Thursday, July 30, 2009
ampuniku
Tuesday, July 28, 2009
hidup ini
.
penuh kejutan, penuh debaran
.
Monday, July 27, 2009
ucapan tanpa kata
sakit apa?
Saturday, July 18, 2009
mengejar akhirat
terbaru sekali saya dengar ayat ni diucapkan dalam sebuah filem melayu..filem yang agak baru ditayangkan..filem yang saya kira membawa mesej yang bagus, tetapi tidak begitu menyentuh hati saya kerana watak heroin yang saya kira sangat lembut, menjadikan wataknya tidak natural..entri kali ini bukan untuk membuat ulasan tentang filem ini..mungkin pada entri yang lain..
kembali pada ayat yang saya katakan tadi..seimbangkan dunia dengan akhirat..tujuan saya menulis entri ni bukan untuk membetulkan sesuatu..sebab saya ni pun bukanlah bagus sangat..masih seperti budak baru belajar..sekadar ingin berkongsi apa yang saya tahu dan apa yang saya rasa..
memandangkan kita ini punya pegangan yang satu, yang menjadi penunjuk dalam setiap keadaan, suka saya berkongsi satu ayat dari al-Quran..
Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan. (Al-Qasas,28:77)
jika dilihat pada awal ayat, dapat difahami bahawa Allah suruh kita cari atau saya suka gunakan perkataan kejar akhirat tu..apabila guna perkataan kejar, kita macam buat benda tu dengan bersungguh-sungguh dan tak lengah2 nak buat benda tu..
namun, dalam kita mengejar akhirat, Allah kata, jangan lupa bahagian kamu di dunia..kita mengejar akhirat, namun dalam masa yang sama, kita menjalani hidup sebagai manusia..kita belajar, berkerjaya, berkeluarga, berhibur pada kadar yang sepatutnya, dan lain-lain..
jadi, dapatlah dilihat di sini, bahawa kita hidup ni bukan nak seimbangkan dunia dengan akhirat.. kehidupan dunia ni adalah medan kita mengumpul sebanyak mungkin bekalan yang akan kita bawa bersama saat kita meniti kehidupan yang hakiki nanti..
~ya Allah, letakkan akhirat di kepalaku, dan dunia di tanganku.supaya tatkala akhirat ku bergoyang dan hampir jatuh, dapat ku letakkan dunia itu ke tepi dan memegang akhirat ku.biar aku kehilangan dunia ini, namun tak mahu aku mensia2kan akhirat yang kekal abadi nanti..~
wallahu'alam
Saturday, July 11, 2009
bukan roti biasa
mula2 kita uli doh tu..nak uli roti ni, penyek2 kan roti ni sampai rasa tak lembik sangat..kalau rasa lembik lagi, tambah tepung sikit2..sampai rasa doh tu boleh dibentuk dengan cantik dan jayanya..tahniah kepada cikJ yang berjaya menguli doh tu dengan semangatnya :)
ambil dalam seketul doh kecil..penyek2 kan dia lagi..tambah tepung sikit2 supaya dia x melekat..abaikan rasa geli2 di tangan kalau ini adalah cubaan pertama anda menguli doh itu..cikN membuat cubaan menguli tepung dengan gembira..
lepas tu cuba tarik2 sikit doh tu..tengok dia lembik lagi ke x..tengok dah boleh dibentuk ke..buat dengan lemah lembut sebab doh tu pun lembut je..gambar di atas menunjukkan cikU yang sedang cuba membentukkan dohnya..
dah bentuk tu, masukkan dalam dulang yang telah terlebih dahulu disapukan minyak di atasnya..terima kasih cikM yg bersusah payah menyapukan minyak sehingga tangan berminyak-minyak..
lepas tu susun lah roti tu dalam dulang..ada pulak yang off-task..suruh buat roti nan, sempat lagi buat roti simpul2..huhu..tapi ok je..yang penting dia boleh dimakan..
sangat kreatif cikNb membuat roti bersimpul2 itu..macam buat tocang kat rambut pulak..huhu...
dan sempat juga cikY buat roti yang saiz dia kecik je..roti bersaiz kecil bolehlah dibuat untuk mereka yang masih kanak2 atau mereka yang mengambil roti dalam kuantiti yang sedikit..
lepas dah susun, boleh lah masuk dalam oven dan bakar..tunggu hingga dia masak..dan lepas tu apa lagi, boleh lah dimakan..hari ni kami makan roti nan cicah dengan kuah dal daging kambing..sedap!!! :)
sedap sangat makan, sampai lupa nak ambil gambar roti yang dah siap dimasak..bila dah dekat nak habis makan, baru teringat..dan sempat lah ambil gambar sekeping roti yang terakhir ni..huhu..
roti yang dah siap..dan sedia untuk dimakan..dan inilah roti yang terakhir kerana yang lain2 telah selamat ditelan dan berada di dalam perut kami.. :)
akhir sekali, terima kasih kepada puanR yang bersusah payah menunjukkan kami cara2 membuat roti nan yang comel dan sedap dimakan ini..lepas ni bolehla cuba buat sendiri ye kawan2 :)
itu saja untuk hari ni..
Thursday, July 9, 2009
apa kata anda?
perlaksanaan PPSMI mungkin tidak kena masa dan caranya..namun saya menyambut baik cadangan drM..beliau seorang pemimpin yang berfikiran jauh..tapi tak semua orang berfikiran seperti beliau..mungkin beliau terpaksa menerima hakikat keadaan Malaysia adalah seperti apa yang dilihat hari ini..beliau melihat Malaysia dalam masa berpuluh-puluh tahun akan datang..saya kagum dengan semangat beliau..tak apalah drM..jangan bersedih..
12 langkah mantapkan bahasa Inggeris
PUTRAJAYA 8 Julai - Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan 12 langkah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.
Ia diluluskan Kabinet hari ini selaras dengan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berikut langkah-langkah tersebut:
- Menambah seramai 13,933 guru Bahasa Inggeris (BI) termasuk 1,000 dari luar negara, 600 guru bersara dan 12,333 guru tambahan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).
- Menyediakan guru penolong BI gred DG41 bagi kelas besar melebihi 35 murid dalam tahun satu dan dua untuk meningkatkan masa perhubungan guru dan murid.
- Menambah waktu BI bagi sekolah kebangsaan (SK) tahap satu sebanyak 90 minit kepada 330 minit seminggu manakala tahap dua daripada 210 minit kepada 300 minit seminggu.
- Waktu BI bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) tahap satu pula ditambah daripada 60 minit kepada 120 minit seminggu manakala tahap dua ditambah daripada 90 minit kepada 120 minit seminggu.
- Menambah waktu BI bagi tingkatan satu hingga lima daripada 200 minit kepada 280 minit seminggu.
- Peruntukan waktu BI bagi Malaysian University English Test (MUET) tingkatan enam ditambah daripada 320 minit kepada 400 minit seminggu.
- Waktu BI bagi matrikulasi ditambah 100 peratus iaitu daripada tiga jam kepada enam jam seminggu.
- Program Sastera Kontemporari bahasa Inggeris Kanak-Kanak diperkenalkan kepada semua murid sekolah rendah tahap dua untuk mengukuhkan minat membaca dan memperkenalkan unsur-unsur sastera.
- Mewujudkan makmal bahasa Inggeris di sekolah-sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa itu dengan berkesan.
- Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran BI melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai.
- Pelajaran tatabahasa Inggeris diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran BI.
- Menyerapkan elemen sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran BI untuk mendedahkan murid dengan istilah berkaitan dalam bahasa Inggeris.
* * *
Wednesday, July 8, 2009
berdua lebih baik
comel kan?? jadi, dari satu, sekarang dah ada dua..berdua lebih baik..tapi mereka berdua kejap je..hanya untuk sesi bergambar..saya belikan anak patung yang lagi satu tu untuk seseorang..siapa dia??haha..dialah pembaca setia blog saya..kalau dia tak bagitahu pun,saya tahu je sebenarnya..ada saya buat entri pasal dia bertarikh 1 julai..bagi anak patung ni pun kira hadiah belated birthday laa..hehe..
jadi, berdua kan lebih baik??? :)
* * *
penat..letih..sume ada..rasa nak tidur je ni..tapi nanti lah..hari ni lepas kelas je, saya n 3 orang kawan pergi bandar jalan2 :) haha..padahal saya xde benda sangat nak beli..memang pergi nak cari anak patung beruang tu je..tapi biasa lah, nama pun keluar jalan2 di bandar, x sah lah kalau x beli pape kan..lebih2 lagi jalan dengan kawan2..makanya, saya pun belilah beberapa helai baju.. petang baru saya balik..penat..dengan ayam 4 ekor kat dalam beg..nasib baik ayam2 tu duduk elok2 je dalam beg saya..haha..balik tu, biasa lah, kemas2 barang..cuba baju2 baru :p, online kejap..tak lama lepas tu, orang yang sama yang diceritakan di atas datang ke bilik saya..
cuba teka apa dia bawak??hehe..dia bawak kek batik..walaupun dia penat jugak sebab baru balik beli barang, sempat lagi dia buatkan kek ni untuk saya..huhu..terharunya :)
tapi korang boleh tengok je..rasa dia saya je tahu..dah lama tak makan kek batik..kalo dulu kat hostel, selalu jugak kawan2 serumah atau akak2 yang comel tu buat..sedap kek batik yang kawan saya buat ni..yang paling penting ramuan istimewa yang dia letak dalam kek ni..ramuan tu tak semua orang guna dalam masakan mereka..
ramuan apa tu??ha, ingat Secret Recipe je yang ada resipi rahsia??(apakah??huhu) ingat KFC je ada rempah rahsia??ramuan istimewa ni lagi best tau..tau tak apa dia??
ramuan istimewa tu ialah kasih sayang :) hehe..tu lah yang penting dalam setiap masakan tu kan..terima kasih banyak2 saya ucapkan..
* * *
sebenarnya benda ni berlaku lebih awal..tapi tak apalah..sama je kalau cerita x ikut turutan dalam entri ni kan..saya memang xreti nak organize point pun..huhu..
so tadi, lepas habis kelas,ada kawan cakap kat semua orang jangan balik dulu..saya macam tak layan sangat masa tu sebab tengah kemas barang nak balik..tengah sibuk jugak bincang2 dengan kawan pasal nak pergi lawatan nanti..
lepas tu rupa2nya diorang keluarkan kek..hehe..untuk siapa lagi,mestilah untuk saya :) walaupun masa tu baru nak tulis nama atas kek tu, tapi diorang ni sangat comel laa..saya dah kata,saya tak kisah pun kalau xcelebrate..tapi tak apalah,dah diorang beli..makan je laa kan..
kak isz tengah tulis kat atas kek..thanks to kak isz n kak abby yang susah payah belikan kek :)saya tengah potong kek..kek dia sangat sedap..hehe..dah laa saya suka coklat..nyum..nyum..
itulah sedikit sebanyak apa yang berlaku hari ni..terima kasih pada kawan2 yang menjadikan hidup saya ceria..terima kasih Allah kerana kurniakan saya kawan2 macam mereka..
pada kawan2 dalam kelas (termasuk yang tak datang pagi tadi :p) dan terutama sekali pada mereka yang jalan2 ngan saya petang tadi..terima kasih!!!
penat tapi seronok..bulan ni tak boleh jalan2 lagi..so kita jalan2 bulan depan k..hehe.. :) kena bajet duit gak..till then..
Dia yang lebih tahu
Tuesday, July 7, 2009
jualan murah?
Monday, July 6, 2009
mengimbas memori
suatu hari..di bangunan yang dinamakan blok 5..semua orang dah balik masa tu..dah stat cuti..
kenapa saya xbalik?xingat..kemas2 barang kot..
pastu petang tu,masa tu baru nak gerak balik..tunggu along amek..
bilik saya masa tu banyak barang..biasa la,nak balik cuti akhir tahun,semua bilik kena kosongkan..satu bilik je untuk letak barang..petang tu,tengah saya nak angkat beg bawak turun,naiklah seorang pensyarah ni...saya namakan dia mr.X..
masa tu sibuk dengan kemasukan cikgu2 yang buat kursus dalam cuti..diorang duduk kat hostel..so busy jugalah blok tu orang keluar masuk..
mr.X masuk rumah saya dengan seorang wanita ni..rasanya dia ganti penyelia asrama buat sementara kot..entahlah,xsure sangat..
tengah saya angkat barang tu,mrX masuk..dia pun nampak sederet sangkar hamster yg dibela oleh kawan saya..saya pun buat bodoh je laa..ingatkan dia xkisah..sekali dia bising2 laa pulak..
malasnya nak layan..huhu..tapi memandangkan saya ni macam malas nak layan,saya biar je dia bising2 tu..
dia pun katalah,mana boleh bela binatang kat hostel..ni binatang ni kotor..berbau laa..nanti ada cikgu2 nak masuk laa..entah apa lagi dia cakap..saya iye kan je..
lepas tu,memandangkan saya seorang je yang ada kat umah tu, dia pun suruh saya bawak turun sangkar2 dan hamster2 tu ke bawah..nanti ketua warden akan uruskan hamster tu..
macam biasa,saya malas nak cakap banyak..saya pun bawak turun je lah hamster2 tu ke bawah..nasib baik ada lif..kalau x,xsanggup saya nak menapak dari tingkat 5 ke tingkat bawah sekali..dalam hati rasa bersalah gak kat kawan saya tu..
dengan rasa berat hati,saya tinggalkan hamster2 tu kat bawah..
lepas tu saya naik balik..mrX dan wanita tadi ada lagi..diorang tengok2 kerosakan asrama kot..tengok2 bilik camane..saya malas nak layan..pastu dia suruh saya bersih2 kan sikit tempat tadi, yang ada surat khabar dan habuk2 sikit..
macam biasa,saya buat je laa..malas nak cakap banyak..saya pun dah penat masa tu..dalam hati nak balik je..lepas kemas2 tu,saya terfikir sesuatu..apa akan jadi kat hamster2 tu???
maka...
saya pun mengambil langkah berani..huhu..apakah itu???
saya turun balik ke tingkat bawah sekali..hamster2 tu masih selamat..terus saya keluarkan telefon..telefon kawan saya yang duduk satu tingkat atas dari bilik saya..mujur dia ada kat bilik..terus saya kata saya nak hantar hamster2 ke bilik dia..dia ok je..saya pun dengan pantasnya tekan lif..masuk dengan sangkar2 hamster tu..tekan butang 6..dalam hati cuak gak..kot2 tiba2 lif tu buka kat tingkat 5 dan macamana kalau tiba2 mrX muncul..
untuk pengetahuan,saya ni skema jugaklah..xreti nak buat benda2 nakal ni..sekadar ponteng perhimpunan sekali dua..tu je laa..peraturan lain??xberani rasanya nak langgar peraturan ni..
punyalah cuak masa naik lif tu..
akhirnya lif berhenti kat tingkat 6..dengan pantas saya bawa masuk sangkar2 tu ke dalam bilik kawan saya..mujur diorang pun dah biasa dengan hamster2 ni..mujur juga tuan punya hamster ni akan datang semula beberapa hari lagi..biarlah nanti dia uruskan hamster2 ni sendiri..
saya pun turun semula ke bilik saya..lagi beberapa minit along saya akan sampai..terus saya amek beg dan turun ke bawah..malas nak tunggu lif,turun guna tangga je..dalam hati, janganlah jumpa dengan mrX..janganlah..nanti kalau dia tanya,saya nak jawab apa??punya berdebar masa tu..1st time rasanya saya purposely buat nakal macam tu..haha..(xde laa nakal pun kan..saya cuma nak selamatkan hamster2 tuh..hehe..)
tak lama lepas tu,along sampai..saya pun mengah2 dah..dalam hati, syukur :) haha..saya xkisah sangat sebab saya tahu saya xkan jumpa lagi mrX untuk beberapa tahun ni..by the time saya jumpa mrX lagi,dia pun mesti dah lupa kisah ni dan tak cam muka saya lagi..nasib baik dah cuti dan saya pun akan fly xlama lagi..saya xtahulah macamana reaksi mrX bila xjumpa hamster2 tu..maafkan saya mrX..saya cuma nak selamatkan hamster2 kawan saya je..
haha..sekian kisah saya dan mrX..tapi rasanya,nanti balik masa final year,tiap kali tengok muka mrX,mesti saya akan teringat kisah ni.. :)
*nama sebenar mrX terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu.. (paling penting untuk keselamatan saya laa :p )
tiba2 rasa rindu kat rumah tu..rindu dengan keriuhan dan kemeriahan kat rumah tu..semuanya sangat terkesan di hati..rasa sangat dekat antara satu lain..terasa bukan setakat teman serumah..tapi macam adik beradik kot..semoga suasana itu dapat dirasai semula masa balik final year nanti..rindunya kat korang..huhu..
walaupun korang mungkin tak baca post ni,just nak korang tahu..korang sentiasa diingati selalu..
bila hari hujan
sekarang kat sini asyik hujan..alhamdulilah..kejap hujan..pastu berhenti..kejap lagi nanti hujan balik..huhu..segalanya Allah juga yang tentukan..agak sejuk jugak..dengan heater yang tak berfungsi...so,malas laa nak tulis apape..
jom layan gambar budak kecik yang baru mencapai umur setahun 4 julai yang lepas..ni je gambar harris yang ada dalam koleksi..huhu..nape budak2 kecik memang comel eh?? :)
~harris versi rambut xtahu style apa..huhu.. ~
~harris versi baju raya~
Harris Naufal :)
hehe..comel kan??tengok laa sape mak sedara dia..huhu (xde kaitan)
harris pun da ada blog sekarang..jangan main2..huhu..k laa..
moga harris membesar menjadi seorang yang good boy..jadi anak yang baik dan soleh dan sopan santun dan berbudi bahasa dan semua2 lah nilai2 moral tuh kalau boleh ada pada harris..rajin,amanah,dedikasi,jujur,ikhlas..(dah mula nak merepek laa ni..huhu..)
kepada mummy dan daddy harris, mintak izin ye untuk letak gambar harris kat blog ni..huhu..
k laa..sakit belakang dah ni asyik duduk je..maksudnya dia suruh tido laa tu.. :)
Sunday, July 5, 2009
hari ni 5 julai..
ni kueyteow yg dimasak oleh mira.. :)
ok lah,just want to wish myself..
happy 21st birthday..
moga umur saya diberkati..dan semoga seluruh usia dimanfaatkan dapat sebaik mungkin insyaAllah..
moga saya diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup..
moga urusan saya dimudahkan oleh Allah..
sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya..moga saya redha dan diredhai oleh-Nya..
seeokor teddy bear yang comel... :)
walaupun sebenarnya saya xde laa minat sangat dengan teddy bear atau yang sewaktu dengannya ni..tapi saja2 beli..alang2 harga dia pun murah..
bukan beli bear je..saya pun beli kek untuk saya makan..huhu..
tapi makan xabis2 lagi..
tadi pagi sempat call mummy kejap..pastu call along tapi dia kat luar,cakap kejap..pastu call angah,pun cakap kejap jugak..
lepas tu tadi tengahari (malam kat malaysia) sempat skype dengan keluarga saya.. mummy..angah..omar..kakak..adik..
macam biasa..borak2..adik2 yang bising..huhu..time kasih pada sume..
time kasih juga pada yang sudi menyanyikan saya birthday song pada usia saya 21 tahun ni.. :)
and last but not least,time kasih pada sume orang yang wish saya through friendster,facebook,blog,ym,skype,sms,call,dll...
dengan bertambahnya usia ini,bermakna semakin dekatlah pertemuan dengan maha pencipta..moga amal bertambah dan iman meningkat insyaAllah...
Friday, July 3, 2009
what is it about?
and life is about making desicion..have you made the right one?
saya ada kawan
laskar pelangi
laskar pelangi
menarilah dan terus tertawa
selamanya…
cinta kepada hidup
laskar pelangi
menarilah dan terus tertawa
selamanya…
* * *
jangan takut untuk bermimpi..kerana dari mimpi itulah,akan terciptanya kenyataan..
jangan takut meletak harapan, kerana harapan itu menjanjikan esok yang pasti..
jangan takut meletakkan cita-cita, kerana cita-cita itu pasti terlaksana..(hanya tunggu masanya saja..)
jangan takut memandang ke hadapan, kerana itulah destinasi..
jangan takut mengimbau kenangan, kerana dari situlah kita datang..
jangan takut mengejar pelangi, walau hujungnya takkan pernah kita temui..
selagi hidup, jangan pernah takut untuk bermimpi..
mimpi bukan sekadar mimpi, namun itulah thumuhat yang tinggi!!!
nasa, plymouth. 3 julai 2009. 8.38pm
wallahu'alam~
Thursday, July 2, 2009
nak dengar cerita?
nak jawab tak?soalan mudah je..
masa saya tak ada idea nak buat esaimen,saya suka buat apa??
tak apalah,xpayah penat2 fikir..
saya bagitahu je..kalau saya xde idea nak buat esaimen,saya akan tulis blog..kenapa??
sebab masa tu, saya nak tulis, tapi tak tahu apa nak tulis..sama ada memang saya malas nak fikir atau memang dah blank, tapi saya tak tahu nak tulis apa..
jadinya,disebabkan nak tulis sesuatu, saya tulis dalam blog..
hari ni nak cerita pasal apa ye?nak dengar cerita pasal seorang pak cik ni tak??bukan dengar, nak baca pasal pak cik ni tak? kalau nak baca, baca laa..kalau xnak, pergi dekat penjuru belah kanan, ada pangkah warna merah,klik pada pangkah itu..hehe.. :)
pak cik ni namanya kaab bin malik..siapa dia ni??dia ni hidup masa zaman rasulullah saw dulu..
tentang riwayat hidup dia, xberapa pasti lah pulak secara terperinci..tapi cerita dia ni popular selepas perang tabuk..
masa nak pergi perang tabuk ni, Rasulullah bagitahu diorang awal2 supaya bersedia untuk pergi perang..tak macam perang2 yang lain, bila dapat perintah perang, serta merta mereka pergi.. masa dapat pemberitahuan untuk bersiap sedia ni,memang ada beberapa orang yang xnak pergi berperang pun dengan pelbagai alasan..
sampai masa diorang nak pergi perang..ada pula beberapa orang yang tertinggal..disebabkan kelewatan ataupun rasa ragu2 nak pergi ke tak nak..antaranya termasuklah kaab b malik..dia ragu2 nak pergi perang ke nak pergi petik buah kurma yang masa tu memang tengah musim menuai kurma pun..nanti kalau tunggu balik perang baru nak kutip, takut buah tu rosak pulak nanti..maka dia pun tertinggal daripada mengikuti pasukan perang tu..
sebenarnya Allah nak uji je sesiapa yang sanggup nak pergi perang ni..sebab lepas tu, dengan izin Allah, tak jadi perang pun..sampai kat Tabuk,orang2 kat Tabuk setuju nak bayar jizyah..lepas beberapa hari,mereka pun balik semula ke madinah..
lepas balik ke madinah,orang2 yang tak pergi perang pun jumpa rasulullah..bagi macam2 alasan nape diorang tak pergi perang..tapi ada 3 orang ni,diorang tak bagi alasan pun..kaab b malik adalah salah seorang daripadanya..dia xnak bagi alasan yang dibuat2 macam orang2 sebelum dia tu..
dia cuba berkata benar dan bagitau keadaan yang sebenarnya kat rasulullah..rasulullah tahu yang dia berkata benar dan cakap biarlah Allah yang tetapkan keputusan untuk dia..
turunlah ayat supaya mereka tiga orang ni dipulaukan..sebagai hukuman bagi mereka..
'...dan terhadap tiga orang yang ditinggalkan. hingga ketika bumi terasa sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa mereka pun telah (pula terasa) sempit bagi mereka, serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari (siksaan) Allah,melainkan kepada-Nya saja, kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya...'
ada yang tanya,kenapa diorang je yang kena hukum,padahal mereka yang bagi alasan tu tak kena hukum pun..sebab nampak sangat mereka yang bagi alasan tu tak berani menyatakan kebenaran..dan hanya Allah yang tahu hati mereka..
berbalik pada pemulauan kaab dan 2 orang lagi iaitu mararah b rabi' dan hilal b umayyah.. mereka dipulaukan lebih kurang 40 hari..dua orang yang kena pulau tu duduk je kat rumah..mereka turut bertaubat atas kesalahan mereka xpergi perang..tapi kaab ni, dia xjemu2 pergi masjid solat jemaah, pergi jalan kat pasar..dengan harapan ada orang yang akan tegur dia..tapi tak ada sorang pun yang tegur dia..
ada satu ketika ni,kaab pergi jumpa sepupu merangkap kawan baik dia, namanya abu qatada..dia pergi tegur, kawan dia ni xlayan pun.. "wahai abu qatada, engkau mengetahui bahawa aku mencintai Allah dan rasul-Nya.." kaab cakap kat kawan dia..
kawan dia diam je..buat tak layan kat kaab..lepas tu kaab ulang sampai kali ketiga..lepas tu kawan dia jawab "hanya Allah dan rasul yang mengetahuinya.."
kaab punyalah sedih..sampai macam tu sekali kesan akibat dia tak pergi perang tu..betapa sakitnya dan pedihnya rasa dipulaukan..sedangkan kawan baik dia sendiri pun xlayan dia..tapi itu semua disebabkan perintah Allah..Allah yang suruh mereka ni dipulaukan..sebagai balasan kan..
dipendekkan cerita, kaab pun memang sedih sebab dipulaukan macam tu..sehingga satu hari, masa kaab tengah duduk, tiba2 dengar dari jauh orang melaung.."wahai kaab b malik!!!bergembiralah kamu (dengan berita baik)..
kaab pun tahulah apa dia berita baik tu..dia pun sangat bersyukur dan gembira sebab taubat dia telah diterima dan pemulauan dah berakhir..orang2 lain pun sama2 gembira..bayangkan diorang pun mesti sedih juga,terpaksa pulaukan saudara dan teman sendiri untuk satu tempoh yang panjang..
jadi, berkata benarlah walaupun pahit..dan sesungguhnya,lepas suatu kesusahan tu, ada kegembiraan yang menanti di hujung jalan..hanya kita perlu meletakkan sepenuh harapan dan kepercayaan pada Allah..
(kalau ada kesilapan pada cerita di atas,sila betulkan ye.terima kasih)
wallahu'alam...
sedap dan manis
sebenarnya dari hari tu nk update blog cerita pasal pergi petik strawberry tp haritu xdapat internet..pastu malas pulak nak update..tapi hari ni nak kena tulis gak..huhu..
sebenarnya plan nak pergi strawberry picking ni pun plan seniors..so kitorang ikut je laa..ada pengalaman and at least tahu tempat kat mana,boleh bawak juniors pulak nanti..hehe..
so pagi tu gerak pergi naik bus..xlaa jauh sangat tempatnya..cuma lepas turun bas tu,kena jalan jauh sikit laa nak sampai ke tempatnya..jalan..jalan..dan jalan lagi..sambil melihat pemandangan..
lepas tu sampai kat tempat tu..masa tu pun dah panas sikit laa..dah dekat tengahari dah pun...
sampai kat tempat tu..lepas ambil bekas nak isi buah2 tu nnti, kitorang pun gerak ke tempat untuk memetik buah strawberry tu..
duduk makan2...
kepada kawan2 saya..nanti bebila kita pergi lagi ye..hehe.. :)
saya jawab je
Rules :You've been tagged, you are supposed to write a note with the ABC's of YOU. At the end, choose 26 people to be tagged. You have to tag me so really you just need 25 more people. If I tagged you, it's because I want to know more about you - but not in a creepy stalker kind of way.
1. Bekas kekasih saya adalah :-> xde..xpernah dan xnak putus cinta..apakah??huhu..
2. Saya sedang mendengar :-> bunyi hujan turun kat luar tingkap..dan bunyi burung b'kicau..
3. Mungkin saya patut:-> buat keje dan siapkan esaimen..
4. Saya suka :-> warna biru..tengok langit..baca buku..dll..
5.Sahabat-sahabat baik saya :-> mereka tahu siapa mereka..
6.Saya tak paham :-> kenapa sy dok main2 dpn lptop sedangkan ada keje kena buat..
7.Saya kehilangan :-> mood utk wat keje..camane ni??
8.Ramai yang berkata :-> senyum saya macam ibu mengandung..ibu2 yg mengandung, adakah anda setuju??
9.Makna nama saya :-> xsure sgt..kena tgk dlm buku..tp lepas tgk dlm buku pun xingt2 gak..
10.Cinta itu adalah :-> 'cinta itu cahaya sanubari kurniaan tuhan fitrah insani... '-lagu inteam&mestica
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :-> buat kerja kot..
12.Saya akan cuba :-> kuatkan hati!! xnak fikir pasal balik m'sia smpai taun dpn..
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :-> kehidupan kat syurga nnti..endless life..insyaAllah :)
14.Telefon bimbit saya :-> warna hitam..lptop pun hitam..beg pun hitam..senang nk match..
15.Bila saya terjaga dari tidur :-> mesti rasa nk sambung tdo lg..
16.Saya paling meluat apabila :-> entah..meluat tgk orang pura2 kot..
17.Pesta/Parti adalah :-> tempat family saya berkumpul dan sume orang makan2 dgn gembira..
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :-> agas2..comel ke?? entah,sume haiwan pun comel je rasanya..
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :-> masa kecik2 dulu..walaupun masa tu rasa xbest, tp rasanya masa tu sgt bahagia..xyah pening2..
20.Hari ini :-> sy dpt buku yg sy order from kitabun.. :)
21.Malam ini saya akan :-> xtahu lg..tp yg pastinya kena buat esaimen..
22.Esok pula saya akan :-> sambung buat esaimen lg..
23.Saya betul-betul inginkan :-> ketenangan dan kebahagiaan hidup..
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :-> saya rasa muka saya xhitam sgt macam masa blk summer camp haritu..
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :-> nak duk bilik je..
26.Makanan Barat atau Jepun :-> makanan melayu boley??tetiba arini teringin nak makan nasi tomato..angah, kirim resipi..huhu..
27.Bilik yang terang atau gelap:-> terang, walaupun sy jarang buka tingkap...
28.Makanan segera adalah :-> kalau mi segera, hanya boleh dimakan kalau dpt keizinan..kan xelok utk kesihatan..huhu..
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?-> ok
30.Siapa yang anda nak Tag?-> malas laa nak tag orang lain..kalau rasa nk jawab, jawab je laa k..jgn memalu :)
Wednesday, July 1, 2009
hari ni 1 julai
jah dan saya :)
yg paling penting, jah mengaji sgt best..nnti kalo ada anak,nk aja supaya dr kecik lancar baca quran macam jah :) baca pun sedap..hehe..