Saturday, October 31, 2009

umur makin pendek

sedar atau tak,semakin hari,umur kita bukan semakin panjang, tetapi rupanya semakin pendek..setiap hari yang berlalu,bermakna sehari berkuranglah umur kita daripada umur yang telah ditetapkan..setiap saat yang berlalu yang xkan datang kembali,bertukar menjadi minit,lalu jam. kemudian hari bertukar minggu dan berganti bulan, akhirnya menjadi tahun..salah satu tanda aras yang sering digunakan adalah hari lahir yang disambut.



kalau sering orang ucapkan,semoga panjang umur..namun sebenarnya,umur kita memang dah ditetapkan..umur kita xkan jadi lebih panjang kerana telah pun ditetapkan berapa umur kita hidup di dunia ini..


angka umur kita mungkin bertambah,tapi tempoh yang diberikan pada kita semakin berkurang..makanya,semakin meningkat usia,semakin dekatlah kita dengan kematian.dan semakin hampir juga kepada hari yang dijanjikan..


moga diberkati umur..doakanlah umur sahabat kita itu diberkati..biarlah walau hanya setahun lagi dia hidup, atau mungkin lagi 50 tahun dia akan hidup di dunia ini,yang penting biarlah setiap detik dalam hidup itu diberkati..apalah erti hidup ini tanpa keberkatan dari-Nya,sedangkan kita ini hamba yang hidup semata-mata kerana kita akan kembali pada-Nya jua nanti..


biarlah semakin meningkat usia ini,semakin bertambah pula amalan dan meningkatnya iman..biarlah kita semakin sedar bahawa masa akan terus berlalu meninggalkan kita..hanya kita yang dapat tentukan siapa kita pada hari ini dan esok hari..biarlah hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih hebat dari hari ini..insyaAllah..


kita berusaha,Dia juga yang menentukan segalanya..


semoga umur diberkati =)


~wallahu'alam~
31 oktober 2009
12.15 pm uk, 8.15pm malaysia
library marjon,plymouth UK

Thursday, October 29, 2009

no title for this post

'once upon a time...'


every time we hear this phrase, we know what will happen next. there will be a story to be told. for me personally, it is very interesting to hear stories from others, especially from teachers. unfortunately, my school time or to be specific the english lessons did not really leave a great impact on me. no story telling session. just chalk n talk. copy from the blackboard or text book. have to complete sentences or fill in the blank.


but still, i learn a lot from my previous teachers. all the good things about their teaching should be followed, but improvement must be done. teaching should not be just referring to the text book and writing on the blackboard for students to copy. learning should be fun. most of all, it should be meaningful.


some people (or maybe many people) think that it is easy to become a teacher. just go into the classroom and teach the students. it may be easy to become a teacher, but it is definitely not easy to become a great teacher, who not only knows all the theories of teaching and learning but could apply the theories into practice and make the learning session as wonderful moments for the students.


there is still long way to go..many challenges are waiting ahead..just hope and pray for the best..

Wednesday, October 21, 2009

bila dia kata rindu

bila dia kata rindu
aku tahu
jauh di sudut hatinya
dia menunggu kepulanganku
dia hanya mengucapkan apa yang dia rasa
kerana dia tak tahu menipu


bila dia tanya
bila aku ingin pulang
dia akan mengeluh
kerana lamanya lagi
sebelum masa itu akan tiba



bila dia menitiskan air mata
dan cuba menahan esakannya
aku tahu
itu hanyalah kerana dia rindu



walaupun aku tidak pernah mengungkapkan rindu padanya,
seharusnya dia tahu,
aku juga rindu...
rindukan jerit tangisnya,
rindu kenakalan dan keriangannya,
rindu melihat telatahnya...



miss my little brother,danial..
walaupun dia tak paham ayat ala2 puisi ni,
biarlah dia tahu nanti,
perasaan ini pernah wujud dalam hati ini...

3.48pm,plymouth UK...




