Friday, February 19, 2010

sekadar pemberi peringatan

seringkali diri ini terlupa, bahawa kita hanya dapat memberi peringatan pada orang lain. tapi kita takkan dapat sekali-kali mengubah seseorang itu, selagi mana dia sendiri tidak mahu mengubah diri mereka sendiri.


cantik sekali cara Allah mendidik manusia. didatangkan pelbagai keadaan dan situasi, yang dapat manusia itu ambil pengajaran dan pelajaran. diberikan teman2 untuk memberi peringatan dan nasihat, baik secara langsung, mahupun secara tak langsung. tinggal saja manusia itu mahu terima ataupun tidak. diberikan ayat2 yang diturunkan lebih 1400 tahun dahulu, supaya manusia yang beriman dengan ayat2-Nya dapat mengambil pelajaran. dan al-quran itu sebagai peringatan bagi mereka yang takut pada Allah.


Kami tidak menurunkan al-quran ini kepadamu agar engkau menjadi susah; melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah. [Taha;20: 2-3]


betapa apabila manusia jauh dari al-quran, susah juga hati ini untuk tersentuh dengan kebaikan, walaupun perkara yang baik itu jelas terpampang di depan mata. apabila hati ini tidak dibasahi dengan menghayati ayat2-Nya dan zikir yang berpanjangan kepada-Nya, sukarlah hati ini untuk menerima teguran dan nasihat dari manusia lain, kerana menyangka apa yang ada padanya sudah cukup, sudah yang terbaik..


manusia yang menegur itu juga manusia. dia hanya menjalankan bahagiannya di dunia ini. sekurang-kurangnya apabila kelak dia ditanya sudahkah dia memberikan peringatan, dia mempunyai bukti pada Tuhannya bahawa bahagiannya telah dilaksanakan. tuntutan dalam al-quran juga telah dilaksanakan.


Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang2 yang beruntung. [Ali Imran;3: 104]


namun manusia sering lupa. siapalah kita untuk memaksa manusia lain mengesakan Allah. apalah juga kudrat kita untuk manusia lain menerima nasihat dan teguran kita. kerana tugas kita hanyalah sebagai pemberi peringatan, bukan pengubah manusia.


sedang Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak pernah memaksa masyarakat Arab untuk memeluk agama Islam. apa yang dilakukan baginda hanyalah memberitahu kebenaran dan menyeru mereka ke arah kebaikan. dakwah yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh dengan tentangan, itupun tidak semua yang menerima dakwah baginda. dan sungguh, islam itu sendiri pun bukanlah agama paksaan kan.


Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), sesunggunya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. [Al-Baqarah, 2: 256]


iya,memang jelas jalan yang benar, seperti yang dituntut oleh islam, dan seperti yang dikehendaki Allah. namun, acapkali kita manusia ini dipengaruhi oleh keinginan dan kehendak diri, dan kadangkala kita sendiri tewas dengan diri sendiri. betapa ujian Allah untuk hamba2-Nya itu berbeza dan sesuai dengan kemampuan setiap manusia itu.


seringkali, kita kelihatan seperti memaksa manusia lain melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tiada sebab lain kerana kita inginkan kebaikan pada manusia itu. dan kerana sesungguhnya kita sangat sayang pada manusia2 lain di muka bumi ini. kita ingin manusia lain bersama-sama mengejar syurga yang tidak dapat ditandingi keindahannya dengan segala yang lain.


namun kita juga manusia biasa. itulah kita. sering lupa, bahawa kita hanya pemberi peringatan. dan nanti apa yang dipersoalkan di alam yang kekal nanti adalah sudahkah kita memberi peringatan, bukan sudahkah manusia yang kita ingatkan itu berubah mengikut nasihat yang kita berikan.


Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang di bumi seluruhnya. tetapi apakah kamu (hendak) memaksa manusia agar mereka menjadi orang2 yang beriman? Dan tidak seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah, dan Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak mengerti. [Yunus; 10: 99-100]


sungguh, hidayah dan taufiq itu kan ditentukan Allah...


aduh. kerdil sungguh diri ini. berapa banyak teguran yang Allah beri, namun diri ini masih banyak kekurangan. segala yang baik dan buruk itu datang dari Dia, namun diri kita juga yang perlu berusaha untuk mencapai perkara yang baik, dan berusaha juga untuk menjauhi perkara yang kita sendiri tahu tidak baik. masih banyak kekurangan diri ini..segala yang dituliskan ini juga akan dituntut perlaksanaannya..lemahnya diri ini..


wallahu'alam~

Monday, February 15, 2010

kereta saya

salam semua. tak tahu kenapa tiba2 nak tulis entri ni. mungkin sebab tengah rajin nak update blog, pastu buka yahoo page, ternampak artikel ni yang bertajuk 'Top ten most expensive cars in production'. saya bukanlah orang yang obses terhadap kereta. mungkin sebab tu juga entri ini ditulis.

dalam artikel tu, disenaraikan 10 kereta yang termahal. dalam hati masa baca tajuk tu, berapa juta laa agaknya (terfikir harganya mungkin dalam RM 1 ke 2 juta). melihat kereta yang menduduki tempat teratas, berharga GBP 2 juta, bersamaan lebih RM 10 juta. nampak macam sikit je bila tulis 10 juta, tapi berapa banyak nilai tu xdapat nak dibayangkan. ni senarai 10 kereta yang termahal sekarang (sumber):

1 - Zenvo ST1: £2m

2 - Koenigsegg Trevita: £1.5m

3 - Bugatti Veyron: £1.3m

4 - Aston Martin One-77: £1.2m

5 - Pagani Zonda Cinque Roadster: £1.2m

6 - Ferrari 599XX: £1.2m

7 - Lamborghini Reventón Roadster: £1m

8 - Maybach Landaulet: £800,000

9 - SSC Ultimate Aero: £400,000

10 - Tramontana R-Edition: £360,000



ni gambar kereta yang termahal tu. mungkin kalau orang yang minat kereta sport, mungkin minat gila2 kot. tapi bagi saya, x adalah cantik sangat kereta ni. huhu. mungkin kerana hanya 15 buah kereta ni yang dibuat, menjadikan dia sangat mahal. ditambah dengan ciri2 yang canggih dan hebat. dengan enjin V8 7 liter, dan kelajuan yang sangat laju dengan 'body' kereta yang ringan. banyak lagi laa kelebihan kereta ni yang menjadikan dia GBP 2 juta. boleh google kalau nak tahu lebih lanjut. entri ini bukan untuk mempromote kereta ni pun..huhu..

Zenvo ST1 (sumber)


unik kan manusia ni? ada orang sanggup beli kereta sampai RM berjuta2. kalau x ada permintaan, xkan laa kereta-kereta mahal ni dibuat kan. memang citarasa manusia berbeza2. nak memenuhi kehendak manusia pun tak mudah. sedangkan bagi orang kebanyakan macam saya ni, RM berjuta2 boleh beli sebuah rumah yang besar di kawasan yang tak mahal sangat dan sebuah kereta berharga sederhana yang pastinya juga selesa dan best untuk dibawa, dan mungkin sebuah lagi kereta. mungkin juga sebuah rumah kecil untuk disewakan..huhu :p


kalau dulu masa kecik2, nak sangat kereta mercedes sport yang boleh bukak atap. even sampai sekarang pun sebenarnya, sangat suka tengok kereta tu (selalu tunggu Sembilu Kasih masa part hujung dia tu, ada kereta mercedes n bmw yang boleh bukak atap tu).haha..tapi itu semua angan2 semata2. sebab sekarang ni bila dah tau erti dan nilai duit, walaupun mampu saya xkan beli kereta ni.


mercedes SL-Class-071 (sumber)

dah2..lupakan angan2 masa kecil itu..sebenarnya, lepas baca artikel pasal 10 kereta termahal tu, terus terlintas dalam fikiran kereta yang saya aim nak beli bila balik malaysia nanti. itu pun sebab saya dah biasa bawak kereta ni. dan rasanya sesuai dengan kemampuan saya yang belum bekerja pun lagi.. huhu. apalagi, perodua Myvi.. :)

macam kereta kakak saya.huhu..



Myvi (sumber)



bila dibuat perbandingan dengan kereta Zenvo ST1, kereta Mercedes SLC, dan Myvi ni, rasanya Myvi macam lagi best. kerana pada harga yang tak berapa mahal, tujuan yang sama dengan kereta2 mahal lain dapat dicapai, iaitu untuk sampai ke sesuatu tempat dan dapat berlindung dari hujan dan cuaca panas di malaysia. memang laa ada perbezaan dari segi enjin dan kelajuan. berbeza juga dari segi kualiti dan lain2 aspek..mungkin kalau abang ipar saya yang suka bawak kereta laju2, akan rasa sangat best untuk bawa kereta untuk laju2. tapi saya??bawak je laa.. :)


kalau dulu, nak sangat beli MPV yang 7-seaters. tapi bila fikir2 balik, beli kereta kecik dulu laa..nanti2 baru beli MPV..hehe..dah2, tak habis2 cerita pasal kereta pulak..huhu..apa2 pun, kereta tu asalkan dapat mencapai matlamat dan tujuan dah cukup baik sebenarnya kan. biarlah sederhana, sesuai dengan kemampuan, sesuai dengan saiz keluarga juga..jangan kereta tu pulak jadi matlamat kita..dan lebih teruk kalau kerana kereta itu, timbul pula perasaan bangga diri dan riak dengan apa yang dimiliki..kan???
*erm..mungkin sebab saya yang tak tahu menilai kereta kot sebab belum pernah ada kereta sendiri lagi??huhu..
wallahu'alam~

Monday, February 8, 2010

selepas 111 entri

selepas 111 entri yang di'publish' dan 33 post yang tak di'publish'kan, tiba2 terfikir, kenapa saya tulis blog ni? bila buat sesuatu tanpa tujuan dan matlamat, rasa tak terarah dan macam tak best. even nak mengajar pun kena ada aims and objectives of the lesson. dan tujuan hidup ni pun ada matlamat nya kan. jadinya, setelah difikir dan dipertimbangkan, saya dah tahu kenapa saya tulis blog ni. mungkin tak semua saya senaraikan di sini, tapi antaranya termasuklah:


1. saya nak tulis apa yang saya rasa n share sikit2 apa yg saya tahu dengan org lain.

2. saya nak bagitahu apa yang saya buat kepada famili dan kawan2 saya di malaysia.

3. sebagai catatan saya di kemudian hari..nanti bila dah bekerja n b'keluarga, saya boleh kembali kepada zaman muda2 saya n kenang semula perasaan saya masa tu..huhu..


lepas dah tahu kenapa saya tulis blog, barulah saya rasa lebih tenang kot. sebab sebelum ni selalu rasa malas dan tak ada kepentingan untuk update blog ni. so lepas ni, saya dah tahu kenapa saya kena update blog, walaupun tak ada orang yang baca, dan saya macam syok sendiri je..huhu :p
wallahu'alam~

Friday, February 5, 2010

dah setahun

dalam kesibukan membuat kerja, tiba-tiba diingatkan oleh status dan 'shoutout' rakan2 bahawa telah setahun kami di tempat ini.tempat yang menyimpan kenangan suka duka,pahit manis, duka dan gembira seorang pengembara yang mencari ilmu. tempat yang tak sampai lagi setahun akan ditinggalkan. lepas hantar assigment Teaching English to Young Learners (TEYL), barulah berkesempatan mencoret sesuatu di sini.


dah setahun di sini. banyak benda yang dipelajari. banyak pengalaman telah diperolehi. terasa suasana ini telah banyak juga mematangkan diri. belajar untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri, walaupun keputusan itu acapkali tidak dirasakan yang terbaik untuk dilakukan. dan kadangkala juga kesilapan itu salah. namun inilah namanya kehidupan. belajar membuat kesilapan, belajar menghadapi pelbagai keadaan dan belajar bagaimana menghadapi hidup andai diri ini keseorangan.


setelah setahun, diri ini cuba berpaling menjejeaki jejak2 yang telah ditinggalkan. melihat apa yang telah dilakukan sepanjang berada di sini. apa yang telah dipelajari oleh diri, dan apa yang telah dapat dimanfaatkan bersama dengan orang lain. ternyata, banyak lagi yang perlu dipelajari. banyak lagi ilmu yang belum dimanfaatkan bersama orang lain. banyak lagi kelemahan diri yang belum diatasi.


setelah masuk bulan kedua tahun ini, terasa sungguh kehilangan kakak2 yang telah kembali ke IPBA. tiada lagi tempat untuk mengusik, bermanja, duduk2 bersembang..dan kini, kami yang menjadi kakak kepada adik2 di sini..sangat tidak seronok perasaan itu..namun inilah kitaran kehidupan. tidak lama lagi, kami juga akan meninggalkan tempat ini..dan sekali lagi menjadi kakak kepada adik2 di IPBA, yang pastinya semakin banyak muka2 baru yang tak dikenali..



namun sebelum detik itu datang, biarlah kami memanfaatkan sebaik mungkin masa disini. menggapai setiap pengalaman dan pengetahuan. moga tahun terakhir di sini akan lebih baik dari setahun yang telah berlalu. dan kenangan ini akan tetap menjadi ingatan dalam hati.



to all my friends, THANK YOU!





tahun pertama, 2008~IPBA




tahun kedua, 2009~Marjon, Plymouth





????? (tiada gambar)



tahun ketiga, 2010~Marjon, Plymouth



dan ini bermakna hanya tinggal dua tahun sebelum diri ini melangkah ke sekolah sebagai seorang cikgu =)



kawan2ku,bila nak amek gambar ramai2???

Thursday, February 4, 2010

keep moving!


If you can't fly, run.

If you can't run, walk.

If you can't walk, crawl,

but, by all means, keep moving.

-Dr. Martin Luther King, Jr.-


keep moving. not because you're fast. but because you have to. keep moving. even at your own path. even they left you behind. even you're with no one. keep moving. and grab everything at your sight, as you may need them one day. keep moving. and remember the feeling when you're moving fast, for you to remember when you're getting slower. and one thing you should bear in mind, don't you ever stop moving. as you will never know, if tomorrow, you won't be able to move anymore. -nasa-

4th february 2010; 8.39pm

plymouth, uk

isn't it true?wallahu'alam~

Wednesday, February 3, 2010

lafaz yang tersimpan

lagu yang menarik untuk didengar..especially bila teringat pada ibu yang dirindui..tak tau kenapa, bila dengar lagu ni, automatically associate dengan ibu..padahal tak ada pun dia sebut 'ibu' dalam lagu tu..tapi boleh juga kalau ditujukan buat ayah kan..

memang selalunya, susah untuk dilafazkan pada ibu dan ayah kita yang kita sayang kat mereka..susah jugak untuk kita tunjuk dengan perbuatan, apalagi bila duduk berjauhan..tapi apa yang penting, doakan ibu dan ayah kita selalu..

hargailah ibu dan ayah kita selagi ada masa..kerna kita tak tahu,bila2 saja mereka boleh dijemput pergi menghadap yang Maha Esa..buat yang masih mempunyai ibu dan ayah, ucapkan lah ucapan sayang pada mereka..hargai mereka, gembirakan mereka..

andai mereka telah tiada, panjatkan doa buat mereka..kerana doa anak2 adalah satu daripada tiga amal mereka yang akan terus diterima..moga doa2 kita diterima..

wallahu'alam..

*mode rindu :(

berita

Man Loses Teeth After Cigarette Explodes
Yesterday, 06:05 pm © Sky News 2010


An Indonesian tobacco company has agreed to pay the medical expenses of a man who lost six teeth when a cigarette he was smoking exploded.

The cigarette blew up in Andi Susanto's mouth while he was riding his motorcycle in Bekasi, near Jakarta. He lost six teeth and received 51 stitches.

Mr Susanto told Metro TV in an interview from his hospital bed that cigarette producer PT Nojorono Tobacco Indonesia was paying for his medical treatment.

"The company's officials have talked to my family and we agreed to settle it amicably, as an out-of-court settlement," he said through bandaged lips.

"They will pay all the medical expenses."

The cause of the explosion remains unknown.

Mr Susanto said he wasn't chewing anything when he lit the Clas Mild cigarette, and didn't notice anything strange about its odour, colour or taste.

The victim, who has been smoking since primary school, said he was shocked by the incident.

"It had been always fine. The incident was all so unexpected," said the 31-year-old, who works as a security guard.

He admitted that he was traumatised by the incident and would try to quit smoking.

Tulus Abadi, from the Indonesian Consumer Protection Foundation, said there was only a small chance the explosion was triggered by the ingredients of the cigarette.


"From around 4,000 chemical substances found in a cigarette, there is one substance that is identical to a substance used to formulate rocket fuel," Tulus told The Jakarta Post, referring to methanol.

"But although it exists in cigarettes, I think the amount is too small to trigger an explosion."
Muhammad Warsianto, NTI's senior adviser, confirmed that its products, branded as Clas Mild, did not contain any explosive materials.

Mr Warsianto said the company assisted with the medical bill as a form of sympathy to "a loyal customer".sumber berita

saya rasa...

ada juga hikmah di sebalik kejadian ni.sampai mangsa ni nak berhenti merokok.mungkin perokok2 lain boleh ambil iktibar, dan cuba bayangkan kalau setiap kali rokok tu nak dinyalakan,macamana kalau rokok tu meletup???


sebenarnya, kalau rokok tu x meletup pun, jantung perokok tu yang perlahan2 meletup..cuma benda ni x kelihatan je..kalau la perokok2 nampak apa kesan rokok tu pada tubuh badan mereka dan orang2 di sekeliling dia yang terpaksa sedut asap rokok tu..


fikir2kan~wallahu'alam...

Tuesday, February 2, 2010

another song to share

rindu nak mengupdate blog. lebih rindu untuk menulis sesuatu yang dapat dikongsi dengan orang lain. dah lama sangat rasanya x berkongsi apa2 dengan orang lain. semuanya tersimpan kemas dalam hati dan fikiran ni. semakin lama, rasa semakin sukar untuk dikongsikan. tapi yang pasti, ilmu dan kefahaman yang ada pada diri, sangat2 perlu dikongsi dengan semua. walaupun pengetahuan diri ini x seberapa.


tapi buat masa sekarang, tak ada apa nak kongsi. ada bendanya, tapi xde idea pulak nak tulis. ish..macam2 betul alasan..kongsi lagu je laa buat masa ni..moga dapat jugak manfaat bila lagu yang ada mesej ni kita hayati..lepas hayati, kita amalkan mana yang patut dan sampaikan sebagai peringatan kepada yang lain insyaAllah.


Raihan
Syukur

Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah

Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur

Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera
Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur

Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan
...
insyaAllah, marilah kita sama2 jadi hamba Allah yang bersyukur. banyak lagi cara2 untuk kita tunjukkan rasa syukur atas setiap yang dah ditakdirkan untuk kita kan..kita je yang kena berusaha untuk hayati konsep bersyukur tu..
wallahu'alam~
.