Thursday, April 15, 2010

.::hari 2::.

setelah beberapa lama dok kat bilik, dok laa pikir bila nak sambung cerita pasal morocco ni. tak tahu macam mana nak sambung sebenarnya, tapi itu x boleh nak dijadikan alasan laa kan..at least i have to write something yang akan jadi kenangan di masa hadapan.. :)

hari 2 (rabu)

lepas hari pertama sampai di marrakesh dan bermalam di rumah sidi latif, kami bangun pagi tu dengan harapan nak keluar rumah pagi2 untuk kejar tren pagi tu. tapi kalau dah duduk rumah orang, x sah nak keluar tanpa sarapan dulu. kami pun makan dengan agak laju..ni gambar breakfast kami pagi tu :)



roti, ada pencicah dia, dan ada kek yang makcik tu buat sendiri..sedap..hehe..tapi lepas tu tak pergi pun ke stesen pagi tu..huhu..lepas sidi latif suruh call utk check pukul berapa ada tren kat stesen tu, dia suruh bertolak lepas makan tengahari nanti..maka kami pun habiskan pagi tu dengan berjalan pergi ke jami'a (universiti) kat marrakesh tu..







tengahari tu masa berjalan balik ke rumah sidi latif, sempat singgah kat sebuah kedai ni..adik2 ni semangat nak suruh kami rasa roip bi fawaqih (yogurt dengan buah2)..best!!





nampak pun sangat best, apalagi bila makan dan masukkan dalam mulut..huhu..walaupun kenikmatan yang sementara, tapi masih diingat sampai ke hari ini..hehe..



tengahari tu sampai kat rumah sidi latif..solat, makan n siap2 nak gerak balik..huhu..sidi latif ni beriya2 laa suruh tggu lagi...memang style orang2 kat sini, sangat2 meraikan tetamu n sangat susah nak bagi tetamu balik..huhu..kat bawah ni gambar lunch terakhir di rumah sidi latif :)








sebelum keluar rumah untuk balik petang tu, adik2 ni sempat laa berborak kejap dengan sidi latif ni..ada laa beberapa kata2 akhir sebelum kami pulang..macam ayah dengan anak..huhu..malangnya kami xfaham apa dia cakap..hanya dapat cakap, syukran, barakallahufik..hehe..kira ok laa..tanda terima kasih dan mendoakan keberkatan buat mereka. :)


patutnya kami nak kejar tren pukul 3..tapi atas sebab2 kelewatan keluar rumah dan kesukaran mendapatkan teksi,kami sampai di pintu masuk stesen tu dekat2 pukul 3..ingatkan sempat lagi kejar sebab tren2 kat sini suka delay..tapi xdapat nak kejar..makanya kenalaa tunggu tren pukul 5..maka kami habiskan masa dengan bergambar di kawasan stesen keretapi tu..cantik binaan stesen keretapi tu..rasa kagum gak..even hanya sebuah stesen keretapi, tapi agak cantik laa..









perjalanan ke kinetra pun bermula..lama jugak perjalanan tu..lebih kurang 5jam..jadinya malam baru sampai..dari stesen keretapi di kinetra tu, jalan kaki je untuk ke rumah adik2 tu..rasa sangat excited jumpa 4 adik2 lagi yang x ikut menjemput kami kat airport..huhu..sampai tu duduk kejap, pastu makan..hehe..dan malam tu kami berehat..

to be continued..insyaAllah..wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment