semuanya untuk menarik perhatian para pembeli..
bercakap mengenai sale..perasan tak satu sale yang tak pernah berakhir..potongan harga yang sangat best..malah memang kita untung laa..xkan rugi satu sen pun dengan sale ni..cuma kita laa kot xsedar dengan sale ni..
xsedar??kenapa??sebabnya kita xnak nampak benda yang dibeli, dan kita xnampak berapa banyak ganjaran ataupun nilai yang kita dah kumpul..kalau duit biasa,kita nampak berapa yang kita jimat..berapa yang kita belanja kan..tapi jual beli ni kita macam kena tunggu dulu laa sebelum hasil kita tu ditunjuk kat kita..

jual beli apa ni??

"wahai orang2 yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." (As-Saff, 61:10-11)

bestnya offer yang Allah bagi..dengan beriman pada-Nya,kita akan selamat dari azab yang pedih..maksudnya kalau dah selamat dari azab yang pedih, dapat syurga lah kan..sebab nanti pengakhiran kita pun antara dua-syurga atau neraka..semua orang pun macam tu kan..

macamana pulak nak berjihad dengan harta dan jiwa..kalau tunaikan ibadah cukup lah kan..tapi sebenarnya dengan ibadah je tak cukup.kenalah disertai dengan amalan2 lain..kan Allah nak bagi bonus ni..

so,rajin2 lah infak atau salurkan duit untuk jalan Allah, bersedekah,membantu orang lain dan sebagainya..rajin2 jugak betulkan niat bila nak buat sesuatu, elakkan daripada buat benda yang Allah tak suka, banyakkan buat benda yang Allah suruh dan Allah suka..jangan turuti hawa nafsu dan keinginan diri, tapi turutilah apa yang Allah suruh..atasi kalau ada rasa malas nak solat awal waktu ke, rasa malas nak baca quran ke, apa2 rasa lah..kita cuba lawan perasaan yang tak baik tu..
maybe penerangan saya tentang berjihad dengan harta dan jiwa ni macam tak detail atau tak betul sangat..tapi itulah sedikit sebanyak yang mampu saya kongsi..

susah ke nak berjihad dengan harta dan jiwa ni???memang lah susah mula2..nak berjihad ni ingat senang ke..kalau pergi perang,kita nak lawan musuh..tak tahu lagi menang ke kalah..sama lah jugak bila nak berjihad dengan harta dan jiwa ni..nak melawan keinginan yang tak baik..nak cuba sedaya upaya untuk buat benda yang baik..

tapi bila kita cuba sungguh2, mesti akan menampakkan hasilnya nanti..syurga tu kan manis dan indah..nak dapatkannya kenalah usaha sikit kan..xkan Allah nak bagi free2 kat orang yang tak berusaha..

ingat dialog dari cerita 'Cinta'.."kalau kita betul2 nak,mesti ada cara..."

jadinya,kalau kita betul2 nak syurga dan redha Allah, mesti ada cara..kita je yang kena usaha!!!

jom kita berjihad dengan harta dan jiwa kepada Allah dan rasul-Nya..Allah nak bagi untung yang banyak kat kita ni..cepat2!!!!!tawaran ni hanya terbuka untuk mereka yang masih hidup je..nanti bila nyawa dah sampai kat kerongkong, tamatlah tawaran ni..grab it before it's too late!!!

sekadar mengingatkan diri sendiri dan orang lain..moga bermanfaat :)

wallahu'alam~

Monday, July 6, 2009

mengimbas memori

saja nak cerita satu kisah ni..kalau ada masa,baca..kalau xde masa,xyah baca..huhu..cerita lama lah jugak..kisah tahun lepas..

suatu hari..di bangunan yang dinamakan blok 5..semua orang dah balik masa tu..dah stat cuti..

kenapa saya xbalik?xingat..kemas2 barang kot..

pastu petang tu,masa tu baru nak gerak balik..tunggu along amek..

bilik saya masa tu banyak barang..biasa la,nak balik cuti akhir tahun,semua bilik kena kosongkan..satu bilik je untuk letak barang..petang tu,tengah saya nak angkat beg bawak turun,naiklah seorang pensyarah ni...saya namakan dia mr.X..

masa tu sibuk dengan kemasukan cikgu2 yang buat kursus dalam cuti..diorang duduk kat hostel..so busy jugalah blok tu orang keluar masuk..

mr.X masuk rumah saya dengan seorang wanita ni..rasanya dia ganti penyelia asrama buat sementara kot..entahlah,xsure sangat..

tengah saya angkat barang tu,mrX masuk..dia pun nampak sederet sangkar hamster yg dibela oleh kawan saya..saya pun buat bodoh je laa..ingatkan dia xkisah..sekali dia bising2 laa pulak..

malasnya nak layan..huhu..tapi memandangkan saya ni macam malas nak layan,saya biar je dia bising2 tu..

dia pun katalah,mana boleh bela binatang kat hostel..ni binatang ni kotor..berbau laa..nanti ada cikgu2 nak masuk laa..entah apa lagi dia cakap..saya iye kan je..

lepas tu,memandangkan saya seorang je yang ada kat umah tu, dia pun suruh saya bawak turun sangkar2 dan hamster2 tu ke bawah..nanti ketua warden akan uruskan hamster tu..

macam biasa,saya malas nak cakap banyak..saya pun bawak turun je lah hamster2 tu ke bawah..nasib baik ada lif..kalau x,xsanggup saya nak menapak dari tingkat 5 ke tingkat bawah sekali..dalam hati rasa bersalah gak kat kawan saya tu..

dengan rasa berat hati,saya tinggalkan hamster2 tu kat bawah..

lepas tu saya naik balik..mrX dan wanita tadi ada lagi..diorang tengok2 kerosakan asrama kot..tengok2 bilik camane..saya malas nak layan..pastu dia suruh saya bersih2 kan sikit tempat tadi, yang ada surat khabar dan habuk2 sikit..

macam biasa,saya buat je laa..malas nak cakap banyak..saya pun dah penat masa tu..dalam hati nak balik je..lepas kemas2 tu,saya terfikir sesuatu..apa akan jadi kat hamster2 tu???

maka...

saya pun mengambil langkah berani..huhu..apakah itu???

saya turun balik ke tingkat bawah sekali..hamster2 tu masih selamat..terus saya keluarkan telefon..telefon kawan saya yang duduk satu tingkat atas dari bilik saya..mujur dia ada kat bilik..terus saya kata saya nak hantar hamster2 ke bilik dia..dia ok je..saya pun dengan pantasnya tekan lif..masuk dengan sangkar2 hamster tu..tekan butang 6..dalam hati cuak gak..kot2 tiba2 lif tu buka kat tingkat 5 dan macamana kalau tiba2 mrX muncul..

untuk pengetahuan,saya ni skema jugaklah..xreti nak buat benda2 nakal ni..sekadar ponteng perhimpunan sekali dua..tu je laa..peraturan lain??xberani rasanya nak langgar peraturan ni..

punyalah cuak masa naik lif tu..

akhirnya lif berhenti kat tingkat 6..dengan pantas saya bawa masuk sangkar2 tu ke dalam bilik kawan saya..mujur diorang pun dah biasa dengan hamster2 ni..mujur juga tuan punya hamster ni akan datang semula beberapa hari lagi..biarlah nanti dia uruskan hamster2 ni sendiri..

saya pun turun semula ke bilik saya..lagi beberapa minit along saya akan sampai..terus saya amek beg dan turun ke bawah..malas nak tunggu lif,turun guna tangga je..dalam hati, janganlah jumpa dengan mrX..janganlah..nanti kalau dia tanya,saya nak jawab apa??punya berdebar masa tu..1st time rasanya saya purposely buat nakal macam tu..haha..(xde laa nakal pun kan..saya cuma nak selamatkan hamster2 tuh..hehe..)

tak lama lepas tu,along sampai..saya pun mengah2 dah..dalam hati, syukur :) haha..saya xkisah sangat sebab saya tahu saya xkan jumpa lagi mrX untuk beberapa tahun ni..by the time saya jumpa mrX lagi,dia pun mesti dah lupa kisah ni dan tak cam muka saya lagi..nasib baik dah cuti dan saya pun akan fly xlama lagi..saya xtahulah macamana reaksi mrX bila xjumpa hamster2 tu..maafkan saya mrX..saya cuma nak selamatkan hamster2 kawan saya je..

haha..sekian kisah saya dan mrX..tapi rasanya,nanti balik masa final year,tiap kali tengok muka mrX,mesti saya akan teringat kisah ni.. :)

*nama sebenar mrX terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu.. (paling penting untuk keselamatan saya laa :p )

tiba2 rasa rindu kat rumah tu..rindu dengan keriuhan dan kemeriahan kat rumah tu..semuanya sangat terkesan di hati..rasa sangat dekat antara satu lain..terasa bukan setakat teman serumah..tapi macam adik beradik kot..semoga suasana itu dapat dirasai semula masa balik final year nanti..rindunya kat korang..huhu..

walaupun korang mungkin tak baca post ni,just nak korang tahu..korang sentiasa diingati selalu..
~aisyah~sue~nani~ummu~far~mira~jah~nad~
kenangan dan saat2 di DZ will always be in my heart :)