Friday, April 23, 2010
kerana cincin
Thursday, April 22, 2010
ada apa dengan 22?
dah 22 tahun sekarang..dah lebih kurang 1/3 dari usia nabi..dan semakin dekat sehari dengan tarikh kematian..moga iman dan amal sentiasa bertambah,insyaAllah..
Monday, April 19, 2010
bila mata tak terlelap
nak kata siang tadi tidur lama, xjugak..lepas zohor sempat laa tidur setengah jam..bangun2 dah segar..ingatkan petang tu kerja, so siap2 laa n pergi berjalan ke hospital dengan cik ana..tapi sampai2, dia kata xkerja hari ni..kena tunggu manager tu call dulu baru boleh datang mula kerja..erm,dah kali kedua jadi macam ni..tapi tak apalah,adalah hikmahnya tu..dapat jugak kaki ni berjalan dan bersenam..huhu..dan dapat jugak sembang panjang dengan cik ana masa berjalan tu..kalau pergi dalam 20 minit, balik dalam 20 minit jugak, adalah dekat 40 minit kitorang bercakap..hehe..
bila dah tak jadi kerja tu, balik laa semula..lepas tu dari duduk xbuat pape, ikut cik iman n cik ana g asda..alang2 ada barang yang nak beli, baik keluar hari ni..huhu..walaupun hari dah petang, tapi ok je keluar sebab sekarang makin lambat nak malam..td pun pukul 8lebih baru masuk waktu maghrib..so lepas balik dari asda, lepak2 umah diorang jap..makan2, solat pastu baru blk umah..
lepas isyak, dok kat bilik menghadap laptop..pastu ada sorang adik ni datang, borak2 jap..xadalah kejap sangat, lama laa jugak..huhu..lepas adik tu balik, ingat nak tidur sebab masa tu dekat pukul 12..siap2 nak tidur..tengah baring, baca buku jap..pastu ingatkan dah ngantuk, cubalah lelapkan mata..
lepas tu xboleh tidur gak..tepon laa makcik sorang ni yang balik malaysia masa cuti easter dan patutnya dah balik ke sini, tapi disebabkan masalah flight xboleh masuk europe, dia pun terkandas di malaysia lagi..huhu..bila nak balik ni???rindu dah ni..masa tepon dia tu dah 12.40am..huhu..cakap kejap..lepas tu ingat nak tidur..
tapi lepas tu, sampai sekarang dah pukul 2.10am masih berjaga lagi..tertekan gak rasa..nak tidur..kalau nak diikutkan, memang sekarang waktu tidur laa kan..tadi tepon mak kejap...rindu sangat!!!huaa..tapi mak xada kat rumah..adik yang angkat..kena tunggu petang nanti kat mesia laa kot baru boleh tepon..
apa lagi nak merepek pagi2 ni??rasa macam kena paksa diri tidur kejap..walaupun lagi 2 jam nak subuh, tapi at least dapat rehatkan mata dan fikiran dari buat apa2 kejap kan..insyaAllah, kejap lagi bangun laa untuk subuh nanti..hehe :)
erm..pasal asap gunung berapi kat iceland tu, xsangka sangat dahsyat kesan dia..hari tu masa kejadian tu baru lagi, ingatkan biasa2 je n akan reda dalam beberapa hari..xsangka pulak akan bagi kesan pada jadual penerbangan dengan sangat dahsyat, sehingga menyebabkan kerugian berjuta2 dollars..tapi tu laa kan, kuasa Allah..kalau Dia kata jadi, maka dengan mudah sesuatu tu untuk terjadi..baru dengan asap dan debu2, keadaan manusia dah jadi kelam kabut macam ni..
sumber: utusan
kita merancang sesuatu, dalam masa yang sama, Allah pun rancang jugak..dan perancangan Dia jugaklah perancangan yang paling baik..walaupun debu dan asap dari gunung berapi tu macam x ada apa2 kebaikan pada manusia, tapi di sebalik kejadian ni, pasti tersimpan seribu satu macam hikmah yang tersembunyi..mungkin kita nampak hari ni, atau hanya akan kelihatan pada masa akan datang..
sesungguhnya, setiap satu yang Allah izinkan untuk berlaku tu, kita ameklah iktibar dan pengajaran..mesti Allah x biar sesuatu berlaku tanpa sebab..dan mungkin dengan kejadian letusan asap dan debu dari gunung berapi ni, mungkin kita boleh lebih persiapkan diri..ni pun tanda2 kiamat jugak kan???
wallahu'alam~
rajin nak baca berita?klik sini
Sunday, April 18, 2010
waktu petang
.::hari 3 dan 4::.
fes ni dikira kawasan pelancongan laa bagi negara morocco ni..ada banyak tempat2 menarik, ada pasar yang jual macam2 benda, esp barang2 kulit, dll..pagi tu, kami naik tren ke fes..perjalanan amik masa dalam 2 jam..lepas tu naik teksi untuk ke pasar fes tu..sampai2 kat pasar tu, mula tengok2 barang..tapi macam pening gak sebenarnya sebab pasar yang sempit dan agak ramai orang, dengan kadang2 ada keldai angkat barang lalu tengah2 jalan tu..bahasa yang digunakan memang xfaham laa kan..huhu..so angguk2, geleng2 je..nasib baik ada adik2 tu jadi translator n tukang tawar harga..
kat atas ni ada mesin yang berpusing..tempat kulis tu macam dibersihkan laa..lepas tu gambar kat bawah ni tempat kulit2 tu diwarnakan..ala2 perigi laa..macam2 warna jugak laa ada kat situ..ramai jugak orang2 yang bekerja kat situ..
lepas tu kulit2 tu dikeringkan..semua ni dibuat kat atap2 kedai2 n rumah2 kat kawasan tu laa..kalau tengok dari atas atap tu, memang nampak macam satu kawasan penghasilan kulit yang agak besar jugak laa..
selepas melalui proses2 tu tadi, akhirnya, terhasillah produk kulit yang boleh dijual dan dipakai..hehe..tapi masa pergi tu x beli sangat pun sebab takut tak muat beg..hehe..lepas tu, barang2 kulit agak berbau jugak sebenarnya..so kalau dah beli pun, mungkin kena dijemur lagi untuk hilangkan bau kulit yang xberapa best tu..
lepas tu masuk makam orang yang awal2 buka fes ni masa zaman dulu..masa masuk makam ni,nampak beberapa orang ni macam intai ke dalam makam tu..mungkin berdoa ke, xtau laa kan..hehe..ada gak beberapa orang yang duduk kat tepi2 tu..berdoa jugak kot..
tapi kitorang masuk kejap je..tengok2 keadaan dalam tu, amek gambar jap, pastu keluar..pelik gak sebab dibenarkan pulak amek gambar dalam tu..amek je laa sekeping buat kenangan..huhu..
buku2 kat sini semuanya dalam bahasa arab laa kan..so kami pun tengok je la, walaupun xfaham apa yang tertulis pada buku tu..hehe..
istana ni bukanlah istana rasmi sultan..tapi bila sultan datang fes sekali-sekala, kat sini laa dia menginap..istana singgahan pun hebat camni, kalau istana rasmi mesti berkali ganda hebat nya kan..hehe..sempat laa amek gambar kat kawasan istana tu..xdapat laa pulak nak masuk ke dalam istana sebab saya ni xde darah istana..hehe..
dekat kawasan istana ni, ada satu gate ni..tapi guard kat sini akan bunyikan wisel bila orang amek gambar gate ni..tak faham jugak kenapa. sebab itu hanyalah sebuah gate..apa yang xnak kasi orang amek gambar kat situ?xfaham..tapi saya saja je laa amek gambar gate tu dari jauh, dengan zoom kan kamera..huhu..kat bawah ni gambar gate tu..agak2 nape dia xkasi amek gamabr gate tu???hanya mereka yang tau..huhu..
nampak pun sedap..memang sedap pun..hehe..tu yang bertambah2 tu..huhu.. :)
wallahu'alam~
Thursday, April 15, 2010
.::hari 2::.
lepas hari pertama sampai di marrakesh dan bermalam di rumah sidi latif, kami bangun pagi tu dengan harapan nak keluar rumah pagi2 untuk kejar tren pagi tu. tapi kalau dah duduk rumah orang, x sah nak keluar tanpa sarapan dulu. kami pun makan dengan agak laju..ni gambar breakfast kami pagi tu :)
nampak pun sangat best, apalagi bila makan dan masukkan dalam mulut..huhu..walaupun kenikmatan yang sementara, tapi masih diingat sampai ke hari ini..hehe..
tengahari tu sampai kat rumah sidi latif..solat, makan n siap2 nak gerak balik..huhu..sidi latif ni beriya2 laa suruh tggu lagi...memang style orang2 kat sini, sangat2 meraikan tetamu n sangat susah nak bagi tetamu balik..huhu..kat bawah ni gambar lunch terakhir di rumah sidi latif :)
Wednesday, April 14, 2010
nak balik?
Saturday, April 3, 2010
saja2
apa dah jadi?
On occasion, one column (often the sidebar) will shift when the content contained within a side-menu or a post extends a column beyond its designated width. This behavior varies across browsers so the issue will not always occur when a visitor views your page. To resolve the problem we recommend reviewing the content in both columns to identify items that may be causing column expansion. In most cases, long links and wide images are the cause of the problem.