Thursday, July 2, 2009

nak dengar cerita?

sebelum dengar cerita,kena jawab soalan dulu..
nak jawab tak?soalan mudah je..
masa saya tak ada idea nak buat esaimen,saya suka buat apa??


tak apalah,xpayah penat2 fikir..
saya bagitahu je..kalau saya xde idea nak buat esaimen,saya akan tulis blog..kenapa??
sebab masa tu, saya nak tulis, tapi tak tahu apa nak tulis..sama ada memang saya malas nak fikir atau memang dah blank, tapi saya tak tahu nak tulis apa..
jadinya,disebabkan nak tulis sesuatu, saya tulis dalam blog..


hari ni nak cerita pasal apa ye?nak dengar cerita pasal seorang pak cik ni tak??bukan dengar, nak baca pasal pak cik ni tak? kalau nak baca, baca laa..kalau xnak, pergi dekat penjuru belah kanan, ada pangkah warna merah,klik pada pangkah itu..hehe.. :)


pak cik ni namanya kaab bin malik..siapa dia ni??dia ni hidup masa zaman rasulullah saw dulu..
tentang riwayat hidup dia, xberapa pasti lah pulak secara terperinci..tapi cerita dia ni popular selepas perang tabuk..


masa nak pergi perang tabuk ni, Rasulullah bagitahu diorang awal2 supaya bersedia untuk pergi perang..tak macam perang2 yang lain, bila dapat perintah perang, serta merta mereka pergi.. masa dapat pemberitahuan untuk bersiap sedia ni,memang ada beberapa orang yang xnak pergi berperang pun dengan pelbagai alasan..


sampai masa diorang nak pergi perang..ada pula beberapa orang yang tertinggal..disebabkan kelewatan ataupun rasa ragu2 nak pergi ke tak nak..antaranya termasuklah kaab b malik..dia ragu2 nak pergi perang ke nak pergi petik buah kurma yang masa tu memang tengah musim menuai kurma pun..nanti kalau tunggu balik perang baru nak kutip, takut buah tu rosak pulak nanti..maka dia pun tertinggal daripada mengikuti pasukan perang tu..

sebenarnya Allah nak uji je sesiapa yang sanggup nak pergi perang ni..sebab lepas tu, dengan izin Allah, tak jadi perang pun..sampai kat Tabuk,orang2 kat Tabuk setuju nak bayar jizyah..lepas beberapa hari,mereka pun balik semula ke madinah..


lepas balik ke madinah,orang2 yang tak pergi perang pun jumpa rasulullah..bagi macam2 alasan nape diorang tak pergi perang..tapi ada 3 orang ni,diorang tak bagi alasan pun..kaab b malik adalah salah seorang daripadanya..dia xnak bagi alasan yang dibuat2 macam orang2 sebelum dia tu..

dia cuba berkata benar dan bagitau keadaan yang sebenarnya kat rasulullah..rasulullah tahu yang dia berkata benar dan cakap biarlah Allah yang tetapkan keputusan untuk dia..



turunlah ayat supaya mereka tiga orang ni dipulaukan..sebagai hukuman bagi mereka..


'...dan terhadap tiga orang yang ditinggalkan. hingga ketika bumi terasa sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa mereka pun telah (pula terasa) sempit bagi mereka, serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari (siksaan) Allah,melainkan kepada-Nya saja, kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya...'

(at-Taubah, 9:118)



ada yang tanya,kenapa diorang je yang kena hukum,padahal mereka yang bagi alasan tu tak kena hukum pun..sebab nampak sangat mereka yang bagi alasan tu tak berani menyatakan kebenaran..dan hanya Allah yang tahu hati mereka..


berbalik pada pemulauan kaab dan 2 orang lagi iaitu mararah b rabi' dan hilal b umayyah.. mereka dipulaukan lebih kurang 40 hari..dua orang yang kena pulau tu duduk je kat rumah..mereka turut bertaubat atas kesalahan mereka xpergi perang..tapi kaab ni, dia xjemu2 pergi masjid solat jemaah, pergi jalan kat pasar..dengan harapan ada orang yang akan tegur dia..tapi tak ada sorang pun yang tegur dia..


ada satu ketika ni,kaab pergi jumpa sepupu merangkap kawan baik dia, namanya abu qatada..dia pergi tegur, kawan dia ni xlayan pun.. "wahai abu qatada, engkau mengetahui bahawa aku mencintai Allah dan rasul-Nya.." kaab cakap kat kawan dia..


kawan dia diam je..buat tak layan kat kaab..lepas tu kaab ulang sampai kali ketiga..lepas tu kawan dia jawab "hanya Allah dan rasul yang mengetahuinya.."


kaab punyalah sedih..sampai macam tu sekali kesan akibat dia tak pergi perang tu..betapa sakitnya dan pedihnya rasa dipulaukan..sedangkan kawan baik dia sendiri pun xlayan dia..tapi itu semua disebabkan perintah Allah..Allah yang suruh mereka ni dipulaukan..sebagai balasan kan..


dipendekkan cerita, kaab pun memang sedih sebab dipulaukan macam tu..sehingga satu hari, masa kaab tengah duduk, tiba2 dengar dari jauh orang melaung.."wahai kaab b malik!!!bergembiralah kamu (dengan berita baik)..


kaab pun tahulah apa dia berita baik tu..dia pun sangat bersyukur dan gembira sebab taubat dia telah diterima dan pemulauan dah berakhir..orang2 lain pun sama2 gembira..bayangkan diorang pun mesti sedih juga,terpaksa pulaukan saudara dan teman sendiri untuk satu tempoh yang panjang..


jadi, berkata benarlah walaupun pahit..dan sesungguhnya,lepas suatu kesusahan tu, ada kegembiraan yang menanti di hujung jalan..hanya kita perlu meletakkan sepenuh harapan dan kepercayaan pada Allah..

(kalau ada kesilapan pada cerita di atas,sila betulkan ye.terima kasih)


wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment