Friday, July 3, 2009

saya ada kawan

saya ada kawan.saya tahu orang lain pun ada kawan.tapi inikan blog saya.jadi biarlah saya cerita tentang kawan2 saya dalam blog saya.kalau korang nak,ceritalah pasal kawan korang dalam blog korang.kalau xnak xpe.kenapa saya nak cerita pasal kawan saya?sebab mereka semua memainkan peranan dalam hidup saya.lebih2 lagi dalam komuniti masyarakat yg kecil ni.
saya ada kawan.nama dia ummu.saya rasa macam dia adik saya je,walaupun dia lagi tua beberapa bulan dari saya.dia slalu kata dia sayang saya.yeke?
saya ada kawan.nama dia mira.dia ni pendiam,macam saya.tapi dia lagi lembut dari saya.lagi sopan santun.dan yang lebih penting,dia rajin kat dapur.tu memang tak macam saya.
saya ada kawan.nama dia jah.dia ni susah nak mengalah.anak bongsulah katakan.tapi kadang2 dia kena mengalah jugak walaupun dia taksuka.
saya ada kawan.nama dia ana.dia yang selalu checkkan esaimen saya.saya suka borak2 dengan dia,walaupun jarang sebenarnya.
saya ada kawan.nama dia sam.dia ni kecik2 je orangnya.tapi kalau dia skype ngan adik dia,sampai kat bilik saya pun boleh dengar suara dia.tapi saya okey je.
saya ada kawan.nama dia hanis.dia serumah dengan sam.hanis ni nampak je garang ngan tegas.yeke?tapi sebenarnya dia baek hati.kan hanis kan?
saya ada kawan.nama dia abby.saya panggil dia kak abby sebab dia tua dari saya.ke saya lagi muda dari dia?sama je.kak abby sangat rajin buat kuih dan kek.dan mereka adalah sgt sedap.
saya ada kawan.nama dia isz.sebaya kak abby.saya panggil kak isz.ceria orangnya.juga sangat pandai masak.kami pergi sekolah yang sama masa sbe.dari situ kot saya lebih kenal dia.
saya ada kawan.nama dia maryam.dia ni kalau bab esaimen,memang antara top score.saya kagumi dia.sebab saya xde keberanian untuk bercakap macam dia.
saya ada kawan.nama dia iman.iman ni diam je.kalau jumpa dia,mesti saya nyanyi,iman adalah mutiara.walaupun suara saya xsedap.tapi saya ikhlas nyanyi untuk iman.
saya ada kawan.nama dia sangeetha.kawan dari foundation lagi.dia ni sweet je orangnya.kalau dulu dia tiap2 minggu balik raub.tapi sekarang dia pergi jalan2 tour europe.
saya ada kawan.nama dia preena.dia serumah dengan sangeetha.dia pun sweet juga orangnya.tapi saya xselalu cakap dengan dia.sebab taktahu apa nak dicakapkan.
cuba kira ada berapa kawan saya kat atas?biar saya jawab.ada duabelas.lambatlah korang kira.haha.kenapa saya buat post ni?sebab post ni untuk saya.bukan untuk korang baca.tapi kalau yang dah baca tu,takpelah.nak buat macamana?takkan nak suruh tarik balik kot.huhu.
inilah kawan2 saya yang sejantina dan sekelas dengan saya yang saya jumpa hari2 kalau ada kelas dan yang menceriakan hidup saya yang jauh dengan keluarga dan teman2 di malaysia.
walaupun saya ni diam je dan jarang pun borak2 ngan kawan2 saya,tapi saya sangat hargai kehadiran mereka dalam hidup saya.2tahun yang akan ditempuh bersama pastinya meninggalkan kenangan dalam hidup saya.terima kasih kawan2.walaupun mereka tak baca post ni,tapi sekurang-kurangnya biarlah saya abadikan mereka dalam blog saya kan... :) sekian.

3 comments:

  1. pehal ak takde dlm nih..nak gak glemer dlm blog ko..huhu

    ReplyDelete
  2. oit teacher.. cube tgk ape kesalahan dalam ayat nie? "kak abby sangat rajin buat kuih dan kek.dan mereka adalah sgt sedap."...;p

    ReplyDelete
  3. azar,nnti laa..ni utk kwn2 sejantina aku..ko ni jantina apa?????

    along,memang saja je :) hehe..bukan cikgu bm pun..

    ReplyDelete