*rindu orang lain jugak..tapi sebab danial je tanya bila kakak dia ni akan balik,orang lain tak tanya pun (sebab dah tahu..huhu..)

m.a.l.a.s

bosan.bosan.bosan.malas.


malas.penyakit yang x ada ubat.bila datang penyakit ni,satu kerje xboleh nak buat.rasa macam nak menjerit,rasa nak marah kat diri sendiri.tapi rasa malas tetap tak hilang.


malas.nape jadi malas?


setelah diteliti (walaupun dalam keadaan malas), malas ni terjadi bila kita fikir yang kita masih ada banyak masa lagi.kita tahu kepentingan untuk buat sesuatu benda tu, tapi bila masih banyak masa, kita ada potensi untuk menangguhkan kerja tu. ni semua disebabkan sifat malas. sampai lah ke saat2 terakhir, bila kita tahu kita tak banyak masa, rasa malas akan diatasi oleh rasa perlunya untuk siapkan sesuatu tu. masa tu, tiba2 boleh pulak jadi rajin. walaupun sebenarnya bukan rajin, tapi terpaksa.


kita malas belajar sebab exam lambat lagi, atau kita memang xde exam, buat apa nak belajar kan?


kita malas nak buat assignment sebab due date lambat lagi. (tapi camane lak kalau saat2 akhir tu ada pulak kerja lain kena siapkan??)


kita malas nak solat sebab waktu masih panjang. tunggu lewat2 sikit pun tak apa. (yeke xpe??)


kita malas nak baca quran sebab fikir, xbaca hari ni pun,esok2 ada lagi. (kalau esok2 ada lagi..kalau kejap lagi mati camane??)


kita malas nak bangun awal2 pagi sebab fikir kalau bangun awal pun nak buat apa? (padahal banyak je benda yang boleh buat kalau bangun pagi tu..)


kita malas nak masak sebab fikir ada orang lain boleh masak untuk kita. (kalau kat rumah,bolehlah fikir mak akan masak untuk kita,tapi sampai bila nak jadi camtu kan??dah besar pun xreti2 nak masuk dapur??)


kita malas nak ....korang tambah lah sendiri apa benda yang korang malas dan fikir kenapa jadi malas..


xboleh malas!!!kena jadi rajin..bila rajin,kita akan ada usaha untuk buat sesuatu tu.kita xkan terbawa-bawa dengan rasa malas yang bermaharajalela dalam diri...


yang penting bila buat sesuatu kerja tu ialah USAHA..usaha hanya boleh dilakukan dengan jayanya bila kita rajin.masa malas,memanglah kita usaha jugak,tapi usaha orang malas,sama ke dengan usaha orang yang rajin kan??


kena RAJIN!!! :)

-post ini ditujukan pada diri sendiri.ini hanyalah salah satu usaha untuk merajinkan diri sendiri yang sedang berjuang untuk menentang penyakit malas-

Friday, October 16, 2009

what's gonna work???

if you read the title in the wonder pets style of saying it, then you will for sure get the answer for the question.


so what's gonna work guys??

TEAMWORK!!!

it's the teamwork that counts when you do things together.


it does not really matter whether your work is not as nice or as good as what other groups have done. but when you work as a team and agree on what to do and support each other to complete a task, for me that is more important than to produce a beautiful work.


this is just what i feel and what i think (it may be right, it may also be wrong)


when everyone in the group can't really draw for example, but you got a task that needs you to draw few pictures to make a story, it is really good when everyone agree to draw a picture, regardless the drawing will be beautiful or not really beautiful (it's not good to say ugly, because my drawing will be the ugliest i think.. :p) so everyone take a piece of paper and start to draw their part.


and finally, we came out with our group story pictures. frankly speaking, it's not really bad!!!

i just love it!!!


erm...that's all to share for now..(the ending is quite 'tergantung' but it's ok rite??)

Thursday, October 15, 2009

tempe

suka makan tempe? sedap kan? sama ada dalam lauk, apatah lagi yang digoreng. lama nya tak makan tempe. huhu. post kali ini bukan nak kongsi resipi masak tempe atau cara2 untuk buat tempe, tapi hanya untuk berkongsi sebuah kisah tentang seorang penjual tempe. di 'copy & paste' dari blog lain. moga dapat manfaat dan pengajaran dari kisah ni.

