Saturday, October 31, 2009

umur makin pendek

sedar atau tak,semakin hari,umur kita bukan semakin panjang, tetapi rupanya semakin pendek..setiap hari yang berlalu,bermakna sehari berkuranglah umur kita daripada umur yang telah ditetapkan..setiap saat yang berlalu yang xkan datang kembali,bertukar menjadi minit,lalu jam. kemudian hari bertukar minggu dan berganti bulan, akhirnya menjadi tahun..salah satu tanda aras yang sering digunakan adalah hari lahir yang disambut.



kalau sering orang ucapkan,semoga panjang umur..namun sebenarnya,umur kita memang dah ditetapkan..umur kita xkan jadi lebih panjang kerana telah pun ditetapkan berapa umur kita hidup di dunia ini..


angka umur kita mungkin bertambah,tapi tempoh yang diberikan pada kita semakin berkurang..makanya,semakin meningkat usia,semakin dekatlah kita dengan kematian.dan semakin hampir juga kepada hari yang dijanjikan..


moga diberkati umur..doakanlah umur sahabat kita itu diberkati..biarlah walau hanya setahun lagi dia hidup, atau mungkin lagi 50 tahun dia akan hidup di dunia ini,yang penting biarlah setiap detik dalam hidup itu diberkati..apalah erti hidup ini tanpa keberkatan dari-Nya,sedangkan kita ini hamba yang hidup semata-mata kerana kita akan kembali pada-Nya jua nanti..


biarlah semakin meningkat usia ini,semakin bertambah pula amalan dan meningkatnya iman..biarlah kita semakin sedar bahawa masa akan terus berlalu meninggalkan kita..hanya kita yang dapat tentukan siapa kita pada hari ini dan esok hari..biarlah hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih hebat dari hari ini..insyaAllah..


kita berusaha,Dia juga yang menentukan segalanya..


semoga umur diberkati =)


~wallahu'alam~
31 oktober 2009
12.15 pm uk, 8.15pm malaysia
library marjon,plymouth UK

3 comments:

  1. happy birthday!!(kepade sesiapa yg berkenaan)
    semoge allah MEMBERKATI hubungan..

    ReplyDelete
  2. nad yg busuk, bru nk update..lame x bce..org buke x update, bile org xbuke, update pulak.pening2..
    hehehehe.

    ReplyDelete
  3. huhu..mana sy tau bila jah baca n bila jah xbaca..sy update pon ikut mood kan..huhu.. :) btw,thanks!!

    ReplyDelete