Thursday, December 24, 2009
kali ini
Friday, November 6, 2009
lagi 2 hari
Wednesday, November 4, 2009
bestnye...
hepi..hepi..hepi..bday!!!
~angah~
(4th nov)
~omar~
bday present??erm,tgk laa cane dulu eh.. :p
~angah,harris (lagi) n omar~
~pada abang2 iparku, thanks!! for being a good husband for my sis..(yeke??ntah..agak2 je laa..)
~semoga korang berbahagia selalu di samping keluarga tersayang...
~maka semua mereka akan bertambah tua dan berumur 27 tahun :p
*bguslaa korang,bday dekat2..boley combine dalam satu post je.. =)
that's all from me..have a wonderful bday..
~n~
Saturday, October 31, 2009
umur makin pendek
Thursday, October 29, 2009
no title for this post
Wednesday, October 21, 2009
bila dia kata rindu
aku tahu
jauh di sudut hatinya
dia menunggu kepulanganku
dia hanya mengucapkan apa yang dia rasa
kerana dia tak tahu menipu
bila dia tanya
bila aku ingin pulang
dia akan mengeluh
kerana lamanya lagi
sebelum masa itu akan tiba
bila dia menitiskan air mata
dan cuba menahan esakannya
aku tahu
itu hanyalah kerana dia rindu
walaupun aku tidak pernah mengungkapkan rindu padanya,
seharusnya dia tahu,
aku juga rindu...
rindukan jerit tangisnya,
rindu kenakalan dan keriangannya,
rindu melihat telatahnya...
miss my little brother,danial..
walaupun dia tak paham ayat ala2 puisi ni,
biarlah dia tahu nanti,
perasaan ini pernah wujud dalam hati ini...
3.48pm,plymouth UK...
*rindu orang lain jugak..tapi sebab danial je tanya bila kakak dia ni akan balik,orang lain tak tanya pun (sebab dah tahu..huhu..)
m.a.l.a.s
-post ini ditujukan pada diri sendiri.ini hanyalah salah satu usaha untuk merajinkan diri sendiri yang sedang berjuang untuk menentang penyakit malas-
Friday, October 16, 2009
what's gonna work???
Thursday, October 15, 2009
tempe
Wednesday, October 14, 2009
menghafal?
Thursday, October 8, 2009
raya lagi?
my beloved mummy :)
my elder sisters yg ayu2 belaka..(both of them dah berpunya..) :p
my abang ipar (omar) n angah
my abang ipar jugak (apeq) n harris naufal
my younger sister~Diana
my youngest brother~Danial
and finally...
the family picture..
(which is incomplete)
(because there was no me in the picture)
*waiting for duit raya from kakak2 n abang2 ipar..nnti bank-in eh :)
tu je laa sedikit gambar yang diambil masa pagi raya..masa tu time kat malaysia pukul 10 lebih, n time kat uk pukul 3 lebih..
till then, wallahua'alam~
Sunday, September 20, 2009
rasa apa?
hari raya di perantauan..
pagi2 tu, (1 pagi uk, 8 pagi m'sia) sempat skype dengan mummy n adik beradik semua kat rumah..meriah..semua ada (kecuali sorang yang kat uk ni je)..rindunya nak balik..tengok semua orang dah siap2 pakai baju raya..borak macam2.sambil tggu abg2 ipar n adik balik dr smayang raya..lepas tu tengok diorang ambil gambar satu family..nak masuk dlm gmbar jugak..huhu..tgk abg2 ipar tgh makan..rasa macam sangat meriah kat rumah..dah lama tak meriah macam tu masa pagi raya..
lepas tu br tidur..
pagi tu takbir raya kejap before solat hari raya jemaah kat Chelsea Room..lepas tu takbir raya lagi..then ada yang baca khutbah raya..lepas tu br mkn..alhamdulillah..simple, tapi ok laa..
xdapat salam tangan mak, dapat salam dengan kawan2 n senior2 je laa..(cuma xada org nak kasi duit raya je..huhu)..dapat jugak makan nasi himpit, kuah lodeh, kuah kacang, rendang, kuih2 raya, etc.
lepas tu kitorang yang girls pergi ronda2 marjon ambil gamba ramai2..thanks to baim the photographer (n faris jugak)..lama jugak ambil gambar tu..sampai matahari terik laa jugak..
petang ni ada jemputan open house at one of the senior's house..tapi tgh tggu orang lain laa ni utk pergi sekali..
sempat jugak call mak long n mak ngah kat johor tadi..rasa rindu nak makan laksa johor..huhu..lama dah tak makan..
erm..that's all for now...akan cuba upload gambar nanti kalau rajin..salam aidilfitri..maaf zahir dan batin..moga amalan kita deterima-Nya..amin..
wallahu'alam~
Friday, September 11, 2009
thanks to harris :)
~tudung, souvenir, bday card n beg~
(kad raya n poskad da gantung, malas nak turunkan balik..huhu)
lepas tu ada dapat satu lagi kad raya jugak..kad raya yang comel..huhu..thanks!! :) ingatkan sampai lambat..rupanya awal jugak sampai..
petang ni ada iftar jamaie..nak masak nasi ayam..jah n sy masak nasi..house yang lagi satu masak ayam n lain2..tp tunggu2 stok ayam dari yang merebus ayam tak siap2 lagi..erm,still waiting..sekarang dah pukul 6.10..maghrib hari ni pukul 7.40..
akan update cerita lain next time..slamat memburu lailatul qadr..sama2 kita banyakkan ibadah dan tingkatkan amal :)
Wednesday, September 9, 2009
puasa~6
Monday, August 31, 2009
puasa~5
Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al‐Sunan, Maksudnya: Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu.
sama-sama kita rebut peluang untuk menebus dosa2 dan kesilapan yang kita lakukan, samada sedar ataupun tidak..kita perbanyakkan taubat kita.dan berazam dengan sungguh-sungguh untuk tidak mengulangi dosa dan kesalahan yang dilakukan.apa yang penting ialah usaha yang ikhlas kerana Allah.dan keazaman yang tinggi.segala pengharapan hanyalah pada Allah.
wallahu'alam~
merdeka~
* * *
merdeka ini~
erti merdeka bukan hanya pada laungan
bukan juga sekadar pada kibaran bendera
merdeka ini untuk dihayati setiap masa
untuk kita hargai sentiasa
merdeka kita bukan hanya bebas dari penjajah
yang lebih besar adalah merdeka jiwa
merdeka sudahkah pemikiran kita
dari penjajahan pemikiran yang dicipta Barat
selagi minda belum terbuka
selagi mata masih memandang kosong pada kejahilan mereka
kita masih belum merdeka sepenuhnya
kita masih perlu berjuang
bukan untuk menentang mereka
tapi melawan keinginan diri kita sendiri
nasa
plymouth
31 ogos 2009
1.12pm
Sunday, August 30, 2009
puasa~4
alhamdulillah.dah 52 tahun malaysia merdeka.malam tadi lepas terawih berjemaah ada buat tahlil ringkas sempena hari kemerdekaan negara.simple.tapi cukup untuk buat kami bersyukur dengan negara tercinta.setiap orang pasti ada cara masing2 untuk menyambut kemerdekaan negara ni.apa pun caranya,biarlah dengan cara yang betul.biarpun diri ini jauh beribu batu dari tanah air,kerinduan untuk pulang sentiasa dirasai..proud to be malaysian.
tapi yang lebih utama,proud to be muslim.yang ini tiada gantinya.hanya mereka yang terpilih je yang dapat bergelar seorang muslim. :)
Friday, August 28, 2009
puasa~3
Tuesday, August 25, 2009
puasa~2
Sunday, August 23, 2009
puasa~1
alhamdulillah.semalam dapat menyempurnakan hari pertama puasa di perantauan ni.terasa bezanya dengan suasana di malaysia.ditambah lagi dengan kesunyian sebab kawan2 ramai yang balik malaysia.tak rasa meriah sangat macam masa kat IPBA or kat rumah dulu.tapi alhamdulillah,berpuasa masa cuti ni bagus jugak.kadang2 rasa lama sebab duduk rumah je,tapi yang bestnya ialah dapat fokus pada apa yang patut dibuat.di samping kena buat assignment yang akan dihantar sebaik saja kelas bermula nanti.
alhamdulillah,bersyukur je dengan keadaan ni.cuma biasalah,hidup sorang2 ni,nak makan kena masak sendiri.nak bangun sahur tak ada mak nak kejutkan.huhu.masa terawih pun terasa jugalah bezanya.rasa sunyi n sayu je.solat dengan kawan2 di salah satu bilik yang memang ditempah untuk solat terawih berjemaah.memang lah rasa lain kalau nak bandingkan dengan solat kat surau atau masjid, tapi alhamdulillah,that's the least we can do here.moreh pun ada lepas terawih walaupun sebenarnya kenyang lagi masa tu.
Thursday, August 20, 2009
ramadhan~
Wednesday, August 19, 2009
selamat berpuasa
Monday, August 10, 2009
secebis cahaya
sedangkan diri ini yang sering melupakan-Nya..tidak cuba mendapatkan perhatian dari-Nya..lantas pada tika itu,siapa yang perlu disalahkan?tiada siapa jua melainkan diri sendiri..diri yang lemah dan mudah tunduk pada ujian..hati yang tak lagi kuat menghadapi rintangan..doa yang tiada lagi berpanjangan..ingatan pada-Nya yang samar-samar kelihatan..
namun tak ingin kehilangan cahaya itu..tanpa cahaya itu,akan ia hidup dengan apa?
dan kaki ini terus melangkah membelah kegelapan siang..biarpun langkahnya longlai..meski suara semputnya kedengaran..namun harapan pada-Nya tidak pernah pudar..
dan akhirnya cahaya itu ditemui di tengah gelap malam..
cahaya dari-Nya itu akan menerangi harinya yang kelam dan menceriakan hari yang suram..
mohon cahaya itu berterusan ya Tuhan..biar jadi bekalan sampai ke hari penghabisan..amin.
wallahu'alam
terus melangkah
alhamdulillah..di sebalik kemalasan itu juga,tersembunyi hikmahnya yang tersendiri..di akhir jalan2 yang suram itu,seringkali ada saja cahaya indah yang menanti..hanya tinggal kita yang perlu menempuh jalan itu..tak kira betapa sulitnya ia..tanpa peduli betapa berliku dan gelapnya jalan itu..meski sendiri ataupun dalam keriuhan..segalanya terletak pada diri..sama ada akan terus melangkah atau kan berhenti kerana gentar akan jalan2 yang menanti..
sekadar luahan hati..maaf andai ada yang tidak memahami entri ini..sekadar muhasabah diri..dan sebagai permulaan untuk menulis semula..
~wallahu'alam~
Thursday, July 30, 2009
ampuniku
Tuesday, July 28, 2009
hidup ini
.
penuh kejutan, penuh debaran
.
Monday, July 27, 2009
ucapan tanpa kata
sakit apa?
Saturday, July 18, 2009
mengejar akhirat
terbaru sekali saya dengar ayat ni diucapkan dalam sebuah filem melayu..filem yang agak baru ditayangkan..filem yang saya kira membawa mesej yang bagus, tetapi tidak begitu menyentuh hati saya kerana watak heroin yang saya kira sangat lembut, menjadikan wataknya tidak natural..entri kali ini bukan untuk membuat ulasan tentang filem ini..mungkin pada entri yang lain..
kembali pada ayat yang saya katakan tadi..seimbangkan dunia dengan akhirat..tujuan saya menulis entri ni bukan untuk membetulkan sesuatu..sebab saya ni pun bukanlah bagus sangat..masih seperti budak baru belajar..sekadar ingin berkongsi apa yang saya tahu dan apa yang saya rasa..
memandangkan kita ini punya pegangan yang satu, yang menjadi penunjuk dalam setiap keadaan, suka saya berkongsi satu ayat dari al-Quran..
Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan. (Al-Qasas,28:77)
jika dilihat pada awal ayat, dapat difahami bahawa Allah suruh kita cari atau saya suka gunakan perkataan kejar akhirat tu..apabila guna perkataan kejar, kita macam buat benda tu dengan bersungguh-sungguh dan tak lengah2 nak buat benda tu..
namun, dalam kita mengejar akhirat, Allah kata, jangan lupa bahagian kamu di dunia..kita mengejar akhirat, namun dalam masa yang sama, kita menjalani hidup sebagai manusia..kita belajar, berkerjaya, berkeluarga, berhibur pada kadar yang sepatutnya, dan lain-lain..
jadi, dapatlah dilihat di sini, bahawa kita hidup ni bukan nak seimbangkan dunia dengan akhirat.. kehidupan dunia ni adalah medan kita mengumpul sebanyak mungkin bekalan yang akan kita bawa bersama saat kita meniti kehidupan yang hakiki nanti..
~ya Allah, letakkan akhirat di kepalaku, dan dunia di tanganku.supaya tatkala akhirat ku bergoyang dan hampir jatuh, dapat ku letakkan dunia itu ke tepi dan memegang akhirat ku.biar aku kehilangan dunia ini, namun tak mahu aku mensia2kan akhirat yang kekal abadi nanti..~
wallahu'alam
Saturday, July 11, 2009
bukan roti biasa
mula2 kita uli doh tu..nak uli roti ni, penyek2 kan roti ni sampai rasa tak lembik sangat..kalau rasa lembik lagi, tambah tepung sikit2..sampai rasa doh tu boleh dibentuk dengan cantik dan jayanya..tahniah kepada cikJ yang berjaya menguli doh tu dengan semangatnya :)
ambil dalam seketul doh kecil..penyek2 kan dia lagi..tambah tepung sikit2 supaya dia x melekat..abaikan rasa geli2 di tangan kalau ini adalah cubaan pertama anda menguli doh itu..cikN membuat cubaan menguli tepung dengan gembira..
lepas tu cuba tarik2 sikit doh tu..tengok dia lembik lagi ke x..tengok dah boleh dibentuk ke..buat dengan lemah lembut sebab doh tu pun lembut je..gambar di atas menunjukkan cikU yang sedang cuba membentukkan dohnya..
dah bentuk tu, masukkan dalam dulang yang telah terlebih dahulu disapukan minyak di atasnya..terima kasih cikM yg bersusah payah menyapukan minyak sehingga tangan berminyak-minyak..
lepas tu susun lah roti tu dalam dulang..ada pulak yang off-task..suruh buat roti nan, sempat lagi buat roti simpul2..huhu..tapi ok je..yang penting dia boleh dimakan..
sangat kreatif cikNb membuat roti bersimpul2 itu..macam buat tocang kat rambut pulak..huhu...
dan sempat juga cikY buat roti yang saiz dia kecik je..roti bersaiz kecil bolehlah dibuat untuk mereka yang masih kanak2 atau mereka yang mengambil roti dalam kuantiti yang sedikit..
lepas dah susun, boleh lah masuk dalam oven dan bakar..tunggu hingga dia masak..dan lepas tu apa lagi, boleh lah dimakan..hari ni kami makan roti nan cicah dengan kuah dal daging kambing..sedap!!! :)
sedap sangat makan, sampai lupa nak ambil gambar roti yang dah siap dimasak..bila dah dekat nak habis makan, baru teringat..dan sempat lah ambil gambar sekeping roti yang terakhir ni..huhu..
roti yang dah siap..dan sedia untuk dimakan..dan inilah roti yang terakhir kerana yang lain2 telah selamat ditelan dan berada di dalam perut kami.. :)
akhir sekali, terima kasih kepada puanR yang bersusah payah menunjukkan kami cara2 membuat roti nan yang comel dan sedap dimakan ini..lepas ni bolehla cuba buat sendiri ye kawan2 :)
itu saja untuk hari ni..
Thursday, July 9, 2009
apa kata anda?
perlaksanaan PPSMI mungkin tidak kena masa dan caranya..namun saya menyambut baik cadangan drM..beliau seorang pemimpin yang berfikiran jauh..tapi tak semua orang berfikiran seperti beliau..mungkin beliau terpaksa menerima hakikat keadaan Malaysia adalah seperti apa yang dilihat hari ini..beliau melihat Malaysia dalam masa berpuluh-puluh tahun akan datang..saya kagum dengan semangat beliau..tak apalah drM..jangan bersedih..
12 langkah mantapkan bahasa Inggeris
PUTRAJAYA 8 Julai - Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan 12 langkah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.
Ia diluluskan Kabinet hari ini selaras dengan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berikut langkah-langkah tersebut:
- Menambah seramai 13,933 guru Bahasa Inggeris (BI) termasuk 1,000 dari luar negara, 600 guru bersara dan 12,333 guru tambahan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).
- Menyediakan guru penolong BI gred DG41 bagi kelas besar melebihi 35 murid dalam tahun satu dan dua untuk meningkatkan masa perhubungan guru dan murid.
- Menambah waktu BI bagi sekolah kebangsaan (SK) tahap satu sebanyak 90 minit kepada 330 minit seminggu manakala tahap dua daripada 210 minit kepada 300 minit seminggu.
- Waktu BI bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) tahap satu pula ditambah daripada 60 minit kepada 120 minit seminggu manakala tahap dua ditambah daripada 90 minit kepada 120 minit seminggu.
- Menambah waktu BI bagi tingkatan satu hingga lima daripada 200 minit kepada 280 minit seminggu.
- Peruntukan waktu BI bagi Malaysian University English Test (MUET) tingkatan enam ditambah daripada 320 minit kepada 400 minit seminggu.
- Waktu BI bagi matrikulasi ditambah 100 peratus iaitu daripada tiga jam kepada enam jam seminggu.
- Program Sastera Kontemporari bahasa Inggeris Kanak-Kanak diperkenalkan kepada semua murid sekolah rendah tahap dua untuk mengukuhkan minat membaca dan memperkenalkan unsur-unsur sastera.
- Mewujudkan makmal bahasa Inggeris di sekolah-sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa itu dengan berkesan.
- Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran BI melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai.
- Pelajaran tatabahasa Inggeris diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran BI.
- Menyerapkan elemen sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran BI untuk mendedahkan murid dengan istilah berkaitan dalam bahasa Inggeris.
* * *
Wednesday, July 8, 2009
berdua lebih baik
comel kan?? jadi, dari satu, sekarang dah ada dua..berdua lebih baik..tapi mereka berdua kejap je..hanya untuk sesi bergambar..saya belikan anak patung yang lagi satu tu untuk seseorang..siapa dia??haha..dialah pembaca setia blog saya..kalau dia tak bagitahu pun,saya tahu je sebenarnya..ada saya buat entri pasal dia bertarikh 1 julai..bagi anak patung ni pun kira hadiah belated birthday laa..hehe..
jadi, berdua kan lebih baik??? :)
* * *
penat..letih..sume ada..rasa nak tidur je ni..tapi nanti lah..hari ni lepas kelas je, saya n 3 orang kawan pergi bandar jalan2 :) haha..padahal saya xde benda sangat nak beli..memang pergi nak cari anak patung beruang tu je..tapi biasa lah, nama pun keluar jalan2 di bandar, x sah lah kalau x beli pape kan..lebih2 lagi jalan dengan kawan2..makanya, saya pun belilah beberapa helai baju.. petang baru saya balik..penat..dengan ayam 4 ekor kat dalam beg..nasib baik ayam2 tu duduk elok2 je dalam beg saya..haha..balik tu, biasa lah, kemas2 barang..cuba baju2 baru :p, online kejap..tak lama lepas tu, orang yang sama yang diceritakan di atas datang ke bilik saya..
cuba teka apa dia bawak??hehe..dia bawak kek batik..walaupun dia penat jugak sebab baru balik beli barang, sempat lagi dia buatkan kek ni untuk saya..huhu..terharunya :)
tapi korang boleh tengok je..rasa dia saya je tahu..dah lama tak makan kek batik..kalo dulu kat hostel, selalu jugak kawan2 serumah atau akak2 yang comel tu buat..sedap kek batik yang kawan saya buat ni..yang paling penting ramuan istimewa yang dia letak dalam kek ni..ramuan tu tak semua orang guna dalam masakan mereka..
ramuan apa tu??ha, ingat Secret Recipe je yang ada resipi rahsia??(apakah??huhu) ingat KFC je ada rempah rahsia??ramuan istimewa ni lagi best tau..tau tak apa dia??
ramuan istimewa tu ialah kasih sayang :) hehe..tu lah yang penting dalam setiap masakan tu kan..terima kasih banyak2 saya ucapkan..
* * *
sebenarnya benda ni berlaku lebih awal..tapi tak apalah..sama je kalau cerita x ikut turutan dalam entri ni kan..saya memang xreti nak organize point pun..huhu..
so tadi, lepas habis kelas,ada kawan cakap kat semua orang jangan balik dulu..saya macam tak layan sangat masa tu sebab tengah kemas barang nak balik..tengah sibuk jugak bincang2 dengan kawan pasal nak pergi lawatan nanti..
lepas tu rupa2nya diorang keluarkan kek..hehe..untuk siapa lagi,mestilah untuk saya :) walaupun masa tu baru nak tulis nama atas kek tu, tapi diorang ni sangat comel laa..saya dah kata,saya tak kisah pun kalau xcelebrate..tapi tak apalah,dah diorang beli..makan je laa kan..
kak isz tengah tulis kat atas kek..thanks to kak isz n kak abby yang susah payah belikan kek :)saya tengah potong kek..kek dia sangat sedap..hehe..dah laa saya suka coklat..nyum..nyum..
itulah sedikit sebanyak apa yang berlaku hari ni..terima kasih pada kawan2 yang menjadikan hidup saya ceria..terima kasih Allah kerana kurniakan saya kawan2 macam mereka..
pada kawan2 dalam kelas (termasuk yang tak datang pagi tadi :p) dan terutama sekali pada mereka yang jalan2 ngan saya petang tadi..terima kasih!!!
penat tapi seronok..bulan ni tak boleh jalan2 lagi..so kita jalan2 bulan depan k..hehe.. :) kena bajet duit gak..till then..
Dia yang lebih tahu
Tuesday, July 7, 2009
jualan murah?
Monday, July 6, 2009
mengimbas memori
suatu hari..di bangunan yang dinamakan blok 5..semua orang dah balik masa tu..dah stat cuti..
kenapa saya xbalik?xingat..kemas2 barang kot..
pastu petang tu,masa tu baru nak gerak balik..tunggu along amek..
bilik saya masa tu banyak barang..biasa la,nak balik cuti akhir tahun,semua bilik kena kosongkan..satu bilik je untuk letak barang..petang tu,tengah saya nak angkat beg bawak turun,naiklah seorang pensyarah ni...saya namakan dia mr.X..
masa tu sibuk dengan kemasukan cikgu2 yang buat kursus dalam cuti..diorang duduk kat hostel..so busy jugalah blok tu orang keluar masuk..
mr.X masuk rumah saya dengan seorang wanita ni..rasanya dia ganti penyelia asrama buat sementara kot..entahlah,xsure sangat..
tengah saya angkat barang tu,mrX masuk..dia pun nampak sederet sangkar hamster yg dibela oleh kawan saya..saya pun buat bodoh je laa..ingatkan dia xkisah..sekali dia bising2 laa pulak..
malasnya nak layan..huhu..tapi memandangkan saya ni macam malas nak layan,saya biar je dia bising2 tu..
dia pun katalah,mana boleh bela binatang kat hostel..ni binatang ni kotor..berbau laa..nanti ada cikgu2 nak masuk laa..entah apa lagi dia cakap..saya iye kan je..
lepas tu,memandangkan saya seorang je yang ada kat umah tu, dia pun suruh saya bawak turun sangkar2 dan hamster2 tu ke bawah..nanti ketua warden akan uruskan hamster tu..
macam biasa,saya malas nak cakap banyak..saya pun bawak turun je lah hamster2 tu ke bawah..nasib baik ada lif..kalau x,xsanggup saya nak menapak dari tingkat 5 ke tingkat bawah sekali..dalam hati rasa bersalah gak kat kawan saya tu..
dengan rasa berat hati,saya tinggalkan hamster2 tu kat bawah..
lepas tu saya naik balik..mrX dan wanita tadi ada lagi..diorang tengok2 kerosakan asrama kot..tengok2 bilik camane..saya malas nak layan..pastu dia suruh saya bersih2 kan sikit tempat tadi, yang ada surat khabar dan habuk2 sikit..
macam biasa,saya buat je laa..malas nak cakap banyak..saya pun dah penat masa tu..dalam hati nak balik je..lepas kemas2 tu,saya terfikir sesuatu..apa akan jadi kat hamster2 tu???
maka...
saya pun mengambil langkah berani..huhu..apakah itu???
saya turun balik ke tingkat bawah sekali..hamster2 tu masih selamat..terus saya keluarkan telefon..telefon kawan saya yang duduk satu tingkat atas dari bilik saya..mujur dia ada kat bilik..terus saya kata saya nak hantar hamster2 ke bilik dia..dia ok je..saya pun dengan pantasnya tekan lif..masuk dengan sangkar2 hamster tu..tekan butang 6..dalam hati cuak gak..kot2 tiba2 lif tu buka kat tingkat 5 dan macamana kalau tiba2 mrX muncul..
untuk pengetahuan,saya ni skema jugaklah..xreti nak buat benda2 nakal ni..sekadar ponteng perhimpunan sekali dua..tu je laa..peraturan lain??xberani rasanya nak langgar peraturan ni..
punyalah cuak masa naik lif tu..
akhirnya lif berhenti kat tingkat 6..dengan pantas saya bawa masuk sangkar2 tu ke dalam bilik kawan saya..mujur diorang pun dah biasa dengan hamster2 ni..mujur juga tuan punya hamster ni akan datang semula beberapa hari lagi..biarlah nanti dia uruskan hamster2 ni sendiri..
saya pun turun semula ke bilik saya..lagi beberapa minit along saya akan sampai..terus saya amek beg dan turun ke bawah..malas nak tunggu lif,turun guna tangga je..dalam hati, janganlah jumpa dengan mrX..janganlah..nanti kalau dia tanya,saya nak jawab apa??punya berdebar masa tu..1st time rasanya saya purposely buat nakal macam tu..haha..(xde laa nakal pun kan..saya cuma nak selamatkan hamster2 tuh..hehe..)
tak lama lepas tu,along sampai..saya pun mengah2 dah..dalam hati, syukur :) haha..saya xkisah sangat sebab saya tahu saya xkan jumpa lagi mrX untuk beberapa tahun ni..by the time saya jumpa mrX lagi,dia pun mesti dah lupa kisah ni dan tak cam muka saya lagi..nasib baik dah cuti dan saya pun akan fly xlama lagi..saya xtahulah macamana reaksi mrX bila xjumpa hamster2 tu..maafkan saya mrX..saya cuma nak selamatkan hamster2 kawan saya je..
haha..sekian kisah saya dan mrX..tapi rasanya,nanti balik masa final year,tiap kali tengok muka mrX,mesti saya akan teringat kisah ni.. :)
*nama sebenar mrX terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu.. (paling penting untuk keselamatan saya laa :p )
tiba2 rasa rindu kat rumah tu..rindu dengan keriuhan dan kemeriahan kat rumah tu..semuanya sangat terkesan di hati..rasa sangat dekat antara satu lain..terasa bukan setakat teman serumah..tapi macam adik beradik kot..semoga suasana itu dapat dirasai semula masa balik final year nanti..rindunya kat korang..huhu..
walaupun korang mungkin tak baca post ni,just nak korang tahu..korang sentiasa diingati selalu..