* * *


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.


Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.... Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.


Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"


Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin" Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu.


Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.


Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.


Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya.


Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe ... Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.


Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."


Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.


Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin". Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah.


Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.


Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan Allah.
* * *
banyak pengajaran yang boleh kita dapat andai kita cuba fahami cerita ni betul2.
adakala,kita berdoa dan berharap pada Allah supaya doa kita dimakbulkan.sedangkan kita sendiri pun tak tahu adakah itu yang terbaik untuk kita. dan sesungguhnya, Allah jualah yang lebih mengetahui.
Allah tahu andai apa yang kita minta itu baik atau tak untuk kita.andai dimakbulkan, bersyukurlah pada Allah. andai tak dimakbulkan, mungkin belum masanya untuk doa itu dimakbulkan. mungkin akan dimakbulkan satu hari nanti di dunia ini, atau mungkin juga ketika di alam abadi nanti.
kita sering salahkan takdir andai sesuatu yang buruk menimpa kita, tetapi terlupa untuk mencari hikmah yang tersembunyi di sebalik sesuatu yang terjadi itu.
kita ingin 'ganjaran' serta-merta dari Allah, sedangkan 'ganjaran' yang menanti di sana jauh lebih baik, insyaAllah.
~wallahua'alam~
*nak makan tempe goreng!!! huhu.. :)

Wednesday, October 14, 2009

menghafal?



'memorization is not a meaningful way of learning'. that is one of the things that i gained from today lesson.


i try to relate it with our daily life, or to be more specific, with our daily routine, and this includes praying. we say our prayer every single day, and at least 5 times a day. some of us may perform more. but how far do we really understand our prayer? we are trained since we we're small to memorize word by word and sentence by sentence, and not much emphasize was given to 'understanding what is the meaning' part.

i admit that i myself have to try really hard to understand and remember the meaning of what i recite. the major factor of this is because i have no any basic in Arabic language. started reciting the quran since i was small does not really help me to understand the language either.

because of this, it is rarely happen that we practice our recitation, although we may recite it every day. we recite our prayer, but without knowing the meaning, it would be just meaningless, although there are still good rewards waiting for us, insyaAllah..

apart from understanding the meaning of our prayer, it is also true that memorization does not really contribute to learning. it may be helpful during exams, but all the memorized information and knowledge would just dissapear after that (this is just from my personal experience). this is what will happen when the education system is based on examination.

i believe it is the understanding that really matter. when you understand the content of the knowledge, then it would be easier to apply and practice it in your life. when you understand by heart, the meaning will come naturally every time you recite the sentence.

wallahu'alam.

...nasa...
-yang dah lama tak menulis dan xtau nak organize point-

Thursday, October 8, 2009

raya lagi?

dah hampir 2minggu x mengupdate blog.nak kata sibuk,tak jugak.nak kata tak ada masa,tipu laa kan.tapi tu laa,bila hati rasa macam xnak tulis apa2, rasa nak bukak website blog ni pun malas.aish.apa nak jadi laa.

raya lagi ke sekarang?hampir masuk minggu ke-3 bulan syawal.dah habis puasa 6 tak?kalau x,sempat lagi nak puasa ni.

"Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

best kot rasanya kalau pahala dia sama dengan puasa sepanjang tahun.erm.. :)

walaupun rasa macam dah lambat nk upload gambar masa raya,tapi tiba2 rasa nak upload jugak.ditambah dengan mood ala2 bosan kat sini.dan dicampur rasa rindu nak balik.
.
.
~satu hari di hari raya~

my beloved mummy :)

my elder sisters yg ayu2 belaka..(both of them dah berpunya..) :p


my abang ipar (omar) n angah


my abang ipar jugak (apeq) n harris naufal


my younger sister~Diana

my youngest brother~Danial


and finally...

the family picture..

(which is incomplete)


(because there was no me in the picture)

*waiting for duit raya from kakak2 n abang2 ipar..nnti bank-in eh :)

tu je laa sedikit gambar yang diambil masa pagi raya..masa tu time kat malaysia pukul 10 lebih, n time kat uk pukul 3 lebih..

till then, wallahua'alam~