Tuesday, July 28, 2009

hidup ini

hidup ini
penuh suka duka
pahit manis masam masin
dan segala macam rasa yang ada
menjadikan kita lebih dewasa
.
hidup ini umpama roda
putar dan berputar
akhirnya kita pening kepala
kerana kadangkala kita tak sangka
kita yang dahulunya di atas
bisa jatuh dalam sekelip mata
.
hidup ini macam naik roller coaster
penuh kejutan, penuh debaran
dan acapkali kita menjerit kerana ketakutan
berharap ketakutan itu akan segera pergi
dan saat2 yang tenang datang kembali
.
hidup ini penuh air mata
sekejap kita menangis gembira
saat yang lain bersedih pula
pelbagai perasaan yang dirasa
dan perasaan itu hanya kita yang rasa
.
hidup ini bukan macam cerita novel
yang boleh dibaca awal dan akhir
bila kita rasa macam malas nak baca
hanya untuk kita ketahui
apa pengakhiran kisahnya
adakah kesudahan yang sedih
atau mungkin juga sebaliknya
.
hidup ini tidak seperti wayang gambar
merancang skrip dan setiap gerakan
boleh dipotong mana yang tak perlu
bisa dibetulkan mana2 yang silap
dan lakonkan semula setiap aksinya
supaya cerita itu nampak sempurna
.
kerana hidup ini adalah sangat istimewa
dan istimewanya hidup ini
adalah dengan caranya yang tersendiri
tidak seorang yang punya hidup yang sama
kerana kisah setiap orang itu pasti berbeza





~inilah kehidupan~
by nasa
28 julai 2009
7.38 pm

2 comments: