Saturday, March 27, 2010

maroc

Alhamdulillah..hari ni baru dapat mencuri sedikit masa yang ada untuk mengupdate blog. entri pertama dari Morocco. mungkin juga yang terakhir, dan akan disambung apabila pulang ke UK nanti.niat di hati nak tulis satu entri untuk setiap hari kat sini. tapi tengok laa mana yang terdaya. sangat banyak kisah dan pengalaman untuk dikongsikan.


mula2 sampai sini, rasa macam tak percaya dah ada kat bumi morocco. xpernah terlintas dalam hati pun yang satu hari nanti akan pergi ke morocco. rasanya kalau tanya kawan2 di uk, mungkin tak ada yang menjawab ingin melancong ke morocco. tapi perancangan Allah mengatasi segalanya..bermula dengan ziarah kawan2 dari morocoo ke UK februari lepas, kali ini kami pula membalas kunjungan mereka. walaupun kami hanya bertiga, namun dengan adanya kawan2 di rumah bernama Daruz-Zak ni membuatkan kunjungan ni sangat meriah dan bermakna.


untuk datang ke morocco ni kena buat visa. dan alhamdulillah, lepas 2 kali naik kedutaan morocco kat London, visa berjaya disiapkan sehari sebelum berlepas ke morocco. tu pun setelah kawan di morocco ni bersusah payah mendapatkan dan menterjemah surat, dan menempuh halangan2 lain yang terpaksa ditempuhi.alhamdulillah..




masa entri ni ditulis, dah masuk 5 hari kami di sini dan berbaki 4 hari sebelum berangkat kembali ke bumi uk..

* * *


Hari 1

lepas 2 jam lebih dalam flight, akhirnya bumi morocco aka maroc aka maghribi makin jelas di pandangan. bumi kelihatan hijau, dengan tanah2 dan keadaan udara kelihatan sedikit berdebu..masa nak melepasi imigresen, ambil masa lebih 30 minit. nak kata ramai orang, tak lah jugak. tapi mungkin kerana kurang lancar sistem yang digunakan, menjadikan keadaan agak tak teratur. pertama kali sampai di morocco. agak terkesan kerana ada jurang bahasa dengan orang2 di sini yang menggunakan bahasa arab, dan sedikit bahasa perancis.


masa ni mula muhasabah diri..sehebat mana pun bahasa inggeris seseorang masa tu, benda tu tak berguna dah sekarang..sesungguhnya, manusia tu memang tak ada apa2..kelebihan yang Allah bagi tu pun, amatlah sedikit dibanding dengan kelebihan dan kekuasaan Allah..siapalah kita manusia ni nak sombong dan bangga diri dengan kelebihan yang ada..sepandai mana pun kita, ilmu tu amatlah sedikit dibanding dengan ilmu Allah.


muhasabah diri yang kedua membuatkan diri ini sayu. menjadi orang islam yang x memahami bahasa arab. mungkin keadaan ni agak biasa di malaysia. namun, agak terkesan di dalam hati bila orang melihat kita yang memakai tudung dan membawa imej islam, namun tak dapat menggunakan bahasa istimewa itu. dalam hati sentiasa sedar, tahu bahasa arab tak menjamin sesorang masuk syurga. namun dengan menguasai bahasa arab, itu adalah satu kelebihan seorang muslim. dan mungkin juga sepatutnya menjadi satu keperluan.


setelah melepasi imigresen, kami berjalan ke pintu keluar. dari jauh kelihatan beberapa wajah yang biasa kelihatan. rasa teruja. rasa rindu. rasa gembira. salam dan pelukan meleraikan kerinduan kami. setelah beberapa urusan di airport diuruskan, kawan2 membawa kami ke rumah seorang pakcik arab di Marrakesh..


Rumah Sidi Latif


perjalanan hanya beberapa minit dari airport ke rumah pak cik arab itu. kami naik teksi kabir (besar). mula2 agak terkejut masa naik teksi tu. teksi tu boleh membawa seramai 7 orang pada satu2 masa. saiz kereta lebih kurang kereta biasa. 2 orang duduk di depan, dan 5 orang boleh duduk di belakang..kejutan pertama di bumi morocco ni..huhu..dalam teksi, kawan2 yang fasih berbahasa arab berborak dengan pak cik teksi..tambang yang dikenakan ialah 20 dirham seorang.


Sampai di kawasan yang tidak sibuk.mungkin seperti pekan di malaysia. rumah di salah satu tingkat di dalam masjid. kerana pak cik arab ni, atau dipanggil sidi (pak cik) latif adalah bilal masjid. kehadiran kami disambut dengan senyuman sidi latif. hanya salam yang dapat diungkap. nak cakap benda lain tak tahu..huhu..lepas tu jumpa dengan isteri dia pulak. mak cik (saidah) aminah tapi kami panggil mama..kata kawan kami,sidi latif memang dah lama rapat dengan pelajar2 malaysia kat sini.


alhamdulillah, perbezaan adat dan budaya tak menghalang ukhuwah ni dari terjalin. semuanya kerana kami mempunyai akidah yang sama. islam telah membuatkan kami rasa dekat walaupun tak dapat berkomunikasi dengan mereka. hanya senyuman. hari pertama di sini, beberapa kalimah arab yang rasanya sangat membantu berjaya diingat. rasa macam kelakar pun ada, sebab lidah ni keras sungguh nak menyebut kalimah2 arab ni, walaupun hari2 dibaca dalam solat dan al-quran, tapi rasa sungguh berbeza bila digunakan untuk berkomunikasi..


sampai kat sini dululah untuk masa ni. akan bersambung lagi nanti, insyaAllah. :)


wallahu'alam~



8.45am
27 march 2010
Kenitra, Morocco


*hari ni birthday najat.tp xwish dia lagi..hepi birthday najat!!! =)

Friday, March 19, 2010

maka...

...cuti pun bermula.
setelah berminggu-minggu menghadap esaimen, walaupun hanya 2, tapi sangat2 la memeningkan kepala. alhamdulillah, dua2 esaimen berjaya dihantar hari ni. so lepas ni, akan bermula cuti selama sebulan. tapi insyaAllah, banyak benda yang akan dibuat sepanjang cuti ni. atau dalam kata lain, ada tempat yang akan dituju.
pada masa entri ini ditulis, ada seorang mak cik tu dah selamat balik malaysia. jelesnye.huhu.sekarang ni dia still dalam perjalanan, sebelum lagi beberapa jam untuk sampai malaysia yang jauhnya beribu2 batu dari sini. rindu nak balik! tapi xpe, akan ku kuat kan hati ini untuk menempuh bulan2 yang mendatang, untuk menghabiskan tahun terakhir di sini.huhu..

Sunday, March 7, 2010

mencari jalan pulang

“Hati ini terlalu inginkan syurga Dia. Namun diri ini seringkali mengabaikan suruhan-Nya, sering pula melakukan perkara yang dilarang-Nya. Masih ada kah peluang diri ini untuk menggapai syurga yang keindahannya tiada tandingan itu? Masihkah diri ini punya masa untuk membaiki segala kesilapan lalu, lantas kembali kepada Dia yang Maha memiliki segalanya?” bunyi air terjun yang bermain di telinga tidak dapat mengatasi gundah hatinya. Dia sedar, kesilapan yang dilakukan bukan kecil.

Cerita tentang syurga yang menjadi halwa telinga ketika zaman kanak-kanak dahulu, seolah-olah makin jauh dari realiti. Semakin dikenangkan kesilapannya, terasa semakin mustahil untuk dicapai tempat kembali yang abadi itu.

“Aku terlalu kerdil dan lemah. Apalah guna andai aku ini mulia dan indah di pandangan makhluk, namun hina dan tiada tempat pada pandangan Dia yang Maha pencipta segalanya?” sekali lagi dia termenung panjang, mengenangkan hidup yang seperti tiada erti lagi.

Bunyi air menghempas batu tidak dihiraukan. Kejernihan air yang menenangkan itu pun tidak dapat menarik perhatiannya. Tangannya ditelangkupkan ke muka, lantas mengusap rambut yang tersedia kemas.

“Adakah taubat ku akan diterima oleh Dia? Setelah apa yang aku lakukan? Arghhh!” suaranya bergema, memecahkan kesunyian kawasan air terjun itu.

Tiba-tiba seorang lelaki tua muncul dari pondok rehat berhampiran. Dia berjalan tenang, setenang air yang mengalir di kolam air terjun itu.

“Assalamualikum,nak. Pak cik dengar kamu menjerit tadi. Ada apa-apa yang pak cik boleh bantu?” bagaikan tarikan magnet, ketenangan wajah pak cik tua itu membuat dia terpaku. Tali leher yang sudah dilonggarkan dipegang, menghilangkan rasa gugup di hati.

“Waalaikumussalam pak cik. Saya okey je. Minta maaflah kalau jeritan saya tadi mengganggu pakcik” dia digamit rasa bersalah, bimbang mengganggu ketenteraman orang lain di kawasan itu, walaupun dia yakin, sewaktu dia tiba tadi, hanya dia seorang yang berada di situ.

“Orang yang ada masalah, memang tak akan mengaku mereka ada masalah. Macam orang gila yang tak akan mengaku mereka gila.” Wajah pak cik yang tenang mengukir senyuman, lantas duduk di sebelah pemuda itu.

Dia tidak membalas kata-kata pak cik itu. Pandangannya tertumpu pada air yang mengalir pada batu-batu air terjun. Meski dihalang oleh batu-batu yang besar, air akan terus mengalir.

“Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, tinggal kita untuk pilih jalan penyelesaian mana yang akan diambil.” Pak cik tua terbatuk kecil, sebelum kembali menyambung bicara.

“Setiap kesalahan pasti akan diampunkan, tinggal kita saja yang perlu memohon keampunan itu.” Pak cik tua itu seolah-olah tahu apa yang melanda hatinya. Biarpun dia tidak tahu siapa pak cik tua itu, tapi dia rasa terpanggil untuk meluahkan apa yang dirasainya.

“Tapi pak cik, tak kanlah kesalahan yang besar akan diampunkan? Ada ke harapan untuk mereka yang berdosa untuk merasai nikmat syurga tu, lepas apa yang dilakukan selama ni?” selaju air yang mengalir di celah batu-batu itu, selaju itu juga kata-kata itu meluncur keluar dari mulutnya. Entah dari mana datangnya kata-kata itu. Sedangkan baru tadi dia mengaku yang dia tidak apa-apa.

“Pak cik tak perlu tahu apa yang telah kamu lakukan dulu. Apa yang penting ialah apa yang kamu ingin lakukan sekarang. Hidup kamu yang dulu telah menjadi sejarah, namun hidup kamu yang akan datang, ditentukan pada hari ini.”

“Maksud pak cik?”

“Hidup kamu pada hari esok, kamu yang akan tentukan. Meskipun segalanya telah tercatat sejak azali, namun kamu juga yang akan berusaha dan merancang apa yang akan terjadi nanti. Dan semestinya, semua itu berlaku dengan izin Dia” tangan pak cik tua menepuk bahu pemuda itu.

“Dia tidak pernah mensisihkan hamba-Nya. Hanya kita yang sering melupakan dia. Macam kamu, saat kamu dilanda gelisah seperti ini, Dia tak biarkan kamu keseorangan. Dia ‘hantar’ pak cik sebagai peneman bicara. Kalau pun kamu keseorangan, lihatlah sekeliling kamu, alam ini akan menjadi teman.”


“Tapi saya buntu pak cik.” Dia meluahkan apa yang dirasainya setelah dia diam beberapa ketika.


“Dia tidak pernah biarkan hamba-Nya begitu saja. Hanya saja kita, sebagai hamba-Nya, perlu kembali dan meminta pada Dia. Sedangkan taubat lelaki yang telah membunuh 100 jiwa itu diterima oleh-Nya, siapa yang dapat menghalang dari taubat kita diterima?”


Kisah pembunuh 100 jiwa? Kisah yang selalu didengar sewaktu zaman remaja dulu. Bila seorang lelaki yang telah membunuh 99 jiwa ini ingin bertaubat, berjumpalah dia dengan seorang rahib, namun rahib itu mengatakan taubat dia tidak akan diterima. Jadilah rahib itu mangsanya yang ke-100. Namun apabila dia berjumpa dengan seorang yang alim, diberitahu bahawa tiada siapa yang dapat menghalangi pintu taubat dan disuruhnya pemuda itu ke kawasan lain, meninggalkan kawasan asalnya. Lalu dia meninggal dunia dalam perjalanan dan terjadi perebutan antara malaikat rahmat dan azab. Namun pengakhiran kisah itu samar-samar dalam ingatannya.


“Pak cik, apa jadi pada pemuda tu? Lepas 2 malaikat berebut untuk mengambil dia?”


“Kemudian datang malaikat yang wujud dalam rupa manusia, yang menyelesaikan masalah itu. Malaikat tu suruh 2 malaikat tu ukur jarak perjalanan lelaki yang ingin bertaubat tu. Malaikat tu kata, kawasan mana yang lebih dekat dengan tempat kematian lelaki tu, malaikat tu lah yang berhak mengambil lelaki tu”


“Betul, betul. Lepas diukur, lelaki tu lebih dekat dengan tempat yang ditujunya, berbanding kawasan asalnya. Lepas tu malaikat rahmat yang mengambil dia. Kan, pak cik?” Pak cik tua itu hanya mengangguk dan tersenyum kecil.


“Macam itu jugalah kita ni nak, sebesar mana kesalahan kita, asal saja kita ingin kembali pada Dia, pintu taubat itu tak pernah tertutup. Selagi nyawa belum sampai di kerongkongan, bertaubatlah. Jangan sampai bila nyawa hampir ditarik baru kita ingin bertaubat.”


Air mata bergenang di kelopak mata lelaki itu. Betapa luasnya kasih sayang dan rahmat-Nya. Hanya dia saja yang sering terlupa akan nikmat yang dikurniakan oleh-Nya. Lalai dengan arus dunia dan keseronokan yang sementara.


Masihkah ada peluang untuk dia bertaubat? Sedangkan dirinya kotor dan tidak mempunyai hala tuju. Dia masih ragu-ragu akan keampunan-Nya buat hamba-hamba yang berdosa.


“Tapi pakcik…” dia menoleh memandang ke arah pak cik tua itu. Namun pak cik tua itu telah tiada. Lantas dia bangun dari bangku itu, mencari kelibat pak cik tua itu di kawasan sekeliling.


Tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang.


“Saudara, hari dah hampir senja ni. Jalan keluar ke jalan besar gelap nanti.” Pembersih kawasan air terjun itu mengejutkannya dari lena.


Dia tergamam seketika. Dicari kelibat pak cik tua di sekelilingnya.


“Encik, ada nampak tak seorang pak cik tua dekat kawasan ni?”


“Tak adalah, saudara. Dari tadi saudara seorang je kat sini. Jarang ada pengunjung datang bila hari dah dekat gelap ni.” Pembersih kawasan air terjun itu mengambil plastik sampah yang telah penuh dan berlalu pergi.


Pemuda itu lantas mengambil topi keledar dan menuju ke arah motosikalnya. Dia yakin, mimpi yang dialaminya tadi bukan sebarang mimpi. Pintu taubat terhampar luas di hadapannya kini. Tinggal dia saja yang perlu kembali kepada-Nya.


“Ya Allah, izinkan aku bertaubat dan kembali kepada-Mu. Jangan Kau matikan aku dalam keadaan sia-sia ini.” Dan motosikalnya membelah kesunyian senja. Yang terbayang di matanya kini hanyalah sehelai sejadah yang telah lama ditinggalkan.



7 mac 2010
8.37pm

wallahu'alam~

Friday, February 19, 2010

sekadar pemberi peringatan

seringkali diri ini terlupa, bahawa kita hanya dapat memberi peringatan pada orang lain. tapi kita takkan dapat sekali-kali mengubah seseorang itu, selagi mana dia sendiri tidak mahu mengubah diri mereka sendiri.


cantik sekali cara Allah mendidik manusia. didatangkan pelbagai keadaan dan situasi, yang dapat manusia itu ambil pengajaran dan pelajaran. diberikan teman2 untuk memberi peringatan dan nasihat, baik secara langsung, mahupun secara tak langsung. tinggal saja manusia itu mahu terima ataupun tidak. diberikan ayat2 yang diturunkan lebih 1400 tahun dahulu, supaya manusia yang beriman dengan ayat2-Nya dapat mengambil pelajaran. dan al-quran itu sebagai peringatan bagi mereka yang takut pada Allah.


Kami tidak menurunkan al-quran ini kepadamu agar engkau menjadi susah; melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah. [Taha;20: 2-3]


betapa apabila manusia jauh dari al-quran, susah juga hati ini untuk tersentuh dengan kebaikan, walaupun perkara yang baik itu jelas terpampang di depan mata. apabila hati ini tidak dibasahi dengan menghayati ayat2-Nya dan zikir yang berpanjangan kepada-Nya, sukarlah hati ini untuk menerima teguran dan nasihat dari manusia lain, kerana menyangka apa yang ada padanya sudah cukup, sudah yang terbaik..


manusia yang menegur itu juga manusia. dia hanya menjalankan bahagiannya di dunia ini. sekurang-kurangnya apabila kelak dia ditanya sudahkah dia memberikan peringatan, dia mempunyai bukti pada Tuhannya bahawa bahagiannya telah dilaksanakan. tuntutan dalam al-quran juga telah dilaksanakan.


Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang2 yang beruntung. [Ali Imran;3: 104]


namun manusia sering lupa. siapalah kita untuk memaksa manusia lain mengesakan Allah. apalah juga kudrat kita untuk manusia lain menerima nasihat dan teguran kita. kerana tugas kita hanyalah sebagai pemberi peringatan, bukan pengubah manusia.


sedang Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak pernah memaksa masyarakat Arab untuk memeluk agama Islam. apa yang dilakukan baginda hanyalah memberitahu kebenaran dan menyeru mereka ke arah kebaikan. dakwah yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh dengan tentangan, itupun tidak semua yang menerima dakwah baginda. dan sungguh, islam itu sendiri pun bukanlah agama paksaan kan.


Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), sesunggunya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. [Al-Baqarah, 2: 256]


iya,memang jelas jalan yang benar, seperti yang dituntut oleh islam, dan seperti yang dikehendaki Allah. namun, acapkali kita manusia ini dipengaruhi oleh keinginan dan kehendak diri, dan kadangkala kita sendiri tewas dengan diri sendiri. betapa ujian Allah untuk hamba2-Nya itu berbeza dan sesuai dengan kemampuan setiap manusia itu.


seringkali, kita kelihatan seperti memaksa manusia lain melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tiada sebab lain kerana kita inginkan kebaikan pada manusia itu. dan kerana sesungguhnya kita sangat sayang pada manusia2 lain di muka bumi ini. kita ingin manusia lain bersama-sama mengejar syurga yang tidak dapat ditandingi keindahannya dengan segala yang lain.


namun kita juga manusia biasa. itulah kita. sering lupa, bahawa kita hanya pemberi peringatan. dan nanti apa yang dipersoalkan di alam yang kekal nanti adalah sudahkah kita memberi peringatan, bukan sudahkah manusia yang kita ingatkan itu berubah mengikut nasihat yang kita berikan.


Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang di bumi seluruhnya. tetapi apakah kamu (hendak) memaksa manusia agar mereka menjadi orang2 yang beriman? Dan tidak seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah, dan Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak mengerti. [Yunus; 10: 99-100]


sungguh, hidayah dan taufiq itu kan ditentukan Allah...


aduh. kerdil sungguh diri ini. berapa banyak teguran yang Allah beri, namun diri ini masih banyak kekurangan. segala yang baik dan buruk itu datang dari Dia, namun diri kita juga yang perlu berusaha untuk mencapai perkara yang baik, dan berusaha juga untuk menjauhi perkara yang kita sendiri tahu tidak baik. masih banyak kekurangan diri ini..segala yang dituliskan ini juga akan dituntut perlaksanaannya..lemahnya diri ini..


wallahu'alam~

Monday, February 15, 2010

kereta saya

salam semua. tak tahu kenapa tiba2 nak tulis entri ni. mungkin sebab tengah rajin nak update blog, pastu buka yahoo page, ternampak artikel ni yang bertajuk 'Top ten most expensive cars in production'. saya bukanlah orang yang obses terhadap kereta. mungkin sebab tu juga entri ini ditulis.

dalam artikel tu, disenaraikan 10 kereta yang termahal. dalam hati masa baca tajuk tu, berapa juta laa agaknya (terfikir harganya mungkin dalam RM 1 ke 2 juta). melihat kereta yang menduduki tempat teratas, berharga GBP 2 juta, bersamaan lebih RM 10 juta. nampak macam sikit je bila tulis 10 juta, tapi berapa banyak nilai tu xdapat nak dibayangkan. ni senarai 10 kereta yang termahal sekarang (sumber):

1 - Zenvo ST1: £2m

2 - Koenigsegg Trevita: £1.5m

3 - Bugatti Veyron: £1.3m

4 - Aston Martin One-77: £1.2m

5 - Pagani Zonda Cinque Roadster: £1.2m

6 - Ferrari 599XX: £1.2m

7 - Lamborghini Reventón Roadster: £1m

8 - Maybach Landaulet: £800,000

9 - SSC Ultimate Aero: £400,000

10 - Tramontana R-Edition: £360,000



ni gambar kereta yang termahal tu. mungkin kalau orang yang minat kereta sport, mungkin minat gila2 kot. tapi bagi saya, x adalah cantik sangat kereta ni. huhu. mungkin kerana hanya 15 buah kereta ni yang dibuat, menjadikan dia sangat mahal. ditambah dengan ciri2 yang canggih dan hebat. dengan enjin V8 7 liter, dan kelajuan yang sangat laju dengan 'body' kereta yang ringan. banyak lagi laa kelebihan kereta ni yang menjadikan dia GBP 2 juta. boleh google kalau nak tahu lebih lanjut. entri ini bukan untuk mempromote kereta ni pun..huhu..

Zenvo ST1 (sumber)


unik kan manusia ni? ada orang sanggup beli kereta sampai RM berjuta2. kalau x ada permintaan, xkan laa kereta-kereta mahal ni dibuat kan. memang citarasa manusia berbeza2. nak memenuhi kehendak manusia pun tak mudah. sedangkan bagi orang kebanyakan macam saya ni, RM berjuta2 boleh beli sebuah rumah yang besar di kawasan yang tak mahal sangat dan sebuah kereta berharga sederhana yang pastinya juga selesa dan best untuk dibawa, dan mungkin sebuah lagi kereta. mungkin juga sebuah rumah kecil untuk disewakan..huhu :p


kalau dulu masa kecik2, nak sangat kereta mercedes sport yang boleh bukak atap. even sampai sekarang pun sebenarnya, sangat suka tengok kereta tu (selalu tunggu Sembilu Kasih masa part hujung dia tu, ada kereta mercedes n bmw yang boleh bukak atap tu).haha..tapi itu semua angan2 semata2. sebab sekarang ni bila dah tau erti dan nilai duit, walaupun mampu saya xkan beli kereta ni.


mercedes SL-Class-071 (sumber)

dah2..lupakan angan2 masa kecil itu..sebenarnya, lepas baca artikel pasal 10 kereta termahal tu, terus terlintas dalam fikiran kereta yang saya aim nak beli bila balik malaysia nanti. itu pun sebab saya dah biasa bawak kereta ni. dan rasanya sesuai dengan kemampuan saya yang belum bekerja pun lagi.. huhu. apalagi, perodua Myvi.. :)

macam kereta kakak saya.huhu..



Myvi (sumber)



bila dibuat perbandingan dengan kereta Zenvo ST1, kereta Mercedes SLC, dan Myvi ni, rasanya Myvi macam lagi best. kerana pada harga yang tak berapa mahal, tujuan yang sama dengan kereta2 mahal lain dapat dicapai, iaitu untuk sampai ke sesuatu tempat dan dapat berlindung dari hujan dan cuaca panas di malaysia. memang laa ada perbezaan dari segi enjin dan kelajuan. berbeza juga dari segi kualiti dan lain2 aspek..mungkin kalau abang ipar saya yang suka bawak kereta laju2, akan rasa sangat best untuk bawa kereta untuk laju2. tapi saya??bawak je laa.. :)


kalau dulu, nak sangat beli MPV yang 7-seaters. tapi bila fikir2 balik, beli kereta kecik dulu laa..nanti2 baru beli MPV..hehe..dah2, tak habis2 cerita pasal kereta pulak..huhu..apa2 pun, kereta tu asalkan dapat mencapai matlamat dan tujuan dah cukup baik sebenarnya kan. biarlah sederhana, sesuai dengan kemampuan, sesuai dengan saiz keluarga juga..jangan kereta tu pulak jadi matlamat kita..dan lebih teruk kalau kerana kereta itu, timbul pula perasaan bangga diri dan riak dengan apa yang dimiliki..kan???
*erm..mungkin sebab saya yang tak tahu menilai kereta kot sebab belum pernah ada kereta sendiri lagi??huhu..
wallahu'alam~

Monday, February 8, 2010

selepas 111 entri

selepas 111 entri yang di'publish' dan 33 post yang tak di'publish'kan, tiba2 terfikir, kenapa saya tulis blog ni? bila buat sesuatu tanpa tujuan dan matlamat, rasa tak terarah dan macam tak best. even nak mengajar pun kena ada aims and objectives of the lesson. dan tujuan hidup ni pun ada matlamat nya kan. jadinya, setelah difikir dan dipertimbangkan, saya dah tahu kenapa saya tulis blog ni. mungkin tak semua saya senaraikan di sini, tapi antaranya termasuklah:


1. saya nak tulis apa yang saya rasa n share sikit2 apa yg saya tahu dengan org lain.

2. saya nak bagitahu apa yang saya buat kepada famili dan kawan2 saya di malaysia.

3. sebagai catatan saya di kemudian hari..nanti bila dah bekerja n b'keluarga, saya boleh kembali kepada zaman muda2 saya n kenang semula perasaan saya masa tu..huhu..


lepas dah tahu kenapa saya tulis blog, barulah saya rasa lebih tenang kot. sebab sebelum ni selalu rasa malas dan tak ada kepentingan untuk update blog ni. so lepas ni, saya dah tahu kenapa saya kena update blog, walaupun tak ada orang yang baca, dan saya macam syok sendiri je..huhu :p
wallahu'alam~

Friday, February 5, 2010

dah setahun

dalam kesibukan membuat kerja, tiba-tiba diingatkan oleh status dan 'shoutout' rakan2 bahawa telah setahun kami di tempat ini.tempat yang menyimpan kenangan suka duka,pahit manis, duka dan gembira seorang pengembara yang mencari ilmu. tempat yang tak sampai lagi setahun akan ditinggalkan. lepas hantar assigment Teaching English to Young Learners (TEYL), barulah berkesempatan mencoret sesuatu di sini.


dah setahun di sini. banyak benda yang dipelajari. banyak pengalaman telah diperolehi. terasa suasana ini telah banyak juga mematangkan diri. belajar untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri, walaupun keputusan itu acapkali tidak dirasakan yang terbaik untuk dilakukan. dan kadangkala juga kesilapan itu salah. namun inilah namanya kehidupan. belajar membuat kesilapan, belajar menghadapi pelbagai keadaan dan belajar bagaimana menghadapi hidup andai diri ini keseorangan.


setelah setahun, diri ini cuba berpaling menjejeaki jejak2 yang telah ditinggalkan. melihat apa yang telah dilakukan sepanjang berada di sini. apa yang telah dipelajari oleh diri, dan apa yang telah dapat dimanfaatkan bersama dengan orang lain. ternyata, banyak lagi yang perlu dipelajari. banyak lagi ilmu yang belum dimanfaatkan bersama orang lain. banyak lagi kelemahan diri yang belum diatasi.


setelah masuk bulan kedua tahun ini, terasa sungguh kehilangan kakak2 yang telah kembali ke IPBA. tiada lagi tempat untuk mengusik, bermanja, duduk2 bersembang..dan kini, kami yang menjadi kakak kepada adik2 di sini..sangat tidak seronok perasaan itu..namun inilah kitaran kehidupan. tidak lama lagi, kami juga akan meninggalkan tempat ini..dan sekali lagi menjadi kakak kepada adik2 di IPBA, yang pastinya semakin banyak muka2 baru yang tak dikenali..



namun sebelum detik itu datang, biarlah kami memanfaatkan sebaik mungkin masa disini. menggapai setiap pengalaman dan pengetahuan. moga tahun terakhir di sini akan lebih baik dari setahun yang telah berlalu. dan kenangan ini akan tetap menjadi ingatan dalam hati.



to all my friends, THANK YOU!





tahun pertama, 2008~IPBA




tahun kedua, 2009~Marjon, Plymouth





????? (tiada gambar)



tahun ketiga, 2010~Marjon, Plymouth



dan ini bermakna hanya tinggal dua tahun sebelum diri ini melangkah ke sekolah sebagai seorang cikgu =)



kawan2ku,bila nak amek gambar ramai2???