Thursday, July 9, 2009

apa kata anda?

PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012..jadi,apa kata anda??mungkin ramai yang tidak puas hati..saya tahu..tapi pastinya pelbagai kajian telah dilakukan.dan saya yakin ini adalah keputusan yang terbaik buat masa sekarang..saya bukan setakat bercakap kosong..tapi bercakap berdasarkan apa yang saya perhatikan di sekolah..

perlaksanaan PPSMI mungkin tidak kena masa dan caranya..namun saya menyambut baik cadangan drM..beliau seorang pemimpin yang berfikiran jauh..tapi tak semua orang berfikiran seperti beliau..mungkin beliau terpaksa menerima hakikat keadaan Malaysia adalah seperti apa yang dilihat hari ini..beliau melihat Malaysia dalam masa berpuluh-puluh tahun akan datang..saya kagum dengan semangat beliau..tak apalah drM..jangan bersedih..

mungkin kita melihat sesuatu itu dari sudut yang ideal..kita nampak perkara yang baik dan cantik sahaja..tapi hakikatnya pelbagai cacat cela dan kekurangan yang terpaksa kita akui..
apa kata anda???

* * *

12 langkah mantapkan bahasa Inggeris

PUTRAJAYA 8 Julai - Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan 12 langkah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Ia diluluskan Kabinet hari ini selaras dengan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berikut langkah-langkah tersebut:

- Menambah seramai 13,933 guru Bahasa Inggeris (BI) termasuk 1,000 dari luar negara, 600 guru bersara dan 12,333 guru tambahan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

- Menyediakan guru penolong BI gred DG41 bagi kelas besar melebihi 35 murid dalam tahun satu dan dua untuk meningkatkan masa perhubungan guru dan murid.

- Menambah waktu BI bagi sekolah kebangsaan (SK) tahap satu sebanyak 90 minit kepada 330 minit seminggu manakala tahap dua daripada 210 minit kepada 300 minit seminggu.

- Waktu BI bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) tahap satu pula ditambah daripada 60 minit kepada 120 minit seminggu manakala tahap dua ditambah daripada 90 minit kepada 120 minit seminggu.

- Menambah waktu BI bagi tingkatan satu hingga lima daripada 200 minit kepada 280 minit seminggu.

- Peruntukan waktu BI bagi Malaysian University English Test (MUET) tingkatan enam ditambah daripada 320 minit kepada 400 minit seminggu.

- Waktu BI bagi matrikulasi ditambah 100 peratus iaitu daripada tiga jam kepada enam jam seminggu.

- Program Sastera Kontemporari bahasa Inggeris Kanak-Kanak diperkenalkan kepada semua murid sekolah rendah tahap dua untuk mengukuhkan minat membaca dan memperkenalkan unsur-unsur sastera.

- Mewujudkan makmal bahasa Inggeris di sekolah-sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa itu dengan berkesan.

- Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran BI melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai.

- Pelajaran tatabahasa Inggeris diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran BI.

- Menyerapkan elemen sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran BI untuk mendedahkan murid dengan istilah berkaitan dalam bahasa Inggeris.

* * *

apa kata saya?saya pun tak tahu nak kata apa..namun setelah melihat 12 langkah memantapkan bahasa inggeris, saya sedar, amanah yang tergalas di bahu ini bertambah..walaupun belum masanya lagi,tapi seperti sudah terasa auranya..sudah terhidu tugas2 yang bakal dipikul nanti..
namun segalanya akan dilakukan sebaik mungkin insyaAllah..selagi terdaya kudrat ini, demi agama dan generasi masa depan, saya akan cuba yang terbaik..
apalagi kawan2..siapkan peralatan..mantapkan diri..kita akan menggempur sekolah2!!! :)

3 comments:

  1. setuju if lngkah2 u memantapkn BI diambil n pade mase yg same PPSMI diteruskn..huhu

    ReplyDelete
  2. mungkin banyak masalah lg kot akan timbul kalau ppsmi diteruskan..

    memang benda ni pun sebenarnya xboleh nak dinilai dalam masa yang singkat because it takes a long time to see the real impact on our students..sebab tu dr M kata xapa kalau awal2 ni guna bahasa campur2 dulu tp nanti lama2 kita akan mantapkan bi kita...

    tp nak wat cane,ppsmi akan dimansuhkan..kita terima je laa..

    ReplyDelete
  3. ape pon nak buat gua on jer asal gaji gua naek skali..huhuhu...

    ReplyDelete